Sunday, September 4, 2011

PERTAMA KALI

Pertama kali
untuk banyak benda yang terjadi

dan

Pertama kali
untuk banyak benda yang akan terjadi

Moga Allah pelihara
Moga Allah jugalah
yang menjaga hati-hati kami

Ameen.


Pertama kali tak makan
ketupat dan lemang masa raya!
Diri sendiri pon pelik dan ajaib.
0_o
Nak balik kampung la macam ni~

Sunday, August 28, 2011

JOM SEMAK =)

apa khabar akhir Ramadhan?
yang sudah tersangat akhir.

=(

=)

kali ni nak share
hasil sembang pagi
dan lebih kepada Q&A session

READY?
Let's begin now.

Ok, ada berapa juzuk dalam al-Quran?
30!
good Alhamdulillah.

Next, ada berapa surah pula dalam al-Quran?
114!
well done Alhamdulillah.

Now, ada berapa kalimah basmallah di permulaan
surah-surah dalam al-Quran?
Bismillahirrahmanirrahim?
Yes. Yang dibaca sebelum memulakan bacaan surah-surah.
114 of course!
Ahaa~ Anda pasti? Perlu talian hayat?
Ya!

Tetttt.. Nope!
That's not the answer we are looking for.

Then?

The answer is ada 113 surah yang dimulakan dengan kalimah basmallah.

Eh?

Tak percaya?

Ok, cuba buka al-Quran, surah ke-9. Surah at-Taubah.
Cuba tengok, ada tak dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim?

Eh, takde. Kenapa ye?

Haa.. sebab surah ni diturunkan dalam keadaan Allah yang tersangat sangat murka. Murka kepada siapa? Kepada orang-orang Munafik! Surah ini tidak dimulakan dengan sifat Rahman dan Rahim Allah sebaliknya dituju keras kepada mereka-mereka ini tanda kemurkaanNya. Dan dalam surah ni diceritakan tentang Ka'ab bin Malik dan dua orang lagi ahli Badar yang mendapat kemurkaan Allah kerana tidak turut serta dalam perang pada masa itu, sehingga mereka dipulaukan sampailah taubat mereka diterima semula. Nak tahu lebih lanjut? Sila buat homework untuk tadabbur surah ini ye? =)


Owwhh.. OK!

Ok, last soalan.
Makanya ada 113 surah yang dimulakan
dengan kalimah basmallah kan?
Jadi sekarang ada berapa sebenarnya kalimah basmallah dalam al-Quran ni?

113 la!

Pasti?

Pasti la. Inshaallah

Teeettt.. Salah. Maaf. Mahu talian hayat?

Eh, salah lagi? Dah tu berapa?

Jawapannya.
dalam al-Quran tetap ada 114 kalimah basmallah.

Aik? Mana pergi lagi satu?

Haa.. Mana pergi lagi satu sekiranya surah at-Taubah tidak dimulakan dengan kalimah ini?

-Silence-

Ok, jawapannya akan di update pada bila-bila masa yang dirasakan perlu Inshaallah.

Selamat menyemak!
Jangan putus asa ye.

=)

-----------------------------------------------
UPDATE!

Tahniah!
Betul Betul Betul
(Upin and Ipin's style)

Satu lagi kalimah basmallah
yang terdapat dalam al-Quran
ada dalam surah an-Naml
surah ke 27
ayat 30
surat daripada Nabi Sulaiman untuk Balqis
yang dimulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahim.

Silalah membaca surat itu ok?
;)

Dan usahlah segan silu
untuk memulakan setiap gerak laku
dalam setiap pekerjaan kita setiap hari
dengan Bismillahirrahminirrahim
moga dengan itu datangnya keberkatan dariNya
Inshaallah.

Salam Eid Mubarak people!


Saturday, August 27, 2011

RANDOM THOUGHTS


1. Dalam kampung (baca : kampung bukan Kuala Lumpur ) pon boleh kesesakan lalu lintas? Apa yang dikejar ya? Agak nanti di Masyar bagaimana ya?

2. Terlalu hampir hujung. Perasaan - Sedih - Undefined. Kejar Yong Kejar!

3. Yang Menentu Yang Merancang Yang Penentu. Allah Maha Besar.

4. Indahnya semangat kekeluargaan. Indah lagi andai bertemu sebuah keluarga dikasihi kerana Allah di syurgaNya yang abadi. Inshaallah Ameen.

5. Hikmah kata dan bicara - itu yang sedang Allah tunjukkan saat ini. Alhamdulillah.

6. Kuningnya padi - rindunya hijau.

7. Kejutan - satu demi satu, Allah Maha Baik. Lapang dada - itulah didikan untuk kali ini dan seterusnya. Moganya Inshaallah.

8. Simple sederhana - usaha dengan sedaya mampu, dengan pertolonganNya jua. dan Rezeki itu memangnya datang daripada arah yang langsung tak dapat disangka kanta mata manusia hina.

9. Meriah - syok! Alhamdulillah.

10. Udah la tu. Moh kita sambung kejar.

(.^___^.)

Thursday, August 25, 2011

EPISOD CINTA SMS

Found this to be quite interesting.
Have a look at them (please click the links below).
Credit to AimanAzlan.
Style bro, keep up the good work! May Allah bless.





Episod 5
(pending)

Kurangkan harga dosa moh kiteeeee.
Safe journey to all people outhere!
Selamat ke Kampung.

Wednesday, August 24, 2011

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah
DONE!
7 observations within 3 weeks time

focus untuk observation
dengan Sharon pula

dan one final
after raya school holidays

O Allah, segalanya hadir dengan izinMu
Maka dariMu ku mohon
penyelesaian
dan
ketenteraman
Ameen.

:)

Thank you for all the support people!
Highly appreciated!

Tuesday, August 23, 2011

INDAHNYA HADIAH ITU

20 & 21 Ramadhan
Masjid Wilayah, KL
di tengah jemaah
tiba-tiba getar itu datang kuat
Alhamdulillah

Luas sungguh kasihMu
tak dapat diungkap
dengan kata

Baby comel teman kakak jam 5.

Merenung atas jam 1. Ligat otak berfikir. Tenang.


Memanjat dan memanjat tanpa lelah.

Menggamit rindu di tempat sana apabila di sini.
Seperti mirip bukan?

NALURI IBU

Penulisan kali ini adalah terkait rapat dengan perasaan.
Maka sila sediakan sekotak tisu jika perlu.
Dan penulisan kali ini terhasil tatkala sedang jiwa-jiwa sama practicum.
Maka silalah memakai helmet jika perlukan perlindungan sementara.

( Set induction )
Dah dapat agak tak apa penulisan kali ni?
Kenapa kita nak berbicara tentang naluri ibu?
Ada apa peri pentingnya pada kehidupan kita sehari-harian?

( Presentation )
Semestinya naluri ibu itu tersangat istimewa dan tersangatlah sangatlah istimewa.
Hanya tautan antara anak dan ibu saja yang dapat memahami betapa istimewanya naluri ibu ini.

Dan kenapa pula kita berbicara tentang ibu dan bukan ayah?
Kerana agama telah mengajarkan kita dan disebutkan sebanyak tiga kali, hormatilah ibu mu dan yang kemudiannya barulah ayah mu.
Maka terjawab bukan betapa tingginya kedudukan seorang ibu?
Bagaimana pula kita menghargai naluri seorang ibu kita? Apa kita melihatnya dengan pandangan mata kosong atau dengan pandangan mata hati? Sama-sama fikirkan dan renungkan Inshaallah.

( Practice )
Ya, cerita kali ini marilah kita terkaitkan dengan kehidupan peribadi penulis. (Apa kes la ni formal sangat, hentam saja la)

Dalam kebanyakan kes dan peristiwa dalam hidup ni, bila direnung kembali, ibu lah orang pertama yang akan tahu tentang kita, ibu lah orang pertama yang akan merasa apa kita rasa dalam hati, ibu lah orang pertama yang akan menyokong pekerjaan baik kita dan segalanya adalah ibu lah yang pertama. Meskipon kita ketika itu duduk jauh bangat secara jaraknya daripada ibu tersayang.

Pada saya, perkara tersebut di atas tersangat tak dapat disangkal. Meski betapa palsunya gagah perkasa dan sedaya usaha cuba saya sorokkan apa-apa perkara menyedihkan dalam diri dek tak mahu ibunda tercinta risau, tapi ibu lah terlebih dahulu yang dapat menghidu. Walaupon pada ketika itu saya tak ada di depan matanya.

Buktinya, secara ketentuan Allah ibu akan meng-SMS tanya apa jadi hari ini? Macam tahu je anaknya di perantauan tengah terduduk menangis selama 2 jam.
Buktinya, macam tahu je ibu apabila dengan ketentuan Allah menelefon anaknya yang pada saat itu sedang hendak melencong melakukan sesuatu yang tak diizinkan. Hebat tak?
Buktinya, bila anak pulang ke rumah telah tersedia segala macam juadah dan upah macam sudah tahu anaknya dalam mood gembira.
Juga dengan bertimbunnya lagi kebuktian yang tak disenaraikan.

Dan akhirnya, ayah yang menjadi cemburu. Haha! (ok, dalam keadaan formal tak boleh gelak-gelak)

( Production )
Tefikirkah kita adakalanya kita ini terlebih pentingkan orang lain tanpa sedar - seperti contoh rakan kita?
Buat yang pernah atau sedang berpacaran (ini adalah bukan sebuah bentuk galakan) terfikirkah kita siapakah yang kita cari masa gembira dan siapa yang kita cari masa sedih? - Ku tinggalkan soalan ini untuk sama-sama kita fikirkan.

Hormati dan kasihilah ibu anda, juga ayah anda.
Pengorbanan mengandungkan anaknya selama 9 bulan - di situlah tautan naluri ibu dan anak bermula dan terus mekar dengan rahmat kasih Ilahi. Usah sekali-kali berkata 'Aaaahh' pada kedua ibu dan ayah. Bahagiakan dan doakan lah mereka selalu dan moga kita menjadi anak soleh/ah Inshaallah.

( Closure )
There is no single right word to describe how grateful and thankful I am to have such a lovely and wonderful mother in the world except Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. She has taught me a lot of things, of how to survive in this real life. She has taught me how to care and love for others. She has shown me how she loves her mother and her mother-in-law so much. She has shown most of the things she knows and she has taught me how to respect the eldest. She has advised me about many things and she has always reminded me to be good to others. She has never expressed her anger although I know there are at times she gets upset with me or us - the siblings. Instead, she never fails to put a smile on her face and showers her love to us endlessly. Of what I have now, I would like to thank Allah for giving this wonderful opportunity to have such a great mother and may He bless her throughout her life, becomes an unconditional lover to her most beloved husband and an inspired teacher to her beloved students. Ultimately, may she become one of His lovers and rest peacefully in His jannah - in the hereafter Inshaallah.

Silalah menjadi anak yang AWESOME selepas penat ibu mengandung selama 9 bulan (upon reflecting my friends' experience giving birth to their children - ianya cukup menginsafkan) dan juga jerih payah ayah mencari rezeki dan membimbing kita menjadi seorang MANUSIA!

Tak rugi apa berbuat baik kepada mereka. Yakin! =)