Friday, August 20, 2010

KEMBARA [6]: CHRISTCHURCH

Alhamdulillah, perjalanan ke Christchurch selamat semuanya. Nak cerita ni, kecantikan bumi Christchurch pula. Subhanaallah! Masa duduk atas pesawat, saat mata rakus melihat kehijauan landscape bandarnya, rasa sangat-sangat kagum, betapa besar nya kuasa ALLAH Maha Mencipta. Nak kata terkagumnya saya waktu tu, sampai lupa nak ambil gambar snap snap snap view panaroma masa tu. Sekarang bila nak cerita pada orang tak da gambar nak tunjuk. Yang ada dalam memori ni je. Cantik nya Christchurch, masyaAllah.

Apa pun, perhentian saya di bandar ni sekejap saja. Sekadar transit sebelum pulang ke Brisbane. Cuma satu malam satu hari. Alhamdulillah. Masih punya kesempatan dihadiahkan olehNYA. sewaktu kami tiba di sini, hari sudah menginjak lewat malam. Sampai saja pada rumah kawan Malaysia, Azzah terus saja berehat-rehat. Owh ya, nak cerita kami tak kenal pon Azzah ni sebenarnya. Kami diperkenalkan tentang Azzah oleh sisters dari Auckland sebab masa tu kami ada sedikit kesulitan tentang penempatan di bandar ni. Best kan? atas nama ukhuwah Azzah dan teman serumah bisa menerima kami sebagai tetamu menumpang barang seketika. Sudah lah mereka betul-betul sedang berada dalam minggu peperiksaan tapi layanan kepada tetamu yang diberikan sangat lah tip top! Masakan sedap and everything was really perfect! Alhamdulillah. Azzah dan housemates, jom datang Brisbane ye.

Keesokannya, kami explore lah bandar Christchurch ni. Best best best! Dengan berbekalkan sehelai peta, kami berjalan kaki ke hulu ke hilir. Bandar ni memang lah sangat orang kata overseanya. Pokok winter yang kekuningan, suhu yang mencecah 0 celcius, seni bina architecture yang sangat kebaratan. Semuanya lah. Rasa macam sampai London pula sekejap. Hihi. Satu hari suntuk kami explore bandar ni. Memang rasa puas hati. Snap snap snap pictures di merata tempat. Cuma ada satu saja yang tidak sempat saya buat masa sampai sini, iaitu punting. Punting ni macam ala-ala naik atas sampan panjang, kemudian ada orang dayungkan di sepanjang sungai tu. Selalu kita tengok dalam gambar-gambar pelancong yang mengunjungi Venice. Macam tu lah. Jenuh sudah saya berjalan sekitar sungai, tapi tak berketemu. Mungkin bukan izinNYA. Tak apa lah. Kurang-kurang dah tengok cantiknya bandar tu. Alhamdulillah.

Selesai berjalan ke serata pelosok bandar Christchurch, kami pulang ke rumah Azzah. Dan kala jam 3 pagi, kami dah pon berada di airport untuk berlepas pulang ke bandar Brisbane. Perasaan masa ni sedih juga, rasa macam tak percaya saja dah nak tinggalkan New Zealand. Rasa tak puas lagi berjalan. Apa pun, telah ALLAH suratkan perjalanan saya sampai sini. Matlamat saya untuk berkelana mengembara telah DIA makbulkan, ucapan syukur saja bisa saya panjatkan ke hadratNYA. Alhamdulillah.

Dan seterusnya, kami tiba di Brisbane city kembali. Berehat untuk dua malam sebelum saya meneruskan lagi kembara seterusnya ke MELBOURNE pula.

p/s: sorry yang ni pon wat hal juga. tak dapat nak upload elok-elok. huu

KEMBARA [5]: WELLINGTON

kembara tinta ini diteruskan lagi dengan berkisahkan tentan wellington pula. ketika mahu berlepas terbang dari auckland ke wellington ada satu peristiwa yang sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang di kotak memori ni. al-kisahnya, ketika sudah boarding dan masuk ke dalam perut pesawat terbang, tiba-tiba ketua pramugara membuat pengumuman bahawa pesawat menghadapi kerosakan enjin dan para penumpang perlu menunggu untuk beberapa ketika sehingga team techinician dan engineer sekalian berjaya menyelenggarakan kerosakkan ening. lamu juga nak tunggu tu, hampir ke 3 jam saya rasa. perasaan? agak terkejut dan berdoa moga tiada apa-apa kecelekaan yang tidak baik berlaku ke atas kami semua. sempat saya menelefon kawan yang sudah sedia menanti di wellington mengkhabarkan musibah yang melanda.

akhirnya, kami pon take off dari auckland airport setelah hampir 3 jam menanti dalam ruang katup pesawat tersebut. masa take off pula, pesawat bergegar huish, bergegar tak ingat orang kata. cuak juga masa tu. berdebar pon ada. bibir saya tak putus-putus melafazkan khalimah syahadah, menanti sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi, andai ini pengakhiran saya. indescribable lah perasaan dialamai masa ni. nak bertenang bersama kawan yang sama mengembara tak dapat juga, sebab seating dia di belaang sana jauh dari saya. masa ni lah rasa value kehidupan dalam diri ni. bila-bila masa saja boleh ditarik semula.

alhamdulillah, akhirnya setelah lebih kurang sejam penerbangan kami pon tiba di wellington. perjalanan yang sepatutunya singkat menjadi begitu lambat tiba. tapi berbaloi memikirkan pengajaran yang diterima. alhamdulillah. bumi wellington menyambut kami dengan keindahan dan keunikan bumi alamnya. agak clueless masa menjejakkan kaki disitu, tak putus bibir melafazkan tanda kekaguman atas kebesaran ciptaanNYA, yang ternyata indah. country side yang cantik. pokok-pokok hijau yang menyejukkan mata. landscape perumahan di lereng-lereng bukit yang mendamaikan. memang tip top lah pada orang yang cintakan nature seperti saya. rasa tak puas mata nak memandang bandar wellington.

di wellington, masa banyak dihabiskan bertemu dan menziarah sahabat-sahabat lamai dari IPBA. berjalan sekitar bandarnya dan memanfaatkan masa yang ada berjalan melihat kehijauan alam. seronok sangat rasa masni ni. tiada rasa tekanan dengan kehidupan bandaraya atau kotoraya yang adakalanya menyesakkan jiwa raga abdomen hat lima hempedu semuanya lah. untuk lebih gambar di bandar wellington ada saya selitkan di facebook, boleh p/m saya jika mahu nontoni ya.

seperti di auckland, masa yang ada di wellington saya manfaatkan untuk berjumpa sisters yang best. berkongsi ilmu, mencurah rasa hati (curahat) segala apa yang terbuku, sesak yang berada di dalam dada menghadapi mehnah kehidupan sebagai perantau. paling best dapat berjuma teman seperjuangan silat, Che Nad tersayang. dia teman yang sama-sama merasa jatuh bangun di jalanNYA ini. sejak dari IPBA lagi, sama-sama bersilat, sama-sama berjogging pada waktu petang. bergelak tawa bersama, menangis pon bersama. sangat sayang pada dia, kadang-kadang bila teringat pada dia bisa saja rasa hati nak pergi wellington balik. namun, tanggungjawab yang tergalas di pundak sekarang lebih utama untuk diselesaikan dahulu. Che Nad, if you happen to read this, take care always. La Tahzan! kita kena kuat ye. doakan kak long juga.

eh tersasar jauh pula. hihi. di wellington banyak tempat menarik yang boleh dilawati. dan bandar wellington ni sangatlah kaya dengan museum. tak percaya? sila lah google (harapnya adalah dalam google ye.. hihi) masa awal tiba, kawan serumah saya dulu, Yana dan teman sekolej TKC, Kamm bersungguh-sungguh tunjuk kiri kanan jalan, museum atlit, museum sejarah, museum itu museum ini. huhu. tapi yang sempat kami lawati pon hanyalan museum of Te Papa. besar sangat museum ni. kami ambil masa 2 hari untuk membuat tawaf dan menjelajah meneroka khazanah di dalamnya. apa yang ada dalam museum ni? macam-macam ada (gaya pakcik ASTRO) tentang orang maori, teknologi, keseniaan, artifak, bumi dan alam semesata. pendek kata banyak lah ada. banyak juga gambar diambil. dan paling best, museum ni menggunakan approach yang mesra rakyat gitu. tak rasa jemu duduk dalam ni berjam-jam belajar. memang patot lah ramai kanak-kanak di museum ini. jika anda, anda dan anda punya peluang satu hari nanti ke sini. nikmatilah ia.

rasanya dah berjela saya cerita. basically wellington bandar kehijauan yang sangat saya cintai despite of permukaan bumi nya yang agak hilly. memang boleh turun berkilo-kilo dibuatnya duduk sini lama-lama. apa pun, terima kasih untuk kawan-kawan di bumi wellington yang menyambut mesra kedatangan kami selama hampir seminggu berkelana di situ. sangatlah terasa terisi masa dan gembira di bumi wellington ini. :)

untuk irrina, hot chocolate kasih sayang kamu akan saya kenang sampai bila-bila. tengok hot chocolate ingat irrina, tengok irrina ingat hot chocolate. eh? hihi. sayang kalian.

next -----> CHRISTCHURH

p/s : sorry tak tahu nape tak leh nak edit post ni elok2. blog wat hal lah pula. huhu

Thursday, August 5, 2010

KEMBARA [4] : AUCKLAND

berjumpa lagi dalam edisi kembara yang seterusnya.. hihi.

alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kembara ini. :) setibanya saya di bumi Auckland, jam mengikut waktu New Zealand sudah menginjak ke angka 12 tengah malam.

sewaktu tiba di imigresen, sedang nak masuk kan laptop lepas inspection, tiba-tiba ada suara garau menegur, " datang bercuti ke? dari Malaysia ke?"

saya pandang kiri, saya pandang kanan.. akhirnya saya pandang hadapan, eh pakcik imigresen ni la yang tengah tanya. daripada perut kecut sementara nak lepas imigresen terus happy sebab jumpa orang kita. yippeeee.. haha. seronok la sangat masa tu, da la sorang aja sebab kawan-kawan lain da sampai siang nya. sembang serba serbi dengan pakcik ni yang dah 12 tahun menetap di bumi kiwi, dia pesan supaya saya hati-hati. lepas tanya direction nak ambil shuttle bus, saya pon lambai-lambai lah selamat tinggal. hihi.

masa dah dalam shuttle bus sewaktu menuju ke Auckland city, saya merasakan seperti baru saja mendarat ke planet Pluto. faktor yang pertama sebab cuaca yang agak windy dan sejuk gitu. dan yang kedua, hoho.. yang ni yang tak boleh tahan, bila saya pandang orang-orang yang sedang jalan di tepi-tepi jalan, rambut mereka tercacak ke atas macam alien pon ada. rasa nak gelak ada, rasa macam tak percaya ada. huhu. pendek cerita sampailah saya ke rumah kawan saya jam 1 pagi.

sewaktu di bumi Auckland ni, tak banyak tempat sangat travel. lebih banyak kepada menziarah sahabat handai yang tengah dalam musim examination. tambahan pula city Auckland yang kecil dan not so many places yang boleh dilawati. jalan-jalan di bumi Auckland ni sempatlah saya dan kawan pergi ke University of Auckland, Auckland Museum (dekat sini saya belajar banyak benda baru tentang budaya orang Maori, iaitu orang peribumi macam masyarakat kaum Asli kita dekat Malaysia).. kemudian naik bus ke Mission Bay melihat pantainya yang indah sambil makan ice-cream. best sangat, tambah lagi pengalaman memecut kejar bus gara-gara salah seorang rakan tertinggal barang dalam bus. sungguh ini semua kenangan manis untuk saya. kerana kembara ini banyak membawa saya mengenal kerenah manusia termasuklah kerenah diri sendiri. :)

semasa di Auckland, saya boleh umpamakan seperti datang ke Mesir. ish, Mesir pon tak pernah sampai. hihi.nak bayangkan saja lah ni. masa dekat sini duduk dengan sahabat handai yang alhamdulillah terjaga dalam bi'ah islamiah yang solehah. waktu solatnya sentiasa awal dan berjemaah, semangat ukhuwah yang sangat manis dan mereka sangat pandai masak serta cukup memuliakan tetamu-tetamu dari jauh. rasa seronok dan bersyukur dapat jumpa dengan ramai sisters yang sebelum ni tak pernah kenal tapi bila kenal macam rasa dah lama bersahabat. :)

(makan Malaysian food sedap di Angie's kitchen)

dan paling manis sekali dapat jumpa sahabat lama, teman sekumpulan teater sewaktu di kolej dulu, cik diyana zulkifli kita. selepas 6 tahun jumpa, hari pertama jumpa dia saja terus rasa macam tak percaya duk tergelak-gelak dan rasa terharu. kami berjalan-jalan di city sambil ada evening tea catch up story masing-masing dan berkongsi pendapat tentang isu-isu semasa. (topik perbualan pon dah ke arah kedewasaan).. sempat juga berpeluang pergi tidur rumah dia. memang best lah, rasa duduk sekolah balik. xP

(bersama diyana sewaktu minum teh di kedai kopi favouritenya)

dan acara kemuncak yang saya tak akan lupa sampai bila-bila saat diri ni menjejakkan kaki buat Sky Walk di Auckland Sky Tower yang berketinggian mencecah 192meter dari paras tanah. huhu. cuak dan gayat tak usah nak kata lah. pengalaman kali ni lain pula sebab selama ni buat flying fox ke atau ala-ala bungee jumping tu, semuanya nervous sekejap saja sebab time duration tu sangat kejap dalam beberapa saat je dan dah biasa buat. tapi yang Sky Walk kali ni.. huish, yang pertama dan terakhir dalam hidup saya! duduk di ketinggian yang sebegitu dalam tempoh masa hampir satu jam dengan kelajuan angin yang sangat laju dan sejuk menggigil tambah lagi dengan luas permukaan pathway yang saya lalui tu hanya selebar 1 meter. kecil kan? angin laju je siket memang melayang lah! dah la safety yang disediakan hanyalah dua utas tali kecil depan dan belakang. huhu. tengok je lah gambar ni, susah nak describe panjang lebar. (credit to mr. google)

(ni gambar selepas turun dari tower dengan instructor kami.. hidung merah, perut kempis)

hanya satu perkara yang saya fikirkan semasa di atas tower sewaktu Sky Walk ini, iaitu in future kala merentas titian sirot.. apakah nasib saya? berderau darah rasanya.. fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah bersama. :)

saya meninggalkan bumi Auckland yang cukup manis kehidupan Islam nya. sebak rasa dada meninggalkan sisters yang best dan mantap sahsiah, akademik dan iman mereka. masyaallah.. doakan saya dan moga kita bertemu lagi. :)

seterusnya kembara saya ke Wellington, New Zealand.. [to-be-continued..]

KEMBARA [3] : SYDNEY


salam alaik semuanya..

huhu.. ampunin, setelah berminggu lamanya baru nak update cerita yang dah basi ni. inshaallah, malam ni saya bertekun menulis sedikit sebanyak pengalaman mengembara ke rantau orang. hihi.

sambungan daripada entry yang sebelumnya.. saya berjanji akan cerita tentang vivid sydney. well, vivid sydney dalam bahasa kefahaman saya adalah pesta lampu-lampu, sebabnya di bangunan-bangunan (Opera House Sydney, mahkamah and etc.) dipancarkan dengan lampu-lampu yang berwarna warni dan siap bercorak bagai lagi. boleh lah agak cantik bagi saya sebabnya sewaktu ke Adelaide waktu autumn dulu, ada juga tengok ala-ala pesta vivid di sana dan lebih cantik dari yang ada di Sydney ni. hihi.

tapi pengalaman kali ni lain sedikit, sebab berpeluang berjalan kaki dengan kawan-kawan waktu malam tengok sendiri 'kehidupan' bandar Sydney kala malam menganjak waktunya. sejuk tu memang tak payah cakap sebab sebelumnya hujan, kami jalan dalam hujan dengan jaket yang nipis. huish, sabar je la. hihi.

kemudian berpeluang lagi untuk makan pancake terkenal dekat The Rock.. it is an old building, agak interesting dan pancake sedap.. sampai penuh perut makan padahal sekeping je sebab share dengan ayu. hoho. habis makan dekat pancake jalan-jalan lagi sampai ke parliament house ke ntah malam-malam tak perasan ngan bangunan mahkamah. jalan-jalan sampai ke bus stop dan balik ke rumah.

satu perkara yang saya terkesan bila direnung daripada pengalaman vivid ni, adalah dengan mengumpamakan cahaya-cahaya vivid yang menerangi malam Sydney umpama hidayahNYA. hidayah ALLAH tu datang pada hamba-hambaNYA yang terpilih dan maka rugilah pada mereka yang melepaskannya pergi sebab macam pesta vivid ni datang nya hanya sekali dalam setahun. tu pon bila ada pesta vivid yang cantik ni tahun depan, belum tentu kita ni ada peluang lagi untuk pergi tengok, be it due to the time constraint atau ajal kita da menjemput. hah? macam mana ni? tambah lagi hidayah ALLAH tu, lagi lah bukan calang-calang masa nak datang dalam hidup kita ni sebagai manusia. orang selalu kata belum sampai hidayah, tapi ada seseorang kata pada saya, "dah tu tak kan tak nak usaha cari hidayah tu? hidayah tak kan datang bergolek. tak kan nak tunggu sampai ajal datang. rugi lah kita".. dan berdasarkan pengalaman kembara saya hidayah itu adalah too subjective to be defined. it can be in any way and any form. dan kita sebagai hamba yang dikurniakan AKAL perlu bijak menilai dan membuat pertimbangan. [ingatan untuk diri sendiri] inshaallah.

ok lah, selepas daripada peristiwa vivid ni, ayu bawa pula saya ke tempat-tempat membeli dan membelah merobek duit poket di sekitar Sydney. huhu. pergi makan di tempat-tempat significant kalangan orang kita dekat sini. best best best. sydney penoh dengan tempat makan Asian yang halal dan seleranya macam ke arah keMalaysian.. tak macam dekat Brisbane. boleh bilang dengan sebelah tangan je tempat makan melayu. hoho. sempat juga berjumpa dengan kawan lama IPBA- alia kesayangan serta seorang sister dan brother dari UIA yang datang bercuti ke Australia. jalan-jalan dengan mereka ke Paddys, University of Sydney (UniSeed) dan banyak lagi.

dan terus lagi berjalan.. hinggalah pada hari saya terbang ke Auckland. sebelum departure time, ayu bersama dua orang rakan, arif dan hanafi bawa ke UNSW untuk solat jama' zohor dan asar sambil ambil gambar. masa dekat musolla ni sempat juga berkenalan dengan seorang sister dari Arab. masa ni sementara tunggu azan, sister ni sempat lagi ajar few simple Arabic words yang berguna untuk daily communication. best best [.^_^.]

lebih kurang jam 4 , saya dah ada dekat Sydney International Airport untuk depart ke Auckland. sekali lagi jadi last passenger untuk checked-in. huhu. alhamdulillah sampai juga. next entry saya akan cerita pula kisah menjadi last passenger ni dan apa relevantnya dalam kehidupan kita inshaallah..

more pictures ada diupload dekat fb. tapi sekarang saya dah privatekan tak sempat nak sort out few important things, dah tambah tengah sibuk sekarang. hihi. if nak tengok boleh request, PM saya ye. thank you sudi membaca.. [to-be-continued: AUCKLAND]

Tuesday, July 13, 2010

TERTUNGGAK

salam alaik..

saya tahu sudah berkurun lamanya blog ini tidak bersentuh. dah bersawang gamaknya. ampun dipohon buat teman yang menantikan cebisan catatan kembara saya sepanjang winter break ini. insyaallah soonest, saya akan cuba upload satu persatu rentetan kisah kembara saya:

sydney - auckland - wellington - christchurch - brisbane - newcastle - sydney - brisbane

sekarang ini saya masih lagi berada di sydney dan akan pulang ke brisbane tidak berapa lama lagi. insyaallah

doakan saya ye! :)

take care. moga sihat diri dan moga sihat iman kita. ameen.

Friday, June 4, 2010

KEMBARA [2]: SYDNEY

salam alaik,

ya.. bertemu lagi kita dalam siaran ke dua berlintas langsung dari bumi Sydney. bumi yang pesat dengan cacakan bangunan-bangunan tinggi. dalam tahap kesejukan mencengkam urat nadi tidak seperti di Brisbane walau pon masih lagi sejuk di sana. [merepek ape ntah ni]

ok, musafir saya masih lagi dalam kotak empat segi rumah sahabat saya ini. belum lagi memulakan perjalanan ke mana-mana kerana semalam terhalang dengan urusan menyiapkan incik eseimen. alhamdulillah, dengan pertolonganNYA, essay 2500 words siap dalam masa kurang dari beberapa jam tidak sampai satu hari. jika nak dibandingkan dengan ketika di Brisbane, banyak sangat faktor yang diri sendiri temukan untuk offtask. ya, selain daripada musibah yang melanda saya dan keluarga beberapa minggu sebelum ini.

namun sebenarnya, musibah itulah sumber kekuatan yang ALLAH hadiahkan pada saya! benar, ia tidak melemahkan, ia kesedaran untuk saya kembali bangun bila sesekali tersungkur. ini hasil muhasabah bersama kak wani dari Melbourne. tadi telefon kak wani, macam-macam benda yang dikongsikan. tak sabar nak tunggu jumpa dia lagi. alhamdulillah, untuk nikmat anugerah MU ini ya ALLAH! :)

owh ya, berbalik kepada pati pengisian kali ni. nak tahu kenapa dengan speed jaya nya saya berjaya siapkan 2500 words essay within few hours?

jawapan nya adalah melihatkan ahli teman serumah sahabat saya ini yang rata-rata berada di takuk yang tinggi dalam bidang pengajian masing-masing. kagum tahu! rata-rata mereka sedang meneruskan honors mereka, manakala roommate sahabat saya sedang di fasa akhir pengajian pHD beliau. saya? terkedek-kedek lagi dalam pengajian saya di tahun ketiga. owh, rasa kecil bila berada bersama mereka. [walau pon saya dah memang rendah dan mereka ini semua nya tinggi]

kagum melihatkan semangat mereka. walaupun duduk berdua dalam sebuah bilik yang boleh dikatakan sempit. tapi masing-masing hebat dalam bidang mereka. tiada alasan untuk tidak belajar. nak dibandingkan dengan kehidupan saya di Brisbane yang boleh dikategorikan 'mewah' dan 'selesa'. tapi jangan salah faham pula ye, mereka tetap mewah dan selesa dengan cara mereka kerana duit elaun scholar semua dapat sama. :)

makanya dek rasa tercabar, sekejap saja kerja saya siap. terkagum sebentar. rasa bersyukur pada ALLAH yang mempermudahkan urusan, melapangkan dada dan mempertajamkan minda saya. tinggal lagi satu 2000 words task nak siapkan. usaha usaha usaha!

teringat pula pada kisah yang disampaikan oleh seorang penceramah semasa di Brisbane tempoh hari tentang anak-anak kecil di Palestine. kala langit dicurahkan butir-butir peluru oleh pihak buta hati Israel laknatullah, semangat belajar mereka masih lagi kental dan utuh. Ustaz sempat berkongsi kisah ketika lawatan beliau di sana, seorang anak muda, tekun menelaah untuk menduduki peperiksaan. hebat bukan semangat begini? menurut ustaz lagi, statistic menunjukkan 90% penduduk Palestine adalah literate individuals yang bermaksud mereka ini tahu untuk membaca dan menulis. manakala statistic literate individuals di Malaysia pula hanyalah 70%. besar ni tanggungjawab saya sebagai guru kelak.

nah, sekarang kita lihat diri sendiri. belajar dalam keadaan yang seselesa maksima mungkin. masih lagi berkeluh kesah. merungut. namun pencapaian masih lagi belum boleh dibanggakan. saya menulis ini adalah untuk peringatan diri sendiri jua.

wahai anak muda, kita generasi akan datang. generasi terhadapan yang akan menjadi pemimpin dalam membela ummah kita. memetik lagi pesanan ustaz pada ketika itu. katanya, "kamu belajar lah sehingga tahap tertinggi semampu kamu jika boleh hingga pHD. boleh boleh kan diri kamu itu. ini amanah dan tanggungjawab kamu sekarang untuk membela ummah kita kelak."

mengingatkan kata-kata ustaz ni, sedikit sebanyak semangat saya yang suram ketika kehilangan arwah nenda tersayang menyala-nyala. melihatkan kehidupan teman saya bersama teman-teman serumah saya mencabar kredibiliti saya untuk usaha dengan sungguh-sungguh. saya manusia yang adakala tersungkur, kata-kata semangat daripada orang-orang sebegini lah mengangkat saya kembali ke alam realiti. apatah lagi mengingatkan janji ALLAH pada ganjaran yang akan diterima buat sesuatu kaum yang berusaha untuk kebaikan kaum itu!

moral of the story: belajar lah kawan-kawan. dengan sedaya mampu kekuatan kita. terutama buat pelajar-pelajar tajaan. ini amanah negara untuk kita. rakyat negara memberi kepercayaan buat kita untuk menjadi front liner memimpin negara in the near future insyaallah.

sekian saja, essay yang dah macam 2000 words ni. berjumpa lagi di entry seterusnya mungkin mengisahkan tentang vivid sydney esok? :) stay tune and take care.

Thursday, June 3, 2010

KEMBARA [1] : SYDNEY

salam alaik..

bersiaran langsung dari bumi Sydney di kala hujan yang tadinya lebat menyimbahi bumi telah diam, meninggalkan cengkaman kesejukan sehingga ke tulang sum sum.

bermula dari tarikh ini, maka akan berkelanalah saya sebagai musafir di atas bumi ALLAH ini. mencari dan melihat dan meneliti kebesaranNYA. sesuatu yang telah saya catatkan dalam hati akhirnya dimakbulkan ILAHI. alhamdulillah.

[ayat intro punya lenggok tak leh tahan kan]

ok lah. nak cerita sesuatu yang wajar jadi pengajaran buat semua. insyaallah. ceritanya berkisar check in di airport. kisah nya, hari ini saya depart dari airport brisbane sewajibnya jam 505 petang seperti yang terpampang di atas tiket. long story make it short. saya hanya berjaya keluar dari rumah jam 415 petang. itu pon setelah beberapa kali kereta yang dipandu rakan sekuliah meragam. alasan dia : beg saya berat. itu pon boleh pakai ke? ish3.

nak jadi cerita, kami tadi, bersama dua lagi rakan yang akan ke adelaide, naik kereta tu, bumbung cabut. dengan kelajuan merentang angin sejuk kala musim winter ni, akhirnya menjadikan saya menggigil kesejukan. terketar-ketar. sampai je dekat airport, kawan saya tolong tarik kan beg saya manakala saya terlebih dulu pantas memecut 100m/s [ok, tipu] ke arah kaunter. sampai saja depan kaunter, dengan tercungap terus minta untuk check in beg. selogiknya 15 minit sebelum boarding kaunter sepatutnya dah tutup. namun ...

alhamdulillah, dengan kuasa NYA yang benar-benar membantu kala hambaNYA buntu kan sangat pertolongan. dalam perjalanan dengan terketar-ketar, saya mohon benar pada ALLAH memudahkan urusan kali ini. bila tercungap begitu, pakcik dekat kaunter terus senyum sambil berteriak, "owh, you are so lucky today! it is your lucky day! the flight is delayed." alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

alhamdulillah, lepas berterima kasih pada pakcik kaunter dan kawan yang membantu, terus naik ke balai perlepasan dan tidak lama selepas itu saya pon depart dari brisbane ke sydney. tiba di sydney dengan selamat nya dan terus dijamu dengan ikan snappers masak 3 rasa. nikmat nikmat. alhamdulillah.

dan sekarang saya sedang menghadap city sydney kala kesejukan malam nya mencengkam urat nadi. huhu.

moral of the story: sebaik mana perangcangan manusia, perancangan ALLAH jua lah yang lebih baik. dan sendiri mahu ingat bila keluar time after office hour, jalan jem, kereta tak start enjin kereta waktu pagi, boleh menjadi faktor-faktor lambat tiba di airport.

p/s: looking forward untuk aktiviti seterus nya : --> vivid sydney bersama ayu dan teman-teman. badminton bersama esoh dan mencari mencari mencari mencari.

sekian dari bumi sydney. berjumpa lagi dalam destinasi yang seterusnya. stay tune this holiday!