Monday, May 31, 2010

PALESTINE!


Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Dalam kekalutan saya menyiapkan assignments yang berbaki lagi dua, petang saya dikejutkan dengan berita kekejaman pihak Israel yang telah menyerang kapal Marvi Marmara dalam Misi Lifeline keamanan ke Gaza. Update terkini seramai 19 orang yang telah syahid dan puluhan yang lain cedera. Allahuakbar.

Rasa sangat sakit hati dengan tindakan kejam tidak berperikemanusian dan buta hati Israel. Sangat sangat sakit hati!

Terkesan dengan kata-kata isteri kepada salah seorang sukarelawan, Nor Dalilah Abdul Halim, berkata suaminya Abd Halim Mohamed Redzuan sempat menyampaikan wasiat kepadanya supaya membiarkan jasadnya berada di Gaza jika beliau terkorban dalam misi bantuan itu.

“Suami ada berpesan sebelum pergi ke sana supaya jangan dibawa pulang mayatnya jika beliau terkorban, " katanya dengan nada sebak. [Berita Harian, Jun 1, 2010]

Sungguh syahid menjadi impian mereka semua. Kita?

Ya ALLAH, ENGKAU lindungi lah saudara muslimin kami dalam perjuangan mereka di sana. yang cintakan keamanan. menegakkan panji syiar mu ya ALLAH!

Serasa baru lagi saja bersiaran langsung melalui Skype dengan ketua misi keamanan dari Malaysia, Saudara Noorazman Mohd Samsudin tempoh hari sewaktu kuliah Palestin di University of Queensland. Kami semua bertampal plaster sebagai tanda sokongan terhadap misi. Doa kami iringkan bersama. Memahami pergolakan dan sejarah Palestin.

Sekarang dunia digemparkan dengan berita kekejaman pihak Israel terkutuk yang dijanjikan laknat oleh ALLAH!

Saudara seiman dan saudara yang mencintakan keamanan, buat kita yang tiada sama dalam perjuangan syahid ini, mari sama-sama kita doakan keselamatan para muslimin, saudara seiman kita juga buat saudara yang cintakan keamanan yang turut bersama dalam misi ini. Ini kudrat dan kesepaduan kita bersama. Moga perjalanan dan syiar ini terbela, dilindungi ALLAH. Moga mereka kuat! Moga mereka cekal! Moga mereka tabah! Sungguh mereka adalah yang terpilih dalam kalangan yang terpilih. Moga syurga yang dijanjikan bersama kalian. Insyaallah. Ameen. Allahuakbar!

Jangan kita lemah, walau kita tidak bersama dalam medan itu. Ingat! Doa itu senjata kita bagi orang mukmin! Bangun Bangun Bangun! Doakan mereka. Itu usaha kita bersama atas nama ISLAM yang cintakan keamanan juga bersama dalam memperteguhkan keimanan kita seluruh alam.

AYUH BANGKIT SAUDARA KU!!!!!

MOGA KEMENANGAN MENJADI MILIK KITA

video

Saturday, May 29, 2010

MALAM SABTU

life must go on.. and I believe that. menerima ketentuan ALLAH dan meneruskan kehidupan mempersiapkan kematian diri sendiri yang akan mendatang. insyaallah. terima kasih semua yang memberi ucapan kata semangat dan terima kasih juga pada cohortmates yang buat bacaan tahlil beramia-ramai. alhamdulillah. :)

*************************
sebenarnya sepatotnya saya dah tak da masa nak berblogging. sebab terlalu banyak perkara @ assignments yang perlu diselesaikan gara-gara kerja-kerja saya yang tergendala selama beberapa tempoh hari. tapi rasa nak cerita juga dekat sini apa yang jadi malam sabtu.

al-kisahnya, dalam kekusyukan mengadap incik eseimen, tiba-tiba enfon no malaysia saya berdering. ada no telefon dari utara. saya yang terkejut masa tu sebab keseorangan tak fikir panjang melainkan fikir mungkin itu panggilan dari ahli keluarga. terus saya telefon semula guna no aussie saya. sebaik panggilan disambut, terus kedengaran suara seorang makcik yang membahasakan dirinya sebagai tok. saya? berderau darah mulanya, eh masa bila pula tok boleh call ni? dah terkebil-kebil sorang-sorang. suara pon hampir mirip atau mungkin imaginasi saya barangkali. lepas beberapa ayat, saya pon khabarkan yang saya sekarang telefon dari australia. makcik mungkin tersalah nombor. reaksi makcik terkejut dan tak sangka, kerana katanya dia mahu menelefon anak nya yang bekerja di pulau pinang. tapi macam mana boleh sampai sini. saya kata tak apa la makcik, makcik tersilap tekan mana-mana nombor kot? yang paling tak tahan, boleh pula jadi sesi berkenalan antara saya dan makcik tersebut. comel la makcik ni. berulang kali minta maaf pada saya. saya kata tak apa, biasa lah itu. makcik2. tersenyum saya dibuatnya.

tidak lama selepas tu. berdering sekali lagi no malaysia saya. kali ni, mata saya membulat, jantung saya berdegup pantas.

lakonan apakah ini?

macam mana no malaysia saya boleh telefon semula no malaysia saya?????????

terkebil saya sorang-sorang. pandang kiri kanan. macam mana boleh jadi macam ni? saya pon telefon kembali no sendiri tapi tak boleh reach pula. selalunya boleh. kemudian minta tolong sorang housemate untuk dailkan no saya tu. mula-mula tak dapat. dan sekali bila dapat ada suara orang di talian sana. eh?

macam mana boleh jadi macam ni? tak kan pisang nak berbuah kali ketiga kot? sebelum ni no mak saya yang jadi hal. tak kan sekarang no saya? kawan saya kata mungkin syarikat telekomunikasi terbabit dah recycle no saya sekarang.

saya kata mana bisa mungkin dong! saya dah upgrade plan no saya ni walaupon ianya hanyalah prepaid. saya dah siap-siap upgrade untuk tahan kredit sampai 2 tahun. credit balance pon ada lagi rm40 lebih. ini tidak bisa mungkin jadi!

itu je nak cerita. geram juga tambah pelik. tapi malas nak fikir sangat sekarang. jadi saya tulis dulu dekat sini. nanti dah habis kerja baru saya sambung balik. ada ke orang mcm saya ni? mesti la ada. layan kan aje la.

sebab saya sangat sangat sayang no yang ini. no ni saya guna dari zaman sekolah menengah sampai sekarang. terlalu banyak kenangan.

apa pon selamat maju jaya kawan-kawan! :)


Monday, May 24, 2010

PERGI JUA

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Segala kekuatan saya kumpulkan untuk akhirnya menaipkan entry ini..

Akhirnya .. nenek yang saya sayang pergi jua.. menghadap Rabb nya, bertemu Pencipta nya, Yang Abadi.

Semalam, saya bangun pagi dengan gerak hati yang sangat rasa tak best. Apatah lagi malam sebelum nya susah sangat untuk saya melelapkan mata. Tengok jam masih awal lagi untuk telefon umi di sana.

Duduk bertenang sebentar, kemudian saya ternampak satu post di wall facebook maksu saya. [ucapan takziah buat arwah mak mentua umi saya]. Saya tak tercapai di akal, jika mak mentua umi saya, bermakna itu lah nenek saya bukan? Terus saya YM si pengirim, tapi aduhai, masih lagi belum subuh ketika itu, masakan dia akan reply.

Lantas, saya capai telefon dan terus telefon umi. Saat salam dihulur, getar suara saya dah bertukar, begitu jua umi. Kata umi, umi baru saja nak telefon saya. Umi pinta saya sabar. Sunguh Allah itu lebih kasih pada nenek yang kami sayangi. Nenek atau panggilan saya padanya adalah tok, telah selamat kembali ke rahmatullah saat tirai malam isnin diselak.

Sebak dan sayu hati saya, air mata turun berlinangan. Terngiang-ngiang kata-kata arwah tok, sebelum saya berlepas ke Australia, "kakak belajaq la elok-elok. tok ni tak taw la sat lagi hang balik ada lagi ka tak. tok pon dah tak lama". Macam yang saya cerita sebelum ni, reaksi saya sebelum ni, saya akan senyum macam kerang busuk je dengar kata-kata arwah tok. Kini katanya menjadi kenyataan.

Sungguh hati saya belajar menjadi redha. Menjadi kuat sekuat arwah tok sewaktu arwah tokwan pergi meninggalkan kami pada 2008.

Jika orang tanya kenapa saya sangat sedih dengan pemergian arwah tok, jawapannya adalah kerana saya lah cucu tunggal perempuan dalam keluarga. Maka saya sangat rapat dengan tok dengan cara kami yang tersendiri. Arwah tok adalah sangat sporting dan supportive kepada saya. Dia juga adalah kawan saya. Banyak perihal saya yang tok tahu, walaupon tok adakalanya nampak tegas, tapi hati tok penyayang. Tok susah hati bila cucu perempuannya ni nakal, asyik nak lasak. Sehingga saya mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti lasak atau tidak terlibat lagi, baru lah tok tersenyum kelegaan. Selain itu, tumpuan yang tok beri pada saya, mendidik saya untuk benar-benar jadi 'perempuan' akan saya kenang sampai bila-bila. Segala resipi dan petua-petua yang arwah tok dah turunkan saya akan cuba ingati dan praktiskan.

Juga, semangat tok untuk beribadah saat ajalnya kian menjelma pasti kan saya teladani. Sama sifatnya seperti arwah tokwan dulu. Masa saya pulang bercuti ke Malaysia hujung tahun lalu, saya tidur dengan tok. Tok yang ketika itu sudah tidak berapa sihat masih lagi gagah untuk bangun qiam. Tok sangat kuat melawan kata nafsunya. telus melakukan ibadahnya. Sungguh didikan arwah tokwan berkesan dengan baik pada tok, meski tokwan ketika itu sudah setahun meninggalkan kami.

Kini, tiada lagi gurauan dari tok. tiada lagi sembang-sembang santai dengan tok. tiada lagi kari giling dari tok. tiada lagi sambal belacan terbaik dari tok. semuanya sudah tiada lagi, terkubur bersama.

Saat akhir saya bercakap dengan tok, bila saya telefon tok ketika di wad. Saya pesan pada tok untuk makan dan jaga diri baik-baik. tunggu saya pulang. Tok kata ya, tok akan jaga diri. Ternyata tok tidak mampu menunggu, saat ajal datang menjemput. Tiada mampu melawan ketentuanNYA.

Sungguh saya redha. Saya telah mempersiapkan mental. Namun emosi saya carik sebentar semalam. Air mata turun bergelinangan. Rasa ralat tidak bersama keluarga di Malaysia menguruskan arwah. Satu-satunya tok yang tidak saya uruskan dengan tangan saya. Tidak saya dakap, tidak saya cium, tidak saya mandikan, tidak saya hantarkan hingga ke pusara, dan tidak saya tatap buat kali terakhir.

Kini, saya menjadi seorang cucu tanpa dua orang atok dan dua orang nenek nya. Tinggal lah kami generasi yang di bawah untuk meneruskan ajaran dan didikan yang diberi. Arwah tokwan-tokwan dan arwah opah dan tok telah mempersiapkan kami dengan bekalan agama yang secukupnya. Moga rahmat kehidupan kalian di sana. Cucu sayang pada kalian!

Tok akhirnya pergi jua.. bertemu Pencipta.. juga bidadara yang dirindui.. arwah tokwan di sana. Moga tok tenang dalam persemadian tok.

Kakak sayang tok.

al- Fatihah. [24 May 2010]























: terima kasih buat semuanya, rakan-rakan dan teman serumah, maksu dan ahli keluarga yang lain, memberi semangat pada saya di sini. buat para pensyarah juga, meski mereka bukan seagama, namun hati mereka baik dan memahami, moga pintuNYA terbuka suatu hari nanti. terima kasih semuanya. dan terima kasih ALLAH memilih ku untuk melalui ujian MU ini. :

Tuesday, May 18, 2010

WERK

untuk seorang wanita lah
yang adakalanya keliru
asalnya johor bharu
atau pun kuala pilah

tak mau off-task lama-lama ya
mari berusaha
untuk dua minggu yang sisa

alhamdulillah tok saya dah discharge dari ward. lega rasa. boleh focus sekarang.

Sunday, May 9, 2010

KERANA GERAK HATI

kerana gerak hati..

maka saya nukilkan 'surat' ini..


assalamualaikum tokwan,

apa khabar tokwan? moga tokwan bahagia di sana. memerhati kami di sini. tokwan tahu yang kami semua sangat sayang kan tokwan. tokwan, akak tak tahu pada siapa boleh akak luahkan selepas mengadu sungguh-sungguh pada ALLAH.

tokwan, dua tiga hari sebelum ni, akak selalu mimpikan tok. macam-macam mimpi yang datang. sampaikan satu pagi ni, akak bangun tidur rasa nak menangis mimpikan tok. dua tiga hari juga hati akak tak sedap tokwan. roommate pujuk insyaallah tak ada apa-apa, nanti boleh lah telefon family dekat kampung. akak pon ok aja. dalam hati, hanya ALLAH yang tahu. selalu sangat duk terbayang tok kata, " tak tahu lah akak ni sempat tak lagi tengok tok sebelum akak blk sini". tipu kalo akak cakap akak tak nanges tokwan. depan tok akak senyum aja, pujuk tok tak ape, tok jaga lah diri elok-elok nanti akak balik, nak tunjuk ijazah akak ni. pada masa sama dalam hati, macam ribut taufan tsunami.

sebabkan gerak hati yang tak berapa best dua tiga hari ini, hari ni akak telefon umi. mula-mula telefon umi dengan niat lain. tambah lagi hari ni kat mother's day. selalu kita buat makan-makan bila kumpul ramai kat kampung kan tokwan? mesti tokwan ingat lagi betapa gembiranya kita waktu tu.

nak jadi cerita, masa telefon tadi, akak dah pelik nape umi cakap macam bisik-bisik. suara nak kuar tak kuar je. akhirnya umi bagi tahu juga tok kena admitted ward, da beberapa hari. yes! ternyata ALLAH gerak kan hati akak tokwan. masa tu juga, dengar suara pakngah kat belakang. umi kata tok cuma tak lalu makan je, jadi mungkin sebab tu datang effect pada sakit jantung tok. wallahuallam.. mesti tok rindu kat tokwan kan. akak pon rindu juga pada tokwan.

alhamdulillah tadi masa telefon, tok dah sedar. sempat la akak cakap sekejap dengan tok. akak kata kat tok, " tok, makan taw. jaga kesihatan elok-elok. nanti akak balik taw." akak tak mampu nak tahan getar suara akak tokwan. akak cakap sekejap saja. dengar suara tok sangat lemah. tapi akak boleh bayang tok masih gagah lagi untuk tersenyum. sama macam tokwan, suatu waktu dulu..

lepas akak suruh tok rehat, terus pakngah cakap ngan akak. mula-mula pakngah buat lawak. tanya dah makan belum. tanya tentang MM. tapi akak dah tak kesah semua tu. kali ni pakngah usik akak dah tak boleh nak ketawa da. dengan pakngah akak memang dah tak sembunyi da. terkuar juga air mata ni tokwan. pakngah pujuk kata tok ok la tu nanti. ye, akkak pon doa yang sama.

tokwan, akak tahu dan akak sedar. ini ujian ALLAH untuk akak dan keluarga kita. selepas empat kali kehilangan orang-orang yang akak sayang. akak belajar erti redha. akak cuba untuk terima apa yang akan mendatang.

tipu kalau cakap akak tak sedih. akak jauh dari keluarga sekarang. tak ada apa yang mampu akak nak buat melainkan doa dan doa dan doa. tokwan, semoga tokwan dapat juga buah doa dari akak dan keluarga di sini.

apa pon yang akan menjadi, untuk kali yang kelima ini. akak harap akak dah bersedia dan akak kuat. insyaallah. andai masanya tiba untuk tok pergi menemani tokwan di 'atas' sana. akak akan sentiasa doa untuk tok dan tokwan. sebab akak sayang tok dan tokwan.

untuk tok, andai tok dengar rintihan cucu tok ni. bertabah tok! akak tahu tok kuat semangat. insyaallah.

salam sayang dari bumi australia.
untuk tokwan di 'atas' sana
dan tok yang sedang berjuang di sini

alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH kerana menghadiah kan ku gerak hati ini.