malaysia.australia
Wednesday, July 1, 2009
KASIH JIWA
malaysia.australia
PENGHIJRAHAN MALEK NOOR
UTUSAN MALAYSIA (08062009)SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.
zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
notes:
1.tertarek dgn artikel ni.sbb ia cukup bermakna.
2.seorang yg sudah berusia 53 tahun kembali semula ke jalan keredhaan ILAHI.apatah lg kita yg maseh setahun jagung ini, bukan kah begitu? (semuanye blom terlambat pd sesiapa pon, yg benar2 mahukan petunjuk cahayaNYA dan balasan syurga kelak..insyaALLAH)
3.malek noor, seorang figure yg dikenali, namun boleh menangis tatkala wawancara ini dilangsungkan. hati aku turut tersentuh membaca artikel ini.
4.moga ia membawa manfaat utk org lain juga. telesuri artikel ini dengan dua mata yg terbuka bukan sebelah mata shj.
HATI PUNYA NADA LAGU
kali ni x de sebarang huraian yg rase nak dishare..cukup lah aku kate kan biarkan gambar ini yang berbicara..biarkan ia memberi interpretation tersendiri buat semua.nya..gambar yg mnghubungkan hati2 antara malaysia dan australia.. (dlm hati ada lagu bunga2).(dlm hati ade lagu sendu).(dlm hati ade lagu harapan).(dlm hati ade lagu segalanya)..hanya DIA yg maha mengetahui rahsia hati yg punya nada lagu, milik empunya badan ini.maaf, bila ayt2 ni terlalu berbunga dan mengelirukan.biarkan ia berbicara sndiri.huhu.yg sobanarnya gmbr ni rindu pd family kat rumah. :D
Tuesday, June 30, 2009
PALUAN KOMPANG
sekarang kita semua da besar. da punya banyak tanggungjawab dan komitmen. da kena handle mcm2 masalah. kena deal ngn mcm2 orang. dan yg pasti perspektif kite terhadap dunia da berbeza berbanding 12 tahun dl. nk pikir kan stadi. nk pikir kan masa depan. nk pikir kan dunia selepas dunia. (haa..faham x?)..dan topic plng best nk buat orang berangan pikir adalah topic ttg perkahwinan.. 0_o ehem2..
minggu lepas aku dikejutkan dengan perkahwinan seorang sahabat waktu matrix, asyu dengan suami beliau, nasaruddin nama nye. (mereka x pernah mengenali masa matrix, jumpe pon mase taaruf dan pertunangan..sweet sgt cerite mereka..tp x dpt dikongsikan lg wat ms ni, sbb blom dpt full version)..x lame sblom tu aku dikhabarkan dengan berita perkahwinan senior kolej, kak baiyah dengan bakal suami, incik afzal, yg akan diijabkabulkan pd 4 july ni.sama2 kite doakan muga semuanye berjalan lancar.insyaALLAH..sebelumnya pule ade lg berite2 perkahwinan yg smpai ke pendengaran aku. kawan2 waktu sekolah. juga kakak2 sepupuku yg sudah pon selamat menjadi isteri orang kini. tahniah utk semua nye yg telah selamat membina masjid dan muga menjadi isteri2 yg solehah, pendamping setia dan pemangkin semangat buat para suami..juga semoga ikatan yg terbina berkekalan hingga akhir nyawa..biar sampai syurga.ameen. :)
bile ckp ttg isu kahwin..mule la sorang2 nk tersenyum simpul. yg dibayangkan semua nye indah2. manis2 belaka. tp sedar kah kita bahawa perkahwinan ini menuntut komitmen yg tinggi drpd kita apabila dua hati diikat dlm keredhaan ILAHI. dengan ikatan yg cukup suci dan halal berlandaskan perhubungan antara suami dan isteri. macam2 onak dan ranjau yg digambarkan olh orang tua2 kita dlm menempuh alam perkahwinan.tp tahukah kita ape kepentingan atau faedah yg digariskan dlm islam ttg perkahwinan ini?..aku bukan pakar nk cerita ttg ni. cume bnyk membaca shj. (ye la kan, dr sekarang kena siapkan diri ngn bekalan ilmu. x kan nk tunggu smpai tangan da dihias inai br nk buka buku perkahwinan kan..hehe..aku exaggerate je.)..ok la, xnk buang masa..jom kite baca artikel ni.
(isi yg disampaikan dlm bntuk santai tp penuh dgn ilmu yg bermanfaat serta ada kupasan isu2 yg berlegar dlm masyarakat kite bile berbicara ttg isu perkahwinan)
disebabkan aku ni belom bnyk ilmu bab ni.maafkan slh silap kalo ade tersalah bicara.ni semua hanya sekadar perkongsian shj.dan membuatkan kita merenung ttg masa hadapan..hari ini kite berseronok, tp masa depan perlu juga untuk difikir2kan..
yesterday was a history, tomorrow is a mystery, today is a gift..therefore, value our time while we can.insyaALLAH.
(al-furqan, 25:74)
sekian sj utk coretan kali ni. :)
notes:
1. utk artikel 'ku tunggu jandamu' yg dishare ni, aku da mnx izin pd penulis, tp wktu artikel ni aku tules blom dpt approval lg.insyaALLAH.mudah2 an dpt.
2.gmbr cincin ni x de kaetan antara hidup dan mati..hehe..aku da ade sendiri aku punye cincin pemberian insan2 tersayang.syukran ya ALLAH. *wink2*
3.aku dimaklumkan oleh asyu (pengantin br kita) bahawa suami beliau, incik nasaruddin telah selesai menules buku bertajuk , "KENAPAKAH MENIKAH AWAL"..hanya menanti utk diterbitkan katanya.asyu mohon didoakan muga ianya berjaya.insyaALLAH asyu. ;)
KEK BATIK SIMPLE
bahan-bahan ( 1 loyang )
- 1 packet milo (packet yg plg kecil)
- 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
- 1 buku buttercup
- 1 cawan gula halus
- 1 biji telur ayam
- serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
- 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)
cara-cara
- masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
- cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
- kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
- bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
- then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
- pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba
KERINDUAN

:)
BISIK HATI
(al-baqarah: 286)
"Boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al-baqarah: 216)
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesunggunya bersama kesulitan ada kemudahan."
(al-insyirah: 5&6)
semoga ayat2 ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 ku yg buntu. adakala aku sendiri lupa.tp aku ada kawan2 yg mengingatkan aku dengan ayat2 ini.alhamdulillah ya ALLAH dalam tiap kesenangan dan kesusahan ku..mudahkan kehidupan kami semua.ameen. ;)



