Thursday, May 12, 2011

kuSERAHKAN PADANYA


satu persatu aturan Allah
mula tersingkap satu demi satu

adakalanya rasa macam tak percaya
semua ni akan terjadi dalam kamus hidup saya

hanya satu yang saya pegang
insyaAllah perancangan Allah itu yang benar
belajar menerima hakikat kehidupan sebenarnya

mungkin dulu saya punyai kisah silam
namun sekarang saya MAHU membuka kitab baru
dan mengharapkan usah diungkit lagi kisah yang dulu
itu saja
inshaAllah

:faiza azamta fatawakkal 'alallah:
setelah mendapat keyakinan teguhkan pendirian dan bertawakallah kepada Allah!


Sunday, May 8, 2011

WIDER AND TALLER?

alhamdulillah
escapism ke Melaka yang sangat best
surprise yang tak berapa nak menjadi
but alhamdulillah again
managed to meet my bestest friend dunia akhirat
after 4 years
and my sweetest friend after 7 years!
plus met my bestest friend's parents too~!
plus dapat jalan-jalan around Melaka
after about 10 years!
fuhhh~ enough of that I think.

alhamdulillah
lots of stories shared
lots of laughters shared
macam-macam ada la yang dicerita
melihat perkembangan kematangan kawan-kawan

hee.

intipati cerita ni sebenarnya
adalah seperti macam tak percaya bila dapat komen-komen
daripada kawan-kawan dan mak kawan dan bapa kawan
that I am growing wider (YES, admit it! :[ )
but taller? (NO, hard to believe it!)

because among friends
I was called as 'si ketot'
YES I am that really ketot and small suatu ketika dahulu
small ~ tak dah la sebab dah wider
taller ~ wow! alhamdulillah for what He has given me, that the best.
I have always believe in that.
walaupon rasa macam susah nak percaya mulanya.
bila dah ukur dengan kawan-kawan ni haa baru la terbukti kesahihan. huu

blame the milk dari Brisbane
yup, I drank milk a lot when I was there
macam minum air kosong~
air kosong pon tak minum banyak tu kot
unbelievable umur dah lebih 21 (ehem)
masih lagi boleh meninggi dan berkembang (blame the food!)

rasa macam kosong je entry ni ye?

sebenarnya tak

antara point lain yang suka untuk saya highlightkan adalah
tak kiralah macam mana pon rupa fizikal kita
that brings NO VALUE di mata Allah
kerana yang membezakan kita adalah TAQWA!
berusahalah ke arah meningkatkan meter iman dan ketaqwaan kita inshaallah
Allah pastikan membantu! =)

another point adalah
peri penting menjaga tahap kesihatan
juga tahap kecergasan badan yang optimum
selari dengan tuntutan salah satu muwasofat tarbiyah
iaitu kuat jasmi (qawiyyal jism) =)
besar kecik tinggi rendah
kesihatan terjaga
ibadah pon rasa bertenaga
inshaallah

=)

sekian saja dari Kuala Lumpur
(berlatar belakangkan suara sorakan kaum Adam dekat bawah hostel tengok bola~ haish.
tak menghormati waktu tidur orang lain kah? mungkin terlalu excited agaknya) =)


p/s: to enal, addition to mr. B= mr. Buku, yong tambah satu lg equivalent mr. B iaitu mr. Blog. hee.
banyak nak ditulis. till then, stay strong iman dan taqwa.~ ;)

Thursday, May 5, 2011

TERDUGA BETUL

terduga betul
bila sorang-sorang housemates
semua pakat balik kampung masing-masing
bersempena menyambut kehabisan peperiksaan
tinggal sorang-sorang

haish~

takpe takpe
esok kita ke Melaka jom!
melawat ziarah sahabat dunia akhirat


*happy*

[.^____________________^.]

BILA MENJAWAB

nampak gayanya ada lagi aura duduk menjawab kertas soalan peperiksaan sampai kali ni pon nak menulis tentang apabila menjawab soalan. kan? ;)

semestinya bila kita menjawab sesuatu soalan tu kenalah tepat, jitu dan padat kan? jika tak, tidak la kita dapat markah penuh kan?

sebenarnya lately ni saya encounter beberapa hal di kalangang sahabat taulan yang saya fikirkan dan perhatikan betapa wujudnya peri penting dalam menjawab pertanyaan daripada orang lain.

kerana apa?

kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa memotivasi
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa meranapkan semangat
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa membaiki seseorang
atau
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa menjatuhkan nilai manusia

tambah lagi bila adanya persoalan-persoalan yang terkait rapat dengan pergantungan kepada Allah.. atau bahasa mudah saya, soalan-soalan yang membawa kita kepada memikirkan dan mengagumi kebesaran Ilahi dan penciptaanNya.

adakalanya soalan-soalan ni mungkin nampak remeh sangat di mata orang lain tetapi di pundak orang yang bertanya itu sangat berat ertinya jika dia bisa saja mendapat tahu apakah relevan jawapan yang diharapkan.

orang tidak bertanya untuk yang sia-siakan?

dan seperkara lagi yang saya pelajari, buat yang menjawab soalan, itulah tugas kita dalam memilih bait kata jawapan yang terbaik dengan izin Allah. usah kita menjadi penghalang kepada sinar Ilahi yang diharapkan oleh orang lain! bisa saja orang yang bertanya itu tadi memang sangat-sangat ingin tahu tentang Islam, hukum Islam, akidah dan sebagainya. hakikatnya itu semua tidak remeh di mata mereka. bersalah lah kita seandainya kita bersikap endah tidak endah dengan perkara sedemikian. dan percayalah semuanya yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. seandainya kita rasa jawapan yang diberi tidak fokus atau tidak membantu, mintalah pertolongan pada Allah untuk mengilhamkan jawapan terbaik buat orang yang bertanya.

perlu juga untuk sentiasa aware bahawa jawapan yang diberi bukan sebab kita pandai (riak tu namanya) tetapi kerana keizinan Allah.


-----------------------------------------------------
hakikatnya di Padang Masyar, saat neraca amalan dipersembahkan di hadapan Allah, mulut kita sudah tidak mampu menjawab apa pekerjaan kita di dunia. sebaliknya segala tiap anggota kita lah yang akan menyediakan jawapan setiap satunya tanpa gagal dan tanpa dapat kita berahsia lagi.

bersediakah kita? jom sedia sediakan diri inshaallah. (memperingati diri sendiri)

bersyukur dikurniakan roommates dan sahabat yang bersabar
melayan pertanyaan dan menjadi kamus arab saya. =)
saya belajar untuk tahu bertanya apa dan bila, itu juga penting ya!


ALHAMDULILLAH =)


alhamdulillah
selesai sudah final exam
after 5 tahun
doa dipanjat moga
usaha kecil ini mendapat redhaNya
moga usaha kecil ini
beroleh keputusan yang terbaik
setimpal dengan usaha ku

terima kasih 506A
alhamdulillah
padaNya yang menghadiahkan kalian dalam hidup ini
buat mengajar dan menjadi loceng
pada meningkatkan keyakinan dan kebergantungan
hanya padaNya

ok
langkahan bermula sekarang
banyak agenda perlu diselesaikan
satu demi satu
moga ALLAH permudahkan

=)

Monday, May 2, 2011

PALESTIN : SEKENCANG ANGIN!

: Muslimah yang dihormati, jom sama-sama luangkan satu hari untuk bersama dalam program sehari suntuk "Palestine: Sekencang Angin!" pada 14 Mei 2011, hari Sabtu bertempat di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, bermula jam 8 pagi hingga 11 Malam. Input yang terlalu kencang untuk dikongsi bersama. Ajaklah seramai-ramai mungkin ke program umum ini agar kita semua dapat sama-sama berukhuwah di samping menyedut pengetahuan tentang Palestin. Yang berminat boleh hubungi saya atau di nombor yang tertera! :


TAMBAHAN : MAKANAN DARI PAGI KE MALAM AKAN DISEDIAKAN INSYA ALLAH, MINTA UNTUK DAFTARKAN UNTUK CONFIRM BILANGAN YANG HADIR =)

Friday, April 29, 2011

YOU AND ME


It's just you and me tonight,
The room is silent, not so bright,
I've waited since the first light,
I'm glad there's nobody in sight,
No witnesses but the moonlight,
All my problems are set aside,
I know that I will be all right,
Because you're here by my side.

O Allah, it's you and me tonight.

----------

"Our Lord (glorified and exalted be He) descends each night to the earth's sky when there remains the final third of the night, and He says,'Who is saying a prayer to Me that I may answer it? Who is asking something of Me that I may give it to him? Who is asking forgiveness of Me that I may forgive him?'" [Sahih Bukhari]


love how this poem has touched my soul.
thank you Allah.
=)

source HERE