Sunday, February 14, 2010

SUDAH SAMPAI

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

alhamdulillah perjalanan hampir 10 jam semalam di atas kapal terbang berjalan dengan lancar walau pon cuaca kurang elok ketika transit di Sydney. sekarang saya sudah selamat tiba ke medan pertempuran di Brisbane. dengan 1001 perasaan yang bercampur aduk. masyaallah, betapa cepat masa berlalu. sudah setahun saya di sini. dan akan setahun lagi bakal saya tempuhi kelak. insyaallah.

semasa di ruang legar udara hampir dengan bandar Brisbane, ada rasa gentar untuk kembali jejakkan kaki di sini. susah untuk saya coretkan asbab musababnya. hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui. pohon saya dalam musafir, moga segala peninggalan saya, keluarga saya dan kesayangan-kesayangan saya dipelihara dengan baik dan sentiasa dilindungi olehNYA. benar saya sangat mengharapkan pertolongan NYA. mudah-mudahan. ameen.

owh ya.. semalam kan. semasa transit di sini. hampir saja saya mahu pengsan bila beg tangan saya dikesan mempunyai senjata berbahaya. seterusnya saya dipanggil berbaris ke tepi untuk pemeriksaan lanjut. dan.. jeng jeng jeng.. saya ditahan hanya kerana sebatang blackhead remover besi yang hujung nya tajam. aduh.. rasa nak tergelak pon ada. macam mana la saya boleh tak perasan semasa packing. haha. sudahnya saya minta maaf sahaja kepada pegawai kastam di situ. owh baek sungguh aunty tu. alhamdulillah, ALLAH dengar doa hambaNYA yang menyerah diri kepada pertolongan Khaliq.

perjalanan seorang diri selama lebih 10 jam memang agak membosankan mula-mula apabila pakcik di sebelah saya ternyata diam. pakcik baca reader's digest tapi saya tengok anak halal dan geng upin ipin. lepas tu gelak syok sendiri sorang-sorang. hehe

apa pon, nak cerita panjang pon saya da blur.. sbb skrg tengah jet lag lg ye. semalam sangat susah nak tido. sudah nya jam 2 pagi [12 tgh malam waktu malaysia baru saya tidor]. paginya awal-awal lagi saya sudah bangun da mula unpack semua barang dan sampai sekarang belum selesai lagi. owh, semoga ini tidak lama.

da mula pening lalat ni. sekarang da jam 2 pagi. saya perlu paksa diri untuk tidur. sebelum tu nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada ecah, along dan andi sebab sudi bantu jempot saya dengan kereta lip lap.. tak sangka betul. hehe. ok lah, itu saja. nanti saya update apa yang saya da siapkan sepanjang cuti saya. insyaallah. selamat malam malaysia!

6 comments:

Miss F said...

kamu.. ada setaun lg yer di sana.. kalau ada rezeki mahu ke sana.. nantikan kedatangku yerr..

fhmn111 said...

dah sampai??bgs2..

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

hehe.. sila2. mai la. yong kabo le tarekh yong nak mari awal2 ye. kan ku buat persiapan apa patot. :D

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

a'ah la kak farah.. da smpai. huhu. kamu, x online ke? dush3.. lama menanti ni nak kabo sesuatu. :P

fhmn111 said...

aku tgh cuti maa...mane de tenet kat umah..hehehe..next week yerk sayang...24hours aku online..hehe

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

aik.. da tu ni on9 kat mane? huhu. yela2, next week ek. kan daku nnt. :P da nak start kelas ni senin ni. kena jln kaki jauh. hihi