jeng jeng jeng.. kejap je blog ni idle ye. hehe. tak dapat nak kawal diri daripada nak tulis sesuatu kat sini. one thoughtful and meaningful experience once in a lifetime inshaallah nak share dan dikenang.
nak tahu tak? (tak tahu! orang tu jawab) hehe. saya dah mula merepek. ni nak bagitahu lah ni awak nye. raya saya tahun ni lain lagi. tanpa keluarga dan orang-orang tersayang di sisi. dan ditambah lagi, pengalaman beraya dikala tuntutan masa terpaksa mengutamakan presentation untuk assessment berbanding pergi solat jemaah raya dengan kawan-kawan yang lain. saya tak sempat nak taip semula panjang-panjang, ni saya copy paste balik comment saya dalam fb antara saya dengan farah. ;)
FARAH : bahan cerita yang banyak sangat buat anak2 didik tersayang dari alam masa depan. hihi. nak cerita la, pengalaman cikgu ni bersengkang tenaga, berkerah emosi, berkorban perasaan dan etc, untuk mendapatkan sekeping ijazah, lesen untuk mendidik mereka.
pilu sangat masa pagi raya, lepas takbir raya waktu solat jemaah suboh dengan kawan batch, lambai-lambai tata dekat diorang yang nak gi jemaah solat sunat raya. cik bedah ni? naik masuk bilik, buat last preparation untuk presentation jam 8 pagi. iron baju dan sarapan ala kadar. jam 7 pagi dah gi uni. l
epas je presentation lega (ini subjek agak mencabar dan berat) terus rasa lega yang amat. alhamdulillah. huhu. terus habis kelas keluar sambil nyanyi lagu raya, takbir raya tepi jalan sambil jalan kaki balik rumah. dari luar orang nampak happy, dalam hati, huish ALLAH saja yang tahu. moga perang emosi ni diterima olehNYA. :)
sambung lagi cerita, balik rumah, google khutbah raya dekat u-tube. lepas solat sunat raya sendiri, dengar khutbah dari u-tube (mmg lah hukum nya sunat, tapi feel kemenangan tak lengkap tak dengar khutbah). sambil syok dengar khutbah, hujan pon turun macam faham je apa rasa dalam hati. huhu. lepas tu tunggu kawan-kawan lain balik dari solat, lepas solat jumaat terus gi open house. dan sabtu ahad duk sibuk dengan open house juga. hihi. alhamdulillah, tak sempat nak rasa touching2 terharu ni sebab sibuk melayan kerenah kawan2 dan family2 malaysian yang ada dekat sini.
tipu la nak cakap tak ingat langsung kat family dan orang2 tersayang dekat malaysia sana. time senyap, mula la fikiran ni duk melayang ke sana. tambah lagi susah nak calling2. huhu. takpe2, raya next year dah ada di malaysia. inshaallah.
dan most importantly, bahan cerita tentang ramadhan. farah, ramadhan aku kali ni rasa lain. sangat lain berbanding last year. alhamdulillah. happy sangat dengan ramadhan kali ni. tapi sangat sebak bila khamis malam jumaat tu tahu esoknya dah raya. entah. sebak sangat la. first time ada perasaan macam ni bila faham pada pengertian ramadhan bulan pengampunan dan bulan keberkatan.rasa macam tak fully utilised lagi ramadhan ni. semoga masih ada kesempatan buat kita untuk the next coming ramadhan inshaallah.
dua tiga kali lepas approve comment ni untuk farah, saya macam rasa tak percaya saya yang taip semua tu. huish. time time duduk sorang-sorang macam ni (tengah offtask daripada berchenta dengan encik A) mula lah saya menerawang teringat Malaysia. rupanya memang mencabar. selama dari raya pertama sampai hari ni dah raya ke-5, saya bergelak tawa dengan kawan-kawan dekat sini, bersapa melayan mesra tetamu yang bertandang waktu open house hari tu. rupa-rupanya ada juga sendu dalam hati ni ye.
persoalannya, sendu saya untuk apa ye. hurm. satu, sendu pada mengingatkan orang-orang tersayang dan tercinta di Malaysia. kedua, sendu pada perginya Ramadhan. terasa tak terisi dengan sepenuhnya. allahu allah, moga masih ada kesempatan untuk the next ramadhan buat saya dan anda.luar nampak keras, dalam sudah rapuh!
p/s: jumaat ni EXAM! huhu. doakan ye kawan-kawan dan selamat beraya dalam sisa baki cuti yang masih ada. :)
6 comments:
1st : wah, theme this raye oren ke? samela kite..n woman next to you is prof ke? muka die lebey kurang iras ngan prof jesse, our paediatrian..hehe
2nd : mane aci!! copy paste yg de kat fb..hehehe..moga one day nanti kite dapat same2 duduk bertentang mata dalam webcam kat YM ekh..hahaha...share citer kat aku gak....hehe...
3rd : samela, rase ramadhan tak terisi dengan penuh. banyak longkang lagi...kene timbus nie..
4th : again, gud luck my dear...hehehe
salam eidul fitri..
wah.. blog mantop..ehehe.. nice blog..nice story..
know me? hehe..me, kakak pd aishah, ur fren.. kite setaman dik ;
wish u hepi eid.. all the best in ..ur study.. ur undertakings..
may Allah alwiz bless u.. may also ur IMAn, health alwiz flying colours..
remmember ALLAH sokmo ye!! pray hard + work smart!!
barakallahu..
farah : hehe. ha ah la this raya oren ma. yup, that lady namanya Jo, dia coordinator course kami kat sini. ;) farah, next week eden cuti, ekau free dok? eden leh ajo curi maso. raso macam ada benda yang eden terlopeh jo.
kak shida : ya ya, saya sangat lah kenal akak. hehe. sebelum ckp panjang. tahniah kak untuk akad dan walimah nye last weekend. dah sempat tgk gambar2 akak. cun cun. bestfriend saya pon cantik. hehe. terima kasih kak. saya tulis sini saja nak share apa saya rasa. ada apa perlu ditegur akak sampaikan lah ye? :)
lastly barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a baina kuma fil khair buat akak dan zauj. moga bahagia hingga syurga. ;)
weh, next week banyak..which day? haha...insyaAllah aku sentiasa online..unless 22/9 or rabu nie aku oncall...
the whole week syg! tp ada hari yg eden gi kuar. eden buzz kamu na. ;)
Post a Comment