Thursday, February 18, 2010

BATIK LEPAS

alkisahnya, semasa saya bercuti di rumah tempoh hari, makanya saya menjadi 'bibik tegar' mengemas rumah. habis semua kotak-kotak saya geledah. susun barang-barang. untuk makluman, barang-barang kami adek beradek dibiarkan di dalam satu bilik selepas berpindah ke rumah baru ini sehingga kami pulang bercuti. hehe.

maka, ketika mengemas apa-apa yang patot itu, saya terjumpa hampir atau mungkin lebih 10 kain batik lepas yang masih lagi dalam balutan plastik. belum berusik dan tidak lagi dijahit.

apa lagi saya ni.. pantang tengok baju banyak tapi tak pakai. saya pon mula potpet tanya kenapa umi tak jahit kain-kain ini semua. kan tak elok simpan saja bila da beli.

nak tahu apa jawapan umi?

" kain-kain ni semua umi beli utk umi mati nanti. hangpa nak guna buat tutup jenazah umi. nak tutup keranda lagi nanti. nak guna masa mandi........ "

butir bicara umi seterusnya saya dengar bagai melalui udara saja. hati saya sebak. saya diam, bangun masuk bilik dan lap air mata yang keluar secara tiba-tiba.

umi adalah insan yang paling saya sayang. umi adalah pinjaman ALLAH taala yang tak ternilai harganya dalam hidup saya. semoga umi sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALLAH. semoga apabila 'pinjaman' saya diambil kembali, saya akan kuat. atau sekiranya saya yang pergi dahulu, umi kuat dan mendoakan saya. ameen.

Sunday, February 14, 2010

SUDAH SAMPAI

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

alhamdulillah perjalanan hampir 10 jam semalam di atas kapal terbang berjalan dengan lancar walau pon cuaca kurang elok ketika transit di Sydney. sekarang saya sudah selamat tiba ke medan pertempuran di Brisbane. dengan 1001 perasaan yang bercampur aduk. masyaallah, betapa cepat masa berlalu. sudah setahun saya di sini. dan akan setahun lagi bakal saya tempuhi kelak. insyaallah.

semasa di ruang legar udara hampir dengan bandar Brisbane, ada rasa gentar untuk kembali jejakkan kaki di sini. susah untuk saya coretkan asbab musababnya. hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui. pohon saya dalam musafir, moga segala peninggalan saya, keluarga saya dan kesayangan-kesayangan saya dipelihara dengan baik dan sentiasa dilindungi olehNYA. benar saya sangat mengharapkan pertolongan NYA. mudah-mudahan. ameen.

owh ya.. semalam kan. semasa transit di sini. hampir saja saya mahu pengsan bila beg tangan saya dikesan mempunyai senjata berbahaya. seterusnya saya dipanggil berbaris ke tepi untuk pemeriksaan lanjut. dan.. jeng jeng jeng.. saya ditahan hanya kerana sebatang blackhead remover besi yang hujung nya tajam. aduh.. rasa nak tergelak pon ada. macam mana la saya boleh tak perasan semasa packing. haha. sudahnya saya minta maaf sahaja kepada pegawai kastam di situ. owh baek sungguh aunty tu. alhamdulillah, ALLAH dengar doa hambaNYA yang menyerah diri kepada pertolongan Khaliq.

perjalanan seorang diri selama lebih 10 jam memang agak membosankan mula-mula apabila pakcik di sebelah saya ternyata diam. pakcik baca reader's digest tapi saya tengok anak halal dan geng upin ipin. lepas tu gelak syok sendiri sorang-sorang. hehe

apa pon, nak cerita panjang pon saya da blur.. sbb skrg tengah jet lag lg ye. semalam sangat susah nak tido. sudah nya jam 2 pagi [12 tgh malam waktu malaysia baru saya tidor]. paginya awal-awal lagi saya sudah bangun da mula unpack semua barang dan sampai sekarang belum selesai lagi. owh, semoga ini tidak lama.

da mula pening lalat ni. sekarang da jam 2 pagi. saya perlu paksa diri untuk tidur. sebelum tu nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada ecah, along dan andi sebab sudi bantu jempot saya dengan kereta lip lap.. tak sangka betul. hehe. ok lah, itu saja. nanti saya update apa yang saya da siapkan sepanjang cuti saya. insyaallah. selamat malam malaysia!

Sunday, January 10, 2010

DIA

saya ada seorang kawan.

nama dia farah hanani.

hari ni hari dia dilahirkan ke bumi ALLAH ni.

mengikut perkiraan tahun masihi, maka genaplah usianya 23 tahun.

saya ada bersama dia semalam bila kawan-kawan dia datang buat kejutan yang terkeju-kejut.

tapi tiba-tiba sindrom virus malu menyerang saya.. pelik kan?

saya tertinggal sesuatu.. saya nak keluar pergi ambil benda tu untuk dia.

harap-harap dia tak baca ni sebelum saya balik sekejap lagi. insyaallah.

!SELAMAT HARI LAHIR FARAH!

** terima kasih Ya Allah menganugerahkan sahabat. **

[hati berlagu-lagu tak ada tajuk]
p/s: best wo naek moto ngan farah. sian farah. pasni tak naek da moto ngan farah ye. hee.

.:.

awak..

saya doakan awak sihat dan dalam lindungan kasihNYA.

saya tak mampu untuk kata semua ini pada awak.

sebab awak jauh.

KISAH HANTU

kali ni nak share kisah hantu la pula. nak dijadikan al-kisahnya, suatu malam yang hening, di atas banjaran puncak bukit.. bersebelahan dengan sempadan thailand sana.. bekalan elektrik telah terputus selama beberapa jam.
maka bergelaplah seisi rumah..
namun mereka tidaklah mati seperti kutu malah kutu pon tak mati macam tu. haha. aktiviti di malam hari masih berjalan seperti biasa. termasuklah solat maghrib dan isya'..
dipendekkan cerita, maka si kakak di dalam keluarga pon bersolat isya'... saat si kakak selesai solat dan wiridnya, si ibu memanggil si kakak untuk ke dapur, mengambil talam kerna si ibu sedang membuat kuih karipap.
si kakak yang taat dan setia pada perintah ibunya lantas ke dapur dengan telekung yang masih tersarung di badannya.
tiba-tiba...
"oh po cot ko! aku ingat apa la td.. kushh semangat!" si adek di dapor termelatah melihat 'si kakak putih' dalam gelap.
kemudian?
si kakak ketawa terbahak-bahak.. dalam kesantunan dan kesusilaan [macam rukun negara la pula] haha.
******************
kisah hantu di atas membuatkan si kakak terfikir bahawa masyarakat kita sering dimomokkan dengan kisah-kisah hantu sampai adakala menerbitkan rasa 'cuak-cuak' dalam hati kita. seringkali anak kecil diagah dan ditakot-takotkan dengan kewujudan hantu sekiranya mereka bertindak nakal supaya mereka jadi diam. benar, memang wujudnya alam ghaib. namun persoalannya, siapakah yang perlu kita takotkan? apakah pendekatan dalam mendidik anak kecil ini supaya takotkan Yang Esa dan yakin bahawa perlindunganNYA dari syaitan itu sentiasa ada. insyaallah. [^_^]

Friday, January 1, 2010

SINGLE MUDA

assalamualaikum sahabat taulan,

fuhh.. bunyi macam nak keluarkan single hot terbaru di pasaran ye. hehe. tak ada la. rasa da lama sangat tak menulis di sini. percutian yang sudah hampir ke penghujung, menjadikan saya seperti orang nomad, merantau dari satu tempat ke satu tempat yang baru tak mengenal masa.. mengikut dan sedia berkhidmat untuk umi dan keluarga. ^^,

dan saya mulakan dengan lafaz kalimah yang mulia Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

alhamdulillah, setahun tahun hijrah sudah berlalu meninggalkan yang terkebelakang dan sekarang datangnya setahun yang baru.. menanti sinar rahmat dan kasihnya dari Yang Maha Esa.. well, saya harus mengaku, tahun yang sebelum ini.. mencabar dan benar-benar mendidik saya menjadi lebih sabar, kuat, dan cekap dalam membuat sesuatu keputusan. segala kepedihan itu semua akan saya tinggalkan di belakang sebagai pedoman untuk pelangi yang lebih indah di hadapan .. insyaallah. (^^,) dan segala memori indah itu akan saya semat kemas dalam fikiran dan hati serta terus melafazkan rasa syukur padaNYA.

pejam celik pejam celik.. cuti saya di Malaysia sudah hampir sampai ke penghujung nya. tak lama lagi saya akan 'terbang' kembali ke medan tempur sana. sungguh saya tidak menduga, sesuatu sedang menanti saya di sana dan saya tahu itulah aturan terbaik yang sedang Allah aturkan untuk saya setelah segala macam yang berlaku sebelum ini. alhamdulillah Ya Allah kerana masih menyentuh hati ku.. menggamit ku kembali. rasa terlalu hina dan kerdil pabila terkadang emosi mengatasi kewarasan akal dan mula lah merasakan kenapa saya yang perlu rasa kesakitan itu. mengapa tidak dia, polan itu? tetapi setelah membaca entry dari sahabat ku mariam, alhamdulillah kini saya mula mengerti tarbiyyah yang datangnya daripadaNYA. memang.. bukan senang, sakit. begitulah rencah nya, tidak kita merasa kesakitan diuji sebelum kita benar-benar berasa kesakitan. subhanaallah.~

sekarang ni saya rasa seperti tidak sabar untuk balik ke Brisbane. bertemu dengan sahabat, sisters.. sesuatu yang saya lari dan kini kembali pada saya. terima kasih Yang Penyayang.. sungguh.. tak tergambar rasa hati. sabar ya sahabat di sana. tunggu saya! saya akan pulang membantu.. bersama kita insyaallah. [sedikit keterbatasan saya di sini, apabila bersama keluarga. moga awak di sana faham dan terus beri sokongan pada saya sahabat, akhwat] (66,)

insyaallah.. dalam beberapa hari lagi nak merantau. nak mencari sesuatu. mohon sangat dapat perlepasan. hehe. saya tak tahu bagaimana jadinya saya setelah saya mengambil keputusan ini. cuma satu, saya yakinkan diri, saya berada dalam perlindunganNYA. insyaallah.

dalam kehidupan ini, saya akui bukan senang mahu memuaskan hati semua pihak. menggembirakan semuanya.. maafkan saya andai ada terkasar bahasa, terlalu ikutkan rasa dan kepala saya.. mungkin. saya tidak sempurna. tapi saya mahu terus menjadi sahabat anda mendoakan moga kita bersama ke jannah. insyaallah.

sambil itu, saya rasa mahu mengucapkan terima kasih, sekalung penghargaan buat teman-teman yang banyak mendidik dan memberi sokongan pada saya.. aisyah sukimin, farah hanani, ain zawawi, hanis ruslan, sakinah, kak ayu, izy, hani azezan, sisters brisbane ,ahli 808 aten, dayane, izzy, poa.. dan teman-teman sekuliah juga teman lain nya, naqiah dan ramai lagi. mungkin kita tidak duduk bersama tapi pengalaman yang ada secebis itu banyak menyentuh kehidupan saya. terima kasih. saya sayang kalian. (66,)

owh, hati sudah sebak. cuti yang tidak sia-sia hendaknya insyaallah. ruang masa ini buat saya banyak muhasabah dan mengumpul kekuatan.. moga ALLAH terus berikan saya kekuatan.. Allahuakbar!

Friday, December 18, 2009

TAHUN BARU

tahun baru hijrah menjelma kembali.. alhamdulillah kita masih punya nafas sehingga sekarang untuk meneruskan ibadah dan memperbetulkan apa yang perlu dalam tahun yang kesebelumnya.

setahun yang berlalu meninggalkan memori yang terdahulu dan menghampirkan kita kepada kematian (penghujung yang pasti). mengenangkannya.. hati saya diam bersendiri.

kali ni saya nak share email yang saya terima daripada insan tersayang. sebelum ini sudah pernah saya dengari, moga beroleh manfaat untuk yang lain. insyaallah.

Sempena Awal muharram ini,

marilah kita menanam azam agar kita dapat menjadi manusia yang lebih baik

Pada Tahun ini berbanding Tahun2 sebelumnya dan berdoalah agar Umur kita diberkati

InsyaAllah Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun jangan di lupa……

Moga dosa2 kita yang lalu diampuni oleh yang Yang Maha Esa

Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah'

Jadi renungan bersama

Subject: Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin.
Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap . Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDo mini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan
dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana
secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar,
Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi &
Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'

Berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat