Ada tompokan darah di tuala.
Tompok kecil. Ada lendir.
Tunggu sebentar dulu.
Tompok besar. Jadi bertompok – tompok sudah.
Saya pegang perut dan masuk ke bilik. Masih tidak tahu apa itu. Tapi
teringat doktor ada bagitahu tanda – tanda untuk bersalin. Yang ni ke?
Saya berkira – kira dalam hati samada mahu mengejutkan Umi Abuya atau
tidak.
Lebih kurang setengah jam, saya kejut Umi. Umi tenang sekali. “Ini dah
tanda ni,” kata Umi.
Umi bangun dan atur semua beg yang dah saya sediakan. Abuya bangun dan
tengok – tengok apa perlu. Abuya kemudian solat hajat di keheningan malam.
Malam tu sangat sunyi sepi. Tenang. Tiada bunyi apa pon.
Saya bangun. Saya duduk. Saya ulang baca doa Nabi Yunus. Kemudian saya baca
doa yang suami tinggalkan. Saya minum air zamzam yang suami sediakan. Saya
masih lagi dalam keadaan tenang saya kira.
Jam 4 pagi baru saya sms suami dan mohon didoakan dan mohon redhanya
dalam perjuangan saya sebentar nanti.
Jam sudah 5 pagi.
Saya masih lagi belum boleh tidur. Saya doa padaNya izinkanlah saya
tidur biar satu jam agar dapat saya kumpul tenaga jika ditakdirkan saya akan
bersalin. Alhamdulillah memang Allah izin saya dapat tidur satu jam dan tiada
rasa sakit apa – apa. Subhanaallah. Hebatkan Allah?
Masa ni saya decide untuk tidak ke hospital lagi.
Kata orang tua, saya kena kembar darah bilamana air ketuban tidak pecah
tetapi darah turun dulu bersama lendir. Kebiasaannya akan ambil sedikit masa
untuk buka laluan bersalin.
Pagi tu, kami terus ke hospital. Disebabkan tempat saya tiada hospital
maka terpaksalah meredah perjalanan hampir satu jam. Hanya alunan ayatul Quran
yang bermain untuk meredakan apa yang dirasa. Tiap kali kereta terhentak di
atas jalan, saya genggam erat kerusi kereta. Ish susah lah nak cerita
terperinci macam ni.
Apabila nampak sahaja signboard hospital, untuk lebih kurang 10 minit
saya rasa sakit. Bila Abuya turunkan saya di hadapan pintu Dewan Bersalin, kaki
saya rasa tidak cukup kuat untuk melangkah ditambah sakit dipinggang. Orang
tengok saya jalan kiri kanan kiri kanan.
Masuk saja untuk pendaftaran, saya tidak rasa sakit langsung. Ajaib.
Saya hanya dibenarkan masuk berseorangan untuk pendaftaran. Umi Abuya
terpaksa tunggu di luar.
Masa ni mulalah ada flashback segala kisah movie macam CSI, FBI dan etc
yang ada scene dalam bilik bedah. Sempat lagi. Saya menikmati saat itu dengan
perasaan yang indah.
Saya tengok ada kakak yang menangis diusung di atas katil masuk ke
labour room. Saya tengok kakak yang santai sekali mukanya, rupanya ni anak ke-7
dah. Patutlah.
Saya senyum saja kepada mereka. Dalam hati ada juga rasa berdebar.
Hingga tibalah saat saya diperiksa oleh specialist disebabkan masalah
kesihatan saya.
[Bersambung …]