Tuesday, April 27, 2010

RINDU ANAK KECIL

school visits/observations/practical saya ke Kelvin Grove State School sudah pon berakhir pada hari Rabu lepas. alhamdulillah terlalu banyak pengalaman yang dapat dikutip. setiap satu nya sangat berharga. tak mungkin dapat ditukar ganti. setiap nya adalah mutiara, emas, berlian, permata. :)

masa sangat lah mencemburui saya sekarang. nak mencoretkan setiap satu pengalaman saya seperti tahun lepas ketika saya ke Ironside State School.

ada 2 incik eseimenS memanggil-manggil ni. setiap satu nya 2000 words bersama reflection dan lesson plans lagi. belum lagi 1 lagi incik eseimen case study. bertabah lah hati!

sabar ye. nanti saya mesti nak coretkan kisah anak-anak kecil ini

Eli, Yzabelle, Max, Alaina, Mia, Sara, Ben, Fiona, Allya, Amelia, Ocean, Jarvis, Happer, Holly, Theo, Jonathan, Christian, Jeremiah

*saya merindui mereka dan keletah mereka di dalam kelas*
sangat-sangat merindui
[^^,]

Saturday, April 24, 2010

DOA BUAT KALIAN

salam alaik..

alhamdulillah

minggu yang penuh dengan

segala berita yang menggembirakan

daripada teman-teman seperjuangan

updated sehingga tengah semalam 25 April

saya menerima 5 perkhabaran

UTUSAN WALIMATUL URUS

alhamdulillah

masa kalian telah tiba untuk fasa yang baru

moga lebih mantap

moga lebih kuat

moga lebih jitu

ini hadiah untuk kalian

p/s : maaf lah memang tak dapat hadir. jauh ni. huhu.doa saya mengiringi kalian di sana. :)

Friday, April 23, 2010

SILENCE

i would rather..

remain silent!

and pray..

from here.

all the best..

i ll be by your side..

forever..

'' let's find OUR glory! ''

[bila hati beri pandangan tinggi padanya, sekali ia jatuh, sangat sakit!
sungguh ini ujianNYA.. bersabar] :)

KECEWA

kecewa..

rasional kan hati..

kuat kan hati..

naek kan kembali semangat..

pada MU aku berserah!

pada MU aku bertawakal!

kerana tiada apa yang sempurna dalam hidup ini..

hatta sekali cinta ku pada MU..

masih belum lagi cukup sempurna..

:(

Thursday, April 22, 2010

KAMI GURU MALAYSIA


hari ni baru saja habis exhibition untuk subject
TESOL Material and Curriculum Development.
alhamdulillah everything went well
credit to both my groupmates

al-kisah
masa tengah siapkan materials smlm
tengah weng-weng gitu
terkeluar lah lagu kami guru malaysia ni
terus sahaja rasa
motivated
inspired
dan segala positive words untuk boost semangat ni haa

laju je buat kerja
hati senang
semangat
semangat
semangat
huhu

sehinggakan
bangun bangun je pagi
terus nyanyi lagu ni
dalam kelas masa exhibition pon
balik rumah pon
tengok tv pon
haish

kritikal
jadi
jika nampak
anak pak din tepi jalan
nyanyi lagu
KAMI GURU MALAYSIA
(click sini)


jangan lah buat tak kenal pula
sebab
cikgu ni memang tengah bersemangat

dengar lagu ni

hoyyeehh..!!

emosi :: melayan dating dgn Mr. A.

Saturday, April 17, 2010

DRAMA AIRPORT

kala-kala offtask dengan Mr. Assignment ni. laju je pula idea, terimbau kenangan dulu-dulu. [^^,]

tajuk entry ni dah clear kan?

ini pengalaman sebenar saya..

waktu : 13 februari 2010 [8.00 pagi, sebelum boarding pulang ke Australia]
tempat: KLIA

menunggu sehingga final call daripada pramugari kerana menantikan seseorang, yang sebenarnya mahu buat surprise tapi tersalah timing pula..hehe, berlari-lari anak berkejaran ke balai berlepas kerana khuatir terlepas penerbangan. berlepas daripada lapangan terbang KLIA, dengan senyuman dalam tangisan. sayu rasa hati.

[dapat bayang tak macam ala-ala drama korea? tak pandai saya nak elaborate panjang..hee]

ya.. ini kenangan manis saya. alhamdulillah.


realiti yang saya fikirkan
***********************

kala malaikat maut, izrail datang tanpa saya undang,
tepat masanya,
saya tak boleh request final call,
dah tak sempat nak pergi minta maaf dengan umi abuya,
dengan adik-adik,
segalanya akan jadi pantas,
segalanya pasti akan jadi,
kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati!

kesudahan saya,
kepergian saya,
belum tahu lagi samada akan tersenyum atau bagaimana..
doa saya muga rahmat husnul khotimah.
itu lah impian saya.

***********************************
Ya ALLAH, aku berdoa memohon perlindungan padaMU. lindungilah setiap insan yang hadir dalam hidup ku, yang aku sayangi. Kasihani lah mereka lebih daripada aku mengasihi mereka ya Allah. Aku menyerahkan perlindungan harta ku ini buat MU di kala musafir ku. ameen.

Wednesday, April 14, 2010

BILA

bila hati sudah tiada rasa gentar
bila hati sudah tiada rasa getar

bila hati sudah lesu
bila hati hampir mati

bangkit kan lah
semula
rasa
itu

hidup ini hanya sekali
tiada patut untuk disia

bila DIA beri peluang
beribu kali diberi peluang
pada kita manusia yang lemah
manusia yang hina
manusia yang sering alpa
pada dosa nya

Maha Baik Allah pada kita semua

cari kembali CINTA itu

insyaallah