Saturday, June 11, 2011

HALALAN TOYIBBAN

Antara aktiviti wajib saya bila balik bercuti adalah keluar makan dengan family. cuti kali ni satu family pergi makan RFC (Radix Fried Chicken) dekat Sungai Petani. kenapa pilih RFC? sebab ianya produk syarikat orang Islam kita bawah syarikat HPA. Kualiti kesedapannya setanding mana-mana fast food dan diyakini halal inshaallah.
Lagi satu yang best bila gi sini, tempatnya luas. Anak-anak kecil siap boleh lari-lari lagi dalam ni, dan ada playground juga dalam ni. (tempat lain saya tak pasti la pula) juga siap ada surau dekat tingkat atas. Tandas bersih. Workers semuanya inshaallah menutup aurat.

Salah satu lagi faktor kenapa saya pilih RFC sebab terikot-ikot dengan perangai 'cerewet' masa dekat Australia dulu dalam memilih makanan. dekat sana memang agak particular dalam pilih makanan. siap bawa kod halal lagi pergi mana-mana especially masa beli groceries dekat stores. Masa tu lah belajar peri pentingnya make sure makanan yang masuk dalam perut itu adalah yang terbaik kerana setiap satunya akan menjadi darah daging kita. Kan nanti kena soal dengan Allah? haa..

Juga peri pentingnya dalam setiap pekerjaan kita, pon kena amanah dan bertanggungjawab. Sebab setiap satunya akan dipersoalkan.

Ok lah, masa lunch pon da dekat. Seruan dapur dah memanggil-manggil, maka marilah kita menyahut seruannya. Final say, carilah yang halal! =) Sokonglah perjuangan orang kita.

p/s: kepada yang nak memulakan kembali sesi persekolahan dan yang dah habis tempoh bercuti, selamat belajar dan selamat bekerja. saya sambung cuti satu minggu lagi. Jangan jeles. :P Moga Allah redha dalam setiap pekerjaan kita. Reset niat lillahitaala selalu. =)

SERAMBI MEKAH =)

Sementara mak-mak dan pak-pak saudara bersidang di luar, jom kita tulis satu lagi kisah yang menggamit memori selepas almost 14 tahun saya ke bumi serambi mekah @ Kelantan Darul Naim bersama family nan tercinta. So, let pics do the talking. ;)

one of the most favourite sceneries masa on the way ke sana. masa ni sebelum sampai area Jeli dalam jam 8 pagi. nyaman amat~! =)

aktiviti pertama pada hari pertama. ke Rantau Panjang. tempat favourite umi lah pula. kita follow~

ini pula masjid ye. masjid yang berseni reka bina seperti sebuah tokong dari China. memang unik dan kagum kejap. tapi singgah sekejap je masa ni, hari dah nak hujan.

aktiviti hari seterusnya, ke pekan Kota Bharu. masih gah tersergam sama macam masa saya umur 10 tahun dulu. dekat depan ni juga la suatu masa dulu saya berlompat-lompat dengan dua orang adik ambil gambar. sekarang behave la siket. :P

kemudian, follow lagi ke tempat favourite umi dekat Pasar Siti Khadijah. sampai nak lenguh kaki ikot umi pusing. hoho.

aktiviti petang pula kita ke Pulau Melaka. mashaallah. Impressed! Why? kerana kesederhanaan yang wujud dekat tempat ini daripada setiap segi. =)

dan aktiviti pelancongan diakhiri dengan jalan-jalan pada petang yang sepoi-sepoi dekat Pantai Irama Bachok pula. alhamdulillah tenang je. =) shall I say pantai ni tak macam pantai lain dari segi suasana pengunjungnya? haa..

Sampai situ saja lah dulu untuk masa ni. thank you to mr. GPS yang kadangkala menyesatkan juga kami ni. huhu. dan thank you kepada tourist guide berjaya juga. juga thank you kepada umi dan abuya sudi membawa cuti-cuti jalan-jalan makan angin. Next time, gi tempat lain pula. hehe. above all ,alhamdulillah thank you Allah for this wonderful opportunity and gift yang dikurniakan. =)

KETENANGANku =)

ADIK SAYANG

Ini pula adalah cerita tentang adik. Adik saya sangat ramai dalam erti kata adik-adik orang lain yang dipinjam barang seminit dua dan itu sudah lebih cukup buat menggembirakan hati yang adakalanya rindukan pada arwah adik bongsu. =)

This picture was taken secara sembunyi masa dalam gerabak komuter on my way to Bangi nak ziarah mak saudara dekat sana. Saya sebenarnya tak faham satu apa pon butir bicara kakak dan adik ni, tapi keletah mereka ni cukup buat saya terhibur sampaikan saya duk tersenyum gelak sorang-sorang. (mujur tak de siapa-siapa yang tegur saya, “are you okay?”)

Adik-beradik ni tersangatlah loving dobbing. Yang kakaknya layan je apa pon adik dia nak. Sangat menjaga adik dia – masa ni mak dia dah tidur terlentok dah sebab penat sangat kot. Terkekek-kekek dua beradik ni ketawa. Saya yang tak faham apa yang mereka ketawakan pon ikot sama ketawa. Hehe! Tengok lagi dua beradik ni sama-sama tolong dandankan rambut each other. Si kakak tolong pakaikan hair clip yang comel dekat rambut adik, lepas tu yang adik pula tolong picitkan bahu kakak. Lepas tu terlentok tidur dengan comel seperti gambar di atas. Kesimpulannya, perjalanan ke Bangi dalam tempoh sejam lebih terhibur dengan keletah dua beradik ni. =)

Sekarang saya nak share pula kesayanganS saya yang selalu menghiburkan hati ini. cewahh~


Ni Amin dan Aiman, dua beradik yang saya jaga masa dekat Brisbane dulu. Nakalnya hanya Allah yang tahu, but they have their own special way to make me smile again and again. Pandai memujuk dua beradik ni. Manis sangat ye berkata-kata..

Yang ni pula namanya Irfan. Ni anak makuda. Terlalulah petah berkata-kata. Macam orang tua-tua pon ada. Kadang-kadang sampai pening nak menjawab soalan. Dia sekarang belajar tadika cina, bila balik bawa homework bahasa cina, habis riuh satu rumah belajar cakap cina dengan Irfan. Soft spoken dan sangat tabah orangnya..

Ini Riduan, anak pakcik. Lantang sangat suara macam arwah tokwan. Bila gelak terkekek-kekek, orang yang tak tahu apa pon boleh sama ikot gelak. Gigi baru tumbuh banyak, dah boleh nak cakap sepatah dua kata. Yang kelakar sekali, dia takut dengan stokin biru saya. Habis dia lari satu rumah nampak saya pakai stokin biru.. Hehe.

Ini Maisarah dan Najiha. Dua-dua ni makngah jaga dekat kampong. Yang kakak, diam diam ubi berisi. Suka perhati lepas tu cepat tangkap apa orang kata. Yang adik pula pemalu habis. Asyik ikot makngah je. Most probably sebab masa saya tinggalkan Malaysia dulu dia baru je lahir. Tak sempat saya nak lambung-lambung dulu. hehe.

Yang debab gebu ni pula namanya Afnan. Adik kepada Maisarah dan Najiha. Bila nak dodoikan dia, nyanyi je alunan “Lailahaillaallah..”, terkebil-kebil je mata dia lepas tu tidur terus. Senang sangat jaga dia, tak banyak ragam dan senyuman dia buat penenang jiwa. Cuma nak angkat Afnan kena make sure makan cukup-cukup takot tak larat. Ngee..

Last sekali buat masa ni, baru je lagi kenal adik ni, namanya Adib. Baru dua kali je jumpa. Mula-mula ingatkan orang panggil dia Adik rupanya Adib. Hehe. Comel je Adib ni senyum, geram. Mujur anak orang. :P Baru tengah nak lasak, tapi belum lagi lasak macam Amin dan Aiman, tunggu hari dia dapat kaki nanti baru lah boleh main kejar-kejar. Hehe. Gambar ni someone tagged dekat facebook. Tak de personal picture dengan dia sebab apa ye? Entah.. misteri. Hehe.

Sekarang tunggu lagi babies daripada sister cousins dengan Titans yang dah berderet tunggu due date nak deliver je. Kepada yang tak tersempat lagi nak ziarah, selamat menjadi ibu! =) Moga semua kesayanganS menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Semoga arwah adik juga tenang di sana dan setia menantikan umi di pintu syurga. Ameen.


RECORDING

Cerita ni dah lama dah berkubur dalam fikiran. Sejak sebelum final exam lagi. Dek kengkangan yang pelbagai baru sekarang ada masa nak type share.

Masa ni kelas saya dipilih untuk recording dengan RTM Tv Pendidikan. Agak kelakar la juga rasa when you have to pretend to be so and so, do such as such and the list goes on. But that’s the reality of it. Everything needs to look perfect on screen and able to deliver the intended message.

So taknak cerita banyak tentang apa yang kami direcordkan tu. Yang saya nak share cerita apa yang dirasa and diperhatikan sepanjang recording ni berlangsung. Dua hari pula tu. Dua kali Jumaat.

Masa mula-mula nak recording tu, punya la lama kena tunggu. Crew members nak kena set up video camera, lampu, mic, solek pensyarah (ok, this was the funniest part sebab tak pernah tengok this particular pensyarah make up, sekali wow meletup siap dengan rambut dandan macam pengantin! Sampai pensyarah lain pon tak kenal. Ish ish ish, dasyat juga kuasa make up). Ok, the point here is lama nak tunggu, too many procedures and etc.

Besides, kena tunggu cue daripada Mr Director lah, facial expression mahu dijaga, nanti bila quality recording tak best kena re-record semula. Huish, that took lots of effort and time. But still boleh edit mana-mana part to make it look nice kan?

Dalam masa tengah-tengah recording tu, tiba-tiba saya terfikir sesuatu,

Mungkin sekarang ni memang malaikat tengah record life aku. Character atau watak yang aku kena role play sekarang pula adalah as a khalifah and hambaNya. Tinggal masa je ni nanti sampai kat Masyar akan playback kisah dunia aku. Masa tu dah tak boleh nak edit. Masa kat dunia dulu Tuan Director Tertinggi (Allah SWT) dah kasi cue selalu dah melalui kalamNya (al-Quran), tinggal aku ni je ego nak accept and ubah watak jadi lebih baik or nak follow hati. Tak ikot kata big boss. Kan sekarang nak menyesal bila playback kisah dunia tak cun.”

Tapi masa tu dah tak boleh “no turning back” kata omputeh. At that point of time, our recorded version tentang kisah dunia kita akan di tonton tayang – and that will determine our ending, whether it is a happy ending atau sebaliknya. Allahu’alam.. Moga yang terbaik menjadi kisah buat diriku dan kamu. Ameen.

Sekadar melontar rasa.. Semoga semakin hari semakin up dengan amal inshaallah. =)

Tuesday, May 31, 2011

LAST MAY SHARING

buka buka je blog ni, terus rasa menarik dengan descriptionnya which is..

Muhasabah diri:
Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu, Jadikanlah Solat itu penghubung dengan Tuhanmu, Jadikanlah Zikir itu Kerinduanmu, Dan Jadikanlah Mati itu Pertemuan Pertama Dengan Kekasihmu.

kemudian baca-baca lagi, jumpa satu puisi yang menusuk kalbu, so terasa nak share:

(Aku Ingin Dicintai Kerana Allah)

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria
Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu
Kemudian aku bertanya
Bila keceriaan itu kelam dirundung duka
Seberapa muram cintamu kan ada?

Jika kau mencintaiku karena kecantikanku
Menyejukkan setiap mata yang memandangnya
Kemudian aku bertanya
Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia
Seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku karena ramah hatiku
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
Kemudian aku bertanya
Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
Seberapa mampu cintamu memendam praduga?

Jika kau mencintaiku karena cerdasnya diriku
Membuatmu yakin pada putusanku
Kemudian aku bertanya
Ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua
Seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?

Jika kau mencintaiku karena kemandirian yang ku miliki
Menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku
Kemudian aku bertanya
Jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak
Seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?

Jika kau mencintaiku karena tegarnya sikapku
Menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu
Kemudian aku bertanya
Andai ketegaran itu rapuh diterpa badai
Seberapa kuat cintamu bertahan?

Jika kau mencintaiku karena pengertian yang ku berikan
Menumbuhkan ketenangan karena kepercayaan yang ku tanam
Kemudian aku bertanya
Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
Seberapa kau mampu mengerti cinta ini?

Jika kau mencintaiku karena luasnya danau kesabaranku
Menambah dalamnya rasa cinta semakin kau mengenalku
Kemudian aku bertanya
Mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku
Seberapa besar cinta mampu memaafkan?

Jika kau mencintaiku karena keteguhan imanku
Bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya
Kemudian aku bertanya
Kala iman itu jatuh menurun
Seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?

Jika kau mencintaiku karena
Ku yang tlah kau pilih sebagai cinta yang kan kau pegang sepanjang hayat
Kemudian aku bertanya
Pun hati ini tergoncang
Seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

Andai sejuta alasan tak cukup
Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku
Maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini....

Aku ingin kau cintai karena Allah..
Karena Dia kan selalu ada tuk menjaga
Maka cintaku kan tetap utuh dan setia
Hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu
Karena cintaku berpulang pada-Nya..

banyak lagi yang best best dekat sana. buat mengubat hati selepas kalamNya. =)

Sunday, May 22, 2011

BUAT AWAK


buat awak
hanya satu yang mampu dikatakan
saat ini dan detik ini
segalanya saya serahkan pada
kekuasaan dan hak milikNya
dalam menyelesaikan urusan ini

tiadalah apa daya dalam diri ini
berusaha sekadar yang terbaik dan termampu
pada menyedari akan kekerdilan dan kehinaan diri ini
yang hidup hanya dalam jiwa seorang hamba
tujuan hidup saya hanya satu
mencari redha Allah SWT

dan moga awak jua begitu
inshaallah.

keterbasan yang wujud saat ini
moga awak sabar menghadapinya
moga ini menguatkan lagi pergantungan harapan
dan memahami erti sebenar tiada apa yang kita miliki
segalanya milik Yang Maha Berkuasa
maka kembalilah meminta dan berharap hanya padaNya yang hak

moga terus kuat bersama iman yang matang
ameen.