few days ago, terbaca kan tafsiran ni:
ma ja'allah lirajulin min qalbani fi jaufih
[ Allah tidak sekali-sekali menjadikan seseorang
mempunyai dua hati dalam rongga dadanya: al-ahzab]
hari ni masa ucap tahniah pada sahabat yang baru bertunang cuti hari tu, ada la kawan yang menyakat.
"haa lepas ni dua hati da bercantum menjadi satu. semoga lagi kuat la kan!" :)
tapi kawan saya jawab, "eh mana ada, hati tetap akan menjadi dua." :)
dan saya di tengah-tengah kawan tersenyum dengan jawapan dia dan terus teringat ayat Allah ini. hurm, betul la ayat ni bila difikir-fikirkan balik. cinta yang ada dalam hati hanya milik mutlak untuk Dia saja.
kehadiran manusia untuk disayangi sebagai memenuhi tuntutan fitrah tu sepatutnya menguatkan lagi hati-hati yang dah bersatu atas jalan Nya yang halal untuk lebih menambahkan ketaatan dan meningkatkan tahap kecintaan dan keimanan kepadaNya.
makanya, berserahlah pada Allah dalam urusan jodohmu dan berharaplah semoga kamu dikurniakan insan yang dapat sama menguatkan ketaqwaan dalam hidup ni. bukan senang tu kan?
diri sendiri dulu kena tahu matlamat hidup ni apa (2:30) (51:56). baru lah boleh jumpa orang yg punya matlamat sama. banyak lagi kerja tak settle ni. moga Dia beri keberkatan waktu dan urusan inshaallah.
pada hati yang kadangkala nya gundah gulana, tenanglah dikau dan yakinlah pertolongan Allah itu akan pasti tiba inshaallah.
(^___^)
1 comment:
sayang...
dah lama tak komen di sini...
ain nak kongsi kan satu doa
dari surah Ta-Ha...
ayat 29-35
“Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
“Iaitu Harun saudaraku;
“Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
“Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
“Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
“Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
“Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami”.
sahabat ain cakap
masa di sebut kan 'harun saudaraku'
masa tu kita doa kan nama orang yang kita nak berjuang sama-sama
indah kan...bila kita ingat Allah dengan orang yang kita sayang ^_^
Post a Comment