Wednesday, October 14, 2009

BUNGA

bunga itu pasti kan layu
saat ajal dibawa pupuk bayu

namun selagi masih bernyawa ia
siramilah ia dengan air taqwa
taburilah keimanan sebagai bajanya
supaya iakan terus mekar warnanya
menghiasi dan mengharumi syurga dunia
sang pria
buat tambatan ke jambatan sana
dunia yang selamanya

dalam keredhaan Sang Pencipta
jua
akhirnya
...........

CLAYMATION

haa..saya br blk dari kelas digital media kejap tadi. terus rasa semangat nak share sesuatu yang jadi semasa kelas. sebenarnya sekarang ni saya dan group members sedang dalam usaha menyiapkan projek kelas kami. projek tersebut haruslah sesuatu yang bermanfaat as a teaching and learning resource utk future classroom kami nanti. dalam projek ni akan ada digunakan pelbagai teknik animation. dan salah satu teknik yang digunakan adalah claymation.

claymation is referred to as a form of stop animation using clay. so what we did just now was to produce the clay itself. buat orang [characters in our story], the bedroom, the ball and etc..etc..using the different colours of plasticine. mmg menarik lah. hingga secara tiba2, salah seorang kami mengeluh.."hisshh, susahnya nak buat orang pakai plasticine ni, leceh..tapi senang je kan ALLAH buat kita manusia ni."

terpana saya seketika dengan lontaran kata2 sahabat sebentar tadi. lalu menyambung, "ye lah, ALLAH pakai tanah je. senang je ALLAH buat, dan tiada satu yang mustahil pon bagi ALLAH SWT kan." MAHA HEBAT KUASA SUCI ALLAH SWT..subhanaallah..


diam saya berfikir sebentar, semudah itu ALLAH menjadikan manusia.


................................................................................. subhanallah.



note: insyaallah nnt saya upload kan projek kumpulan saya sebelum ni. insyaallah. mmg menarik untuk diaplikasikan dalam kontek pembelajaran di Malaysia nanti. tapi ada lagi beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan..contoh:time constraint.

22102009 : updated! ni la video group kami masa waktu workshop. tapi yang ni sangat simple dan tak smooth mcm projek yg kat entry atas tu. enjoy! :P

Tuesday, October 13, 2009

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah that now everything is over
i am looking for a new bright sunshine
a new me
and the old me
in my life

may the new start will always be blessed and showered
with YOUR endless guidance, love and care

thank you ALLAH for the wonderful feelings that YOU makes me feel
and thank you ALLAH for YOUR kindness and mercy
above all thank you ALLAH for YOUR endless love
alhamdulillah

thank you to all those who give me support
all through this while
only ALLAH can repay your kindness
and always know that
I LOVE YOU ALL
in my very own special way
i am sorry if i am not a good friend
because i am not a perfect person
and will always not
but i know, i will try my best
insyaallah

special thanks to farah, aisyah, ain, and more friends
the biggest special thanks goes to my beloved umi
for your endless support and prayers

thank you
your generosity and understanding
have always brighten my days
though we are far apart from the distance
yet we are so close in our hearts and prayers
may ALLAH bless all of us
ameen

SI CELIK BUTA


kadang-kadang saya celik
tapi rupanya saya buta

kadang-kadang saya buta
rupanya saya masih celik

anda bagaimana?

Sunday, October 11, 2009

UJIAN

salam alaik,

da lama rasa seperti tiada mood mahu menulis. da beberapa hari pandang je blog ni. rasa macam nak share sesuatu. tapi tiada kekuatan nak tules. hehe.

rasanya da selalu juga cakap, sesungguhnya tidak akan datang ujian kepada hambaNYA melainkan atas kemampuan hamba itu [al-baqarah]..dan barangkali kamu suka kan sesuatu tetapi ia bukan lah yg terbaik untukmu, dan juga barangkali kamu tidak sukakan sesuatu tetapi itulah yg terbaik untuk mu, sesungguhnya ALLAH itu lebih Mengetahui [al-baqarah]

perjalanan hidup saya dalam beberapa hari ni, terumbang ambing. lost. tragic. tetapi saya sangat bahagia. benar..bila saya memujuk hati supaya bersabar, mendengar ayat2 di atas ini. hati saya jadi tenang dan saya boleh kembali tersenyum. mungkin ke satu peringkat saya belum boleh berkata2 dengan apa yang terjadi kerana terlalu banyak yang perlu saya fikirkan dan selesaikan sekarang. tetapi satu yg saya pasti saya masih mampu tersenyum, tidak seperti sebelum ini. alhamdulillah. :)

adakalanya benarlah kita rasa seperti tiada satu pon yg kena dalam hidup bila ditimpa apa jua musibah. sering kali timbul perasaan rendah diri dan bingung dengan apa yang terjadi. kita rasa semua yg berlaku salah kita. dan kenapa kita yang kena ujian ini. saya berfikir mcm ni apabila hati begitu lemah rapuh menerima ujian MU ya ALLAH. astaghfirullahhalazim..

to the extent, saya berjalan seorang diri dalam kepekatan malam, mencari sesuatu yang hilang. tapi saya tak tahu apakah itu. mencari dan mencari. gilakan saya berjalan tengah2 malam seorang diri. tetapi saya wajib jika tidak saya tak tahu apa yang bakal saya lakukan dalam keadaan ini. sehingga akhirnya datang seorang sahabat mententeramkan jiwa dan membuka mata saya dengan setiap musibah yang menimpa. mengingatkan saya kembali dengan ayat favourite saya seperti di atas. sungguh, ayat ALLAH itu pengubat hati yang kesakitan.

saya tidak menyalahkan sesiapa dengan setiap apa yang terjadi. setiap manusia pastikan punya kelemahan masing2. dan saya akui saya juga punya kelemahan dan kelemahan2 ini lah yang perlu diperbaiki bukan hanya untuk memuaskan hati manusia semata tetapi yang paling hak adalah mencari keredhaan ILAHI. mungkin jua, ujian ini adalah wake up call untuk saya. mungkin saya sudah hampir di 'tebing', lalu ALLAH menyelamatkan saya. salah saya sendiri kerana tidak berjalan mencari cahaya dengan betul. salah saya sendiri kerana salah tafsiran. salah saya sendiri kerana hidup dalam bayangan.


hidup dalam bayangan selama 9 tahun..dan akhirnya ia hancur berkecai..berderai.sakit.pedih.


tapi saya bahagia, rupanya derita saya selama ini terperangkap dalam badan ini. dan mungkin ini lah jalannya yang ALLAH mahukan saya untuk membuangkan derita 9 tahun itu. terima kasih sahabat kerana menyedarkan saya. mungkin saya langsung tiada nilai dalam hidup anda, tetapi anda berharga dalam hidup saya sejak kali pertama kita berkenalan. jangan dipujuk hati ini kerana kata2 sahabat yang tulus walau pedih membawa saya kepada erti kebenaran dalam kehidupan. alhamdulillah.

insyaallah ini semua akan berakhir tidak lama lagi. dan saya berharap semoga ianya mempunyai penyudahan yang terbaik. dalam rahmat kasih ILAHI. moga tiada lagi derai air mata. dan semoga insyaallah ia bakal menjadi permulaan yang baru buat saya.ameeen..dalam memacu perjalanan dunia yang mungkin kan tamat bila2.wallahualam.doakan saya. :)

kepada anda dan anda2 [anda tahu siapa anda]..terima kasih. i love you. i am so lucky to have you in my life dear. :) tq MM. :) alhamdulillah YA ALLAH utk wake up call ini.

Tuesday, October 6, 2009

GETARAN HATI

saya terkenangkan getaran itu..
saya rindukan getaran itu..
saya mencari getaran itu..
saya masih merasa getaran itu..
tapi lemah.

"ya ALLAH peganglah hatiku di jalanMU"
"peganglah jua hati dirinya di jalanMU"
"peganglah hati kami di jalanMU"
ameen

Monday, October 5, 2009

BERCUTI

salam alaik,

yeahh..finally.hee.blom finally pon sbnrnya.alhamdulillah.ada gap 15 days before submitting another 3 more assignments.hoho.mmg restless siket sem kali ni.incik assignments bertimpa2 ajak g dating.haisshh. :P ape pon alhamdulillah that ALLAH gives me the strength to put it through. pejam celik pejam celik da nak dekat abes sem ni da.only few more days to go utk mnyempurnakan semester ni. :) can't wait till that moment. banyak lagi plan yang saya da fikirkan utk selepas ni. huu. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya. ameen.

semalam, dengan gaya 'tak ada kerja' konon2 nya, saya pergi berjalan keluar malam. tak jauh pon. dekat luar apartment ni je. tengok langit, tengok bintang, tengok pokok..tengok keindahan alam. subhanaallah. betapa rasa dekat bila nampak keindahan ciptaanNYA. masa ni la nak layan2 feeling, baru nak fikirkan ttg keluarga, masa depan n blablabla.haha. semalam call a friend of mine dekat sydney. we had a good chat after so long tak update any news. hee. sonoknya alhamdulillah. syukur masih ada masa utk saya berfikir selaen dari akademik. :D [apa boleh percaya cakap mcm ni?..hehe]

bangun2 pagi ni, buka facebook, woahhh...kawan TITANS saya sudah hendak menikah hari jumaat ini. tahniah widatul nadiah. gelak ketawa mu kan tetap daku kenang walau selepas ini kamu telah menjadi milik orang. kerana TITANS semua ada di hati saya. kepada kawan2 TITANS sila la upload pictures manyak2 ye. lepas tu tag la kami2 yg tak dapat hadir. ala2 salam perantauan je. huu. kepada widat, semoga hadirmu menjadi pembakar semangat kepada bakal suami mu dan semoga keredhaan ALLAH sentiasa bertakhta dalam rumahtangga yang bakal dibina kelak. ameen. :) [abg baz, sila jaga wid2 kami baek2. i had met u, and i believe and trust that u will be a good husband abg baz. slamat berbahagia to abg baz and wid2.]

jadi sekarang, saya pon memulakan percutian yg ala2 konon2nya bercuti selama 15 hari. huhu. kepala rasa ringan sedikit. lepas ni da mula nak kena fikirkan utk rancangan2 yg seterusnya. nanti baru saya nak cerita ttg pngalaman raya di sini. insyaallah. sementara masih mood ala2 syawal ni kan. :P

last but not least nak share something meaningful utk saya. "every cloud has a silver lining" insyaallah.

will write more later. tengah dalam mood kerinduan yang amat~~~~lalalalalaa..owh ya,line celcom skrg tak ok ke ye?sbb saya tak dapat contact parents dan family sy.uhuu.. T-T