Sunday, July 5, 2009

MOTIF TERSIRAT

4

8

6

11

10

14


^.^

KANAK2 BERIADAH


hari ini hari beriadah.
di samping beriadah dan menyihatkan tubuh badan,
riadah mengeratkan tali silaturrahim antara kami.
auckland dan brisbane bergabung,
membentuk pasukan yg mantap,
walau penat berlari ke sana ke mari,
puas bergelak tawa riang ria kanak2,
tapi aku tetap gembira dapat beriadah.

dlm agama pon dituntut supaya kite menjaga kesihatan kan.
jadi MARILAH kite beramai2 beriadah.

(^.^)v

AIR MATA MALEK NOOR

myMETRO (05072009)
ABIE ABDULLAH


"Malu ke berkawan dengan orang yang mengakui kesilapan? Saya yang sepatutnya lebih malu kerana kealpaan saya selama ini terhadap suruhan-Nya, tetapi Allah Maha Penyayang, menerima saya seadanya," kata Abdul Malek Mohamed Noor ketika Selebriti berkunjung di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, Rabu lalu.


Malah, kata bekas juara enam kali bina badan Asia ini, pendedahan seperti itu sangat penting sebagai teladan buat kita semua dan dia rela menjadi contoh itu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Biarlah apa orang nak kata, dia akur kerana tahu hikmah Allah atas segala yang terjadi.

Bukan saja negatif, Malek menerima banyak pujian atas keberanian itu. Bukan meminta, tetapi itulah antara hikmah-Nya. Katanya, seorang peminat yang menetap di United Kingdom kagum dengan perubahan Malek dan menjadikannya sebagai contoh kerana peminat itu juga seperti Malek, sering merantau ke negara bukan Islam.

Sebenarnya sejak 2002 lagi rutin perjalanan hidup Malek Noor bertukar. Sibuknya mencari nama dan rezeki selama tiga dekad sebelum itu membuatkannya lalai akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Dari usianya 12 tahun sehinggalah 46 tahun, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu sehari dan jauh sekali untuk berpuasa pada Ramadan.

"Saya alpa akan semua tanggung jawab itu. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong lebih 30 tahun untuk mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. Besarnya dosa saya dan tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi-Nya," katanya.

Pintu hatinya terbuka pada satu hari pada 2002. Suara azan yang selama ini tidak dipedulikan tiba-tiba menyentap jiwanya. Azan Isyak berkumandang dari masjid KLCC berhampiran penthousenya menjadikan hatinya sayu.

Ketika itu pelbagai perasaan bergaul, membuatkan dia tidak senang duduk. Sedih, ngeri dan seram! Puas berpusing di dalam rumah, tetapi hatinya terus tidak keruan. Dia menangis sesungguhnya seperti seorang bayi kerana kebuntuan itu.

"Lalu saya menghubungi kakak bertanyakan mengapa ini terjadi dan dia suruh saya mengambil wuduk dan terus sembahyang. Alhamdulillah, saya peroleh sedikit ketenangan selepas itu. Saya duduk sambil berfikir, bisik hati kecil saya, ini mungkin seruan Allah.

"Dalam usia 46 tahun ketika itu, saat itu yang membuatkan saya paling bahagia.

"Bayangkan selama ini, lihat siaran azan di TV, saya tukar saluran lain. Kalau dengar pun, saya tidak beri perhatian langsung, malah lebih rancak berbual," katanya walaupun pernah melaungkan azan ketika berusia 12 tahun.

Sekarang lain. Selain menghormati bunyi azan, pelakon filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat ini tertunduk kerana sayu dengan melodi panggilan sembahyang itu.

Sejak hidayah itu, pelbagai mimpi aneh mendatangi tidurnya. Antaranya arwah ibu, Jariah Ahmad yang datang menabur bunga emas kepadanya dan lapan bulan lalu ketika membaca al-Fatihah, satu suara muncul menyatakan akan membantunya.

Percaya atau tidak, Malek kini boleh mengubat orang. Malah, pertemuan dengan 'seseorang' empat bulan lalu juga membuka ruang untuk Malek menolong mereka yang memerlukan melalui syarikat Great BioEnergy, sejenis minyak yang mampu membuang toksik, memulih tenaga serta melancarkan perjalanan darah.

Dalam menuju perubahan hidup ini, Malek berterima kasih kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Habin (kedua-duanya dari Kelantan) yang banyak membantunya sehingga hari ini.

Rancangnya untuk ke Makkah tahun depan. Baik umrah mahupun haji, dia berserah kepada Allah. Bagaimanapun bukan kerana pangkat, nama, status, glamor atau disuruh kawan. Ini panggilan Allah!

"Saya cuma merancang, Dia yang meletakkan segala-galanya. Saya hanya mampu berdoa dari hati yang suci semoga memperoleh keberkatan-Nya kerana hanya Dia lebih tahu yang terbaik untuk makhluk-Nya.

"Allah sudah tentukan takdir seseorang, tetapi dia suruh kita sembahyang dan berdoa menadah tangan meminta apa yang kita mahu. Dia Maha Memberi, saya percaya Allah akan memberi apa yang kita hajati asalkan kita tidak putus asa memohonnya.

"Saya semakin faham kini mengapa Allah suruh kita sembahyang dan berdoa, kerana Dia menyayangi kita.

"Islam ini indah, penuh perincian. Nak jadi Islam nampak mudah, tetapi bagaimana nak berjiwa dan berhati Islam sejati. Saya pun bukan lengkap lagi, masih terlalu banyak untuk saya dalami ilmu Allah untuk mengenali-Nya," katanya.

Selain jiwa yang aman, berpindah ke kediaman yang pertama dibelinya di Kuala Lumpur pada 1987 menambah lagi ketenangan yang dicari. Jauh daripada kesibukan kota berbanding kondominiumnya yang berdepan KLCC.

Menurut Malek, barang dalam rumah itu masih seperti dulu. Sedikit pun tidak berubah, kecuali satu sudut dinding yang dihiasi ayat suci Al-Quran. Emper mewahnya itu disewakan.

Turut dibualkan petang itu adalah perkembangan semasa, terutama gejala sosial. Pembunuhan yang tidak mengenal ihsan, rogol, sumbang mahram, bohsia dan sebagainya meruntun hatinya.

"Saya jadi ngeri dengan paparan berita seperti ini. Saya tengok ramai tidak sempat bertaubat dan ada atuk berusia 60, 70 tahun masih minum arak. Saya tidak mahu menghakimi mereka, sekadar meminta Allah membuka hati mereka dan menjauhkan semua itu daripada saya.

"Tuhan banyak memberi ujian kepada saya selama ini untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Begitu juga Dia tidak beri terus apa yang kita minta tetapi perlahan-lahan, juga kerana nak tengok kesabaran kita," katanya.

Kata-kata Malek tiba-tiba tersekat-sekat, nadanya bertukar sebak diiringi air mata jantannya.

"Saya masih dalam ketakutan. Tidak semestinya ke Makkah atau buat Haji, kita terus ke syurga. Kalau sembahyang pun, belum tentu terus ke syurga. Jika berkopiah pun bukan bermakna kita alim.

"Namun saya hanya berdaya untuk meminta yang terbaik untuk diri saya.

"Kalau saya diberi peluang untuk kembali ketika baru keluar dari rahim ibu, saya akan cuba menjadi sebaik-baik manusia yang beriman kepada-Nya. Namun saya bukan nabi yang maksum!

"Apa yang saya lalui selama ini belum cukup, syaitan lagi kuat menggoda sebab itu janjinya kepada Allah untuk menyesatkan lagi manusia yang taat kepada Allah, yang sembahyang dan berpuasa," katanya sambil mengesat air jernih itu.

Katanya, pernah tahun lalu ketika di Phuket, dia termakan ayam yang tidak disembelih. Sebaik tahu hal itu, dia terus mengorek mulut untuk memuntahkannya sehingga dia jatuh sakit.

"Saya bukan baik sangat, tetapi pengalaman saya ini mampu untuk kita renung bersama," katanya yang baru selesai berlakon telefilem Damak arahan Zulkiflie M Osman.

Mengenang zaman 'nakalnya', Malek sedar apa yang dilakukannya salah. Bukan saja menghalalkan makanan dan minuman haram, tetapi lebih daripada itu. Pernah dia mengunjungi gereja di Denver, Amerika Syarikat untuk melihat 'kekuatan' di sana, tetapi dia akur dengan kekuasaan Allah.

Memang hatinya sentiasa menyebut nama Allah tetapi secara praktiknya, dia tidak mengamalkan. Sama juga ketika menyertai pertandingan bina badan dari 1985 hingga 1991. Sedar sangat akan haramnya membuka aurat, apatah lagi hanya berseluar dalam di atas pentas.

Pun begitu, kata Malek, dia tidak mahu pandangan isi hatinya disalahertikan oleh mana-mana pihak.

"Kita memang tahu salah, seperti saya juga, tetapi demi minat dan sumber pencarian, saya teruskan juga. Saya pemalu tetapi gagahkan juga demi nama dan status, cuma saya sentiasa berharap tidak terus terpesong.

"Setiap kali tamat pertandingan, saya terus meluru ke belakang pentas mengenakan pakaian. Saya malu! Saya cuma sasarkan enam kali juara dan saya dapat. Kalau anda perasan, saya hilang selepas 1991 sehingga sekarang daripada pertandingan heavyweight," katanya.

Cerita Malek, dia bukan orang yang layak untuk memberi nasihat, tetapi harapnya pendedahan ini membuka hati mana-mana individu.

"Saya bertuah kerana dibukakan hati sebelum terlambat. Harapnya hati ini terus diberikan kekuatan untuk beriman kepada-Nya.

"Segala apa yang saya lalui selama ini tidak saya kesalkan kerana itu aturan Allah sehingga saya berubah kini. Lebih bermakna dan nikmatnya kalau kita melalui perubahan yang positif.

"Kejujuran dan keikhlasan antara kemuliaan seseorang insan. Saya bangga mengakui kesilapan lalu buat renungan bersama," katanya yang kini mempunyai seorang anak angkat.

Menyentuh mengenai hasratnya untuk berumahtangga, Malek tersenyum sambil berkata: "Ramai yang mencuba, tetapi saya serahkan kepada Allah. Kalau ikutkan hati, saya mahu wanita yang solehah."


notes: sambungan pada entry penghijrahan malek noor + caption pada gambar "PERNAH seorang kenalan bertanya, tidakkah dia malu mengakui kesilapan lalu dan mendedahkan di akhbar? Cuma satu jawapannya, dia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada manusia lain."

Saturday, July 4, 2009

KHUF

FIQH OF TRAVELERS
(FAMSY welcoming kit)
(bukit cerakah, shah alam...january, 2009)

wiping over khuf/socks

for those who study overseas especially where muslims are minority, performing wudu' is a trouble since there might not be a specific place for it in university or workplaces. we ended up getting stared in the public toilet for washing our feet in the sink. as much as we wanna believe that our feet is cleaner than everyone's face since we wash A LOT, it still not a practical way to go. islam is a deen of practicality. where there is difficulty, there is always a rukhsah (relief or dispension). so, instead of having twist our back trying to wash our feet in the 1.5 meter high sink, it is permissible to wipe over the khuf/ socks/ shoes. the basis of the rukhsah is the following hadith in sahih muslim:

Al-mughirah b. shu'bah gives the following account; "Allah's Messenger (peace be upon him) lagged behind and i did so along with him. he relieved himself and after doing so he said: "Do you have water with you." i passed him a vessel of water and he washed his hands and face. then he started to roll up the sleeve of his robe from his forearm but the sleeve become too tight, so he brought his arm out from below the robe and tossed the robe over his shoulder. he then washed his forearms. he wiped over his forelock and his turban and his socks. afterwards, he got back on his steed and i got back on mine and rode until we came upon some people standing in prayer, being led in prayer by 'Abd al-Rahman b. 'Awf. he had already completed a unit of prayer with them. when he realized that the prophet (peace be upon him) was present, he began to step back, but (the prophet) motioned to him and kept praying. when he uttered salam, the prophet (peace be upon him) stood up and i stood up with him and we prayed the unit of the prayer that we had missed."

what is khuf?

khuf is a special type of socks made of leather. scholars differ on the permissibility of using nylon, woolen or cotton socks. however, some shafi'iyah scholars allow using such socks in place of a khuf should it fulfil certain conditions. this opinion is supported by Sheikh Islam Ibn Taimiyah in his Majmu' alFatwa.

conditions of the khuf/socks

1. the socks must be strong enough to enable walking in them without tearing.
2. the socks should remain in position without being tied and should not slip.
3. water must not be able to seep through.
4. the sock must not be transparent.

how to wipe khuf/socks

draw the fingers of the right hand on the upper surface if the sock standing from the toes up to the foreleg (just above the ankle). it should be done once only on each sock. the right hand should be used for the right sock and the left hand for the left sock.

validity of wiping over the socks

for it to be valid it is essential to put khuf/socks after complete wudu' has been made. thereafter if wudu' breaks, it will be permissible to wipe over the socks without washing the feet when wudu' is being made.

validity of a muqeem (non-travellers) is 24 hours while for the musafir (travellers) is 72 hours in condition that the socks haven't been removed throughout the time. (the period will be reckoned from the time the wudu' breaks, not from the time the khuf/socks were put on)


source:
1. fatwa from sheikh abdul khatib regarding placing the socks as khuf.
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/11/21/fatwa-sheikh-abdullah-khatib-berkenaan-menjadikan-stokin-sebagai-khuf/more-77

Wednesday, July 1, 2009

MATA

mata yang melihat.
mata yang merenung.
mata yang meneliti.
mata yang memerhati.
mata yang menilai.
mata yang mentafsir.
mata yang akhirnya membunuh.

MIRROR MIRROR ON THE WALL


mahmudah..dibuli..mazmumah..dicaci..?? -_-" hanya yang Maha Mengetahui..nilaian padaNYA..tiada suatu yang sempurna.

macam mana ni?apa da jadi dengan dunia kita?..tatkala aku ber ym dengan seorang teman, dia ketawakan aku dengan statement ni. katenye bukan ke sekarang ni yg mazmumah itu dipuja2..x lg dicaci.
mari kite same2 cube renungkan setiap kejadian beserta dengan bukti2 yg ada dalam kehidupan kite sehari2an. mana yg melanggar hukum Tuhan, yg itulah yg menjadi 'idol' dlm masyarakat kite. make sense x kenyataan mcm ni?ehem2..

sudahnya mana satu yg betol? dulu, bile nak wat sesuatu, asyik khuatirkan apa kata dia?apa kata jiran?apa kata masyarakat?..da tu, pernah kite pikir ape kata Tuhan dengan tindakan kite?..(gedebusshh..kene kat muka sendiri lg)..ade plak setengah yg hati kering, pentingkan diri, asal diri sendiri lepas..langsung da x nak peduli dan hirau kan perasaan orang lain..mcm2 jenis manusia rupanya atas muka bumi ini..kata cermin itu kepada aku.

walau apa pon orang nak kata, satu pesanan yg akan aku ingat sampai mati..umi pesan pada aku, "kakak, x kesah la ke mana sekali pon kite ni pergi, yg penting ingat jati diri kita. sedar diri kite ni siape. asal keturunan keluarga. tahu agama dan takutkan Tuhan."..jgn da pergi belajar tinggi2, blk2 da nak tukar jd orang laen pula. (tukar kepada yg lebih baek x pe la, lg sejuk perot umi mengandung..insyaALLAH.)

hidup mcm roda. ada masa kite kat atas. ade masa kite kat bawah. semuanya da kemas elok dirancang oleh pencipta. setiap ujian yg datang saban hari, wajar utk kite syukuri. itu tandanya kasih nya Tuhan pada kita, kerana mahu menguji sejauh mana ketaatan kite kepada perintah agama. andai kan Tuhan da x kaseh kan kite, da x ade sebarang ujian baek ujian kesusahan mahupun ujian kenikmatan..akhernya kite lalai dlm kehidupan fana yg kononnye 'syurga dunia'..macam mana? mahukah kite begitu? (xmau2..smbl menggeleng2 kan kepala)..ya ALLAH, jgn lah kau jauhkan rahmat kasihmu drpd ku dan insan2 tersayang di sekeliling ku ini. berkatilah kehidupan kami menuju akhirat Mu yang abadi.ameen.

pokok pangkalnya, tepuk dada bukan tanya selera..tapi tanyalah iman masing2..hanya diri kita sendiri dan Tuhan yg tahu setiap apa yg tersirat dlm hati kecil seorang insan itu. :) aku sendiri masih lagi 'kalut' mencuci noda2 diri..mohon bantuan dan teguran..sekian.

"Dan barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH, niscaya dia akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak."
(an-nisa': 100)

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada ALLAH, sedang dia mengerjakan kebaikan"
(an-nisa' : 125)

GEMILANG TANPA DADAH


belia Malaysia maju mengorak langkah
membina masa depan
berkerlipan bak permata berkilauan
menggalas amanah
memikul tanggungjawab
membawa sejuta harapan
demi bangsa Malaysia , rakyat pertiwi

hapuskan sejarah hitam
lenyapkan derita terpendam
sembuhkan luka bernanah
kembalikanlah maruah agama

oh , belia Malaysia
jangan didekati najis kehinaan
pinggirkan ia dari kehidupan
hindarkan sengsara dalam epilog kisahmu
jangan langsung dan sesekali
kezaliman merangkuli tubuh sihatmu
merakus rosak minda cerdasmu

ayuh mari semua
martabatkan kembali kehidupan
di pentas persadanya
putikkan semula bunga kedamaian
tumbuhkan kembali ranting keamanan
kelak hidup kan bahagia
cemerlanglah kita tanpa dadah

buktikan dengan semangat waja
kita belia Malaysia
hidup cemerlang tanpa dadah
gemilang di jalan keredhaan



notes:
1.tgh korek2 folder kat laptop terjumpa plak nukilan ni. aku wat masa tahun 2006 dl. tolong seorang kawan.
2.lirik nasyid ni digunakan utk pertandingan.alhamdulillah, dapat tmpt ke-2.
3.malangnye smpai skrg x berpeluang lagi utk dgr melodi lagu nye mcm mane.huhu..[kepada yg berkenaan sila tunaikan janji anda 3 tahun yg lampau ya]

4.cam budak2 kan nukilan ni.hehe..layan je la.