Monday, August 8, 2011

SHARING IS CARING =)

*copy paste from a friend of mine. may this help to strengthen our faith and become better Muslims inshaallah ameen. =)

MAKSUD PERGAULAN

Maksud pergaulan di sini ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.


HUKUM ASAL PERGAULAN

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) adalah haram tetapi ianya tidak bersandarkan nas yang jelas (sorih) secara langsung. Hukum asal haram ini diasaskan kepada hukum lain yang dikhususkan kepada kaum wanita kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur pergaulan di antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Batasan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharuskan tetapi masih terikat dengan peraturan syariat ialah:


1. Kerana darurat

Pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat. Contoh: Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.


2. Kerana Keperluan / kemaslahatan

Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana hajat atau keperluan syarie dibolehkan. Antaranya pergaulan bertujuan mengurus muamalah maliyah (urusan harta ) seperti jual beli, pergaulan kerana bekerja, pergaulan kerana menjadi saksi dan juga pergaulan kerana berada dalam satu kenderaan awam bertujuan syarie, bukan untuk melakukan maksiat seperti keluar untuk ke tempat kerja, ziarah keluarga dan sebagainya serta kerana belajar. Tetapi pengasingan tempat belajar adalah lebih baik berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah).


3. Kerana mengikut adat dan kebiasaan dalam majlis-majlis.

Pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi lebih baik jika dapat diasingkan antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zari’ah)


Tiga sebab keharusan berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi tersebut tidak secara mutlak tetapi terikat dengan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi mengelak berlakunya fitnah yang besar.


Antara peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah:


1. Menundukkan PandanganFirman Allah SWT di dalam surah an- Nur, ayat 30 dan 31. Maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka”.


2. Menutup Aurat;

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.


3. Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)


4. Tidak Melunakkan Ucapan

Wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.


Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Ahzab, ayat 32, maksudnya:

Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana perempuan-perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).)


Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.


5. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)

Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.


Dari Maqil bin Yasar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”

(Hadis Riwayat Baihaqi) .


Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Seperti yang kita dapat lihat sekarang, dunia hari ini seperti taksub pada FACEBOOK. Ada yang sampai bergaduh, melafazkan kata-kata yang tak sepatutnya, mendedahkan aurat, mengata orang, melewatkan solat dan ada yang memanfaatkan FACEBOOK dengan sebaiknya bagi meneruskan tugas dakwah dari Rasullah SAW.


Di bawah ni ambil dari blog saudara lutfi. Harap semua dapat berubah dan memanfaatkan FACEBOOK dengan sebaiknya. Gunakanlah FACEBOOK ke arah yang baik agar kita mendapat ganjaran pahala dari Allah, bukannya tempat kita TOPUP dosa kita.


PERGAULAN DI FACEBOOK

Facebook akan jadi nikmat kalau kita pandai guna dan jadi gawat kalau tak reti guna.

Ada orang boleh gaduh caci maki cerai berai pasal facebook. Kenapa? Sebab, facebook dah jadi satu medium “curang” dengan pasangan masing masing. Dah punya isteri dan anak pinak, tapi masih gatal nak bermesra dan bermanja dengan anak dara orang. Bermesej di facebook secara senyap siapa pon tak tahu. Dalam mesej tulis macam macam ayat dengan sang kekasih hati padahal isteri kat rumah sibuk jaga anak.

Facebook juga boleh mengundang musibat jika tak pandai mengawal had pergaulan baik lelaki mahupun perempuan. Kalau dah jenis perangai tu gatal, orang tak cari dia tak kenal dia, dia akan add untuk jadi kawan. Pantang nampak profile awek cantik nak je tambah jadi kawan. Lagi lagi awek tu solo. Laju jer.


Satu hal lagi je jenis perempuan melayan. Apa je orang tegur orang tambah dalam facebook layankan jer. Niat dalam hati nak “berkawan”. Berkawan biar beribu bercinta biar satu (plus scandal dot dot dot). Tak ke dah jadi kes dan mengundang masalah?

Tak salah nak gunakan facebook. Janji tahu kawal dan gunaka dengan cara yang baik. Aku tak kesahla nak buat apa pon dengan facebook tu tapi tahu diri tu macam mana. Jaga batas pergaulan.


Kalau diri tu solo, tulis terang terang solo. Kalau dah berpunya, letak situ dah berpunya dan kalau dah berkahwin tulis jelas jelas dah berkahwin.


Percaya ke tidak, banyak kes penceraian di Malaysia dan juga melibatkan Melayu Islam adalah penglibatan orang ketiga dalam hubungan dan puncanya ialah FACEBOOK!


LAST Sekali aku tak nak kata apa la. Nak guna Facebook, gunalah. Janji jangan melampau dan ingat semua. Dah kata kawan tu kawanla elok elok. Jangan depan orang ramai kata kawan, dalam Facebook dok berabang sayang. Jangan duduk depan orang ramai saya – awak tapi dalam private mesej tulis baby – sayang. Jangan dekat telefon hanya berbual guna abang – saya tapi kat Facebook guna panggilan melampau lampau!


Kesimpulan

Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah dilarang di dalam Islam. Larangan ini lebih kepada menjaga maslahah atau kepentingan manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu disebabkan darurat, keperluan dan kemaslahatan serta kebiasaan adat setempat tetapi masih tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syariat sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

Sunday, August 7, 2011

RAHMAT ILAHI

Lokasi : Masjid Ar-Rahman, UM

Perkongsian dengan seorang teman membawa kepada penulisan entry ni.
(amaran : entry mungkin berbaur ayat lenggang lenggok! siap sedia bersama alat keselamatan)

"Ada orang tunggang terbalik solat sampai 100 rakaat satu malam. Dah confirm ke masuk syurga?" tanya seorang sahabat.

"What?!" (terkejut sebentar gaya AimanAzlan)

Sahabat mengulang soalan.

"Tinggi sangat soalan tu. Tapi betul juga soalannya. How do we actually determine if we are qualified enough to enter His jannah?"

"Benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Belum tentu kita ni tunggang terbalik beratus rakaat dalam satu malam boleh masuk syurga. Andai saja.. andai saja saat itu hati kita terdetik rasa riak dan bongkak.. nauzubillah. astaghfirullah. Apa la akan jadi pada amalan kita tu semua ye?

Rugi la kita jika hanya faham bahawa masuk syurga tu hanya bergantung semata pada bilangan amalan kita. Salah tu, bukan itu semata-mata! Dah tu, orang yang tak berapa nak banyak belajar agama, amalan sekadar apa adanya, bila buat buku kira-kira baru dua tiga buah, tak boleh masuk syurga ke? Bukan begitu bukan?

....... Berfikir ........

Dan tak boleh juga kita nak kata sebab dah banyak sangat dosa beribu-ribu million juta-juta lemon kita tak layak dah masuk syurga. Tak betul juga konsep tu. Tu namanya syirik pada ketentuan Allah. Kan Allah dah kata mohonlah ampunan padaNya inshaallah nescaya akan diampunkan. Mudah-mudahan. Mohon benar dan sungguhnya dan berubahlah ke arah kebaikan."

Tuntasnya, masuk atau tidak kita ke dalam syurga yang dijanjikan indah buat hambaNya yang beriman dan bertaqwa atas rahmat Ilahi. Tidak berbaloi jika hidup hanya bersandarkan mengejar kepada masuk syurga semata (baca : fahami ayat ini dengan baik) jika tidak dikejarkan sekali rahmat Ilahi. Atas rahmatNya lah segala-galanya berlaku! Tak percaya? Cuba fikir dengan lebih mendalam. Terlalu banyak sangat rahmat Allah. Adakalanya sampai rasa tak cukup jari tangan kaki nak kira kan? Berkemungkinan juga helaian rambut pon belum tentu cukup nak kira satu-persatu rahmatNya.

Hidup ini tidak dijadikan sia-sia!

Itulah hidup kita. Banyak sangat rahmat Ilahi di sekeliling kita, pada segenap pepenjuru kehidupan kita. Tak Tipu Tak Tipu!

Pada detiknya, hati ini berdetik, Mashaallah Subhanaallah, sungguh kita tak akan pernah dapat menduga misteri ketetapan Ilahi. Dalam setiap misteri Ilahi, di situlah rahmat Ilahi yang tersembunyi!

Misteri yang indah. Yakin padaNya.

:)

“…Mohonlah ampun (istighfar) kepada Robbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh:10-12)

Kata-kata boleh melukakan jiwa.
Kata-kata juga boleh menyembuhkan jiwa.

(Semoga saja diri ini belajar menuturkan kata yang dapat menyembuhkan jiwa dan mengurang beban fikiran inshaallah. usaha usaha usaha dalam membina syurga dunia sebagai persediaan ke syurga SANA ameen)

Ramadhan ni pon rahmat juga na! :)

COOL~!

here
.
.
.
.
.
.
.
.
.

to my beloved friends
may this help you both inshaallah
inshaallah by His will meet you both
09/12/2011

Tuesday, August 2, 2011

TIBA-TIBA

tiba-tiba angin berblogging datang tiba
dalam keadaan tiba-tiba masa yang ada sangat padat
dengan secara tiba-tiba penuh dengan tugasan
tapi sempat lagi tiba-tiba ada idea nak mengarang
walaupun sebenarnya tiba-tiba bila-bila teacher akan di observe pensyarah
tiba-tiba teacher pon jadi tiba-tiba
(apakah?)

sebenarnya tak ada apa yang tiba-tiba
sebabnya semuanya memang dah dirancang
oleh Allah Maha Mengetahui

tak percaya?

fikir-fikirkanlah.
belajarlah daripada kesilapan lalu dan
rancanglah untuk yang lebih baik di hadapan
tiba-tiba teacher tak nak blogging dah.

senget teacher ni.

7 observations dlm masa 3 weeks sebelum raya
bertabah duhai hati
kuat!

(sengih dengan tiba-tiba)
eh tak tiba-tiba la teacher adawiyah!
ish ish ish

tiba-tiba nanti teacher tulis lagi apa - apa
;)


SEMOGA


Orang yang hidup untuk dirinya sendiri
akan hidup seperti orang yang kerdil
dan mati sebagai orang yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan
hidup sebagai orang yang 'besar'
dan mati sebagai orang yang besar juga~

(Syed Qutub)

peringatan untuk diri sendiri
: senyum dan kelip mata:

.

Allah Allah Allah
sangat dekat
dengan diri ini
optimistic padaNya!
InsyaAllah

Monday, August 1, 2011

KEKASIH SAYA DAH SAMPAI!

kekasih saya dah sampai!
awak?
kekasih awak dah sampai?

(.^______^.)

Alhamdulillah, Allah mendengar suara-suara kami, Allahumbalighna Ramadhan (sampaikan kami kepada Ramadhan). Alhamdulillah.

Kala melihat ufuk senja melabuhkan tirainya, tiba-tiba hati teringat dan mungkin terindu pada suasana iftar, terawih dan Ramadhan di Bumi Kangaroo. Bumi yang membawa saya kembali bercinta dengan Islam. Nostalgic betul tiba-tiba. Huish..

Teringatkan Nasi Arab hasil sumbangan pak-pak arab yang Mashaallah, berlumba-lumba mereka ni nak bersedekah, nak bagi sesuatu pada pelajar luar macam kami ni. Alhamdulillah dua bulan Ramadhan kat sana, memang tak berasap sangat lah dapur kecuali bila tekak ni demand masakan Malaysia. Rezeki tak putus-putus masuk. Alhamdulillah.

Teringat lagi pada alunan al-Quran pak-pak imam masa terawih dekat sana juga. Mashaallah menusuk jantung hati hempedu limpa semua ada. Mendayu-dayu dan penuh makna. Sampai menangis waktu solat. Betapa rindunya suasana itu yang membuatkan saya sangat sedih melepaskan'nya' suatu tika dahulu.

Teringat juga beramai-ramai dengan housemates dan kawan-kawan yang lain tunggu security van dengan terketar-ketar ditampar-tampar angin winter yang sejuk masa nak balik lepas terawih.

Owh menggamit kenangan semuanya! Banyak lagi yang teringat, cukup la yang ni saja.

Apa pun, Alhamdulillah sekarang saya di tanah air nan tercinta. Yang lebih dekat di hati. Ada keluarga tersayang yang boleh diterjah selalu secara tiba-tiba. :P Final say, jom manfaatkan hadiah bulan yang penuh rahmat, berkat dan bulan pengampunan ini!

Teringat pesan sahabat, "Syaitan semua dah ambil MC bulan ni. Yang tinggal sekarang hati kita dan nafsu kita. Didik dan tundukkanlah nafsu pada yang tak sepatutnya. Ini bulan yang Allah kurniakan agar kita menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa.. ingat tu taqwa!"

Renung-renungkan dan selamat beramal. =)