Sunday, November 29, 2009

BALIK KAMPUNG

balik kampung, memanglah suatu kegemaran dan kesukaan saya. sebab saya budak kampung.

satu penyakit yang sampai sekarang susah nak diubati bila balik kampung adalah makan. iye. makan. duduk dekat kampung selera saya naek. cukup lah dengan ulam-ulaman, ikan goreng, kicap kipas udang dan sambal belacan, boleh kecur air liur jadinya. huhu.

itu baru lunch. nanti bila breakfast atau tea pula, adalah pula yang masak bubur itu, bubur ini, pisang goreng. minum dengan air teh o dekat atas pangkin (tempat berehat bawah rumah kampung) sambil dibuai angin-angin sepoi bahasa.. wah, bahagianya.

makngah dan tok lah orang yang paling gembira bila saya balik kampung. sebab saya akan makan sungguh-sungguh tak macam tempat laen, selera agak kurang. cewahh iye2 aja. haha.

satu pesanan, makan pabila lapar dan berhenti sebelum kenyang iya kawan-kawan. kawal siket nafsu makan tu. huhu.

SYUKUR (",)

alhamdulillah.. perjalanan saya setahun di bumi asing membuahkan hasil yang saya impikan. setahun di sana ada ketika saya jatuh, ada ketika saya selesa. namun semua itu benar-benar menduga ketabahan dan semangat saya, jauh daripada keluarga tercinta dan orang-orang tersayang.

semalam da dapat result sem, alhamdulillah.. bahagia. dengan muka comot baru bangun pagi terus tergerak hati nak check dan sudahnya macam kerang busuk pergi memaklumi pada umi di dapur. hehe. saya sangat gembira dan bahagia bila umi dan abuya tersenyum dengan perkhabaran ini. benarlah kata orang, jangan dibiarkan ibu bapa kita menangis kekecewaan sebaliknya biarlah tangisan kegembiraan dengan kejayaan kita yang menghiasi wajah mereka. insyaallah saya mahu menjadi anak yang sebegitu. ameen.

setahun saya di sana (macam la lama sangat kan.. hehe) macam-macam jenis orang yang saya jumpa. macam-macam jenis orang yang membawa saya mengenali dunia ni. satu yang pasti, saya ingin mengucapkan terima kasih pada mereka semua yang ada dengan saya selama ini, walau kadang pasti penat dengan kerenah saya. buat para pensyarah, teman-teman, MM, dan sanak saudara, saya sangat menghargai kalian.

saya mencabar diri sendiri untuk semester yang akan datang. untuk maintain dan mendapat yang lebih baik. insyaallah, saya mesti kuat demi adik-adik yang selalu memerhatikan diri saya. doakan saya bukan sahaja dalam akademik tetapi dalam segenap segi agar kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat itu sentiasa menjadi milik kita bersama.

syukur alhamdulillah tidak terhingga dengan nikmat rezeki pemberianMU ini ya ALLAH.

p/s: saya selalu kagum dengan semangat sahabat akmar anuar yang bersungguh-sungguh dalam lapangan akademiknya. :)

Friday, November 27, 2009

MAKCIK PINGGAN

makcik-makcik pasti sinonim dengan topik pinggan mangkuk. pinggan yang tahan, pinggan cantik, pinggan itu, pinggan ini. pinggan corelle, pinggan arcople dan sebagainya.

alkisah, ketika saya menziarah makcik jiran di berek sini terjadilah satu peristiwa yang sampai sekarang buat saya gelak.

makcik Y : mai la, jempot makan ni. ni ja la yang ada na. laksa. tapi pinggan kami ni tak lawa la pon na.

makcik A : alaaa kak Y ni, kami mai nak makan laksa. BUKAN NAK MAKAN PINGGAN!

haa..jika anda di tempat saya ketika tu, apa anda rasa? saya masa tu da memang tak boleh tahan-tahan gelak lagi da. memang bernas sangat jawapan makcik A. yang pasti kami semua masa tu gelak sakan dengar jawapan makcik A. saya cakap dekat umi di sebelah, "cool lah makcik A ni kan umi." makcik A dan makcik Y adalah geng2 jiran kamceng dengan umi di berek dekat sini. perhubungan kami sangat rapat bagai isi dengan kuku.

SEMANGAT KECIL

ketika pulang ke kampung tempoh hari, saya bertemu dengan adik saudara yang kini berusia 3 tahun setengah. petah berbicara, sudah boleh membaca dan menulis herot-herot dan keletahnya sentiasa menceriakan.

alkisahnya ketika sibuk melayan keletah adik kecil yang bernama aisyah ini, saya belek buku tulisnya dan sesuatu di situ yang buat saya terpana. di muka surat hadapan di tulis nama, umur dan cita-cita. cita-cita adik aisyah saya adalah untuk menjadi seorang cikgu.

saya tanya pada aisyah. "aisyah nak jadi cikgu?" (intonasi selari spt kanak2)

aisyah jawab. "aiicahh nak jadi tekkgu, aiccahh nak jaddi macamm kakakk"

perasaan saya? terharu sangat. anak kecil yang duduk di kampung sudah tahu apa itu cita-cita. mungkin orang kata, alaa budak-budak lagi tu. tapi pada saya yang begelar pendidik, ini adalah sesuatu yang istimewa. jadi, lihat saja, betapa penting penekanan pendidikan kepada anak-anak kecil dalam membentuk jati diri mereka.

semangat aisyah membuatkan dia tak pernah jemu untuk belajar membaca dan menulis. anak kampung yang bercita-cita besar. saya jua anak kampung suatu dahulu, kini dan selamanya.

seharian suntuk semasa saya pulang tempoh hari, aisyah membuntuti saya ke mana saja. owh adek aisyah. semoga aisyah menjadi insani dan muslimah yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. ameen. ^_^

PAKCIK ASKAR

hakikat duduk di sempadan negara, membawa suasana baru kepada saya. pagi-pagi sidai baju boleh nampak pakcik-pakcik askar berjalan segerombolan bersama laras senapang digalas di bahu masing-masing.

pengalaman pertama saya bertembung dengan pakcik-pakcik askar di pagi hari semasa dalam perjalanan ke sungai petani, benar-benar buat saya gerun. sangat. masa tu macam susah sangat nak describe perasaan ni. cewahh. mungkin kerana laras senapang mereka buat saya terkebil-kebil kekaguman. :P

cuma di kesempatan ni, saya nak bagi tahu kekaguman saya pada pakcik-pakcik askar ini yang sedia berkhidmat untuk negara. sejak dahulu sebelum zaman kemerdekaan pakcik-pakcik askar dan pakcik-pakcik polis berkorban nyawa dan segala demi mempertahankan tanah air berdaulat yang tercinta. salute!

p/s: terkenangkan pengalaman saya sendiri ketika ke intebiu untuk diserapkan ke dalam pasukan ko-suksis (pasukan polis simpanan) GAGAL kerana ketinggian yang tidak mencukupi 1cm. waduh3..

TEMPAT BARU

bersiaran langsung dari kediaman baru saya. macam da bunyi dalam buletin utama TV3 pula. hehe. saya sekarang sudah selamat tiba di Malaysia dan berada di kediaman baru keluarga. alhamdulillah. tempat baru, rumah baru, suasana baru, orang baru dan segala-galanya baru bagi saya di sini. malah saya perlu menempuh episod kehidupan yang baru jua.

teringat saya pengalaman pertama tiba di rumah ini daripada kepulangan saya di Australia, apabila adik sendiri berjaya mengenakan kakaknya sendiri. adik yang bertuah berjaya membuatkan kakaknya sesat mencari bilik air dalam rumah sendiri. ish3 adek ku ini. -_-“ sedangkan rumah tak la sebesar mana, tapi disebabkan rekaan rumahnya yang lama (memang lama pon struktur nya), saya berjaya diguna-gunakan oleh adek sendiri.

seperkara lagi tentang tempat berteduh baru saya ini, boleh bayang tak bila anda tak jumpa soket lampu dapur? bunyi macam kritikal kan. tapi itu lah hakikatnya bila saya sendiri tak jumpa soket lampu dapur yang sepatut dan sewajarnya berada di dapur kan. sebaliknya soket lampu tu berada jauh di hadapan di ruang tamu sana nun.macam2 la kan. itu lah keunikan tempat baru saya.

oleh kerana tempat baru saya sekarang tiada internet connection, maka setiap coretan saya selepas ini saya karangkan terlebih dahulu di rumah sebelum saya transfer di cybercafé. belajar bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian.cewaahh..hehe. (bunyi macam da train diri sendiri ala-ala dihantar berkhidmat di kawasan pendalam saja)

suatu perkara yang pasti saya sukakan tentang tempat baru ini adalah apabila pagi-pagi subuh saya tidak lagi dikejutkan dengan bunyi deringan alarm daripada telefon bimbit. sebaliknya, alarm saya pada setiap pagi kini adalah laungan azan suboh dari masjid bersebelahan dan sautan bunyi kokokan ayam jantan.memang buat saya rasa bahagia seolah berada di kampong. ^_^

saya tidak akan lama berada di tempat baru ini. kerana perancangan keluarga, sebaik sahaja saya pulang dari menamatkan pengajian nanti, umi dan abuya mahu berpindah pulang semula ke kampong kami. umpama sireh pulang ke gagang. ^_^

sekian sahaja lintas langsung dari sempadan Thailand.

BLACKFOREST CAKE

atas permintaan suria hati, saya belajar membuat resipi kek blackforest. disebabkan saya tertinggal buku resipi di rumah dan sekarang berada di kampung, resipi kemudian saya update ye. insyaallah. memang mudah dan simple. da dua kali saya buat. ^_^

saya masih mencari teknik terbaik untuk menyediakan krim dia. siapa-siapa yang pakar boleh lah berkongsi. hee.