Friday, June 4, 2010

KEMBARA [2]: SYDNEY

salam alaik,

ya.. bertemu lagi kita dalam siaran ke dua berlintas langsung dari bumi Sydney. bumi yang pesat dengan cacakan bangunan-bangunan tinggi. dalam tahap kesejukan mencengkam urat nadi tidak seperti di Brisbane walau pon masih lagi sejuk di sana. [merepek ape ntah ni]

ok, musafir saya masih lagi dalam kotak empat segi rumah sahabat saya ini. belum lagi memulakan perjalanan ke mana-mana kerana semalam terhalang dengan urusan menyiapkan incik eseimen. alhamdulillah, dengan pertolonganNYA, essay 2500 words siap dalam masa kurang dari beberapa jam tidak sampai satu hari. jika nak dibandingkan dengan ketika di Brisbane, banyak sangat faktor yang diri sendiri temukan untuk offtask. ya, selain daripada musibah yang melanda saya dan keluarga beberapa minggu sebelum ini.

namun sebenarnya, musibah itulah sumber kekuatan yang ALLAH hadiahkan pada saya! benar, ia tidak melemahkan, ia kesedaran untuk saya kembali bangun bila sesekali tersungkur. ini hasil muhasabah bersama kak wani dari Melbourne. tadi telefon kak wani, macam-macam benda yang dikongsikan. tak sabar nak tunggu jumpa dia lagi. alhamdulillah, untuk nikmat anugerah MU ini ya ALLAH! :)

owh ya, berbalik kepada pati pengisian kali ni. nak tahu kenapa dengan speed jaya nya saya berjaya siapkan 2500 words essay within few hours?

jawapan nya adalah melihatkan ahli teman serumah sahabat saya ini yang rata-rata berada di takuk yang tinggi dalam bidang pengajian masing-masing. kagum tahu! rata-rata mereka sedang meneruskan honors mereka, manakala roommate sahabat saya sedang di fasa akhir pengajian pHD beliau. saya? terkedek-kedek lagi dalam pengajian saya di tahun ketiga. owh, rasa kecil bila berada bersama mereka. [walau pon saya dah memang rendah dan mereka ini semua nya tinggi]

kagum melihatkan semangat mereka. walaupun duduk berdua dalam sebuah bilik yang boleh dikatakan sempit. tapi masing-masing hebat dalam bidang mereka. tiada alasan untuk tidak belajar. nak dibandingkan dengan kehidupan saya di Brisbane yang boleh dikategorikan 'mewah' dan 'selesa'. tapi jangan salah faham pula ye, mereka tetap mewah dan selesa dengan cara mereka kerana duit elaun scholar semua dapat sama. :)

makanya dek rasa tercabar, sekejap saja kerja saya siap. terkagum sebentar. rasa bersyukur pada ALLAH yang mempermudahkan urusan, melapangkan dada dan mempertajamkan minda saya. tinggal lagi satu 2000 words task nak siapkan. usaha usaha usaha!

teringat pula pada kisah yang disampaikan oleh seorang penceramah semasa di Brisbane tempoh hari tentang anak-anak kecil di Palestine. kala langit dicurahkan butir-butir peluru oleh pihak buta hati Israel laknatullah, semangat belajar mereka masih lagi kental dan utuh. Ustaz sempat berkongsi kisah ketika lawatan beliau di sana, seorang anak muda, tekun menelaah untuk menduduki peperiksaan. hebat bukan semangat begini? menurut ustaz lagi, statistic menunjukkan 90% penduduk Palestine adalah literate individuals yang bermaksud mereka ini tahu untuk membaca dan menulis. manakala statistic literate individuals di Malaysia pula hanyalah 70%. besar ni tanggungjawab saya sebagai guru kelak.

nah, sekarang kita lihat diri sendiri. belajar dalam keadaan yang seselesa maksima mungkin. masih lagi berkeluh kesah. merungut. namun pencapaian masih lagi belum boleh dibanggakan. saya menulis ini adalah untuk peringatan diri sendiri jua.

wahai anak muda, kita generasi akan datang. generasi terhadapan yang akan menjadi pemimpin dalam membela ummah kita. memetik lagi pesanan ustaz pada ketika itu. katanya, "kamu belajar lah sehingga tahap tertinggi semampu kamu jika boleh hingga pHD. boleh boleh kan diri kamu itu. ini amanah dan tanggungjawab kamu sekarang untuk membela ummah kita kelak."

mengingatkan kata-kata ustaz ni, sedikit sebanyak semangat saya yang suram ketika kehilangan arwah nenda tersayang menyala-nyala. melihatkan kehidupan teman saya bersama teman-teman serumah saya mencabar kredibiliti saya untuk usaha dengan sungguh-sungguh. saya manusia yang adakala tersungkur, kata-kata semangat daripada orang-orang sebegini lah mengangkat saya kembali ke alam realiti. apatah lagi mengingatkan janji ALLAH pada ganjaran yang akan diterima buat sesuatu kaum yang berusaha untuk kebaikan kaum itu!

moral of the story: belajar lah kawan-kawan. dengan sedaya mampu kekuatan kita. terutama buat pelajar-pelajar tajaan. ini amanah negara untuk kita. rakyat negara memberi kepercayaan buat kita untuk menjadi front liner memimpin negara in the near future insyaallah.

sekian saja, essay yang dah macam 2000 words ni. berjumpa lagi di entry seterusnya mungkin mengisahkan tentang vivid sydney esok? :) stay tune and take care.

2 comments:

run^nia in wonderland said...

biyat...
masih di sydney kah?
sudah ke new zealand kah?
saya lost track anda ^_^
dan terima kasih
buat renungan kali ni
sangat terkesan ^_~

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

noen, ampunin lewat saat mereply nya ini. huhu.

alhamdulillah jika ada message yg nak disampaikan ini terkesan. :) yok mari guna kesempatan melihat bumi ALLAH ini dgn sebaiknya ya.