Wednesday, May 23, 2012

KEKUATAN ITU DATANG

Ini adalah entry yang ditulis dengan penuh rasa positif ya.

Entah di mana tapi yang pasti dari mana, kekuatan yang dirasakan sekarang itu datang. Berkeseorangan di perantauan bersama amanah di dalam 'rumah wanita', memangnya tidak mudah. Baru kini saya faham dan merasai sendiri apa yang sering diceritakan tentang kisah Aminah, Maryam, Siti Hajar yang dirahmati Allah. Tapi sangatlah pasti kisah saya langsung tak sampai tahap pengorbanan mereka walaupon 0.0001% dan ramai lagi mujahidah di luar sana yang mengandungkan anak mereka. Sesungguhnya kekuatan seorang ibu itu di saat Allah menghadiahkan anak di dalam rahim, maka Allah Maha Penyayang jualah yang menghadiahkan kekuatan tersebut.

Diakui, tempoh ini, sangat terasa getirnya bilamana terpaksa menghadapi morning sickness berseorangan, mendengar bebelan nurse tentang berat badan yang naik mendadak, hB yang turun mendadak dan macam-macam lah.Terpaksa membawa kereta sendiri bilamana kepala rasa terhuyung hayang dan kaki atau badan terlalu penat. Itu belum masuk kisah emosi lagi. Huhu. Tiada siapa yang dapat membantu ketika itu kecuali Allah! Maha Baik dan Penyayang kan? 

Memikirkan banyak lagi perkara, saya tak menyangka 2/3 perjalanan untuk bergelar seorang ibu sudah saya tempuhi dengan pinjaman kekuatan daripadaNya. Pada 1/3 perjalanan, saya mengalami morning sickness yang agak teruk, tapi Allah menghadirkan pertolongan dengan menetapkan saya untuk mengajar di sekolah pada waktu sesi petang. Pada 2/3 perjalanan, mengalami masalah penurunan selera makan yang agak kritikal. Tapi Allah bantu juga melengkapkan nutrisi saya dengan adanya insan-insan yang menghadiahkan buah kurma, kismis dan zauji sendiri membelikan air delima. Semua itu membantu memberi tenaga. Alhamdulillah. Dan baki 1/3 perjalanan, sudah mula merasai sakit belakang, sakit pinggang malah setiap pagi untuk bangun solat Suboh seorang diri itu adalah satu perjuangan untuk saya kerana kebiasaannya kaki akan sakit tidak dapat bangun berdiri berjalan di pagi hari. Tapi Allah juga yang bantu saya memberikan keselesaan pada saya untuk berehat tatkala badan sudah kelembikan pulang dari kerja.

Dan ... paling istimewa, kekuatan itu Allah datangkan dengan menghadirkan zauji yang penyayang dan sentiasa memberikan semangat meski kami berjauhan demi khidmat bakti kepada anak bangsa. Alhamdulillah. Juga kedua-dua keluarga yang sentiasa memberikan sokongan Alhamdulillah. Banyak sungguh nikmat dan kekuatan yang Allah pinjamkan buat saya menelesuri ujian yang dihadirkan ini. Moga saya dan zauj lulus jaya dan kelak kami dapat hidup bersama Inshaallah. Moga doa kalian yang membaca mengiringi perjuangan ini. :)

Konklusi penceritaan, ujian itu hadir bukan untuk menzalimi juga bukanlah atas hukuman dosa-dosa kita terdahulu, sebaliknya atas rahmat Allah dan kasihNya lah kita diberikan ujian agar diri melihat 'sesuatu' dan belajar menjadi hamba yang lebih baik dan taat padaNya serta mengakui kebesaran penciptaanNya Inshaallah. Teruskan mendoakan saya dan baby, moga kekuatan juga bersama kalian di saat ini walau bagaimana sekali pon bentuk ujiannya~! Allahuma yassir.

Monday, May 21, 2012

Saturday, May 12, 2012

BARANG BABY

Kejadian terjadi semalam bila anak menelefoni ibunya untuk memaklumi tentang Mom & Baby Expo di Mid Valley.

Anak : Umi, akak nak pi Baby Expo ni. Tapi tak tahu nak beli apa.

Umi : Laa ... pasai apa tak tahu nak beli apa? Beli la apa yang perlu.

Anak : Erk? Apa perlu tu macam apa? 

Umi : Beli la baju , napkin , tilam ..... bla bla bla. Abuya dulu beli jenama ni untuk hangpa semua. Bla bla bla.
(Anak mendengar dengan tekun)

Anak : oOo (terlopong dan garu kepala)

Umi di hujung talian juga mungkin sedang geleng kepala sambil tahan ketawa dengan anak. 

--------------------------------

Di Expo, anak terpegun banyak benar barangan baby. Ingatkan simple saja. Even dah ada buat list apa nak cari, tapi kena pandai cari dan lagi best if boleh bargain. Nak nak pula tersangat ramainya orang di expo itu. Uish terus berangan untuk zauji ada di sisi bila tengok ayah baby lain-lain angkat sume tilam yang besar tu. Takpe, Inshaallah nanti ye baby. 

Tapi ada satu incident. ;)

Anak : Eh akak, ni apa ni?

Jurujual : Ni barut ni. Baby pakai masa lepas pantang, tak bagi kembung perut.

Anak : Oh ya oh ya (terangguk-angguk sambil baru terfikir akan kewujudan barut sebagai barang baby) Tapi ni moden punya gaya ni, corak siap. Patut la saya tak cam. Hehehehe.

Dan si anak mengambil 5 helai barut yang dirasakan perlu. Juga beberapa barangan essential lain terutamanya keperluan apabila anak ini adalah seorang ibu berkerja yang berpotensi meninggalkan anak tersayang di nurseri. Tapi akhirnya kaki sudah lenguh, perut sudah berkeroncong, maka aktiviti hunting for baby's stuff terpaksa ditangguhkan. Kita sambung lagi semasa cuti sekolah bersama zauji. Inshaallah (^_^)

p/s: Beli barang baby untuk pertama kali memang excited, beli barang baby bersama husband lagi double excited. Tapi dalam sibuk sediakan barang baby, persediaan rohaniah dan emosi baby juga perlu diuruskan. Seperti yang diingatkan zauji, Ibu adalah Pendakwah. Mendalam maksudnya tapi cukup bermakna buat seorang anak yang sedang belajar menjadi Umi. Barang baby yang bagaimana kita pilih untuk mencorakkan anak-anak kita apabila besar. Renungan bermakna :)