selama sudah hampir 4 minggu semester ni, saya sering terperasan seorang student yang akan duduk di barisan hadapan setiap kali lecture teaching students with learning disabilities. [awak akan selalu dengar saya sebut subjek ni untuk semester ni]. hehe.
saya tertanya-tanya kenapa dia begitu semangat duduk di hadapan, sedangkan hendak dibandingkan dengan local students yang lain, pakat-pakat nak duduk di barisan belakang di dalam lecture hall. saya beranggapan bahawa dia mahu excellent maka dia mengambil inisiatif sebegini. ye la, duduk depan, dapat dengar dengan jelas apa yang pensyarah sampaikan dalam lecture bukan? sebab itu kami, [6 orang malaysian students adalah antara penghuni kerusi depan dalam lecture. sebab sebagai ESL students, saya percaya kami perlukan fokus yang lebih berbanding native students].
ow ye, anda mungkin tertanya-tanya lagi kenapa saya pelik sangat dengan student ni bukan? sebab lagi satu yang memusykilkan saya kerana dia akan duduk sorang saja di kerusi hadapan, dan lebih hadapan daripada kami. [^o^]
dipendekkan cerita, hari ini, saya duduk betul-betul di barisan hadapan belakang dia. semasa lecture pula, saya perhatikan ada sesuatu di dalam telinga dia. saya sangkakan ada binatang atau apa saja. jadi, sebelum tegor saya perhatikan, dalam telinganya ada alat untuk orang yang ada hearing impairment. [huish, kantoi saya off task sekejap masa lecture. hehe]. dan pada suatu masa ni, dia membetulkan alat pendengaran nya. owh ya, alat yang ada dalam telinga dia ni, tak ada wayar-wayar yang macam kita selalu tengok orang lain pakai ye. memang jika tengok secara kasar, awak tak akan perasan juga. sama macam saya pada mulanya. hehe.
makanya, persoalan saya yang sebenarnya tak berapa berat dah pon terjawab. dia ini punya hearing impairment. no wonder dalam lecture kadang-kadang dia memberi response atau ketawa dengan agak kuat. observant kah saya? hehe.
pengajaran penulisan kali ni : bersyukur dengan setiap nikmat yang kita ada. nikmat yang ALLAH 'pinjamkan' untuk kita survive atas muka bumi ni. menjadi kurang upaya pula bukan bermakna kita tidak boleh berjaya, kita boleh jika kita usaha! apatah lagi orang yang normal, harus berusaha dan memanfaatkan sebaik mungkin 'kesempurnaan yang dipinjamkan untuk kita'. sememangnya saya selalu kagum lihat ramai students OKU di universiti sini, yang bersungguh mengejar matlamat mereka. dan layanan yang diberikan pada orang-orang ini sangat bagus. tidak kira di mana mereka berada.
kerana kita semua ciptaanNYA.. maka tiada siapa yang lebih kuasa atau hebat melainkan ALLAH Yang Maha Pencipta dan Maha Kuat.
[^_^]v
No comments:
Post a Comment