Sunday, January 10, 2010
KISAH HANTU
Friday, January 1, 2010
SINGLE MUDA
fuhh.. bunyi macam nak keluarkan single hot terbaru di pasaran ye. hehe. tak ada la. rasa da lama sangat tak menulis di sini. percutian yang sudah hampir ke penghujung, menjadikan saya seperti orang nomad, merantau dari satu tempat ke satu tempat yang baru tak mengenal masa.. mengikut dan sedia berkhidmat untuk umi dan keluarga. ^^,
dan saya mulakan dengan lafaz kalimah yang mulia Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
alhamdulillah, setahun tahun hijrah sudah berlalu meninggalkan yang terkebelakang dan sekarang datangnya setahun yang baru.. menanti sinar rahmat dan kasihnya dari Yang Maha Esa.. well, saya harus mengaku, tahun yang sebelum ini.. mencabar dan benar-benar mendidik saya menjadi lebih sabar, kuat, dan cekap dalam membuat sesuatu keputusan. segala kepedihan itu semua akan saya tinggalkan di belakang sebagai pedoman untuk pelangi yang lebih indah di hadapan .. insyaallah. (^^,) dan segala memori indah itu akan saya semat kemas dalam fikiran dan hati serta terus melafazkan rasa syukur padaNYA.
pejam celik pejam celik.. cuti saya di Malaysia sudah hampir sampai ke penghujung nya. tak lama lagi saya akan 'terbang' kembali ke medan tempur sana. sungguh saya tidak menduga, sesuatu sedang menanti saya di sana dan saya tahu itulah aturan terbaik yang sedang Allah aturkan untuk saya setelah segala macam yang berlaku sebelum ini. alhamdulillah Ya Allah kerana masih menyentuh hati ku.. menggamit ku kembali. rasa terlalu hina dan kerdil pabila terkadang emosi mengatasi kewarasan akal dan mula lah merasakan kenapa saya yang perlu rasa kesakitan itu. mengapa tidak dia, polan itu? tetapi setelah membaca entry dari sahabat ku mariam, alhamdulillah kini saya mula mengerti tarbiyyah yang datangnya daripadaNYA. memang.. bukan senang, sakit. begitulah rencah nya, tidak kita merasa kesakitan diuji sebelum kita benar-benar berasa kesakitan. subhanaallah.~
sekarang ni saya rasa seperti tidak sabar untuk balik ke Brisbane. bertemu dengan sahabat, sisters.. sesuatu yang saya lari dan kini kembali pada saya. terima kasih Yang Penyayang.. sungguh.. tak tergambar rasa hati. sabar ya sahabat di sana. tunggu saya! saya akan pulang membantu.. bersama kita insyaallah. [sedikit keterbatasan saya di sini, apabila bersama keluarga. moga awak di sana faham dan terus beri sokongan pada saya sahabat, akhwat] (66,)
insyaallah.. dalam beberapa hari lagi nak merantau. nak mencari sesuatu. mohon sangat dapat perlepasan. hehe. saya tak tahu bagaimana jadinya saya setelah saya mengambil keputusan ini. cuma satu, saya yakinkan diri, saya berada dalam perlindunganNYA. insyaallah.
dalam kehidupan ini, saya akui bukan senang mahu memuaskan hati semua pihak. menggembirakan semuanya.. maafkan saya andai ada terkasar bahasa, terlalu ikutkan rasa dan kepala saya.. mungkin. saya tidak sempurna. tapi saya mahu terus menjadi sahabat anda mendoakan moga kita bersama ke jannah. insyaallah.
sambil itu, saya rasa mahu mengucapkan terima kasih, sekalung penghargaan buat teman-teman yang banyak mendidik dan memberi sokongan pada saya.. aisyah sukimin, farah hanani, ain zawawi, hanis ruslan, sakinah, kak ayu, izy, hani azezan, sisters brisbane ,ahli 808 aten, dayane, izzy, poa.. dan teman-teman sekuliah juga teman lain nya, naqiah dan ramai lagi. mungkin kita tidak duduk bersama tapi pengalaman yang ada secebis itu banyak menyentuh kehidupan saya. terima kasih. saya sayang kalian. (66,)
owh, hati sudah sebak. cuti yang tidak sia-sia hendaknya insyaallah. ruang masa ini buat saya banyak muhasabah dan mengumpul kekuatan.. moga ALLAH terus berikan saya kekuatan.. Allahuakbar!
Friday, December 18, 2009
TAHUN BARU
setahun yang berlalu meninggalkan memori yang terdahulu dan menghampirkan kita kepada kematian (penghujung yang pasti). mengenangkannya.. hati saya diam bersendiri.
kali ni saya nak share email yang saya terima daripada insan tersayang. sebelum ini sudah pernah saya dengari, moga beroleh manfaat untuk yang lain. insyaallah.
Sempena Awal muharram ini,
marilah kita menanam azam agar kita dapat menjadi manusia yang lebih baik
Pada Tahun ini berbanding Tahun2 sebelumnya dan berdoalah agar Umur kita diberkati
InsyaAllah Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun jangan di lupa……
Moga dosa2 kita yang lalu diampuni oleh yang Yang Maha Esa
Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah'
Jadi renungan bersama
Subject: Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin.
Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap . Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDo mini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan
dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana
secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar,
Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi &
Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'
Berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat
Monday, December 14, 2009
KAWAN
kawan gembira senang dicari
kawan sedih sukar ditemui
.:. setuju .:.
orang selalu kata
nak tahu peribadi seseorang
tengok pada teman rapat nya
.:. setuju ke? .:.
hadis nabi saw:
"berkawan dengan penjual minyak wangi, kita sama turut bau wangi,
berkawan dengan penukul besi, kita sama turut rasa panasnya."
tapi
ada orang kata
tak semestinya kawan dengan orang tak baek
kita pon jadi tak baek
macam mana ye?
-_-"
Thursday, December 10, 2009
MAS KAHWIN
JOHOR rm 22. 50
MELAKA rm 40. 00
N. 9 rm 24. 00 (bukan waris)
rm 48. 00 (ahli waris)
rm 725. 00 (krbt di raja di wilayah dtk kelana & kerabat)
S'LNGOR rm 2 500. 00 (puteri raja)
rm 2 000. 00 (puteri raja muda/puteri kpd putera sultan)
rm 1 000. 00 (puteri kerabat)
rm 137. 50 (puteri anak raja [waris])
rm 300. 00 (puteri anak raja [yang lain])
rm 300. 00 (ank prmpuan org besar2)
rm 200. 00 (cucu orang besar)
rm 300. 00 (org kebanyakan)
KL rm 80. 00
PERAK rm 101. 00
P. PINANG rm 24. oo
KEDAH tidak ditetapkan
PERLIS tidak ditetapkan
PAHANG rm 22. 50
T'GANU tidak ditetapkan
KLNTN tidak ditetapkan
SABAH rm 100. 00
SRWAK rm 120. 00
LABUAN rm 80. 00
hasil perbincangan, suatu tika DAHULU pahaman saya, hantaran itu lah yang paling penting perlu dititik beratkan dalam sesebuah perkahwinan kerana itulah nanti yang akan dibuat belanja keluarga oleh pihak keluarga. ya, hantaran penting, tapi kepentingan itu lebih lagi kepada mas kahwin sebenarnya. menurut kata akhwat (sahabat saya yang alim) ni, hantaran perkahwinan itu hanyalah hadiah belanja yang diberikan oleh pihak lelaki, manakala mas kahwin ini adalah yang wajib diberikan kepada pihak perempuan.
jadi, kini mengertilah saya bahawa mas kahwin itulah nilaian nya kepada seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga kelak. mengikut kadar kemampuan dan keikhlasan daripada pihak lelaki. akhwat saya ini, mas kahwin nya lebih tinggi dan tiada hantaran disyaratkan untuk pihak lelaki. bersesuaian dengan dirinya yang saya sifatkan seorang yang solehah. insyaallah. hatta, pernah diceritakan semasa zaman nabi SAW, ada sahabat yang memberikan mas kahwin hanya dengan surah al-fatihah (maaf, saya terlupa nama gerangan sahabat ini).
berbalik kepada topik bicara kita, mas kahwin. saya pon tak nak hurai panjang2. sekadar memuji jabatan agama islam yang meletakkan garis panduan dan syarat untuk setiap negeri bagi memudahkan pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
nanti saya sambung lagi. blur2 alam tiba2 nak sambung. huhu.
p/s: institusi perkahwinan itu adalah sesuatu yang mulia dan usah jadikan ia satu bebanan buat kedua-dua belah pihak. usah bergolok gadai sebelum berkahwin kerana nak dapat title wedding of the year jika di luar kemampuan sendiri, andai nanti merana diri di kemudian hari. ukurlah baju di badan sendiri. ikot bajet dan bersederhanalah. kan agama mengajar kita untuk bersederhana dalam apa jua. :)
Saturday, December 5, 2009
CILI KERING
haha
al-kisahnya
bila da selesai masak semua,
dengan suka hati nak tolong umi
potong cili kering untuk dibuang biji
dan di blender kemudiannya
senang nanti untuk keperluan masak
maklum lah musim cuti
tetamu sering bertandang
senang bila semua sudah siap terbentang
tetapi
nak diceritakannya
hari ni saya potong cili kering
di depan television
sambil menonton drama melayu tangkap baik punya
tengah scene emosi-emosi bapa menangis siket
saya pon feel sekali
makanya
berkurun lah saya nak habis potong
cili kering yang banyak itu
ulang : saya potong nak dekat satu kilo ok!
dah habis semua tak da rasa apa
da lama-lama tangan saya mula hangat
makanya seharian suntuk
tangan ni duduk diam je
nak bersin pon lapik dengan kain
sekali ni, saya tergosok hidung dengan tangan
berasap la jadinya
haha
moral of the story
jangan feeling-feeling sangat bila buat kerja rumah
nanti jadi macam saya!
KAD PENGENALAN
alkisahnya, ketika awal cuti dulu, saya menemani umi ke sungai petani. (almaklum la, tempat saya ni, tak ada apa.. bank yang ada pon hanyalah MAYBANK. jadi segala urusan perlu ke tempat laen.. hehe. benar ALLAH mendidik kami bersabar dan menerima apa yang ada di sini.) jadi, semasa di sana, kami singgah sebentar di salah sebuah syarikat telekomunikasi tempat umi saya menjadi pelanggannya. nak dipendekkan cerita ketika sedang menyelesaikan urusan bil semua, pegawai di syarikat tersebut mengesan bahawa butiran kad pengenalan umi menghadapi masalah. dan sebarang urusan untuk selepas itu tak dapat diteruskan selagi umi tidak menyelesaikan nya.
apa lagi? tercengang la kami di situ. apabila disemak dengan teliti, rupa-rupanya nombor kad pengenalan umi saya telah pon di blacklistkan kerana tidak membayar bil yang mencecah ribuan ribuan ringgit. subhanaallah. umi saya bukan begitu orangnya. di rumah umi lah yang paling awal mengingatkan abuya dan kami adek beradek untuk lekas-lekas menyelesaikan pembayaran bil apa saja. makanya, apabila disemak lagi, dikesan bahawa ada orang yang telah menyalahgunakan nombor kad pengenalan umi saya untuk 'menumpang line' atas nombor umi saya dan kemudian menjadikannya bil tertunggak. ulang kembali: INI BUKAN KESALAH UMI SAYA. ORANG ITU YANG JAHAT.
umi pada mulanya benar-benar tidak berpuas hati bagaimana sistem pendaftaran di syarikat itu terlalu longgar. rupanya kes macam ni bukan baru terjadi. da ramai orang yang pernah terkena. ish3..
alhamdulillah, daripada penyiasatan dapat dikenal pasti suspek seorang lelaki berbangsa _____ (tidak dapat didedahkan) dan berasal dari sebuah bandar. memang ternyata apabila kami menghubungi 'nombor tumpangan' itu, lelaki tersebut yang angkat. selalunya, jika umi saya terlewat angkat call atau tak perasan ada call masuk, call itu akan di divert kan kepada nombor 'incik tumpang' tu. memang sedara mara ada complain bagi tahu pada umi, tapi ingatkan salah teknik biasa2 saja. tup tup da jadi kes macam ni pula.
jadi, dua tiga minggu sejak saya pulang sini, sibuk lah saya menemani umi naek turun mahkamah untuk buat akuan sumpah dan membuat laporan polis untuk membersihkan kembali nama. susah la kan bila no ic da di blacklist, urusan rasmi semua nya jadi tergendela.
dan sesungguhnya jua dapat dikenal pasti bahawa, kes ini terjadi berkemungkinan angkara apabila umi pergi fotostat salinan kad pengenalan dan mungkin dari situ orang tu 'curi' details umi. wallahualam.
apa pon, kes sekarang masih dalam siasatan dan tindakan pihak berkuasa. tapi dari pihak umi semuanya telah diselesaikan. insyaallah mohon yang terbaik.
sesungguhnya rasa bersyukur jua ditimpa ujian sebegini kerana hal ini membuatkan kami ahli keluarga lebih rapat dan saling ambil tahu apa yang terjadi dalam isi rumah. alhamdulillah.
pengajaran : jaga kad pengenalan anda baik-baik ya! ^_^
