Saturday, June 11, 2011
ADIK SAYANG
This picture was taken secara sembunyi masa dalam gerabak komuter on my way to Bangi nak ziarah mak saudara dekat sana. Saya sebenarnya tak faham satu apa pon butir bicara kakak dan adik ni, tapi keletah mereka ni cukup buat saya terhibur sampaikan saya duk tersenyum gelak sorang-sorang. (mujur tak de siapa-siapa yang tegur saya, “are you okay?”)
Adik-beradik ni tersangatlah loving dobbing. Yang kakaknya layan je apa pon adik dia nak. Sangat menjaga adik dia – masa ni mak dia dah tidur terlentok dah sebab penat sangat kot. Terkekek-kekek dua beradik ni ketawa. Saya yang tak faham apa yang mereka ketawakan pon ikot sama ketawa. Hehe! Tengok lagi dua beradik ni sama-sama tolong dandankan rambut each other. Si kakak tolong pakaikan hair clip yang comel dekat rambut adik, lepas tu yang adik pula tolong picitkan bahu kakak. Lepas tu terlentok tidur dengan comel seperti gambar di atas. Kesimpulannya, perjalanan ke Bangi dalam tempoh sejam lebih terhibur dengan keletah dua beradik ni. =)
Sekarang saya nak share pula kesayanganS saya yang selalu menghiburkan hati ini. cewahh~
Ni Amin dan Aiman, dua beradik yang saya jaga masa dekat Brisbane dulu. Nakalnya hanya Allah yang tahu, but they have their own special way to make me smile again and again. Pandai memujuk dua beradik ni. Manis sangat ye berkata-kata..
Sekarang tunggu lagi babies daripada sister cousins dengan Titans yang dah berderet tunggu due date nak deliver je. Kepada yang tak tersempat lagi nak ziarah, selamat menjadi ibu! =) Moga semua kesayanganS menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga arwah adik juga tenang di sana dan setia menantikan umi di pintu syurga. Ameen.
RECORDING
Masa ni kelas saya dipilih untuk recording dengan RTM Tv Pendidikan. Agak kelakar la juga rasa when you have to pretend to be so and so, do such as such and the list goes on. But that’s the reality of it. Everything needs to look perfect on screen and able to deliver the intended message.
So taknak cerita banyak tentang apa yang kami direcordkan tu. Yang saya nak share cerita apa yang dirasa and diperhatikan sepanjang recording ni berlangsung. Dua hari pula tu. Dua kali Jumaat.
Dalam masa tengah-tengah recording tu, tiba-tiba saya terfikir sesuatu,
“Mungkin sekarang ni memang malaikat tengah record life aku. Character atau watak yang aku kena role play sekarang pula adalah as a khalifah and hambaNya. Tinggal masa je ni nanti sampai kat Masyar akan playback kisah dunia aku. Masa tu dah tak boleh nak edit. Masa kat dunia dulu Tuan Director Tertinggi (Allah SWT) dah kasi cue selalu dah melalui kalamNya (al-Quran), tinggal aku ni je ego nak accept and ubah watak jadi lebih baik or nak follow hati. Tak ikot kata big boss. Kan sekarang nak menyesal bila playback kisah dunia tak cun.”
Tapi masa tu dah tak boleh “no turning back” kata omputeh. At that point of time, our recorded version tentang kisah dunia kita akan di tonton tayang – and that will determine our ending, whether it is a happy ending atau sebaliknya. Allahu’alam.. Moga yang terbaik menjadi kisah buat diriku dan kamu. Ameen.
Sekadar melontar rasa.. Semoga semakin hari semakin up dengan amal inshaallah. =)
Tuesday, May 31, 2011
LAST MAY SHARING
Sunday, May 22, 2011
BUAT AWAK
Saturday, May 21, 2011
RABITAH HATI



