Wednesday, December 15, 2010

INSHAALLAH!

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, December 14, 2010

NAK FAHAMKAN

rasa sesak dada
dah berulang kali sebut
dah berulang kali jelaskan

susah sangat ye nak faham?
walaupon ia sebagai gurauan
rasanya dah tak boleh terima

hampir hilang sabar
lebih baik diam

nak deal dengan future students
lagi kena banyak sabar
nak bagi students faham

ALLAH, kuatkan aku.

Saturday, December 11, 2010

PENGALAMAN WARD

lama bangat rasanya tak update blog ni sejak balik ke sini. ish ish ish.

alhamdulillah perjalanan pulang saya dari brisbane ke malaysia selamat semuanya. walaupon ada siket kekalutan semasa di brisbane airport sehingga menjadikan flight delay hampir sejam ketika tiba di KLIA. hurm, malas nak cerita pasal ni. tapi apa pon, buat semua pengurusan airport di mana-mana pon, harapnya ada kata sepakat. jangan atas kata laen, bawah kata laen. susah nya passenger macam saya dan kawan-kawan. tak pasal-pasal jadi last passenger yang depart. tak ke susah kalau tertinggal flight padahal saya dah 3 jam awal di airport? ish panjang la pula, ok tutup ceritalah. saya pasti sesiapa saja yang ada bersama tahu apa yang berlaku. :) apa pon terima kasih kepada crew penerbangan MAS yang berwarganegara malaysia di atas khidmat cemerlang kalian, dan sedaya usaha memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada kami. alhamdulillah. :)

saja je saya nak tulis pengalaman ward dalam blog ni sebagai kenangan dan pengajaran in the future. dua hari lepas balik ke malaysia, ditakdirkan Allah saya berpengalaman ditahan ward sekejap. kena drip air dan diberi ubat serta segala macam prosedurnya. puncanya? saya pon tak berapa pasti sebab masa saya ditahan, saya dah separuh sedar, blood pressure tersangat low dan tak mampu nak beri response yang banyak pada doktor dekat situ.

alkisahnya, siang hari ahad tu saya ke kenduri bersama keluarga dan family pakngah. balik dari kenduri, lepas solat maghrib badan saya mula rasa lesu. jadi pening sangat dan lembik je rasa. tak lama lepas tu mulalah episod ulang alik masok ke toilet dan membuang segala bahan perut ke dalam sinki. hurm, offscene lah selepasnya apa berlaku. dalam keadaan macam tu, umi terus heret saya ke emergency ward hospital berdekatan.

sampai sana saya tak dapat untuk terus masuk walaupon masa tu dah tak boleh nak bernafas. tercungap-cungap sambil ulang alik minta umi tolak kan wheel chair ke toilet. sebelum tu siap boleh buat drama muntah depan kaunter pendaftaran lagi. masa tu tak peduli apa dah. saya dah tak nampak siapa-siapa. yang saya tahu masa tu ada saya dan umi saja. pijak kaki pon macam tak berpijak di bumi yang nyata. huhu.

for the second time, saya request untuk alat bantuan pernafasan, tapi tak dapat juga sebab emergency penuh. ada case accident. saya cool down sendiri dalam keadaan separuh sedar macam tu dan minta umi tolak kerusi saya ke kerusi panjang supaya saya boleh baring.sambil baring, umi basahkan bibir saya supaya saya tak dehydrate lebih teruk. tak lama lepas tu, dalam tiga jam selepasnya barulah nama saya dipanggil. masa tu nak buka mata pon dah tak daya. apa yang doctor tanya saya anggukkan saja.

kemudian saya sedar, saya dah ada atas katil dekat kawasan mana masa tu saya tak pasti. tangan kanan dah bercucuk jarum dan ada wayar yang bersambungan dengan botol air. tip tip tip.. setitis demi setitis air turun. kemudian datang pula doctor cucuk masuk ubat. uish, masa ni terasa bisanya ubat tu lalu urat-urat dalam badan. dalam keadaan separa mamai tu saya hanya mampu mengucap saja dalam hati. tak lama lepas tu saya tak sedar apa-apa dah. terus off. :)

dalam pukul beberapa pagi, (saya tak pasti sebab tak pakai jam). doktor datang kejutkan saya dan tanya macam mana keadaan saya. alhamdulillah barulah saya nampak siket keadaan sekeliling. ada lagi beberapa katil di sekeliling saya. ada nenek tua, ada adik perempuan kecil. sebelah saya ada budak tangan melecur. istighfar panjang saya dibuatnya. kemudian doctor kata saya dah boleh keluar. alhamdulillah. baru lah rasa kuat dan segar siket lepas masuk air. boleh berjalan dan pulang ke rumah.

sebenarnya dengan apa yang terjadi kali ni, buat saya terfikir betapa nikmat kesihatan Allah nak bagi ni bila-bila masa boleh ditarik. siang kita sihat berlari, malam kita boleh terbaring layu dan mungkin kaku. saya ingat lagi masa kena cucuk ubat tu, saya rasa macam mana lah pengorbanan umi yang berulang alik masuk hospital drip air semasa mengandungkan kami adik-beradik. kuatnya umi! jadi saya perlu lebih kuat dari tu! inshaallah. :) dah tak de ape dah rasanya nak tulis. rasanya by the time saya publish entry ni, cerita ni mungkin dah basi. sebab saya hanya akan online bila balik kampung during weekends saja. dekat rumah sini tak de line. huhu.

sebelum tu, saya nak mohon maaf pada kawan-kawan, cikgu-cikgu mana yang tak berkesempatan saya nak contact. schedule saya terlalu sibuk. sim card pula nak kena bawa ke celcom center. dan sekarang hal masuk ward ni pula. :) inshaallah soonest everything will get back to normal.

p/s: biological clock masih blm bertukar. jam 8 - 9 malam malaysia (10 - 11 malam australia) saya dah mula rasa ngantuk. huhu.

Saturday, November 27, 2010

TAMBORINE MOUNTAIN!

subhanaallah..

rasa bersyukur yang teramat apabila Allah memberi keizinan buat saya dan teman serumah menghabiskan sisa hari-hari akhir di Australia untuk bertamu mata melihat kebesaran alam ciptaanNYA

di Tamborine Mountain waterfall semalam! :)

tempat yang teramat sangat cantik. susah nak describe dengan words. rasa macam selama ni tengok dokumentari dekat tv, kali ni tengok live depan mata. subhanaallah! sungguh cantik ciptaan Mu Ya Allah.

duk terbayang lagi bau kesegaran udaranya, nyaman suasana persekitaran dan damai nya kehijauan bumi Allah ini. jarang dapat lihat tempat sebegini di Malaysia (mungkin ada dan saya masih belum berpeluang untuk sampai, moga diizinkan in the future inshaallah).

tempat ni memang dilindungi dan dijaga as salah satu khazanah alam. tak banyak pembangunan pon dekat kawasan ni. nak turun ke waterfall pon kena turun bukit yang agak jauh. nak cerita panjang pon tak syok sebab saya tak pandai mengarang. maka, jom layan pics yang tak seberapa dari handphone buruk! ;)

perjalanan selama sejam terasa tak sia-sia langsung. tenang hati dan jiwa melihatkan kedamaian ciptaanNYA. agaknya bagaimana lah damai kecantikan syurga yang sering digambarkan dalam al-Quran ye?

more pics di fb. :) terima kasih housemates! memori hari-hari akhir yang best! alhamdulillah.

p/s: two more days to go before finally BFG. akan sedikit sibuk dan mohon doa semuanya agar perjalanan kami dipermudahkan dan selamat tiba kembali ke Malaysia inshaallah. :)

Thursday, November 25, 2010

CUBA UNTUK FAHAM

yup..
cuba untuk faham
apa yang terjadi sekarang
walau seperti susah untuk difahami

moga KAU berikan ku kesabaran
andai kesabaran ini bisa mendekatkan lagi
aku pada kasihMU

aku redha.

Wednesday, November 24, 2010

MEREKA SUDAH PULANG

alhamdulillah, family dah selamat sampai ke Malaysia jam 320 petang semalam. ni baru nak dapat duduk bertenang selepas lebih seminggu ke hulu hilir dengan family. rumah ni pon tak putus-putus dikunjungi tetamu. recently ada family one of my housemates pula datang berkunjung. memang meriah rumah ni. alhamdulillah rezeki tetamu bawa orang kata. :)

banyak sebenarnya nak cerita, cuma momentum menulis dan bermain internet tu dah low after more than a week diam. minta maaf sangat dekat farah, tak perasaan tak inform akan gi jalan lama. ;) letak gambar sekeping je la dulu ye. boleh?

anyhow, thanks a lot to my respected housemates dan kawan laennya yang sama membantu menguruskan tetamu-tetamu saya seramai 7 orang tu. tak menang tangan nak buat sorang semuanya. mohon maaf mana terkurang mana terlebih selama di sini.

buat tetamu Auckland, hope that you have enjoyed your stay here! till we meet again soon inshaallah. :)

meet you again next week inshaallah! :)

Wednesday, November 17, 2010

ON THEIR WAY

jam 1. 45 a.m.
baru selesai masak ayam kicap
dan buat pastry puff sardin + telur

dengan pertolongan tak ternilai
dari cik hani yang kaya petua diwarisi

alhamdulillah

berdoa untuk mereka semua
selamat tiba pada esok paginya

jumpa esok ya!
wahai keluarga nan tercinta

sambil merenungi jendela luar
melihat titik derai hujan pagi
memikir apa lagi nak dibuat
sambil dalam otak ada terlalu banyak perkara

tentang hari ini
hari raya aidiladha!

salam aidiladha everyone!

till we meet again soon
inshaallah

:)

Monday, November 15, 2010

ISLAH NAFSAK


islah nafsak, wad'u ghairak

(perbaiki dirimu, dan serulah orang lain)

Sunday, November 14, 2010

PENANTIAN MENYEKSAKAN?

tadi came across one of my friends' fb status:

"tak semua penantian itu menyeksakan"

:pause:

status itu membuat saya terfikir. yup, tak semuanya. in fact penantian itu tidak seharusnya menyeksakan kita when we truly have a firm belief and put all of our trust kepada ketentuan ALLAH, qada' dan qadar nya.

namun, sebagai manusia biasa yang lemah jiwanya, rapuh imannya, pasti kan ada rasa sakit dalam menantikan sesuatu. setuju?

be it menanti masa makan. (sakit perut tunggu mak siap masak)
be it menanti bus sampai. (sakit kaki kena diri lama-lama)
be it menanti keputusan peperiksaan. (sakit segala sakit berdebar datang)

and most commonly people would say,
menanti datangnya jodoh. (jiwa raga akan sakit, tak gitu?)

hurm, usah disempitkan pemikiran kita wahai sahabat. mari besarkan hati dan lapangkan dada. *talking to myself*

dunia ini memang penuh dengan penantian.
dunia ini terlukis segala macam satu warna warni kehidupan.
dunia ini terkandung dalamnya pelbagai rencah adat resam kehidupan.

sebelum kita benar sampai ke akhir penantian. dunia akhirat yang abadi.

dalam setiap perbuatan kita, jom sama fikirkan kepada pengakhiran.

*menanti masa makan
- ayoh sabar. moga hati kan menjadi tenang, makanan dapat dihadam dengan baik dan diproses menjadi tenaga untuk diguna dalam proses ibadah sehari-hari*
*menanti masa bas -
ayoh sabar. supaya tidak kita melukakan hati siapa-siapa dengan muka sugul kita. semoga perjalanan kita selamat sampai dan tujuan perjalanan terlaksana.*
*masa masa keputusan peperiksaan -
ayoh sabarkan hati. moga hati kita menjadi tenang dan redha serta tawakal dengan hasil yang Allah kurniakan. ingati diri, hasil itu BUKAN semata kerana usaha kita, SEBALIKNYA itu rezeki kurniaan Allah. mahu melihat seberapa banyak bersyukur nya kita ini. sabar ye wahai diri dan kawan-kawan tunggu 29/11?* :)

*menanti datangnya jodoh
- sabar ye wahai hati dalam menanti dan mengusahakan jodoh kalian. semoga yang hadir itu tiada penyesalan kerna kelak moga jodoh kita menjadi bidadari/bidadara dalam syurga yang indah. inshaallah*

kemudian saya terfikir, agak-agak terseksa tak kita menantikan datangnya maut menjemput?

tatkala penyakit wahan yang mencintakan dunia lebih dari takotkan mati begitu mengasak kehidupan dunia yang penuh dengan nafsu ini?

hurm.. nauzubillah. moga hati kita dipersiapkan untuk dunia abadi inshaallah.

Thursday, November 11, 2010

AKU POHON KEKUATAN!


aku pohon kekuatan Mu ya Allah
ya Rabbi yang Maha Penyayang

stage yang menguji banyak perasaan ku
mengorbankan rasa kasih yang tidak hak untuk diri ini

'islah nafsi'

ku kira satu momentum yang terlalu kecil perlu segera aku lakukan
demi pembangunan ummah

hanya satu dan satu yang ku pohon
aku pohon kekuatan Mu!

"pada hati yang sering berbolak balik, ku pohon ya Allah pegang hati ku di atas tali agama Mu."

aku tak mahu kecundang lagi.

Wednesday, November 10, 2010

SYAFAKILLAH farah hanani :)

dearest farah hanani,

tujuan penulisan nota: untuk mengucapkan semoga kamu cepat sembuh!

yakin kamu mampu jaga diri dengan kuat. saat saat macam ni rasa nak ada dengan kamu. kesian kamu mesti penat. takpe, sabar ye farah syg, inshaallah moga menjadi kafarah dosa, mendekatkan lagi diri kamu dengan ALLAH.

"cubit peha kiri, peha kanan juga terasa sakitnya!"

saya sayang awak. uhibbuki fillah ya ukhti. :)

p/s: nota pendek sbb tak nak kamu baca panjang-panjang bebelan nya. take care, enough rest and get well soon ya love!

IJAB KABUL SAHABAT ku!


YA YA, ijab kabul buat teman saya!
teman yang saya kenali hampir 4 tahun setengah
sejak kali pertama kami dipertemukan
ditakdirkan rupanya bila difikir-fikirkan
dia teman yang selalu berada di sisi saya physically
dalam hidup saya sehari-hari.

saya tak perasan sebelum ni
dia ada dalam kelas saya
dia ada sebelah saya dalam kelas
dia ada di kompleks membeli belah bersama saya
dia ada dalam majlis ilmu, dalam daurah
dia ada dalam jaulah
pendek kata hidup saya ada banyak dia
selama 4 tahun setengah ini

mungkin bila difikir-fikir
kerana saya kini sedar
saat dia akan diijab kabul dengan
pemuda agama yang inshaallah mampu menjaga dia dengan baik

baru saya sedar
masa yang selalu kami ada bersama
sudah tidak akan sama lagi

aish, syahdu pula baca tulisan macam ni.
better stop here.

untuk awak yang saya classify kan sebagai 'unknown'

barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a baina kuma fil khai


semoga baitul muslim yang bakal terbina
tanggal 25 Disember ini
kan kekal hingga ke syurga
dikurniakan mawaddah, sakinah dan rahmah NYA
moga makin terus kuat bersama
dalam menggerakkan gerakan D&T

too happy for you! (^^)

Monday, November 8, 2010

He GIVES US ANSWERS

agree?
yes

HE definitely gives us answers
whenever we seek for it
whenever we want for it
whenever we search for it

never HE leaves us behind
neither HE gives burden to us
nor HE abandons us

cause what HE directs us towards
in our life
is the reason
that
HE really loves us!
HE really cares for us!

HE is The Creator
The Most Merciful
The Almighty
The Compassionate

Sunday, November 7, 2010

WAHAI ADAM

WAHAI ADAM

kalau kau sangka berpakaian seksi selekeh itu 'cool'
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan
maka tiada lagi hormat untukmu daripada kami

credit to cik ira

PEREMPUAN & PERASAAN


tadi terlintas satu post daripada seorang sahabat
terasa menarik
perempuan dan perasaan

sungguh ALLAH jadikan kita ni
wahai kaum hawa sekalian
kaya dengan perasaan

kasih sayang
simpati
cinta
sabar
dan banyak lagi

apa pun
perempuan dan perasaan
adakalanya susah ditafsirkan
adakalanya sukar dimengertikan

untuk itu
saya rasa dalam keadaan saya sekarang
ALLAH sedang mentarbiyah
perasaan saya

too many things happened at the moment
yang berkaitan perasaan

ALLAH
moga KAU beri ku kekuatan
untuk menempuh tarbiyahMu

aku kosong tanpaMU Ya Allah

------------

moga kita semua bijak
bermain dengan perasaan
agar tidak tergadai maruah dan agama
lagi

Saturday, November 6, 2010

LAMBAIAN HAJI beliau

alhamdulillah
inshaallah
pada hari ini
tanggal 7 november 2010
cikgu yang saya hormati
yang saya kasihi
dan yang saya kagumi

akan bertolak terbang
untuk menunaikan ibadah HAJI
rukun Islam yang kelima

masa mula dapat tahu dari farah
rasa happy happy sangat sangat
walau cikgu masih muda
semangat cikgu kuat

tumpang gembira dan bersyukur sangat
dengan keizinan yang ALLAH beri
pada cikgu untuk jadi tetamuNYA kali ini

kami doakan cikgu
selamat pergi dan selamat pulang
terlaksana ibadah HAJI nya dengan baik
inshaallah
moga hajat cikgu untuk dapat haji mabrur dikabulkanNYA
kerana semangat cikgu sentiasa membara

cikgu baru 30+ lebih
dah boleh buktikan
saya dan farah pon plan
nak pergi sama inshaallah

cikgu doakan ye di sana?
moga kami juga berpeluang menjadi tetamuNYA

excited saya terlebih untuk cikgu
masa telefon tadi
alhamdulillah right timing :)
sebak tapi senyum ke telinga

dan untuk kamu farah
awak tahu saya sayang awak

round ward elok-elok
dan bawa motor hati-hati ke sana

(^^,)

(cikgu noer : source dari farah)

Friday, November 5, 2010

KAPAL BERLABUH PERGI


begitulah topik ceritera kita kali ni. alhamdulillah hari Rabu lepas, barang-barang saya yang berjumlah 15 kotak semuanya telah selamat dilabuhkan pergi oleh kapal dari pelabuhan Brisbane ke pelabuhan di Malaysia sana. banyak wo. satu cubic satu meter padu barang-barangnya. segala macam khazanah saya bawa pulang ke Malaysia. dengan teaching materials lagi pon dah satu kotak bawa balik atas nasihat para seniors sebelum ni sebab dekat Malaysia harga lebih mahal. ye ke?

tak kesah lah. pelaburan masa kini untuk jaminan masa akan datang. tu pon, beli barang selepas dah puas survey. barang-barang yang banyak itu dah dibalut dengan jayanya menggunakan cling wrap hitam lagi cantik dan bergaya. sampai ke subuh stay up nak siapkan packaging punya pasal. tapi seronok, sebab buat dengan housemates sambil rancak bersembang macam-macam hal. siap ada sesi masak 'kentang leper' sambil minum air coklat lagi kala jam dah tunjuk pukul 2 pagi. huhu. pengalaman sekali seumur hidup. lepas ni belum tentu nak dapat macam ni lagi kan?

terima kasih kawan-kawan yang bersama mencipta memori manis gula sebelum kepulangan ke Malaysia!
------------------------------------------

semasa dalam proses packaging tu, saya encounter satu perasaan dalam hati saya.

"aku ni packing barang-barang beria, nak balut sana sini, nak label sana sini, nak bagi nampak presentable dan kukuh. tapi....

aku ni dah cukup packing diri sendiri ke untuk mengadap ALLAH nanti?"

(Y.Y)

saya rasa biarlah jawapan tu ada dalam hati saya. dan hati awak awak sekalian juga. sekadar nak berkongsi.

adakalanya terasa payah nak luahkan apa yang ada dalam hati. ada je halangan lah, perasaan tak best lah, macam-macam ada lah. haish~

tapi.. sekali kapal itu berlabuh pergi, ia tak kan kembali lagi. ibarat dunia yang ada sekarang, kala tiba pada pengakhiran pelabuhannya, ia tak kan berulang lagi. ALLAH.


p/s: alhamdulillah, final exam dah selesai. maka officially berakhirlah pengajian tahun ketiga saya di sini. thank you farah, zam untuk fb wish. dan thank you enal dan jamal untuk sms jam 3 pagi. huhu. appreciate them all. :)

KENAPA BERUBAH?

sahabat..
kenapa saya rasa awak dah lain?
atau saya yang lain?

kenapa ye jadi macam ni sahabat?

awak tahu..
awak lah yang banyak menjadi contoh tauladan
dalam JALAN INI

saya banyak memandang awak
saya banyak meneladani awak

meski saya tahu
memang awak tak sempurna
dan saya juga tak sempurna
kerana kita hanya manusia biasa

saya cuba untuk beritahu awak semua ini
kerana saya nampak awak cukup tertekan kebelakangan ini

bahasa yang awak keluarkan
sikap yang awak tampilkan
perbuatan dan layanan awak pada orang lain

saya cuba tapi saya tak daya
kerana bukan senyuman yang akan saya dapatkan

maaf awak
saya bukan sahabat terbaik untuk awak

moga awak gembira dengan kehidupan yang akan mendatang ye

awak tetap sahabat yang tunjukin JALAN ini
walau saya tak pernah beritahu awak
di mana awak dalam kehidupan saya

jangan tension-tension lagi ye
saya tidak akan tanya apa lagi pada awak
saya akan diam saja selepas ini
saya doakan awak dari jauh
walau saya tahu
dalam kesibukan awak sekarang
awak mungkin dan tidak akan pernah baca ini

moga rahmat dan kasih sayangNYA sentiasa bersama awak

saya pasrah.

Saturday, October 30, 2010

1 DECEMBER 2010


ya itu dia tarekhnya

1 DECEMBER 2010

bukan bukan bukan
bukan tarikh kenduri siapa-siapa

itu tarikh
kepulangan saya ke bumi Malaysia

inshaallah back for good

alhamdulillah
siket masa lagi nak melengkapkan studies third year

next week final exam
doakan ye?

flight details belum lagi confirm
inshaallah nanti dah ada akan diwar-warkan lagi
buat kawan-kawan yang nak tunggu di KLIA

HAHA

"sesungguhnya perancangan ALLAH itu lah yang paling terbaik,
moga hati-hati ini belajar untuk menjadi redha"

ameen.

:)

Thursday, October 28, 2010

KEHIDUPAN


hidup saya atau hidup awak

yang lebih penting

jawapan

'hidup kami'

terima kasih

:)

Monday, October 25, 2010

TUNGGANG KUDA!

ya. mari lah kita menunggang kuda bersama.
layan pictures dulu lah.
pintu gerbang yang menyambut ketibaan.
ini lah ladang kudanya. (stable)
nampak dua ekor kuda saja?
ada 98 ekor semuanya
mari bergambar bersama kuda-kuda
belum naik kuda sendiri
mari mula menunggang kuda.
hi kawan-kawan
ini lah kuda saya hari ini
namanya DANCER
sangat cantik dan lemah lembut
suka suka suka
ini kawasan ladang
yang dibawa oleh kuda-kuda kami
nampak tak depan ni?
itu kuda-kuda kawan saya
mari kita tengok pictures lain dari belakang
ini sajalah antara gambar yang dapat dikongsi bersama
sebabnya kamera tak mahu 'hidup' pula
terpaksa guna kamera handphone
ada hikmahNYA disitu
sebab saya ada idea guna handphone atas kuda
tak perlu susah nak pegang kamera besar
(^^,)

memang best dapat naik kuda
untuk kali yang kedua ini
alhamdulillah

tapi kali ni rasa lebih best
when you can relate aktiviti menunggang kuda
dengan hadis Nabi SAW
ajarlah anak kamu tiga perkara
(menunggang kuda, berenang dan memanah)

kemudian
relate pula pada kisah peperangan-peperangan
yang berlaku masa zaman Nabi dan sahabat dulu
macam mana ye mereka tunggang kuda
sambil tangan mengawal panah dan pedang?
hebatkan kawan-kawan?
subhanaallah

apa pun am so grateful
of what I had experienced today
nak lagi boleh?
inshaallah ^^

DANCER, you are a very good horse!
love you DANCER

p/s: enal, sedia untuk ajar yong memanah pula ye? ;)

Sunday, October 24, 2010

PINK HIJAB DAY

found this to be really interesting!

" be a proud hijabi and
support the fight against breast cancer!"



video

need some other information?

click here

for those of you in Kuala Lumpur and Melbourne
you might want to contact these persons to participate:

Kuala Lumpur : farah_stryder17@yahoo.com
Melbourne : yasosawi@yahoo.com

why do I find it to be interesting?
1. because I am a hijabi and I am happy with my hijab
I appreciate and proud of my hijab more than before
after this incident

2. because I have some family members
who were suffering from the cancers
and have lost few of them
innalillahiraji'un
AL - FATIHAH

Saturday, October 23, 2010

TERBANG

terasa mimpi adakalanya
sejauh ini perjalanan saya

tercampak di benua asing
jauh dari segala kecintaan biasa

terpaksa mengharungi segala
macam seribu langkahan dan onak

kini masanya makin hampir
untuk turun kembali ke daratan

daratan bumi kelahiran
buat menabur bakti dan setia

yang selalu disematkan
sebagai jawapan wajib
buat setiap pelajar yang ditemuduga

sekarang
tunaikan

kerana itu amanah ALLAH
buat kita

moga terus kuat
dengan segala 'hadiah'
di bumi terbang ini

Friday, October 22, 2010

HAMPIR SELESAI


alhamdulillah
semalam submission
last assignment as a third year student
dekat sini

tengah tunggu
november untuk cepat menjelma
nak selesaikan third year
officially
inshaallah

Thursday, October 21, 2010

ORANG RUMAH?


ok, apa reaksi kamu (wanita) bila disuruh bawa orang rumah?

ada ke ye orang rumah (lelaki) bagi seorang wanita?

terkeliru


terima kasih ye sahabat
anda buat saya tersenyum
kala otot tekanan semua timbul
orang rumah kamu mak, akak-akak, abang dan adik ye

HAHA!

siapa yang boleh leraikan kekeliruan saya ni silakan lah.
atau saya yang belum cukup belajar
PERIBAHASA


Wednesday, October 20, 2010

BANYAK

mula-mula bila saya type title entry : banyak, dan mula menulis first sentence of this entry, memang saya rasa terlalu banyak perkara yang ada dalam hati dan fikiran ni. rasa banyak sangat sampai rasa sesak. rasa tak de siapa nak bercakap yang boleh faham apa yang saya rasa sekarang.

tapi lepas 10 saat saya taip first sentence tadi, saya terdiam. kenapa saya merungut macam tu? bila ALLAH itu sentiasa ada untuk saya without fail. hati saya jadi sebak kembali. teruknya sebagai hamba bila kita ingat ALLAH saat-saat sesak dada, susah saja. time senang mana kita? Allahuallah. terus saya delete first sentence saya tadi yang mana saya rasa pasti saja boleh menimbulkan kelukaan pada hati orang lain. terima kasih ALLAH kerana menggerakkan kembali getar ini.

hati ini terlalu subjektif
hati ini terlalu complicated

susah saya nak describe
dalam keadaan diri yang tengah struggle di atas 'jalan' ini
terkadang saya buntu dengan apa yang ada di sekeliling
terkadang saya rebah, terpapah kembali untuk bangkit dalam kesakitan dan kegembiraan

memang saya bukan seorang yang expressive. but am struggling now to get to know myself better and to appreciate others better than before. itu hasil refleksi bersama kak joy. terima kasih akak. dan penting sekali untuk saya bersyukur pada ALLAH kerana lepas entah berapa kali saya dengar hadis 13, kali mendengar dengan kak joy baru saya dapat input. alhamdulillah.

masa untuk meninggalkan bumi Australia semakin hampir. part of me terlalu gembira sebab akhirnya akan kembali ke bumi Malaysia bersama keluarga tercinta. part of me sedih kerana bumi Australia bumi tarbiyyah yang Allah hadiahkan buat saya. mungkin langkahan saya masih kecil tidak seperti orang lain yang lebih maju dan matang. namun saya masih terus mahu melangkah walau diri masih penuh dengan lumpur.

mungkin wajar untuk saya berhenti di sini saja. pointnya nak kata, dimana kita bila ALLAH ingat kita sentiasa dan kita ingat padaNYA pula bila? lemahnya masih iman ini. moga DIA pegang hati-hati ini supaya sentiasa di atas jalanNYA. ameen.

Tuesday, October 19, 2010

RINDU LAGI


bila datang je bulan ni
datang lagi rasa yang satu ni
bermohon dan beharap
moga berpeluang menjadi tetamuNYA
di bumi yang penuh barakah

LAMBAIAN KAABAH MEMANGGIL LAGI

terlalu envy in a positive way
kepada mereka yang dapat pergi
dalam masa waktu masih muda ni
inshaallah
moga rezeki itu ada

buat yang bakal pergi
moga ibadahmu tenang disana

Saturday, October 16, 2010

COOKIES OFF TASK

jeng jeng jeng
lagi dekat due date mr. A
lagi rajin pergi dapur
buat chop chip cookies
atau nama glamour
cookies off task

jom layan pics
(^^,)v

saat adunan digentel-gentel menjadi bulat

kemudian kita susun bagi jarak-jarak ye kawan-kawan

after 12 minutes, taraaaaaa.. kita sejukkan dulu

tak nampak sangat? mari close up! nyum nyum

credit to najlaa utk recipe nya.
so simple,
sekejap dimasak, enak dimakan.

ada any order?
HAHA.
(acah je)

:updated:
ini recipinya

2 1/4 cups all-purpose flour
1 teaspoons baking soda
1 cups butter, softened
3/4 cups packed brown sugar
1/4 cup white sugar
1 package instant vanilla pudding mix
2 eggs
1 teaspoons vanilla extract
2 cups semisweet chocolate chips

masak suhu 180^c for 12 minutes
agak-agak tengok dah brownish boleh keluarkan

SELAMAT MENCUBA!

Friday, October 15, 2010

MARI MENGAJI

soalan saya hari ini.

"tak pe ke kak, bila kita mengaji sorang tajwid tak betul, macam mana ye?"

jawapan akak hari ini.

"ada dua, yang pertama niat kita itu untuk mengaji itu kenalah betul. dan keduanya, selepas mengaji kita doalah semoga ALLAH ampunkan mana-mana kesilapan kita semasa mengaji dan dari semasa kita kena tingkatkan ilmu belajar tajwid ni."

kemudian..

jeng jeng jeng

akak hadiahkan ini!

mari kita klik ramai-ramai

http://tanzil.info/

nak tahu apa yang best dekat website ni?
(sila click picture selepas baca keterangan saksi ini)

1. boleh pilih nak dengar surah apa, ayat apa
2. boleh pilih nak dengar siapa yang bacakan
3. boleh pilih nak bahasa apa untuk tafsiran

sambil baca, sambil betulkan tajwid bila dengar qari baca, sambil boleh tadabbur ayat

best kan?

(^^,)
sharing is caring

Thursday, October 14, 2010

Tuesday, October 12, 2010

HATI SAYA

hati saya

sedang focus pada dua kertas kerja yang diharapkan mencapai kualiti standard dan redha ILAHI

sedang mendoakan moga atok orang terdekat di hati di bawah lindungan ALLAH

sedang berkira-kira masa si roommate untuk pulang

sedang menanti suatu yang belum pasti

sedang merenungi mereka semua

di dalam hidup saya

sambil hati saya

tersenyum



dan kemudian saya diam

.......... diam ..........


Friday, October 8, 2010

FINAL LAP

quick update..

fb dah di deactivate untuk temporary..

blog.. in consideration untuk tutup juga.. biar dulu sekejap.

saya boleh dihubungi through email ye kawan-kawan.

stay strong wherever you are!


FINAL LAP
DON'T MESS UP!

Monday, October 4, 2010

RANDOM

di pagi yang hening selepas didatang ilham nak berchenta dgn encik A, tiba-tiba rasa gatal tangan lagi nak update blog. nampak nya tak idle mana lah blog ni kan. huhu. anyhow, saya ter inspired dengan statement dr. ridzwan bakar (penulis buku bila pintu hati berbuka) yang mentioned, blog as a medium untuk dia melepaskan lelah atau tekanan belajar. menarik kan? somehow, i do feel the same thing too. ;) jadi mari lah nak update random thoughts sekarang ni:

sepanjang spring break lepas, duk mengadap encik A. walaupon tak selaju mana gear tekan masa berchenta, kurang-kurang dihadapkan juga muka. dan alhamdulillah hari ni dah siap outline, tunggu consultation, approve je lepas tu kita tekan gear 5 eh eh? ameen. (tinggi ni harapan nak siapkan) hehe.

sepanjang spring break juga, duduk, baring, berdiri dan segala macam aksi saya tampilakn dalam nak habiskan buku 'BILA PINTU HATI TERBUKA' by dr. ridzwan bakar. ada orang beri. memang best! best best best! highly recommended to others, tambah lagi students macam kita. yang tak student dah pon boleh baca. this book tells us tentang cinta kaabah dan kehidupan. nak tahu lanjut? baca sendiri ye. hehe. tengok lah, if kesempatan ada saya buat review. semalam dah sempat buat review dekat somebody. hehe. tak janji ye ni. :)

musim spring ni syok la jalan, sebab kiri kanan jalan bunga-bunga. warna warni. subhanaallah. haa.. ada satu rumah jiran berdekatan dengan rumah saya ni kan, owner rumah dia sangat lah rajin jaga garden dia. bunga-bunga rumah dia menjadi. geram sangat tengok. terasa nak berhenti amek gambar ke, minta baja ke. hehe. rumah dia pagar rendah je. paras pinggang saya. haruslah boleh usha bunga-bunga makcik ni. dan dan dan.. makcik ni selalu keluar siram pokok bunga dia sambil pakai spec mata hitam. dah banyak kali terserempak. dan dia juga rajin, sambil siram bunga, dia siram sekali jalan orang pejalan kaki depan tu. huhu. teringin la satu masa nanti sebelum balik nak cakap dekat dia, ,"what a beautiful garden you have here. nice job!"

lepas tu nak cerita tentang october. ape ye ada bulan ni? bulan ni penuh dengan virus ye kawan-kawan. virus kesakitan kerumahan @ homesick. haha. lagi dekat nak balik lagi nak feeling balik rumah. last year pon macam ni. haish. so not good lah! takpe takpe, pujuk diri sendiri akan ok bila focus berchenta dengan mr. A kan kan kan rabiatul? good girl! :) dalam hati berdoa cepatlah government tetapkan date nak balik ni, bila boleh tahu ni? huhu. dan ke marilah kamu allowance. kami perlukan kamu sekarang.

nak cerita pasal kawan-kawan pula lah ye.

farah, balik nanti eden nak rasa sate ikan tu ok? promise? haha. good luck dan posting elok-elok dekat Klang tu. takpelah sebulan je kita tak connected sangat. nanti dah duk sebelah-sebelah, sakan lah ye.

naqiah, ni lagi sorang kawan yang selalu tak ada izin ALLAH nak sembang betul-betul. huhu. saya selalu update dengan perkembangan bisnes awak. tahniah ye! another step ahead. am so proud! keep up the good work dan momentum itu. dah nak bergraduasi pon.. congratulations! :)

enal, ni pon sorang lagi. sibuk dengan test ye? hehe. sama la kita. yong sibuk berchenta dengan mr. A ni. belajar rajin-rajin ye. kekalkan prestasi kecemerlangan. nanti balik kita panah memanah. hehe.

sab, haa ni first time mention nama kamu here. thank you for being a supportive friend. dan juga concern. inshaallah am all good. wayar putus kadang-kadang tu normal lah. adat belajar. it just a matter of how we deal with the situation and recover. inshaallah. thank you ye.

ecah my roommate. huhu. syafakillah! moga cepat sembuh dan elok-elok saja di Sydney sana. cepat lah balik bilik. dah banyak minggu ni tidur sorang. terasa seperti permaisuri duduk sorang.

nak cerita apa lagi ye? banyak. cukup lah dulu sampai sini. nanti ada idea lagi, kot kot penat dengan mr. A, saya datang conteng conteng sini lagi lah ye.

Friday, October 1, 2010

GOOGLE CHROME

in the midst of berdating dengan mr. A ni sebenarnya
tapi tinggalkan dia kejap
sebab ternampak mr. G
mr. GOOGLE CHROME

tiba-tiba jatoh hati sama mr. G
sebab ada theme layout
yang cantik sesuai saya suka!
merah dan bunga!
I LIKE
(^_^)v

dan mr. G ni lebih terang
jelas dan nyata gitu
puas menatap mr. G yang kemas
berbanding mr. MF
(mr. Mozilla Firefox)
yang selalu buat laptop saya hang

ok
nak sambung dating semula
dengan mr. G yang baik ini


eh silap
dating dengan mr. A la!
(-_-)"


Monday, September 27, 2010

SPRING

escapism!
SUBHANAALLAH

marvelous, wonderful, delightful
am happy
(^^)v

Friday, September 24, 2010

PAUSE

serasa macam nak ada pause button dalam hidup
pause kejap segala yang ada dalam fikiran
pause segala apa yang sarat dalam hati

PAUSE

...mustahil...
tapi yakin
segala apa yang terpundak
tarbiyah ILAHI
mengikut pada kemampuan ku

inshaallah

smile

PLAY

stay strong heart
^_^

Thursday, September 23, 2010

ROBEK

herston road
4.00 a.m.


robek
pada sebuah titik di jalanan

robek
pada sebuah pengertian perasaan

robek
pada sebuah pandangan

robek
pada kesusahan dalam melahirkan

sebuah rasa
sebuah pemikiran
sebuah pemangkin
sebuah peringatan

teguh lah dikau
walau
robek
datang menyapa

kasih ALLAH di mana sahaja




moga dipermudah jalan jaulah ke NC buat sahabat2 seperjuangan,
walau jasad bersendirian di sini,
moga roh sampai pada pengisian di sana.
moga roh di sini tenang merungkaikan sebuah perasaan.

Sunday, September 19, 2010

3 IDIOTS

awan langit mendung saja sejak dari jam sebelum suboh lagi. hitam. gloomy je rasa. damai je tilam empuk tu memanggil-manggil kala orang tengah nak dating dengan encik A ni. haish ini tak bulih jadi. maka mari lah kita offtask sebentar bersama blog ye. ;)

panjang pula intro. huu. mesti semua orang dah mula balik tempat belajar/kerja masing-masing sekarang kan? huhu. bagus bagus. saya tak balik mana-mana. duk mengadap kerja sejak dari hari raya lagi. dah tahu kan cerita raya saya? bagus bagus. semoga momentum kerja makin up sebab dah balik kampung dan refresh semangat kan? :)

ok lah ni sebenarnya nak ngelak daripada muka tersembam dekat bantal cupcake tu, maka saya pon nak share cerita tentang a hindi film, tajuk dia '3 IDIOTS'.. haa, jangan kata cikgu ni cakap benda tak elok pula ye. dah memang itu tajuk nya. nak tahu nape tajuk film ni mcm ni? stay tune.. ;)

sebenarnya tengok film ni a day before exam CLB446. meroyan ngan kawan nak tengok juga petang tu. plan asal, nak tengok lepas habis exam. tapi tertukar, konon-konon buat pemangkin semangat lah.

"takpe takpe, kita tengok sambil buat revision."

mula-mula buka buku grammar, tapi.. akhirnya, buku ke mana mata ke mana. sempat la belek-belek satu chapter. *evil grin*

seriously berbaloi baloi tengok cerita ni. sebab lepas tengok je rasa motivated semacam je dan khusyuk menelaah. sampai jam 2 pagi. huhu. (ditambah dengan rasa nervous dah lama tak exam, hampir 2 tahun tiba-tiba nak sit exam. ALLAH saja lah yang tahu. dekat luar buat nampak cool, dalam hati huish macam garuda ada) xP

ish tengok tu panjang lagi membebel. ok lah, sebenarnya tahu tentang film ni masa ada satu guest speaker dari india datang bagi talk tentang indian education system untuk subject comparative curriculum study. memang best lah. cakap tentang exam-oriented system, pressure, work demand and etc yang berlegar dalam komuniti masyarakat dekat india. surprisingly, their education system bermula sejak kanak-kanak tu dah umur 3 tahun. ada junior kindergarten school, senior kindergarten school, primary school pastu baru lah naik naik naik sampai ke university level. dan setakat a diploma holder bagi masyarakat dekat negara india sana, tak ada nilai. huish dasyatnya!

masa tu kami semua dalam kelas macam terpana kejap. biar betul ni. selama ni kami duk debate tentang malaysia education system ingatkan students kita dah pressure habis dah dengan exam-oriented based nye, rupanya india lagi dasyat. dan rate students yang commit suicide pon adalah tinggi, dek tekanan dengan belajar. exams yang banyak dan demand utk rate qualification yang tinggi. mengucap panjang masa tu. dan bersyukur to how lucky we are to be in malaysian education system and up till now kita masih lagi survive walaupon debate tentang exam etc masih lagi on going.

dipendekkan cerita, guest speaker kami (dia tengah further post graduate skrg) suggest untuk tengok film 3 IDIOTS ni untuk lebih memahami and to give a clearer view of apa yang dah dia sampaikan. so here, saya nak state beberapa points yang saya rasa best daripada film ni.

1. LIFE IS A RACE
yup, definitely. hidup ini satu perlumbaan. dalam film ni, mesej ni digarap dengan cukup indah. semenjak kita dalam alam rahim lagi, ketika sperma nak bertemu ovum pon, itu pon adalah perlumbaan. only the best wins. and that is true! dalam hidup ni apa pun yang kita nak, we have to work for it. andai kita lambat, orang lain akan rembat dulu. so, film ni buat kita fikir balik purpose of life. buat kita fikir balik apa kita nak daripada hidup kita ni? (selain daripada memenuhi tuntutan kita diturunkan ke ats bumi sebagai khalifah dan hambaNYA). cara macam mana kita nak lead our own life. to always feel motivated and be able to motivate others as well.

2. EDUCATION
dalam film ni, education sangat lah dititik beratkan. sebab cerita ni bermula tentang 3 orang pelajar engineering (rancho, farhan dan raju) who struggle untuk qualify diri mereka dengan sekeping ijazah. so dalam bab ni, memang leh tengok macam mana students dekat india study. basically banyak nya yang saya nampak rote learning. memorisation. tapi dalam cerita ni, hero dia (rancho) cuba tarik perhatian audience dengan membawa mesej, we learn with passion. bukan untuk tertekan. jadi bila kita belajar dengan rasa gembira, ilmu pon senang nak dapat. boleh tengok dalam film ni, bila rancho ditanya oleh pensyarah dia, "what is the definition of machine?".. jadi dia pon jawablah, "a machine is a tool that simplify human's life".. dan bagi saya justification dia bagus memandangkan as a student, you need to be able to analyse apa yang dah belajar and apply it in a meaningful context. sedangkan seorang lagi kawan dia, the silencer gelaran yang diberi sangat sangat lah apply rote learning. dia boleh hafal definition machine tu satu persatu huruf yang ada dalam buku teks. tapi bila nak applikasikan semula, haa terkial-kial. jadi di sini, penulis cerita ni berjaya bawa mesej pendidikan dengan berkesan dan reflect upon our education pathway macam mana pula.

3. TEACHERS' ATTITUDE
haa.. ni bab yang best juga ni. disebabkan oleh education system yang dah based on exam saja, maka terjadilah cikgu cikgu nye yang pulun nak abeskan syllabus. ini saya istilahkan sebagai teacher-books dominated system. jadilah macam situasi dekat atas ni. sampaikan rancho kena halau dari kelas sebab jawapan tak mengikut skema buku teks. huhu. tapi saya suka cara dia reply balik pada cikgu dia bila dia masuk kelas nak ambil buku yang tertinggal. nanti tengok na?

selain daripada tu, sikap pengetua dia yang mereka gelarkan sebagai virus, pada mulanya adalah agak menjengkelkan. kesian tengok students pressure sampai commit suicide. tak de belas ihsan langsung. tapi sebenarnya apa yang dia fikir satu je, nak tengok kejayaan. yang dia tahu nak students dia cemerlang dan dapat kerja sebagai engineer tu. rupanya disebalik keras hati tu ada juga lembut hati. nanti awak awak evaluate lah sendiri ye apa yang saya maksudkan? hehe

dan the most significant part saya rasa betul lah sebagai cikgu, kita ni play a major role dalam upbringing our students. tengok saja berapa lama masa yang kita spend dekat sekolah dengan budak-budak. apa yang kita cakap as teachers sangat beri influence pada budak-budak. setuju tak bila saya cakap, dulu masa kecil, bila mak kata buat kerja rumah cara macam ni atau macam tu, kita akan bantah dan mati-mati kita akan pertahankan, "takkkkkk.. CIKGU kata macam ni. CIKGU tunjuk macam tu. CIKGU ni CIKGU tu!! " haa.. setuju? anguk anguk. hehe

4. SELF BELIEF
dalam film ni juga, diajar untuk individuals to have your own self belief of what you are capable of doing so. menanam keyakinan diri yang kita mampu nak berdiri on our own two feet. sangat banyak lah jika nak dihurai. tentang kisah heroin dengan ex-tunang dia yang digelar sebagai price tag. haa, ni kena tengok sendiri ok? panjang sangat nak hurai.

dan juga, suka part bila rancho kata dekat virus yang dia akan develop satu invention untuk menjimatkan kuasa elektrik terutama pada perayaan perkahwinan. dan dia janji akan namakan invention dia bersempena nama pengetua dia. dan dia kotakan janji dia! dia invent alat tu dan namakan sebagai virus. dan invention ni, dia guna masa nak selamatkan anak virus, muna yang tengah sakit nak bersalin (masa ni hujan malam turun lebat, habis banjir semua tempat dan ambulance could not reach to their place). haa.. part ni pula adalah sangat touching ye. sila tengok dengan teliti. dan macam mana tingginya self belief yang ada pada rancho dengan trademark dia 'all izzz weell @ all is well" dia berani nak sambut baby tu. sampai basah 3 tuala tengok part ni taw. haha. tipu je, yang pasti nya menitik la juga air mata.

5. FAMILY VALUE
yang ni basically refer pada culture masyarakat india. tentang kasta. tentang apa yang mereka faham. tak nak ulas panjang sangat bab ni, khuatir tersalah sebut. tengok dan faham sendiri lah ye. tapi nak kata nya, kagum lah dengan semangat kekeluargaan mereka yang masih menebal gitu. :)

sebenarnya banyak lagi boleh cerita dan dibuat critical literacy @ analysis daripada film ni. tapi saya kena stop dulu lah. awan yang memang dah mendung dan hitam tu buat saya tak sedar rupanya dah nak masuk maghrib.

encik A dah merajuk dengan saya. nak gi jumpa dia lah. huhu. post kali ni pon panjang semacam je. if ni adalah encik A yang perlu saya dandan sebanyak 2000 words tu kan bahagia. haha. melampau. tapi kira ok lah ni, buat review sambil mengubat kekecewaan tengok Lagenda Budak Setan. huhu. ok lah, selamat berjuang semua!

3 IDIOTS
3 [I] [D]o [I]t [O]n-my-own [T]erms!

Tuesday, September 14, 2010

SAPA RAYA, PERGI RAMADHAN

salam alaik..

jeng jeng jeng.. kejap je blog ni idle ye. hehe. tak dapat nak kawal diri daripada nak tulis sesuatu kat sini. one thoughtful and meaningful experience once in a lifetime inshaallah nak share dan dikenang.

nak tahu tak? (tak tahu! orang tu jawab) hehe. saya dah mula merepek. ni nak bagitahu lah ni awak nye. raya saya tahun ni lain lagi. tanpa keluarga dan orang-orang tersayang di sisi. dan ditambah lagi, pengalaman beraya dikala tuntutan masa terpaksa mengutamakan presentation untuk assessment berbanding pergi solat jemaah raya dengan kawan-kawan yang lain. saya tak sempat nak taip semula panjang-panjang, ni saya copy paste balik comment saya dalam fb antara saya dengan farah. ;)

FARAH : bahan cerita yang banyak sangat buat anak2 didik tersayang dari alam masa depan. hihi. nak cerita la, pengalaman cikgu ni bersengkang tenaga, berkerah emosi, berkorban perasaan dan etc, untuk mendapatkan sekeping ijazah, lesen untuk mendidik mereka.

pilu sangat masa pagi raya, lepas takbir raya waktu solat jemaah suboh dengan kawan batch, lambai-lambai tata dekat diorang yang nak gi jemaah solat sunat raya. cik bedah ni? naik masuk bilik, buat last preparation untuk presentation jam 8 pagi. iron baju dan sarapan ala kadar. jam 7 pagi dah gi uni. l

epas je presentation lega (ini subjek agak mencabar dan berat) terus rasa lega yang amat. alhamdulillah. huhu.
terus habis kelas keluar sambil nyanyi lagu raya, takbir raya tepi jalan sambil jalan kaki balik rumah. dari luar orang nampak happy, dalam hati, huish ALLAH saja yang tahu. moga perang emosi ni diterima olehNYA. :)

sambung lagi cerita, balik rumah, google khutbah raya dekat u-tube. lepas solat sunat raya sendiri, dengar khutbah dari u-tube (mmg lah hukum nya sunat, tapi feel kemenangan tak lengkap tak dengar khutbah). sambil syok dengar khutbah, hujan pon turun macam faham je apa rasa dalam hati. huhu. lepas tu tunggu kawan-kawan lain balik dari solat, lepas solat jumaat terus gi open house. dan sabtu ahad duk sibuk dengan open house juga. hihi. alhamdulillah, tak sempat nak rasa touching2 terharu ni sebab sibuk melayan kerenah kawan2 dan family2 malaysian yang ada dekat sini.

tipu la nak cakap tak ingat langsung kat family dan orang2 tersayang dekat malaysia sana. time senyap, mula la fikiran ni duk melayang ke sana. tambah lagi susah nak calling2. huhu. takpe2, raya next year dah ada di malaysia. inshaallah.


dan most importantly, bahan cerita tentang ramadhan. farah, ramadhan aku kali ni rasa lain. sangat lain berbanding last year. alhamdulillah. happy sangat dengan ramadhan kali ni. tapi sangat sebak bila khamis malam jumaat tu tahu esoknya dah raya. entah. sebak sangat la. first time ada perasaan macam ni bila faham pada pengertian ramadhan bulan pengampunan dan bulan keberkatan.rasa macam tak fully utilised lagi ramadhan ni. semoga masih ada kesempatan buat kita untuk the next coming ramadhan inshaallah.


dua tiga kali lepas approve comment ni untuk farah, saya macam rasa tak percaya saya yang taip semua tu. huish. time time duduk sorang-sorang macam ni (tengah offtask daripada berchenta dengan encik A) mula lah saya menerawang teringat Malaysia. rupanya memang mencabar. selama dari raya pertama sampai hari ni dah raya ke-5, saya bergelak tawa dengan kawan-kawan dekat sini, bersapa melayan mesra tetamu yang bertandang waktu open house hari tu. rupa-rupanya ada juga sendu dalam hati ni ye.

persoalannya, sendu saya untuk apa ye. hurm. satu, sendu pada mengingatkan orang-orang tersayang dan tercinta di Malaysia. kedua, sendu pada perginya Ramadhan. terasa tak terisi dengan sepenuhnya. allahu allah, moga masih ada kesempatan untuk the next ramadhan buat saya dan anda.luar nampak keras, dalam sudah rapuh!

p/s: jumaat ni EXAM! huhu. doakan ye kawan-kawan dan selamat beraya dalam sisa baki cuti yang masih ada. :)

Tuesday, September 7, 2010

IDLE

salam alaik semuanya..

serasanya blog ni akan 'idle' buat beberapa ketika dek kengkangan kesibukan tuan badan yang terlampau rasanya. tak banyak masa untuk diluangkan depan ni nak menulis satu persatu. padahal masa tengah berjalan balik dari universiti, masa tengah discussion, ada saja yang ALLAH trigger kan untuk share. huhu. afwan. inshaallah sampai suatu masa nanti, blog ni akan kembali aktif. :)

ni update siket apa yang saya busy kebelakangan ni:

09 sept = microteaching presentation CLB006
10 sept = microteaching presentation CLB 446 (malaysia raya kan hari ni? huhu)
11 sept = HARI RAYA AUSTRALIA!
16 sept = comparative curriculum presentation
17 sept = peer review CLB446 [EXAM!!!!!]
23 sept = analysis paper CLB006
27 sept - 03 oct = canberra
08 oct = analytical paper comparative curriculum
12 oct = resource development paper and presentation
25 oct - 12 nov = EXAM WEEK! [EXAM CLB006]
17 nov - 24 nov = BRISBANE TOUR!

rasanya banyak lagi yang bakal berlaku. tapi ni yang official nye aja. huhu. jadi dah terjawab ye pada rakan-rakan yang pelik dengan kediaman saya beberapa ketika ni dan akan datang? ;)

ramadhan semakin meninggalkan kita. alhamdulillah ramadhan tahun ni terasa lebih tersusun hidup. lebih meriah dan lebih bermakna. alhamdulillah bersyukur padaNYA.

raya yang makin mendatang tak terasa sangat pun. sampai last weekend baru tersedar, eh dah nak raya? sibuk nye lah hidup dengan tuntutan duniawi. apa pun, this raya gonna be like previous raya. status bila raya akan jadi uncertain lagi dek sistem yang digunakan berbeza. di Malaysia mungkin akan beraya pada hari Jumaat, tapi di sini mungkin akan beraya hari Jumaat atau Sabtu. itu di Brisbane saja lah. di Adelaide dan Sydney mungkin berbeza. allahu'alam.

ish ish ish.. rasanya ni entry macam rojak je. semua benda nak campur. huhu. counting days to finally be back home for good inshaallah. :)

dekat rumah ada kucing baru, namanya KIKI. kiki kawan baru toy. huhu. tiap-tiap kali telefon umi, umi duk cerita kiki kacau umi buat kerja. umi nak buat kerja pun kena tunggu kiki tidur dulu. "aik? bunyi macam ada anak kecil je pula umi? hehehehe" faham je sebenarnya perasaan umi dan abuya, anak-anak semua tak de dekat rumah. tinggal kucing lah tempat nak main-main dan bersembang. sabar ye. tinggal tak lama je lagi akak nak balik dah ni. inshaallah. :)

apa lagi nak cerita? haaa.. semua nak sumbat sebelum betul-betul blog ni akan jadi idle. hoho.tak tercapai di akal lah pula. haish entah la. mixed feeling pula.

apa pun, doakan kami di sini ya. dan rakan-rakan saya di christchurch. kasihan mereka yang trauma dengan musibah earthquake yang melanda. terasa ngeri pula tengok berita. somehow the other side of me bersyukur sebab masa ke christchurch hari tu tak de apa-apa yang tak elok jadi. semoga perlindungan ALLAH bersama kalian. :)

ok lah, itu saja kot nak bebel. dah panjang benar ni. saya rindu sangat dekat kawan-kawan saya. yang selalu saya contact guna internet ni.

naqiah = all the best dengan bisnes awak ye! saya bangga sangat dengan semangat awak. :)
farah = huit, ni pon busy juga ni. sama-sama dah masuk final year. kena kerja kuat siket kan? ;)
noen = yang ni ada dekat malaysia nak celebrate raya kan? huish jeles2. hihi. saya rindu kamu.
aisyah = si darah manis. pasti sibuk nak prepare untuk akad this coming saturday kan? barakallahuma buat kamu dan bakal suami. sorry tak dapat hadir. dari sekolah rendah kita kawan, dan kamu mahu kita ada untuk big day kamu tapi kita tak mampu. kita doakan kamu bahagia dunia akhirat. ameen. am too happy for you my dear. :)
enal = adik comel~! yong tahu kamu kuat. teruskan kehidupan dengan positive mind ye. inshaallah we can survive. doakan yong sama ye. huhu
fairuz (yong) = teman selalu aje jenguk blog kamu. apa pun terima kasih berkawan dengan kita ye. ada izin nak gi kampar lagi. hihi.

aish, rasa macam ada lagi nak senarai. tapi dah lewat malam ni. kena tidur dulu. nanti lambat pula sahur. hee. untuk yang lain-lain, selamat maju jaya dengan apa jua yang sedang kamu usahakan. dan di kesempatan ini juga, nak menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon maaf atas semua salah silap saya sepanjang kita berkenalan samada sengaja atau tidak. dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. moga ramadhan kali ni bawa seribu satu pengertian buat kita. saya sudah jumpa, anda macam mana? ;)

p/s : tolong jangan tanya tahun ni tak balik raya ke? sebab saya memang tak balik raya punya lah. huhu.

p/s/s : sekadar mahu mencatit di sini sebagai kenangan. alhamdulillah, sesuatu yang saya pendam hampir 4 tahun lamanya akhirnya terlerai juga. lega rasa hati dan kembali terfokus hidup. moga kebahagiaan milik pada yang berhak, dan kita semua berhak untuk mengecapinya. :)


sayonara semuanya.

status : IDLE.