Monday, April 30, 2012

PERSEKITARAN INI

Persekitaran ini sekarang saya rasakan tidak membantu langsung membina emosi yang stabil dalam diri saya dan juga untuk perkembangan 'Abdullah. Kelu lidah untuk berbicara entah pada siapa, hanya padaNya yang aku punya. Tapi cepat saya sedar usah biarkan persekitaran mempengaruhi emosi, sebaliknya sayalah yang perlu membina emosi dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran ini.

Haiyak, positif~! 

Tak suka bila berperasaan begini. Ya Allah Engkaulah sebaik-baik tempat aku mengadu dan memohon pertolongan.

Sunday, April 29, 2012

BUAT 'ABDULLAH


Buat Abdullah
Permata hati Ummi dan Abi

Moga dirimu membesar dengan sempurna
Moga dirimu dididik mengenali Penciptamu
Moga dirimu dijaga dengan iman yang syumul
Moga dirimu dipelihara akhlak pekerti mulia
Moga dirimu disayangi sekalian alam Inshaallah

Ummi hanya dapat berdoa dan
mengukir cerita buat mu

Ummi hanya dapat menanti dan
bersabar akan kelahiran mu

Ummi hanya dapat bertahan dan
bertabah kuat di sini

Ummi akan selalu ingat dan Abi
selalu pesan pada Ummi
Didikan awal bermula
sejak 'Abdullah di dalam sini lagi

Inshaallah


Meski Abi jauh demi khidmat baktinya
Abdullah mesti tahu
Abi sentiasa mendoakan buat kita
Abi tidak pernah putus memberi kasih sayang

Moga Abdullah selesa di dalam 'rumah' Ummi

Moga kita berjumpa sesempurnanya nanti Inshaallah

MACAM NI KE MENGIDAM?

Sesunnguhnya rasa macam tak percaya apa yang tengah saya buat sekarang. Uish ~ 

Duduk dalam kereta for almost an hour semata nak tunggu kedai buka!

Pernah masa first trimester dulu, terasa nak makan sesuatu tapi takde dekat kawasan saya tinggal dengan suami. Dan suami, pendamping hati yang setia dan penyayang sanggup drive lebih daripada sejam sebab saya sebut teringin nak makan makanan tersebut. Alih-alih dah sampai, dapat merasa siket dah rasa sangat happy tapi perut terus full, terpaksa tapau balik buat makan lagi dekat rumah masa tu.

Sekarang dah second trimester, saya terasa nak makan sesuatu. Tapi disebabkan tinggal berjauhan dengan suami pendamping hati, maka saya drive juga ke sini. Paid 50 cent for the parking fee, end up kedai makan tersebut belum buka lagi. Have to wait for another approximately 30 minutes before it opens. Ridiculous? 

Mungkin ya. Tapi daripada saya balik saja kan ke sia-sia minyak kereta. Jadi bersabarlah menanti sambil beronline dan edit script storytelling budak ni. Huhu. 

Rasa macam tak percaya. Kalau masa bujang dulu rasanya dah memang tak akan tunggu dah kalau kedai tak buka lagi. Tekan minyak balik terus. Tapi ni sanggup tunggu. Ish, ini ke nama mengidam? Saya pon keliru.

Tapi satu perkara yang saya perasan tak pernah menghampakan saya, bila saya rasa nak iktikaf lepas pulang dari sekolah, saya akan terus ke masjid dengan keizinan suami. Dan ketenangan dapat berjemaah duduk dalam rumah Allah tu sangat puas rasanya. Ni pon boleh nama mengidam ke? Huhu.

Apa pon menjadi ibu mengandung dan duduk berjauhan daripada suami, banyak yang saya pelajari. Ya Allah aku tahu Engkau tidak menjadikan setiap episod dalam catatan diari hidup ku sebagai sia-sia. Yang aku pohon berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya dengan sabar dan redha, begitu juga buat suami pendamping hati, imam dunia akhirat ku Inshaallah. Ameen.

p/s: Ok nampak orang kedai dah nak buka. Get ready nak menyerang sebagai first customer :P

Sunday, April 22, 2012

RENCANA-NYA

Hidup ini indah benar dengan misteri rencanaNya. Saya tak tahu benar kuatkah saya untuk menempuh jalan yang Allah sudah pilih dan tempatkan saya - untuk berjauhan daripada semua kesayangan saya di sana.

Saat sesuatu terjadi, reaksi terlalu spontan dan dramatis.

Saya akui, saya perlukan masa untuk bermuhasabah diri, merenungi alam akan terjadinya apa sahaja episod baru dalam hidup saya. Jiwa hamba saya - ingin benar saya lenturkan, agar biar lebih tunduk dan patuh.

Makin terkehadapan hidup, makin terasa tiada apa punyanya apa-apa ke atas diri saya di dalam kehidupan ini.

Hanya DIA, sumber kekuatan saya~!

Buat masa ini, derap langkah ini akan saya teruskan dengan pinjaman kekuatan dan iltizam daripadaNya. Inshaallah.

Bersama amanah, anugerah yang diberi...tidak mahu saya persia.

Mari bersama-sama teruskan kita sedar akan hakikat kehambaan.

>Terasa seperti Ogawa berpusing di dalam perut kadangkala<
>Teruskan tersenyum<

Monday, April 9, 2012

LORONG HAJI TAIB

Sesungguhnya ada banyak lagi draf yang sedang disiapkan kononnya, tapi cerita Lorong Haji Taib pula yang keluar dulu.

Al-kisahnya, selama ni selalu dengar saja tentang penangan Lorong Haji Taib ni. Sekadar mendengar...

Akhirnya, di saat tuntutan yang mendesak untuk mencari sebuah tempat, entah bagaimana termasuk pula kereta saya ke Lorong Haji Taib.

Apa lagi?

Renungan mereka yang berada di situ cukup meliar. Cukup pelik mungkin pada tafsiran saya. Auranya berbeza ... Satu persatu kepala berpusing melihat lalunya kereta saya. Gulp~

Perlahan-lahan saya mengundurkan kereta ke belakang, hampir 200 meter sebelum sampai semula ke jalan besar. Entah cabang lorong yang mana dah saya redah.

Apa pon, itulah pengalaman pertama dan harapannya biarlah yang terakhir. Serik rasanya.

Berderau darah. Rasanya tertoreh sekali pon tiada sudah darah yang nak menitis dalam keadaan diri yang berkeseorangan begitu.

Alhamdulillah, apa pon Allah lah sebaik-baik tempat saya memohon perlindungan. Dan saya selamat. Tiada apa kejadian pelik.

Cuma terfikir, mengapakah mereka di Lorong Haji Taib?

Moga lorong suram itu disinari pancaran cahaya suci Inshaallah.

Wednesday, March 28, 2012

MUHASABAH KASIH

[entry ini ditulis selepas beberapa minggu menyandang amanah baru]

Meski tidak mampu untuk sempurna, cari dan bina kesempurnaan dicari bersama atas izinnya.


Terlalu awal rasanya untuk menulis entry baru tentang hidup baru. Ada masanya seperti masih tidak percaya, tetapi inilah hidup. Life must go on. Faiza azamta fatawakkal’alallah. Inshaallah.

Jauh-jauh direnung perjalanan 24 tahun kebelakang. Banyak yang dilalui, banyak yang dihargai, tak kurang juga banyak juga yang disesali. Namun semuanya kehidupan, dan kita akan terus belajar daripada kehidupan. Itulah kuasa Maha Baiknya Allah. Tidak dibiar kita hidup terkontang kanting. Diberi sesuatu untuk kita belajar, diberi sesuatu untuk kita amati dan renungi, diberi sesuatu untuk kita teladani. Itulah apa yang mampu saya ringkaskan daripada pandangan mata seorang hamba yang teramat cetek dan kurang dalam segalanya.

Alhamdulillah, kini hidup lebih berfokus. Allah menghadiahkan saya anugerah yang tak ternilai harganya. Anugerah yang kini perlu saya jaga sebaiknya. Anugerah yang perlu saya pelihara semoleknya Inshaallah. Seorang pendamping, imam yang cukup penyayang di sisi saya Alhamdulillah.

Jujurnya, amat payah untuk menulis entry baru ini. 1001 rasa berterbangan di dalam hati. Sejak hari pertama menempuh alam baru hingga sekarang, terlalu banyak rasanya nikmat Allah yang diberi di dalam hidup saya. Terkadang malu dan terasa cukup hina, diri tak segah mana, tapi penyayang sungguh Allah Ar-Rahman Ar-Rahim yang mencukupkan segala keperluan hidup saya sebaiknya. Alhamdulillah.

Ramai yang tertanya dan menyinggah di inbox, bagaimana cukup pantas semua ini terjadi.


Saya tiada jawapan khusus mahupun umum. Susah dan teramat sukar untuk dijawab.


Saat hati sudah ditutup dan difokus pada pengajian dahulu, atas aturanNya datang beberapa intipan yang tak disangka-sangka. Banyak cabarannya ketika itu, satu persatu ditempuh. Hati tidak pasti pada masa itu, apa sebenarnya yang akan terjadi. Namun keyakinan kuat tekad cuba disemai dan disemat dalam hati, untuk terus yakin pada petunjukNya. Hinggalah saat lafaz ijab dan kabul dilafazkan, Alhamdulillah. Kini semakin sedar tentang status hamba kerdil hina yang tiada punya apa daya untuk tekan mana-mana suis dalam hidup. Mahu itu, tekan kanan. Mahu ini, tekan kiri. TIDAK SAMA SEKALI! Betapa hebat kiranya kita merancang, Allah jualah Perancang Terbaik kita Inshaallah.

Mata ini tidak putus merenung alam, betapa banyak kisah silam yang sebenarnya Allah hadirkan tanpa sia-sia. Ada sesuatu yang dapat dipelajari Inshaallah. Baik diri saya mahupun diri pendamping hati, kami merenungi kisah-kisah silam itu sebagai satu motivasi untuk terus mematangkan diri di atas jalan mencari redhaNya dan menjadi yang terbaik for each other Inshaallah. Jalan kepadaNya bukan senang, segala kepahitan dan kelukaan perlu dahulu ditempuhi.

Kisah saya bersama pendamping hati baru sahaja bermula. Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain meski ada tikanya terasa seperti bertahun sudah bersama dirinya. Paling utama, matlamat yang dipegang bersama kepada terdirinya baitul muslim ini menjadi paksi keberadaan kami berdua di atas sebuah yang namanya perjanjian utuh Inshaallah. Mohon doanya daripada semua.


SAPU HABUK ~

Fuh Fuh Fuh
[aktiviti menyapu habuk sawang]

Bismillahirrohmanirrohim

Penuh sungguh habuk sawang lelabah
dalam blog ni
Baru nak buka balik
Rindu da lama tak berblog
Inshaallah
Andai berkesempatan akan dititipkan apa perlu di sini

:)

Stay healthy people~!
Physically, Emotionally, Mentally
and most importantly Spiritually!
Inshaallah