saya sangat blur atau dalam erti kata lain, otak saya buntu untuk memulakan entry kali ni. bila sudah tules tajuk, rasa banyak sangat nak cerita. tapi tiba-tiba blur. hee. saya terus masuk isi saja lah ya.
ini entry yang saya janjikan untuk farah dan naqiah.
al-kisahnya.. hari ini, selepas selesai kelas petang, saya ke Chermside mahu mengambil barang di sana. tempat ni adalah 3 zon daripada rumah saya. maka ke sana lah saya berseorangan pada permulaan nya.
namun begitu, bila sampai saja tempat tu, barang yang nak dibawa tu terlalu banyak. satu troli shopping market. tak mungkin saya boleh heret bawa balik sorang. makanya, saya me'rekrut' seorang teman.
semasa perjalanan pulang, ketika di bus stop....
saya sedang bercakap di telefon manakala kawan saya memerhatikan bus yang datang. tiba-tiba saya dengar kawan saya menjerit. lantas saya memalingkan muka dan saat itu.. bersepai telur di atas lantai. terkena kasut saya [kasut yang saya sangat sangat sayang, dah setahun lebih saya pakai kasut ni ulang alik ke kelas dan universiti] dan memercik juga telor tadi ke seluar dan baju. mungkin tudung juga. wallahualam. [masa basuh baju ada tompok-tompok]
saya terjerit kecil kerana terkejut yang amat sangat. dalam hati tak putus-putus saya istighfar sebab masa ni saya da siap dengan kuda-kuda silat saya dah. bila saya pandang ke arah jalan, sebuah kereta dengan beberapa orang lelaki muda di dalamnya berteriak kegirangan setelah berjaya melakukan aksi lontaran telur terbaik kepada kami, terutamanya saya.. kerana saya yang bertudung di situ.
sepantas kilat, kawan saya minta saya berdiri di belakang bus stop. masyaallah perasaan saya ketika itu, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. sebak hati saya, sarat dengan pelbagai perasaan namun masih pantas saya baca kalimahNYA yang bisa meredakan gelora di hati. berdoa semoga ALLAH mempermudahkan urusan perjalanan kami pulang ke rumah.
tidak lama selepas itu, bus yang dinantikan tiba dan kami mula bergerak ke arah city. sepatotnya kami perlu berhenti di city dan tukar bus laen. namun dengan kuasa ALLAH, subhanaallah, bus yang kami naiki sambung perjalanan ke arah rumah. alhamdulillah, hati saya tidak putus-putus bersyukur.. ALLAH benar-benar membantu kami. kami tak perlu turun di city dan berkemungkinan menghadapi apa-apa bahaya lagi.
dalam perjalan di atas bus, sempat saya muhasabah berfikir dan laju sahaja air mata turun mengalir. [mujur duduk sorang-sorang masa ni]. betapa ALLAH sangat baik. ALLAH MAHA BAIK! sampai ke rumah, saat sudah hendak melelapkan mata pon, air mata ni tak nak berhenti mengalir.
sebagai manusia, pengalaman dibaling telur ini bisa saja mengundang kemarahan tahap dragonball dan membuatkan saya hilang pertimbangan ketika itu. saya tidak kacau sesiapa, masakan saya dibaling telur sebegitu.. hanya kerana saya bertudung.. dan saya muslim?
namun memikirkan saya sebagai muslim, saya sangat teramat bersyukur dan berterima kasih pada ALLAH kerana menghadiahkan pengalaman yang sangat tak ternilai ini buat saya dan sahabat. selama ni saya selalu saja dengar cerita daripada seniors --- ditarik tudung, dibaling telor, diselak jubah, diejek-ejek dan dimaki hamun [owh yang ini saya sudah biasa, sampai da lali]. tapi pengalaman dibaling telor ini adalah yang pertama kali.
ya.. bila dah kena pada batang hidung sendiri baru lah tahu apa perasaan nya. betapa saya pegang kuat tudung ketika itu. berdoa pada ALLAH kuatkan hati dan iman saya. moga ujian ini tidak membawa saya ke lembah kehinaan. mungkin sebagai outsider yang hanya mendengar kisah sebegini sebelum ini, impaknya adalah minima kepada saya. tetapi kali ni impaknya adalah sangat besar. sangat besar.
sahabiah, doakan saya dan muslimah yang lain di sini dan di mana saja komuniti kita berada yang mana muslimahnya sering dihina dan ditindas. doakan kami kuat. doakan kita. syukran atas semangat yang dipinjamkan daripada sahabat-sahabat.
pesan sahabat saya, doakan juga buat orang-orang yang 'kurang tamadun' nya ini, agar dibukakan hati dan moga mendapat petunjuk dariNYA. insyaallah.
*ini hanya lah permulaan*
ALLAHUAKBAR!
8 comments:
be'ton....
berair mate ni bace entry be'ton ni..
susah eh duk overseas dgn masyarakat yg tak ske orang2 islam nih..
sampai kene caci maki hamun baling telur sume tu..
ishh...dasyat nye...
hmmm...tabahkan hati tu ye be'ton?
sume bende ade hikmah...insya-Allah..
tabahkan hati ye biyat..
be'ton,,
meremang bulu roma aposh bace...
betol ke maki hamun tue sume penah kene? cite la...
tp tahniah la beton, sbb maseh berpegang teguh pada Allah...
semuge satu hari aposh dpt jd sekuat beton jugee.. =)
banyakkan berdoa agar iman kite tetap di paksiNya. betol2, jom berdoa utk mereka2 yg tak mahu mengenal nikmat agama kite nie..moga Allah buka pintu hati mereka dan berjuang bersama2 kite pulak...
pesanan penaja : pasni jalan biar satu gerombolan yerk..macam rombongan cik kiah masuk kg..hehehe..sokong nasihat MM ko gak..hahahaha...
kema : thanks kema utk smgt tu. insyaallah. together we ll b strong ya. >:D<
kema jgn nanges byk2 taw. hee. doakan kami di sini.
x ramai org yg mcm tu. kebiasaan nya org yg x berpelajaran atau skeptikal dgn agama kita je bertindak mcm tu.
lily : thanks dear. :) do pray for us here. n muslimah yg laen. insyaallah
aposh : maki hamun tu da lazim da aposh. tp bukan semua org yg macam tu. kena pngl dgn mcm2 gelaran pon da penah. hee. insyaallah bila diuji mcm ni, wat kita fikir dan usaha lg utk kuatkan keyakinan diri.
i m not dat strong either. byk lg empty rooms utk diperbaiki.
insyaallah aposh, my prayers akn slalu ade utk kwn2 betone. b strong ye dear. :)
farah : i do appreciate ur comment. alhamdulillahm thnks sweetie..tq juga utk ym tu. huhu
tp part pesanan penaja bikin daku tersengih2 sorang2. haha. thnks anyway. sgt sayang pd kamu. ngee
Post a Comment