Thursday, August 26, 2010

KEMBARA [7]: MELBOURNE


terkedek-kedek nya lah nak update satu persatu cerita kembara saya. life is toooo hectic at the moment. too many things need to be done in a limited time. moga ALLAH mempermudahkan urusan kami dan melapangkan dada kami. ameen. :)

ok lah. sambung cerita ke melbourne pula. lepas balik dari new zealand tempoh hari, duduk rehat di rumah dua malam dan kemudian berlepas semula ke melbourne. kali ni, kembara bersama adik-adik juniors. jumlah group kami yang ke melbourne seramai 25 orang. huhu. macam tak percaya?

tapi itu lah hakikat jaulah. mengajar erti muhasabah, mengenal kembali diri sendiri dan orang lain serta mempertebalkan perisai sabar. bukan senang tu. keluar ramai-ramai, nanti ada yang terlambatlah, ada yang tertinggal baranglah. semua ni nampak kecil tapi mendidik hati sebenarnya.

dalam jaulah kali ni, alhamdulillah sempat berkelana sekali lagi melihat kebesaran ciptaan ILAHI. bumi melbourne memang cantik. suhu yang memang sejuk, agak kurang siket saja dibanding dengan new zealand. pemandangan cantik. bandar melbourne classic, very the oversea people would say.

satu saja perkara yang kerap kali terjadi semasa jaulah kami ke melbourne. ALLAH uji dengan islam kami. naik train, orang mabuk datang duduk sebelah, meloyakan tekak dan menakutkan dengar dia cursing others. duduk di kerusi, datang orang mabuk lagi, cuba nak rampas telefon. duduk di train station, datang budak minta duit kecil, rupanya penipu, dah sepakat dengan geng. duduk tepi jalan ramai-ramai, sekumpulan remaja menjerit/bercakap dengan nada kuat seolah mempermainkan kalimah salam. dan banyak lagi nak tulis satu persatu. sesungguhnya tiap satu ni, mengheret pada refleksi diri agar lebih sabar dan tabah serta mempereratkan lagi tali kebergantungan hanya padaNYA.

susah nak describe. pada kami yang minoriti, duduk di negara orang, ini lah resam yang harus dibayar dalam mengenggam cita-cita. moga DIA senantiasa bersama kami. ameen.

ok, tinggalkan cerita yang satu ni. nak cerita pengalaman menarik di melbourne. alhamdulillah, rahmat ILAHI mempertemukan kami pada penciptaan alamNYA. dapat peluang nak main salji di mt. buller. yahooo~! alhamdulillah. :)

hari untuk bertolak bermain salji tu, kami semua bangun sangat lah awal. malah ada yang tak tidur sebab tak nak terlepas bus. huhu. berbekalkan dua lapis jaket, dua lapis t-shirt dan segala macam lapis penebat haba, berangkatlah kami ke mt. buller dari rumah penginapan. perjalanan memakan masa hampir 3 jam lebih. sambil atas bus, mata asyik sekali melihat pemandangan di tepi-tepi jalan. tapi, sampai masanya tertewas juga ke alam mimpi. hihi.

saat bus sampai je mt. buller, excited hati ni tak usah nak cerita. memang rasa best sangat. jika sebelum ni saya hanya berpeluang tengok snow mountains dari atas kapal terbang semasa di christchurch, kali ni salji betul-betul ada depan mata. alhamdulillah untuk rahmatMU ini ya Allah. :)

masing-masing antara kami dah pun bersiap sedia dengan alatan permainan dan kamera masing-masing. satu pertiga masa di mt. buller menikmati salji, tergolek sana tergolek sini dek licin nya salji sampai sekarang memori tu masih terbayang-bayang. tapi menginjak matahari ke atas kepala, tak semena rasa panas pula pakai jaket berlapis. sudahnya ditanggal satu persatu dan berpakaian casual saja main salji. hihi. tapi tak lama, lepas tu sarung balik. inshaallah jika saya berkesempatan saya uploadkan videonya.

itu saja nak cerita tentang mt. buller. nak cerita panjang-panjang pon tak tahu apa lagi. hihi.

keesokannya kami meninggalkan melbourne. next destination is sydney again~!

meninggalkan melbourne yang telah memalitkan satu kenangan atau titik dalam diri ini. T.T

to be continued..

No comments: