Friday, October 7, 2011

PINJAMAN YANG SEMENTARA


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ... hari ini Allah izin untuk belajar lagi betapa segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman daripadaNya yang berbentuk sementara. Bila-bila saja pinjaman itu akan diambil semula. Termasuklah diri kita yang sebenarnya adalah mutlak milik Allah SWT!

Dan orang-orang yang kita kasihi - walau hanya seorang sahabat. Dia juga adalah pinjaman, dihadiahkan kehadirannya supaya kita belajar sesuatu dan membina diri bersamanya. Berukhuwah keranaNya.

Dulu cukup susah nak faham ukhwah fillah, Alhamdulillah dengan kelemahan yang ada, sekarang sudah belajar memahaminya.

Saya bersahabat dengan dirinya sudah lama - kiranya hampir 6 tahun sudah. Namun baru kira-kira 6 bulan yang lepas Allah hadirkan dirinya di rumah hadapan. Buka pintu boleh pergi kacau. Dulu duduk satu blok pon selalu turun rumah dia dekat tingkat 3 daripada rumah sendiri dekat tingkat 7. Hebat tak Dia pinjamkan saya dia?

Dia muda. Dia berjiwa besar. Jika nak dinyatakan satu persatu banyak. Dan saya tahu seandainya dia baca dan tahu, dia tak akan suka. I read your mind my dear! Jadi sampai sini sajalah Inshaallah.

Selama 6 bulan dipinjamkan Allah, didekatkan kami dengan begitu dekat jarak rumah dan semakin rapat hati. Hari ini dia pergi. Pulang ke sisi zauj yang disayangi kerana Allah - di bumi Serambi Mekah sana. Semoga selamat perjalanan kalian ke sana Inshaallah.

Semakin sedar status diri sebagai hamba yang langsung tak boleh tekan suis dalam hidup. Sekali ia perlu pergi, maka ia akan pergi. Kunfayakun!

Inshaallah, bertemu berpisah kerana Allah. Moga hati ini tidak gelisah. Moga Allah redha dengan kasih sayang ini Inshaallah. Saya bersyukur dan bahagia bersama awak.

Thursday, October 6, 2011

MEHNAH YANG GEMBIRA


Dalam setiap mehnah yang datang itu
disambut dengan rasa syukur
atas sebab itu tandanya
pandanganNya pada kita
yang hina penuh lumpur nista

Semalam dengar di ceruk corong radio
Mehnah atau ujian itu sebenarnya
satu bentuk RAHMAT Allah
untuk uji kita dan naikkan level
manusiawi dan iman kita inshaallah
Ameen.

Best kan dapat rahmat Allah?
Sebab itu gembira dan syukur na?
Moga kita usaha didik hati menjadi mukmin yang sebenarnya.

=)


Eh?
Teacher asyik tulis tentang ujian dan semangat lately
Ada cerita best bangat sebenar-benarnya
Nanti bila teacher dah free sedikit ye
Kita karang panjang lebar huhu

I Miss Them So Much!
Ya Allah letakkanlah mereka yang ku sayangi
dalam peliharaan dan perlindunganMu ya Allah.



Takde korje gamaknya tengah drive nangis.
Piappppp Toing Toing Ting Tong~!
Syukran padaMu kerana sentiasa menyentuh hatiku.

Monday, October 3, 2011

SEMANGAT YANG MENYOROK


Pernah tak dalam hidup
secara tiba-tiba semangat yang membara
sepertinya menyorok di balik Gunung Everest?

Puas dicari dan diselak
Puas dirayu dan dipujuk
Puas dikaji dan diselidik

Mengapa menyoroknya bara semangat itu?

Kemudian lari-lari anak golira masuk gua
Bak kata seorang teman setia berjenaka

Positif positif
Masih ramai yang ingin melihat kamu berwajah ceria
Dan melompat ke sini sana
Eh?

Perbetulkan kembali hubungan kamu dengan Allah!

Saturday, October 1, 2011

KHUTBAH NIKAH

Salam'alaik people~! :)

Sebenarnya dalam kepala tengah nak tulis tentang praktikum yang baru saja over semalam. Tapi terasa tak mampu dan malas nak jiwa-jiwa. Jadi marilah kita menulis tentang khutbah nikah pula. ;) Punyalah menyimpang dua topik yang berbeda bangat!

Alhamdulillah tadi attend majlis omak saudara eden, yang dipanggil Maksu Nurul - anak Toksu (should I actually elaborate such details? haha). Ok, diringkaskan cerita saya di sana sejak awal pagi sebelum majlis - khutbah nikah, akad nikah, walimah - jadi orang menyambut tetamu dan memberi door gifts. Fuhh~ ponat tapi syok dan best. Segala omak bapa saudara yang udah lama tak ketemu Alhamdulillah berjumpa tadi. Dan semuanya pon bising-bising update cerita masing-masing. Dan sebagai anak dara yang menghilangkan diri selama hampir 3 tahun - termenjadilah saya antara yang paling banyak ditanya dengan bertubi-tubi soalan. Dush~ Alhamdulillah Allah dah train untuk jawab soalan anak murid. Boleh kaitkan macam ni? Haha sekali lagi. Toing.

Tengok tu, tak masuk cerita lagi. Ok, jom terus masuk cerita tentang khutbah nikah.

Ketika khutbah nikah berlangsung, saya duduk jauh terceruk dekat tepi pintu. Tapi masih bisa didengari setiap bait kata dan pesanan jurunikah. Jurunikah yang mesra dan dekat di hati gaya penyampaiannya sampaikan boleh audience ketawa mendengarnya. Mungkin nak bagi hilang nervous pengantin kot? Tapi saya dekat hujung ceruk tu, rasa macam terhempap batu atas kepala pula. Eh, bukan saya yang pengantin ok? Cumanya mendengarkan khutbah tu buat saya tertampar - waduh, kok banyaknya tanggungjawab dan amanahnya antara seorang suami dan seorang isteri itu. Paling banyak kepada seorang suami - No wonder kenapa dalam al-Quran Allah sebut lelaki (rijal) sebagai qayum (pemimpin) kepada wanita. Perasaan ini tak sama antara kita membaca buku, mendengar ceramah dan akhirnya diri sendiri menggalas amanah itu dengan sebenar-benar kefahaman.

Untungnya pada jiwa-jiwa yang benar-benar faham. Saya mungkin tak faham sepenuhnya kerananya saya belum lagi di fasa itu. Allahualam ~ kapankan tiba masanya, hanya Allah Maha Mengetahui.

Masa tu juga tak tahu mana datang perasaan yang sepertinya syaitan tengah hembus hembus hentak hentak kaki tak nak bagi orang mendirikan masjid. Dan bila saja sah akad ijab kabulnya, bertempikkan berteriakkan menangislah segala syaitan yang ada - kerana kini antara pasangan itu telah menjadi halal semuanya. Syahdu bangat masa tu.

Ok lah, sudah mahu berhenti. Last but not least, welcome to the family, Paksu Arsyad! Uhuk coughing ~ silap, Uncle Su lah, as requested. Haha.


Perancangan sesebuah perkahwinan itu seharusnya bukan
sekadar dilihat kepada perjalanan hingga terlangsungnya
ijab dan qabul antara dua insan itu.
Sebaliknya wajar ia dilihat dan dirancang hingga
saat selepas mendirikan baitul muslim tersebut.

Perkahwinan adalah saham yang patut dimegah-megah
dan dibangga-banggakan di akhirat,
bukan untuk tayangan kemegahan
yang berbentuk nafsu di dunia.
Renungkan dan selamat beramal~!
;)

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

YOUNG AT HEART!

Duduk kalangan yang umurnya muda
Buat kita sentiasa terlebih bertenaga
Pasainya nak kena lawan kuasa Goku mereka
Otak kena lebih terlebih bergeliga
Hati dan jiwa mesti lebih berwaja!

Uish syoknya rasa
Syukur ditadahkan padaNya
Duduk kalangan yang umurnya muda
Tak mengapa nak melompat menyambut bola
Tapi tetap berjaga menjaga adab macho yang tua
Namun dalam hati tetap ada
Young At Heart sentiasa!

Hasil repekan di pagi Rabu selepas Selasa
sambil memandang bulatnya bola
di atas sebuah nantinya pusara.

Kesan membaca STOKIN PUTIH (siapa muda dia tekan ni) sambil ketawa
menyembunyikan dua batang gigi setia
menghiasi senyum si dara.

Ok, STOP!
Tata.

PERKONGSIAN HATI

NOTA daripada seorang rijal, zauj kepada sahabat baik ,dunia dan akhirat saya.
Moga bermanfaat pada hati-hati yang ingin membangun mencari redhaNya. Inshaallah.

Nota Tarbiyah : Menunduk Pandangan

Oleh : BroHamzah

Suatu hari, ada seorang anak murid bertemu dengan murabbinya. Dia ingin meluahkan sesuatu permasalahan kepada murabbi yang disegani dan dihormatinya itu.

Saat itu, hatinya benar-benar gersang, hambar dan kaku. Setiap ibadah yang dilaksanakannya seolah-olah kering dan tidak meninggalkan kesan kepada hatinya. Kenikmatan dan kemanisan beribadah dan bermunajat jua semakin hari semakin hilang daripada kehidupannya.

Dia runsing, bimbang dan resah. Adakah dia sudah kehilangan cinta dan kasih sayang daripada Allah SWT. Ya, dia sentiasa konsisten dan istiqamah menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu, mendengar tazkirah mingguan dan pengisian-pengisian kerohanian.

Tetapi jauh di sudut hatinya, dia meronta-ronta.

“ Hati ini benar-benar kosong....”

“ Murabbi, hajat benar agar dapat membantu hamba ini,”Katanya lembut kepada Sang Murabbi yang dithiqahinya.

Air matanya mengalir. Sebak dan sayu. Dia merasakan seolah-olah sudah hilang segala keserian dan kehidupan yang membahagiakan. Matanya berkaca-kaca. Dia tertunduk di depan insan yang disayanginya.

“ Akhi, pernahkah anta merasai seperti saat ini, sebelum ini?,” Tanya Murabbinya.

“ Belum lagi ya Murabbi,” Jawabnya dengan nada perlahan.

“ Anta tahu, kadang-kadang jasad dan fizikal kita hadir ke dalam program-program pengisian ilmu dan tazkirah hati tetapi hati kita tidak dibawa bersama-sama. Hati tidak hadir ke dalam majlis ilmu, sedangkan sasar utama proses pensucian dan tarbiyah ini ialah hati. – Program berjalan tetapi proses tidak berlaku,” Kalam murabbi itu penuh tarbawi dan menusuk kalbu.

“ Jadi, sekarang ini apa yang perlu saya buat?,” Soalnya dengan penuh sinar pengharapan.

“ Tunduk pandangan dan peliharalah mata anta,” Kata murabbinya.

“ Hah! Kenapa pulak?,” Soalnya kepelikan.

Menunduk Pandangan

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan.”

( An- Nur : 30)

Di dalam buku Apa Ertinya saya menganut Islam, Dr Fathi Yakan telah menghuraikan berkaitan akhlak-akhlak yang perlu ada paa seorang muslim. Salah satunya ialah menundukan pandangan. Menundukan pandangan, bererti berusaha untuk mengalih pandangan, menutup dan dengan penuh sifat mujahadah dengan penuh keimanan, dan kerendahan hati daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke lembah kehinaan.

Dia akan bermujahadah daripada melihat perkara-perkara keji, kotor, jijik dan berbau dosa. Matanya dipelihara daripada perkara-perkara sebegitu. Kerana apa? – Pandangan mata akan memberikan kesan kepada hati. Setiap pandangan mata akan memberikan kredit kepada hati. Sama ada terbentuknya bintik-bintik hitam kerana dosa, atau menjernihkan hati dengan amalan kesolehan.

“ Dengan menundukan pandangan – anta akan dikurniakan oleh Allah suatu nikmat yang jarang-jarang diperolehi oleh manusia lain.” Kata Murabbi

“ Apa dia, wahai murabbi ?,” Katanya dengan penuh minat.

“ Allah SWT akan berikan nikmat dan kemanisan dalam beribadah. Anta akan merasai nikmat kekhusyukan di dalam solat!,” Katanya dengan lemah lembut.

Ya. Dengan menundukan pandangan, Allah akan berikan suatu nikmat yang sangat manis dan mahal. Kekhusyukan di dalam solat. Kerana, mata yang terpelihara dan terjaga – menjadi asbab hati, jiwa dan perasaan itu jernih, bersih, putih dan suci. Kesannya – ibadah solat akan terfokus, khusyuk dan membahagiakan.

Pratikal menunduk pandangan : Mustahil?

Boleh ke hendak menunduk pandangan. Rasa macam tidak logik. Hari ini, dimana-mana dan diserata tempat, terdapat banyak bentuk-bentuk kemaksiatan dan kemungkaran :

1)- Kota raya, - lihatlah bagaimana cara remaja-remaja berpakaian terutama perempuan. Sangat-sangat mengoncangkan iman dan mengiurkan perasaan. Pusing ke kanan, masyaAllah. Alih ke kiri juga, perkara yang sama. Di mana-mana tidak kira masa dan tempat. Setiap kali mata memandang, hati berdebar-debar rasanya.

2)- Kedai buku dan gerai majalah juga sama – lihatlah majalah-majalah picisan dan rendah moral yang berlambak dipasaran. Cover majalah yang mendedahkan segala-galanya. Sekali terpandang, tergugat hati dan seluruh jiwa raga. Macam-macam gaya yang diperlihatkan. Begitu juga dengan surat khabar yang ada sekarang. Iklan-iklan yang menggiurkan seringkali mencabar kelelakian dan keimanan yng bertahta di hati. Gambar-gambar yang didedahkan seolah-olah tiada unit tapisan dan diletak tanpa pemantauan undang-undang.

3)- Filem-filem dan drama-drama yang dihasilkan sama ada peringkat tempatan atau antarabangasa apatah lagi. Pastikan akan mendedahkan perilaku dan agenda-agenda membangkit syahwat, mengghairahkan nafsu dan merosakan keharmonian iman.

4)- Alam maya internet pun sama juga . Laman-laman website yang sentiasa mengganggu keharmonian ketika melayari internet sering muncul secara tiba-tiba, sangat-sangat mengejutkan iman! Ini tidak masuk lagi, yang gambar-gambar yang tidak soleh, separuh berpakaian dan aksi-aksi yang jijik dan kotor yang mudah dicapai di alam sesawang ini.

5)- Mesej-mesej berbau lucah dan video-video yang dihantar secara rambang ke handset kita selalu mengganggu ketenteram iman. Bisikan syaitan dan nafsu selalu – mengarahkan agar membukanya dan menikmatinya. Jadi bagaimana harus kita buat?

6) – Dan, banyak lagi. Semuanya ke arah kehancuran dan kemusnahan keimanan.

Jadi, bagaimana mahu memelihara mata? Sukar sekali.

“ Akhi, memelihara mata dan menunduk pandangan memerlukan sifat mujahadah nafsu yang sangat tinggi. Ia adalah bentuk jihad yang menuntut pengorbanan kejiwaan yang tinggi. Tetapi, yakinlah ganjarannya adalah sangat mahal dan tidak ternilai,” Murabbi meneruskan bicara kalamnya.

Menunduk pandangan bererti kita memelihara kehormatan dan kemuliaan diri. Keaiban-keaiban sebegini harus dijaga dan dicegah awal-awal lagi. Ingatlah sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menelungkupkan muka kamu.”

( Hadis riwayat At-Tabarani)

Menunduk pandangan, bagaimana hendak dibumikan?

“ Akhi, takutkan Allah SWT, banyakan mengingati mati dan bayangkan suasana hari Akhirat,” Kata murabbi lagi.

Perkara ini tidak akan berlaku tanpa, kekuatan keimanan. Ya imanlah yang akan menjadi dinamo, penggerak dan nadi utama segala bentuk tindakan kita.

Setiap kali, mempunyai peluang untuk melakukan bentuk-bentuk dosa dan maksiat – bayangkanlah episode-episod ngeri dan gelombang kedahsyatan sakaratul maut. Bayangkan bentuk kematian yang agar menimbulkan keinsafan dan kesedaran.

Dan, ketika jiwa dan hati dirundum kelesuan dan kelemahan – banyakan juga mengingati azab dan ancaman-ancaman yang akan Allah SWT berikan di hari akhirat kelak. Suasana-suasana hari kebangkitan yang digambarkan di dalam Al-Quran dan dijelaskan di dalam Hadis, mampu mengetuk hati dan meleburkan keangkuhan kita terhadap Allah SWT.

Petang itu, anak muridnya itu menangis sepuas-puasnya. Dia sedar akan dosanya. Barulah dia sedar bahawa selama ini, dia tidak begitu halus dan peka dalam soal penjagaan dan pemeliharaan matanya. Selama ini, matanya telah menyebabkan hati dan jiwanya kosong dan hilang kemanisan di dalam beribadah.

“ Murabbi, terima kasih banyak-banyak. Saya sedar dan insaf. Bimbinglah saya, Murabbi. Pandulah aya murabbi. Saya tidak mahu kehilangan Allah SWT di dalam diri saya. Saya tidak mahu kembali seperti zaman kejahiliyah saya dahulu,” Katanya tersedu-sedu di hadapan pembimbingnya.

Kata-kata murabbinya masih basah.

Ia sangat berkesan di hati dan menyentuh perasaan keinsanannya.

“Dengan memelihara pandangan daripada perkara-perkara keji, jijik, mungkar dan berbau dosa - Allah SWT akan campak satu kenikmatan yang jarang-jarang manusia perolehi. Iaitu : Nikmat Kekhusyukan dalam solah!”

Ya Allah, bantulah diri ini dalam memelihara pandangan dan mata kurniaan-Mu ini.

Berikanlah aku kekuatan Ya Allah untuk mengharungi kehidupan yang dipenuhi gelombang maksiat yang dahsyat. Ingin aku harungi kehidupan ini dengan keimanan seharum semerbak kasturi.

Ameen.