Monday, January 31, 2011

Saturday, January 29, 2011

DRIVER BUS COOL!


yeay alhamdulillah! finally dah selamat balik ke HOME SWEET HOME! (^_^)

ni nak cerita pasal experience naek bus semalam. kan semalam excited sangat nak balik kampung sebab dah dua tahun tak balik rumah naek bus. pula tu, balik rumah laen. hehe.

tapi yang paling memenarikkan experience semalam adalah driver bus tu sendiri!

serious tak tipu..

mula-mula masa naik bus dekat duta tu, saya dah start rasa mamai-mamai sebab semalamnya tungkus lumus pulun incik A, pagi suboh dah menyental baju-baju dengan cadar sebelum balik. jadi agak kepenatan di situ.

sambil duk dengar deejay radio potpetpotpet, balas sms.. then ke udara lah lagu Maher Zain Inshaallah dalam bahasa melayu. menarik! tapi entah masa bila mata saya dah tertutup habis.

tak lama pastu saya tersedar bila phone berdering. tapi cakap-cakap tak dengar apa sebab line tak clear. letak telefon tengok jalan. pastu rasa pelik. nak tahu sebab apa?

sebab tiba-tiba duk dengar ada suara deejay tengah mengulas tentang traffic jalan. suara tu suara yang macam dekat sangat je pula tu. habis je ulas traffic jalan tiba-tiba ada pantun! pantun melayu lama-lama pula tu. memang best pantun-pantun deejay ni. huhu

sambil duk tergelak sorang-sorang dengar deejay ni berpantun, saya pon focus la tengok jalan, tiba-tiba..

pakcik driver angkat sambil melambai-lambai ala-ala ratu cantik dunia..

saya pelik. anda pelik? mesti pelik kan?

masa tu saya dah, haish pakcik ni buat apa? sebab banyak kali juga dia buat macam tu.

bila saya duk focus tengok pakcik driver ni baru saya perasan yang sebenarnya saya duk dengar suara deejay tu bukan suara dari radio, tapi suara pakcik bus tu sendiri! berderau dah darah saya. huhu.

lama juga saya perhati pakcik ni. risau pon ada. ok ke tak pakcik ni? bila diamati pakcik ni akan angkat tangan dekat bus-bus yang lalu dekat line jalan sebelah sana. nape ye?

sekali tu baru la dapat tangkap pakcik ni la deejay nye. kot. atau pon driver-driver bus ni ada sistem telekomunikasi mereka sendiri so that can tehy talk to each other and keep everyone updated. memang menarik.

tak salah saya pakcik ni bahasakan diri dia tokwi.

ada sekali tu bila kami berhenti dekat R&R, driver bus sebelah datang bertegur sapa. agak dikenali kot pakcik ni. dan saya rasalah bagus juga ada sistem boleh cakap-cakap sesama driver macam ni sebab saya dengar input-input yang di share agak bagus di samping saling duk ingat-mengingati supaya berhati-hati memandu.

apa pon, saya memang tabik la dekat drvier bus cool ini sebab boleh berpantun spontan sambil bawa bus! ayat pantun yang cantik pula tu! huhu. terima kasih pakcik driver cool. selamat juga saya sampai ke rumah dengan hati yang cukup terhibur sepanjang hampir 6 jam atas bus.

Thursday, January 27, 2011

BALIK KAMPUNG!

yeay finally the day telah memunculkan dirinya..

haish pelik bin ajaib,

dah duduk dekat rumah makin homesick tak sabar nak balik rumah. penat gamaknya dengan life KL ni. or perhaps dalam condition tengah readjusting dengan new life ni rasa malas nak duduk sini. haha.

balik kampung bersama kerja menimbun! what a holiday to me. huhu.

sambil tengok highway KL dari penjuru tingkap, dengan kesesakan traffic setiap pagi, maka saya pon dah blur nak tulis apa.

lagi 6 jam nak balik. haha. rasa kelakar pula buat countdown macam dulu-dulu.

a thing to ponder:

cinta vs. tanggungjawab
which will you choose?

came across this dekat facebook kawan. ^^

ok lah kena naik academic block sudah, perlu berjumpa pensyarah di pagi hari. huhu


p/s: first time nak balik kampung baru after two years. yippe!excited! ;)

Sunday, January 23, 2011

BUAT ADIK-ADIK BRISBANE

untuk tatapan adik-adik brisbane
yang dirindui dan dikasihi
(.^___^.)

Saturday, January 22, 2011

IN CONSIDERATION

it's really mysterious on how people interpret things

when it says to consider
it could mean
either
to accept
OR
to reject

owh laptop, please recover soon..
and I mean it..
soon...

works are piling up!
they need to be done
of course DENGAN KAMU LAPTOP!!

Thursday, January 13, 2011

ADA BANYAK CERITA


hurm.. ada banyak cerita lepas diam lama. tak tahu nak mula dari mana. :)

alhamdulillah new semester dah bermula. semester 7! meaning tinggal satu je lagi sem nak habiskan pengajian. huhu. dan betul lah, bila dah balik Malaysia, expectations from other people tu dah berbeza dan lebih tinggi. dan kebanyakan rata-rata punya satu paradigma bahawa kami ni dah umpama kacang yang lupakan kulit. hurm. tiap-tiap hari masa orientasi kena 'basuh' otak ; back to reality! back to reality! sampai dah tak larat nak dengar. tapi alhamdulillah lah juga sebenarnya sebab reminders mcm tu membawa kami on track balik. :)

dan best juga sbb skrg dah dpt jumpa kawan-kawan lama. pensyarah-pensyarah. mungkin tak semuanya dapat jumpa. schedule sangat lah hectic! masyaAllah! moga Allah beri keberkatan waktu pada urusan-urusan kami inshaallah. kadang-kadang rasa tak terkejar nak selesaikan semua benda. tapi kena gagahkan juga diri ni. mungkin bagi sesetengah pihak masih rasa saya rilek lg seperti mana saya dulu di Brisbane. hakikatnya tak dah. life saya sekarang as a final year student dah terlalu sibuk! huhu. kadang rasa nak give up pon ada. tak tipu. tapi fikir kan tanggungjawab yang tergalas kat bahu sekarang makin banyak, banyak benda saya nak kena fikir. harap dapat terima penjelasan saya ini ye. huhu. :)

tentang masa depan.. hurm. susah ni nak cerita. hari tu baru dapat briefing untuk borang penempatan (posting sekolah) next year. pening pening pening.. boleh tak siapa-siapa isikan untuk saya? huhu. banyak pihak saya perlu consider. paling penting saya kena consider diri dulu la kan? need not to worry, I have learned a lot from previous experience, to love oneself first before others. itu juga yang dulu saya dinasihatkan. huu. sekarang dah bincang dgn beberapa pihak. tinggal satu pihak lagi yg paling penting je belum bagi details. needs courage! huhu. woahh~ dah pening pasal borang ni. keep it aside dulu lah.

ok lah tukar cerita. alhamdulillah today. after 7 years, yes you read it right. 7 years! tak drive manual, today alhamdulillah I got the courage to drive kereta manual KL-Seremban-KL. Allah bagi saya first tarbiyah drive semula kereta manual dengan dasyatnya! drive dalam keadaan yang sangat lebatnya dari KL ke Seremban. until at one point, saya terpaksa guna double signals sebab dah tak nampak jalan sangat-sangat. huhu. alhamdulillah managed to be back in a piece. jalan balik ke KL smooth je. sedap je tekan minyak. hehe. tapi.. ni bukan cerita yang paling best tentang ni pon sebab....

cerita paling best adalah dapat jumpa dengan cikgu-cikgu sekolah lama dulu. dapat jumpa adik-adik. kami sebenarnya ada program motivasi untuk adik-adik ni. pelajar-pelajar yang pernah/sedang/akan menuntut di Australia/NZ dijemput kembali untuk sharing sessions bersama adik-adik. rasa puas dapat jumpa mereka. dan seriously, budaya sekolah dah sangat berbeza! kepada mana-mana pihak yang berkenaan yang nak tahu apa nya yang dah berubah, PM saya je ye. hehe.

banyak lagi nak tambah cerita. tapi sekarang dah dekat 2 pagi. rasanya saya dah kena undur diri ni. next time lah sambung berblogging if ada masa inshaallah. hurm, sekarang saya cuba didik untuk jadi lebih transparent in the sense of expressing my own feelings. how should I explain it to others or shouldn't I do as such? responsibilities saya are pilling up!

di fasa yang baru ini, saya harap moga semuanya akan smooth inshaallah. walau ada badai melanda saya harap can go through it well. am no longer a kid, not yet a woman. but am a young lady whom carries a big heart with lots of things to be done. by HIS will inshaallah. till we meet again next time! :)