kisah kembara dah lama berlalu. dah lebih daripada sebulan rasanya. tapi catatan kembara ni tak kesudah-sudah lagi. haish, sibuk bebenor teman ni nampak gayanya. huhu. tapi tak apa, inshaallah yang ini catatan terakhir tentang kembara hari tu. sebab ni dah last place saya pergi. tu pon sydney lagi. inshaallah nak cerita satu peristiwa saja dekat sini.
peristiwa
masa ni saya berkesempatan nak berkumpul bersama kawan TKC, shidod yang sekarang ni tengah further study medicine dekat sydney. jumpa sekali dengan ayu dan kawan-kawan shidod yang lain. masa ni pergi coastal walk. berjalan di persisiran pantai hampir 2 jam lebih sehingga sampai ke bondi beach. kami mula berjalan seawal jam 3 petang lebih. dan sampai dekat bondi beach tu dah maghrib dah. huhu. boleh bayang betapa jauh?
tapi kejauhan nya berjalan tu tak terasa sebab berjalan di persisiran pantai tu rasa best sangat. dengan angin sepoi bahasa, bayu damai laut yang menyegarkan dan pemandangan yang memukau mata ni. subhanaallah! seronok sangat. sambil jalan, mulut potpet catch up story perkembangan diri masing-masing. sekali lagi terasa haish, dewasa sungguh kami ni sekarang. topik-topik yang dibualkan high level orang kata. ye lah, dulu mula berkawan masa umur 13 tahun, sekarang dah ehem2.. muda lagi sebenarnya. in 10 years time, entah macam mana lah kita ni dengan kawan-kawan ye. jeng jeng jeng.
owh ye, sebenarnya nak cerita tentang coastal walk. jalan yang kami lalui tu terlalu jauh. dan di pertengahan jalan tu, ada satu perkuburan kristian yang sangat sangat besar, di atas bukit tinggi berhadapan dengan laut. perasaan? mula-mula terkejut. macam mana boleh ada kubur tepi ni tiba-tiba? tapi malas nak tanya, jalan je lah terus. dekat kubur ni, saya boleh tengok macam-macam jenis bentuk rupa kubur yang ada. yang kecil. yang besar. yang lebar. yang berpagar dan sebagainya.
significant perjalanan coastal walk dengan kubur kristian ni, saya associate kan dengan kehidupan kita dan kematian. pengalaman ni buat saya fikir. saya dah lama hidup (boleh lah consider lama sebab dah nak jadi cikgu tak lama lagi), tapi kehidupan saya yang terkebelakang macam mana? sia-sia atau bermanfaat? diberkati dan dirahmati tak? sia-sianya lah rasa jika hidup lama namun pengakhirannya tak ada apa. dunia ibarat ladang ternakan untuk kita menyemai benih dan hasil buat bekalan di akhirat kelak.
saya sangat suka dan terkesan dengan belief seorang arwah pelajar lelaki Mesir yang sering diungkapkan "lihatlah dunia melalui jendela akhirat."
buat diri yang ada masa naik turunnya, kematian menjadi penyuntik untuk meletakkan kembali diri pada paksi yang betul inshaallah.
serasanya tu je lah yang nak dikongsi daripada beribu catatan pengalaman yang saya kutip. dek kengkangan masa, tak banyak yang dapat ditaip kan. tapi ternyata, kembara yang saya dambakan ini adalah suatu hadiah yang sangat berharga yang ALLAH hadiahkan buat saya.
alhamdulillah sepanjang kembara hampir sebulan lebih, saya dikurniakan dengan kesihatan yang tip top, kecergasan dan kecerdasan yang maksima, ukhuwah yang best dan mehnah yang sangat membina. sedikit demi sedikit. alhamdulillah. (balik je brisbane selepas dari sydney ni terus terkena demam kuat, hampir seminggu lebih terlantar atas katil. buat saya rasa benar-benar bersyukur pada nikmat yang ALLAH pinjamkan sementara ini) alhamdulillah. :)
No comments:
Post a Comment