Friday, July 10, 2009

SALAM MANIPAL - BRISBANE

alhamdulillah ya allah..menghadiahkan aku bintang nan indah, yg sentiasa ada utk menyinari siang dan malam ku..huhu..(ok, da masok ayat jiwang)..bangun pagi tadi, and aku dikejutkan ngn satu msg kat blog. and i opened it. and there it was. i was surprised...sangat2.speechless.ya allah, kadang2 ada masanya aku merasakan aku keseorangan di atas dunia ini, namun kau hadiahkan sahabat terbaek seperti dia. dan beberapa lagi cahaya bintang hati ku. aku x pandai dan sungguh x bagus nak ekspresikan rasa sayang yg leh wat orang paham. i guess, it just dat sometimes actions speak louder than words. that is me. *-*

to my dearly noen, thanx for ur words and thanx for ur thoughts and thanx for dis relationship and this friendship..above all, thanx for everything dear. (ok, nnt la smbng cerite ni. nnt berjurai2 lg plak air mate kuar..huhu)

SALAM MANIPAL - BRISBANE

notes:
1. pengarang sedang dlm usaha menyudahkan nukilan dua cahaya hati.(ttg dua nur ain)..nantikan ia di pasaran. :)

PELANGI PETANG




tengah duduk sorang2 petang mcm ni, waktu sejuk, duk depan heater..terlayan pula fikiran nak sentimental2..hehe.browse internet nak cari pasal cerite nur kasih ni, tapi end up aku jumpa lirik pelangi petang ni..spontaneously and automatically, aku terus je nyanyi cam ala2 sudirman (ok, menipu la sesedap itu kan..hehe)..padahal cam x brape nk ingat pon melodi lagu ni. start2 je nyanyi terus dapat feeling layan sampai abes.huhu..lagu ni touching sgt2..ade connection ngn hidup aku. somehow, i do wish dat the pelangi will stay forever..and i am really hoping for dat to happen. insyaallah. i will pray to HIM..and ya allah, kau redhakanlah hati ku ini dengan setiap perjalanan yg telah kau aturkan utk hamba MU yg hina dan kerdil ini. muga terus kan ku berpeluang bersama berada dengannya melihat pelangi petang ini. *wink2* jom layan lagu ni.

NUR KASIH

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

notes:
1.cerite ni besh. ternanti2 ape kesudahannye.
2.terima kasih kpd teknologi yg dinamakan you tube. *wink2*

3. isteri orang ade intan berlian, isteri abang ada abang. :)

Thursday, July 9, 2009

CARI KUNCI

kesedaran

iman

ikhlas

istiqomah

Monday, July 6, 2009

KLCC

bila pandang shj pada bangunan klcc ni.
hati aku jadi lapang dan tenang.
terus boleh tersenyum dlm sekelip mata.
walao dulunya aku bukan lah manusia yg kerap ke klcc.
walao hanya sekadar untuk berjalan2.
tapi
kunjungan yg sekali itu.
mencipta memori indah dlm hidup aku.
tiap kali mengenangkan nya buat aku gembira.
rasa macam nak ulang balik waktu tu.
bohong lah boleh ulang semula kan.
hidup x boleh dipatah balik.

walao sekarang aku jauh dr klcc.
walao sekarang aku jauh dr kuala lumpur.
walao sekarang aku jauh dr malaysia.
dan sekarang aku di australia.
tetap gambar klcc kan aku tatap.
wat pengubat kenangan yg selalu bertandang.
di ruang mukim hati ini.
dan aku terus gembira dan bahagia bersamanya.

^.^

klcc nantikan kepulanganku.

HIAS RIANG HATI


kek cekelat yang telah siap dimasak dan diselaputi dengan lapisan krim cekelat yang menyelerakan.

wajah kek yang sungguh suci lagi berseri sebelom diconteng sesuka hati.

ni la hasil nye pas di conteng dengan riang hatinya.
macam budak2.
budak tadika buat pon cantik lagi.

yang ni masa zaman mula2 belajar.
lagi kosong x taw nak conteng macam mana.
^.^

conteng2 atas kek yang menggembirakan hati.
lagi gembira bila dapat bake cake cekelat wat pengubat rindu
pada MALAYSIA.
huhu

SAMBAL BELACAN

makan talam namenye ni
bukan sorang2 ye.
*wink2*
pertama kali aku makan sambal belacan,
waktu autumn gathering,
dekat newcastle..
bunyi nye macam gah kan.
makan da x pandang dunia waktu ni.
abes je makan sambal belacan,
teros telefon umi dan memaklumkan,
kebetulan semua ahli keluarga pon ade sekali,
ape lagi pulun ketawa la semuanya.
nak buat macam mana,
sebab aku mmg pemakan sambal belacan orang nya.

walau jaoh aku merentas laut china selatan,
tetap masakan melayu x lepas,
sambal belacan tetap menjadi pojaan hati ku.

^.^

think globally, act locally

alhamdulillah, dapat makan sambal belacan.
gembiranya hati.