haa, da tahu da apa cerita saya kali ni? da tengok kan pengumuman jabatan agama islam selangor dalam buletin utama TV3 semalam? bahawa kadar mas kahwin di negeri selangor akan naik 200% menjadikan bayaran nya adalah rm300 sekarang. huhu. sebelum kita potpet tentang ni, saya nak share details tentang kadar mas kahwin bagi setiap negeri.. untuk anak dara sahaja dahulu ye. hee. sumber dipetik dari akhbar kosmo, jumaat 11 disember melalui jabatan kemajuan islam malaysia.
JOHOR rm 22. 50
MELAKA rm 40. 00
N. 9 rm 24. 00 (bukan waris)
rm 48. 00 (ahli waris)
rm 725. 00 (krbt di raja di wilayah dtk kelana & kerabat)
S'LNGOR rm 2 500. 00 (puteri raja)
rm 2 000. 00 (puteri raja muda/puteri kpd putera sultan)
rm 1 000. 00 (puteri kerabat)
rm 137. 50 (puteri anak raja [waris])
rm 300. 00 (puteri anak raja [yang lain])
rm 300. 00 (ank prmpuan org besar2)
rm 200. 00 (cucu orang besar)
rm 300. 00 (org kebanyakan)
KL rm 80. 00
PERAK rm 101. 00
P. PINANG rm 24. oo
KEDAH tidak ditetapkan
PERLIS tidak ditetapkan
PAHANG rm 22. 50
T'GANU tidak ditetapkan
KLNTN tidak ditetapkan
SABAH rm 100. 00
SRWAK rm 120. 00
LABUAN rm 80. 00
ok, habis bab kadar mas kahwin. cumanya apa yang hendak saya share di sini adalah hasil perbincangan dengan seorang akhwat suatu tika dahulu. yang saya sendiri keliru sebenarnya. ampon saya pohon terlebih dahulu jika salah bicara, mohon dibetulkan kerana saya jua masih anak dara. :P
hasil perbincangan, suatu tika DAHULU pahaman saya, hantaran itu lah yang paling penting perlu dititik beratkan dalam sesebuah perkahwinan kerana itulah nanti yang akan dibuat belanja keluarga oleh pihak keluarga. ya, hantaran penting, tapi kepentingan itu lebih lagi kepada mas kahwin sebenarnya. menurut kata akhwat (sahabat saya yang alim) ni, hantaran perkahwinan itu hanyalah hadiah belanja yang diberikan oleh pihak lelaki, manakala mas kahwin ini adalah yang wajib diberikan kepada pihak perempuan.
jadi, kini mengertilah saya bahawa mas kahwin itulah nilaian nya kepada seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga kelak. mengikut kadar kemampuan dan keikhlasan daripada pihak lelaki. akhwat saya ini, mas kahwin nya lebih tinggi dan tiada hantaran disyaratkan untuk pihak lelaki. bersesuaian dengan dirinya yang saya sifatkan seorang yang solehah. insyaallah. hatta, pernah diceritakan semasa zaman nabi SAW, ada sahabat yang memberikan mas kahwin hanya dengan surah al-fatihah (maaf, saya terlupa nama gerangan sahabat ini).
berbalik kepada topik bicara kita, mas kahwin. saya pon tak nak hurai panjang2. sekadar memuji jabatan agama islam yang meletakkan garis panduan dan syarat untuk setiap negeri bagi memudahkan pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
nanti saya sambung lagi. blur2 alam tiba2 nak sambung. huhu.
p/s: institusi perkahwinan itu adalah sesuatu yang mulia dan usah jadikan ia satu bebanan buat kedua-dua belah pihak. usah bergolok gadai sebelum berkahwin kerana nak dapat title wedding of the year jika di luar kemampuan sendiri, andai nanti merana diri di kemudian hari. ukurlah baju di badan sendiri. ikot bajet dan bersederhanalah. kan agama mengajar kita untuk bersederhana dalam apa jua. :)

5 comments:
biat..thanks for the update..esp bab2 mas kawin nie...tak tgk berita maka tidak tahu cerita..hehehe...hantaran itu hanya sekadar adat...yg penting adalah mas kahwinnya..btol tak??
salam..
smlm dgr berita..tp cam malas nk tros google..so, nk copy paste masuk blog sendiri..boleh..??nk kongsi dgn kawan2 laen jgk! :D
hehe..ia benar sekali ayat mu yang terakhir tu. kadang2 hantaran ni yang wat anak teruna jadi gerun. apa pon, sendiri mau fikir kan. :)
wslm izzah.. :) wee,sile2.mana yang bermanfaat tu amek la. biyat epi. hee.
lupe pula, izzah, ni details utk anak dara sj taw. utk janda, biyat x letak pula. ngee.
Post a Comment