Sunday, October 21, 2012

PERMATA HATIKU (5)

Ada tompokan darah di tuala.

Tompok kecil. Ada lendir.

Tunggu sebentar dulu.

Tompok besar. Jadi bertompok – tompok sudah.

Saya pegang perut dan masuk ke bilik. Masih tidak tahu apa itu. Tapi teringat doktor ada bagitahu tanda – tanda untuk bersalin. Yang ni ke?

Saya berkira – kira dalam hati samada mahu mengejutkan Umi Abuya atau tidak.

Lebih kurang setengah jam, saya kejut Umi. Umi tenang sekali. “Ini dah tanda ni,” kata Umi.

Umi bangun dan atur semua beg yang dah saya sediakan. Abuya bangun dan tengok – tengok apa perlu. Abuya kemudian solat hajat di keheningan malam.
Malam tu sangat sunyi sepi. Tenang. Tiada bunyi apa pon.

Saya bangun. Saya duduk. Saya ulang baca doa Nabi Yunus. Kemudian saya baca doa yang suami tinggalkan. Saya minum air zamzam yang suami sediakan. Saya masih lagi dalam keadaan tenang saya kira.

Jam 4 pagi baru saya sms suami dan mohon didoakan dan mohon redhanya dalam perjuangan saya sebentar nanti.

Jam sudah 5 pagi.

Saya masih lagi belum boleh tidur. Saya doa padaNya izinkanlah saya tidur biar satu jam agar dapat saya kumpul tenaga jika ditakdirkan saya akan bersalin. Alhamdulillah memang Allah izin saya dapat tidur satu jam dan tiada rasa sakit apa – apa. Subhanaallah. Hebatkan Allah?

Masa ni saya decide untuk tidak ke hospital lagi.

Kata orang tua, saya kena kembar darah bilamana air ketuban tidak pecah tetapi darah turun dulu bersama lendir. Kebiasaannya akan ambil sedikit masa untuk buka laluan bersalin.

Pagi tu, kami terus ke hospital. Disebabkan tempat saya tiada hospital maka terpaksalah meredah perjalanan hampir satu jam. Hanya alunan ayatul Quran yang bermain untuk meredakan apa yang dirasa. Tiap kali kereta terhentak di atas jalan, saya genggam erat kerusi kereta. Ish susah lah nak cerita terperinci macam ni.

Apabila nampak sahaja signboard hospital, untuk lebih kurang 10 minit saya rasa sakit. Bila Abuya turunkan saya di hadapan pintu Dewan Bersalin, kaki saya rasa tidak cukup kuat untuk melangkah ditambah sakit dipinggang. Orang tengok saya jalan kiri kanan kiri kanan.

Masuk saja untuk pendaftaran, saya tidak rasa sakit langsung. Ajaib.

Saya hanya dibenarkan masuk berseorangan untuk pendaftaran. Umi Abuya terpaksa tunggu di luar.

Masa ni mulalah ada flashback segala kisah movie macam CSI, FBI dan etc yang ada scene dalam bilik bedah. Sempat lagi. Saya menikmati saat itu dengan perasaan yang indah.

Saya tengok ada kakak yang menangis diusung di atas katil masuk ke labour room. Saya tengok kakak yang santai sekali mukanya, rupanya ni anak ke-7 dah. Patutlah.

Saya senyum saja kepada mereka. Dalam hati ada juga rasa berdebar.

Hingga tibalah saat saya diperiksa oleh specialist disebabkan masalah kesihatan saya.

[Bersambung …]

PERMATA HATIKU (4)

Masa berlalu begitu pantas.

Rutin suami sekali dalam sebulan datang menziarah saya sudah menjadi begitu sebati dalam kehidupan kami.

Pada saya pula, setiap kali suami pulang dan akan kembali, setiap kali itulah saya akan buat count down dalam organizer. Setiap kali itulah saya belajar, semangat saya, kekuatan saya datangnya daripada Allah. Bab ni susah saya nak elaborate sebenarnya.

Cuma ada sesuatu yang menjadi pegangan saya. Sesukar mana sekali pon saya rasakan apa yang saya hadapi, saya pasti ada orang lain yang lebih teruk situasinya daripada saya. Itu sahaja.

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 9 bulan kami lalui rintangan ini bersama. Wang ringgit, tenaga dan masa sudah tidak terhitung banyaknya.

Dan hinggalah pada medical check up saya pada minggu ke 38, Allah uji sekali lagi.

Doktor baru dapat mengesan saya ada GDM. Selepas dibuat BSP Alhamdulillah saya hanya perlu diet control dan tidak perlu diberi suntikan insulin. Komplikasi kepada GDM ni ada beberapa. Saya nak cerita dekat sini pon tak berapa pandai tapi salah satu komplikasi yang doktor khuatir terjadi kepada saya adalah bayi besar dan saya tidak boleh bersalin normal. Malah, saya mesti bersalin pada tarikh EDD yang dikira. Sekiranya tiada tanda bersalin, doktor akan induce dan paksa bersalin.

Perasaan?

Saya speechless. Saya berseorangan ketika itu. Saya ketawa dan bernada ceria ketika mengkhabarkan pada suami melalui telefon. Kerana saya tidak mahu dia risau. Dengan keluarga lagilah saya buat muka tidak risau langsung. Hakikatnya, Allah lah yang beri saya kekuatan. Saya benar – benar berpegang pada pertolongan Allah agar dipermudahkan segala urusan kerana Dia Maha Memudahkan segala sesuatu yang terjadi.

Pulang beraya, saya seperti biasa. Saya makan dan bergurau dengan sanak saudara. Ramai yang tegur perut saya yang kelihatan tersangat besar. Ada yang tanya kembar ke? Saya ketawa. Tak lahhhh saya jawab. Tanpa mereka tahu kisah sebenar.

Habis cuti raya, suami terpaksa pulang bekerja kembali. Saya tinggal dengan Umi Abuya. Buat cuti sendiri. Hehe. Yang ni malas nak cerita panjang.

Masa lepas cuti raya ni, ada lebih kurang seminggu sebelum tarikh EDD saya.

Sepanjang beberapa hari tu, saya perlu buat regular check up disebabkan masalah saya dan dipantau oleh doktor.

Hinggalah pada hari Selasa, saya rasa perut sangat memulas. Rasa tidak senang duduk dibuatnya kali ini. Ulang alik saya ke kamar kecil. Sangkaan saya mungkin sebab saya salah makan kuih raya atau apa – apa lauk. Mungkin. Tapi saya tidak bagitahu apa – apa pada Umi.

Keadaan ni berterusan sampai jam 2 pagi. Hingga pada visit terakhir ke kamar kecil dan lega melunaskan urusan, saya dikejutkan dengan sesuatu.

[Bersambung … ]

PERMATA HATIKU (3)

Tergamam kelu lidah dan terbuntang mata. Berhamburan air mata. Rebah saya dalam pelukan suami.

Keputusan posting menempatkan saya di Bandar Kuala Lumpur. Jauh beribu kilometer daripada tempat kerja suami sekarang. Cukup sedih masa ni. Sensitif emosinya mungkin?

Tapi ibu mertua cukup positif. Ketawa Mama sambil berkata mujurlah Semenanjung lagi bukan Sabah Sarawak. Benar juga. Umi saya pon positif. Keduanya memujuk dan memberikan semangat dan dorongan.

Lalu bermulalah kehidupan saya di Bandar Kuala Lumpur berseorangan bersama permata hati di dalam rahim yang ketika itu sangat masih kecil lagi.

Tapi Allah itu Maha Pengasih. Tidak Dia tinggalkan saya seorang terbiar begitu saja. Pasti saya tidak mampu rasanya mengharungi ujianNya ini tanpa belas dan rahmatNya.

Allah letakkan saya di suatu tempat yang saya sudah boleh katakana agak familiar. Jadi tidak berapa timbul isu sesat.

Allah juga tempatkan saya di suatu tempat berteduh yang selesa buat saya merehatkan diri.
Allah juga tempatkan saya di waktu sekolah saya mengajar pada sesi petang, di mana bila pagi tika saya alah teruk dan lembik dapatlah saya berehat sebelum bekerja kemudiannya.

Dan tidak terkira kata sebenarnya banyak benar pertolongan Allah beri di saat Dia juga menghadirkan ujian berjauhan daripada suami ketika sarat mengandung. Nak disenaraikan sekarang tak terkira banyaknya. Alhamdulillah – hanya lafaz ini boleh saya ungkapkan setiap kali muhasabah.

Kerap juga saya muhasabah, mencari suntikan semangat ibrah daripada kisah Maryam dan Siti Hajar. Dalam ketaatan mereka pada perintah Allah SWT. Dalam keredhaan Siti Hajar mencari redha Allah melalui redha suami. Dalam kepatuhan Maryam. Sedikit sebanyak Allah bukakan mata saya.

Ada masa saya rebah terkulai rasa sangat tak berdaya. Saya pohon benar pada Allah berikan kekuatan untuk saya harungi ujian ini.

Tapi hingga hari ini saya kurang pasti samada saya lulus atau tidak ujian Allah beri ini.

Doanya moga saya belajar menjadi seseorang yang baru melalui laluan ini.

InshaAllah.

[Bersambung …]

PERMATA HATIKU (2)

Apabila alahan loya dan muntah menjadi semakin teruk, saya jadi sedikit lemah. Ingat lagi, masa tu kami di kampong suami saya. Malam tu kami pulang dari bandar dan saya batuk teruk dan muntah di tepi longkang. Ayah mertua tanya kepada suami dan akhirnya suami pon reveal keadaan saya. Keluarga begitu gembira dan pesan supaya saya jaga kandungan sebaiknya. Malam tu juga saya bagitahu pada keluarga saya. Semua seperti tak percaya tapi semuanya bersyukur dan mendoakan yang terbaik buat kami.

Alahan saya pula semakin menjadi – jadi sampaikan lembik badan saya. Ada waktunya saya termenangis kerana rasa tak terdaya yang amat sangat. Teringat saat Umi sendiri mengandungkan kami adik – beradik. Lebih teruk daripada keadaan saya rasanya hingga kena tahan wad. Saya belum lagi ke tahap itu. Alhamdulillah ianya cukup menginsafkan.

Apa pon hidup diteruskan. Hidup berumahtangga saya telusuri bersama suami yang cukup penyayang dan penyabar orangnya Alhamdulillah.

Pada masa ni, saya belum lagi dapat tahu keputusan posting ke sekolah mana. Merasa lah juga menjadi suri rumah buat seketika.

Bangun Suboh, siapkan sarapan, kemas rumah,makan berjemaah, teman ke masjid dan rutin harian yang lain. Boleh dikatakan tidak lah terlalu banyak sangat kerja saya lakukan kerana keuzuran diri dengan alahan yang agak teruk. Tapi perasaannya bahagia. Dapat menyediakan serba serbi apa yang termampu buat suami sebelum beliau ke tempat kerja. Suka! :) Semoga suami suka juga.

Keadaan ni berlanjutan hampir sebulan sebelum akhirnya saya dapat keputusan posting.

Petang tu lepas suami pulang daripada tempat kerja … beliau baru saja mahu melabuhkan badan di tempat tidur apabila tiba – tiba saya nampak notification rakan tentang keputusan posting. Pantas saya panggil suami dan sama – sama kami semak.

Keputusannya?

[Bersambung …]

PERMATA HATIKU (1)

Serasa macam dah berkurun abad tak menulis dekat blog usang ni. Terpanggil pula nak berkongsi kisah permata hatiku. Tapi semacamnya akan bersambung – sambung bergantung kepada kadar kenyenyakan tidur permata hatiku. Terbangun dia atau penat sudah Umi menulis maka kita sambung cerita di episode seterusnya ya. Macam la ramai orang nak baca pon. Hehe..

Sejak mendirikan rumahtangga bersama cinta hati, terasa seolah begitu pantas masa berlalu ditambah pula dengan amanah yang diberi oleh Allah di saat usia perkahwinan kami baru saja menginjak ke angka satu bulan. Kata orang tua, saya bunting pelamin namanya. Alhamdulillah rasa kesyukuran kami panjangkan ke hadrat Ilahi … tapi masih boleh ingat lagi hari saya buat sendiri pregnancy test. Masa tu saya duduk berasingan dengan suami yang bekerja. Pagi tu suami sms dan beri keizinan untuk saya buat ujian kehamilan tanpanya. Saya akur meski masa tu berteka – teki dengan keadaan kesihatan diri kerana beranggapan saya hanyalah penat. Dicapai alat tersebut dan hasilnya …

Terketar – ketar badan saya dibuatnya melihatkan dua garisan di alat pregnancy test tu.

Sah!

Sudah Allah tiupkan amanah ke dalam rahim kecil ku ini. Amanah membawa seorang lagi khalifah Allah ke atas muka bumi ini.

Perasaan? Ada gembira dan ada gementar. Saya tak tahu mana yang menguasai masa tu. Yang saya ingat saya duduk di tepi masjid sebab cari line telefon dan hubungi suami di sana untuk maklumkan. Sambil itu berlinangan air mata.

Kami sepakat untuk merahsiakan terlebih dahulu perkara ini sehingga saya bertemu doktor dan mendapatkan kepastian yang sahih daripada pakar. Masa ni tiada apa yang pelik dengan keadaan diri saya kecuali badan merasa sangat letih dan acap mahu tidur saja. Orang kedua yang saya maklumkan berita ini adalah Maryam, sahabat baik saya. Tergelak kecil dia dan teruja sambil berkongsi kata – kata janji Allah buat para ibu mengandung. Sejuk hati saya dan reda kembali perasaan gementar sebentar tadi.

Kehidupan diteruskan seperti biasa tanpa sesiapa tahu hingga saat usia kandungan sudah pon hampir mencecah ke angka sebulan lebih bila alahan loya dan muntah saya jadi semakin teruk.

[Bersambung … ]

Sunday, July 15, 2012

LAKSA SEDIH?!

Al-kisah di suatu pagi, Ibu Mithali bangun dan teringin benar nak makan laksa. Lalu pantas di SMS Suami Tersayang di sana mohon kebenaran. Alhamdulillah, lulus! :)

Separuh hari berlalu, dan pelbagai tuntutan kerja diselesaikan. Hingga saat untuk melunaskan rasa lidah nak makan laksa. Puaslah sahabat Ibu Mithali, Kholah Farah fikirkan dan menjadi mak supir mencari kedai yang ada menjual laksa. Dan, Alhamdulillah sampai juga ke sebuah kedai.

Duduk dengan muka berseri - seri nak makan laksa lepas 5 minit lagi. Encik ambil order datang ke arah meja dan dengan yakin "Nak order 2 laksa dengan sirap limau." Senyum mata terkedip - kedip. 

"Maaf, semua mee dan laksa dah habis." balasnya.

"Apa?" *Muka ada keluar peluh dan mata terbuntang bulat.

"Maaf, mee dengan laksa semua habis dah. Tak ada apa dah. Ada air kalau nak." Muka Encik nampak bersalah.

"Ok lah, Milo Ais 2." Selepas sesaat pandang jalan. k - o - s - o - n - g.

"Haish, sediihhnnyyyaaa muka!" Tergelak - gelak Kholah Farah. *Sampai hati*

Dalam hati. "Allah kenapa rasa sedih sangat hati ni. Jangan ya Allah Kau sedihkan hati aku begini. Sabar sabar." *Sambil mata menjeleng akak sebelah sedang slurp laksa mangkuk terakhir di petang itu mungkin. Memberi pandangan tembus ke arah laksa. Bangun nak pergi bayar air, nampak kakak makan laksa tak habis. Ish, sedihnya. Kenapa makan tak habis ni? Macam berarak lalu mendung hujan petir kilat guruh.

Masuk kereta dan Kholah Farah pandu terus pulang ke rumah. Ibu Mithali diam. SMS Suami Tersayang. Diam dan pandang jalan.

Teringat pesanan Suami Tersayang selalu beri ," Syg kena banyak sabar. Banyak sangat pahala syg bawa 'Abdullah kita ni. Tiap - tiap masa Allah beri pengampunan, rahmatNya terlalu banyak.Syg kena kuat, Abg selalu doakan syg."

Bibir terukir senyum semula. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah mengingatkan aku kempali padaMu. Baru sekali ni saja tak dapat makan yang 'difikirkan'. Sebelum ni sokmo Allah beri izin ada rezeki. Tak apa, hari ini kitya belajar sabar ya 'Abdullah syg dan Ibu Mithali. :) Laksa sedih tak jadi sedih lagi, mata renung langit, di syurga nanti bagaimana ya? Bukan setakat laksa. Macam - macam boleh. Tapi harga syurga itu MAHAL, maka mujahadahnya perlu lebih. Allah moga Kau letakkan kami di jalan yang Kau redhai. Ameen.

Wednesday, May 23, 2012

KEKUATAN ITU DATANG

Ini adalah entry yang ditulis dengan penuh rasa positif ya.

Entah di mana tapi yang pasti dari mana, kekuatan yang dirasakan sekarang itu datang. Berkeseorangan di perantauan bersama amanah di dalam 'rumah wanita', memangnya tidak mudah. Baru kini saya faham dan merasai sendiri apa yang sering diceritakan tentang kisah Aminah, Maryam, Siti Hajar yang dirahmati Allah. Tapi sangatlah pasti kisah saya langsung tak sampai tahap pengorbanan mereka walaupon 0.0001% dan ramai lagi mujahidah di luar sana yang mengandungkan anak mereka. Sesungguhnya kekuatan seorang ibu itu di saat Allah menghadiahkan anak di dalam rahim, maka Allah Maha Penyayang jualah yang menghadiahkan kekuatan tersebut.

Diakui, tempoh ini, sangat terasa getirnya bilamana terpaksa menghadapi morning sickness berseorangan, mendengar bebelan nurse tentang berat badan yang naik mendadak, hB yang turun mendadak dan macam-macam lah.Terpaksa membawa kereta sendiri bilamana kepala rasa terhuyung hayang dan kaki atau badan terlalu penat. Itu belum masuk kisah emosi lagi. Huhu. Tiada siapa yang dapat membantu ketika itu kecuali Allah! Maha Baik dan Penyayang kan? 

Memikirkan banyak lagi perkara, saya tak menyangka 2/3 perjalanan untuk bergelar seorang ibu sudah saya tempuhi dengan pinjaman kekuatan daripadaNya. Pada 1/3 perjalanan, saya mengalami morning sickness yang agak teruk, tapi Allah menghadirkan pertolongan dengan menetapkan saya untuk mengajar di sekolah pada waktu sesi petang. Pada 2/3 perjalanan, mengalami masalah penurunan selera makan yang agak kritikal. Tapi Allah bantu juga melengkapkan nutrisi saya dengan adanya insan-insan yang menghadiahkan buah kurma, kismis dan zauji sendiri membelikan air delima. Semua itu membantu memberi tenaga. Alhamdulillah. Dan baki 1/3 perjalanan, sudah mula merasai sakit belakang, sakit pinggang malah setiap pagi untuk bangun solat Suboh seorang diri itu adalah satu perjuangan untuk saya kerana kebiasaannya kaki akan sakit tidak dapat bangun berdiri berjalan di pagi hari. Tapi Allah juga yang bantu saya memberikan keselesaan pada saya untuk berehat tatkala badan sudah kelembikan pulang dari kerja.

Dan ... paling istimewa, kekuatan itu Allah datangkan dengan menghadirkan zauji yang penyayang dan sentiasa memberikan semangat meski kami berjauhan demi khidmat bakti kepada anak bangsa. Alhamdulillah. Juga kedua-dua keluarga yang sentiasa memberikan sokongan Alhamdulillah. Banyak sungguh nikmat dan kekuatan yang Allah pinjamkan buat saya menelesuri ujian yang dihadirkan ini. Moga saya dan zauj lulus jaya dan kelak kami dapat hidup bersama Inshaallah. Moga doa kalian yang membaca mengiringi perjuangan ini. :)

Konklusi penceritaan, ujian itu hadir bukan untuk menzalimi juga bukanlah atas hukuman dosa-dosa kita terdahulu, sebaliknya atas rahmat Allah dan kasihNya lah kita diberikan ujian agar diri melihat 'sesuatu' dan belajar menjadi hamba yang lebih baik dan taat padaNya serta mengakui kebesaran penciptaanNya Inshaallah. Teruskan mendoakan saya dan baby, moga kekuatan juga bersama kalian di saat ini walau bagaimana sekali pon bentuk ujiannya~! Allahuma yassir.