Thursday, June 3, 2010

KEMBARA [1] : SYDNEY

salam alaik..

bersiaran langsung dari bumi Sydney di kala hujan yang tadinya lebat menyimbahi bumi telah diam, meninggalkan cengkaman kesejukan sehingga ke tulang sum sum.

bermula dari tarikh ini, maka akan berkelanalah saya sebagai musafir di atas bumi ALLAH ini. mencari dan melihat dan meneliti kebesaranNYA. sesuatu yang telah saya catatkan dalam hati akhirnya dimakbulkan ILAHI. alhamdulillah.

[ayat intro punya lenggok tak leh tahan kan]

ok lah. nak cerita sesuatu yang wajar jadi pengajaran buat semua. insyaallah. ceritanya berkisar check in di airport. kisah nya, hari ini saya depart dari airport brisbane sewajibnya jam 505 petang seperti yang terpampang di atas tiket. long story make it short. saya hanya berjaya keluar dari rumah jam 415 petang. itu pon setelah beberapa kali kereta yang dipandu rakan sekuliah meragam. alasan dia : beg saya berat. itu pon boleh pakai ke? ish3.

nak jadi cerita, kami tadi, bersama dua lagi rakan yang akan ke adelaide, naik kereta tu, bumbung cabut. dengan kelajuan merentang angin sejuk kala musim winter ni, akhirnya menjadikan saya menggigil kesejukan. terketar-ketar. sampai je dekat airport, kawan saya tolong tarik kan beg saya manakala saya terlebih dulu pantas memecut 100m/s [ok, tipu] ke arah kaunter. sampai saja depan kaunter, dengan tercungap terus minta untuk check in beg. selogiknya 15 minit sebelum boarding kaunter sepatutnya dah tutup. namun ...

alhamdulillah, dengan kuasa NYA yang benar-benar membantu kala hambaNYA buntu kan sangat pertolongan. dalam perjalanan dengan terketar-ketar, saya mohon benar pada ALLAH memudahkan urusan kali ini. bila tercungap begitu, pakcik dekat kaunter terus senyum sambil berteriak, "owh, you are so lucky today! it is your lucky day! the flight is delayed." alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

alhamdulillah, lepas berterima kasih pada pakcik kaunter dan kawan yang membantu, terus naik ke balai perlepasan dan tidak lama selepas itu saya pon depart dari brisbane ke sydney. tiba di sydney dengan selamat nya dan terus dijamu dengan ikan snappers masak 3 rasa. nikmat nikmat. alhamdulillah.

dan sekarang saya sedang menghadap city sydney kala kesejukan malam nya mencengkam urat nadi. huhu.

moral of the story: sebaik mana perangcangan manusia, perancangan ALLAH jua lah yang lebih baik. dan sendiri mahu ingat bila keluar time after office hour, jalan jem, kereta tak start enjin kereta waktu pagi, boleh menjadi faktor-faktor lambat tiba di airport.

p/s: looking forward untuk aktiviti seterus nya : --> vivid sydney bersama ayu dan teman-teman. badminton bersama esoh dan mencari mencari mencari mencari.

sekian dari bumi sydney. berjumpa lagi dalam destinasi yang seterusnya. stay tune this holiday!

2 comments:

rumate said...

ohooo..bagus2... teruskan mencatat...
balik ni nnt, nk tngok journal book ok?
oh ye, tahukah anda, bila anda berstatus 'musafir', anda tergolong dlm golongan orang yang diterima doanya... (jd, tumpang doaku dlm doamu ye...) ^_^

have a save journey to next stops.
muge anda sentiase di bawah naungan RahmatNya!

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

ngehehe.. rum8. insyaallah. akan memanfaatkan sebaik mungkin title musafir ini. :) jaga cupcake comel saya baek2 ye. :P