Alhamdulillah, perjalanan ke Christchurch selamat semuanya. Nak cerita ni, kecantikan bumi Christchurch pula. Subhanaallah! Masa duduk atas pesawat, saat mata rakus melihat kehijauan landscape bandarnya, rasa sangat-sangat kagum, betapa besar nya kuasa ALLAH Maha Mencipta. Nak kata terkagumnya saya waktu tu, sampai lupa nak ambil gambar snap snap snap view panaroma masa tu. Sekarang bila nak cerita pada orang tak da gambar nak tunjuk. Yang ada dalam memori ni je. Cantik nya Christchurch, masyaAllah.
Apa pun, perhentian saya di bandar ni sekejap saja. Sekadar transit sebelum pulang ke Brisbane. Cuma satu malam satu hari. Alhamdulillah. Masih punya kesempatan dihadiahkan olehNYA. sewaktu kami tiba di sini, hari sudah menginjak lewat malam. Sampai saja pada rumah kawan Malaysia, Azzah terus saja berehat-rehat. Owh ya, nak cerita kami tak kenal pon Azzah ni sebenarnya. Kami diperkenalkan tentang Azzah oleh sisters dari Auckland sebab masa tu kami ada sedikit kesulitan tentang penempatan di bandar ni. Best kan? atas nama ukhuwah Azzah dan teman serumah bisa menerima kami sebagai tetamu menumpang barang seketika. Sudah lah mereka betul-betul sedang berada dalam minggu peperiksaan tapi layanan kepada tetamu yang diberikan sangat lah tip top! Masakan sedap and everything was really perfect! Alhamdulillah. Azzah dan housemates, jom datang Brisbane ye.
Keesokannya, kami explore lah bandar Christchurch ni. Best best best! Dengan berbekalkan sehelai peta, kami berjalan kaki ke hulu ke hilir. Bandar ni memang lah sangat orang kata overseanya. Pokok winter yang kekuningan, suhu yang mencecah 0 celcius, seni bina architecture yang sangat kebaratan. Semuanya lah. Rasa macam sampai London pula sekejap. Hihi. Satu hari suntuk kami explore bandar ni. Memang rasa puas hati. Snap snap snap pictures di merata tempat. Cuma ada satu saja yang tidak sempat saya buat masa sampai sini, iaitu punting. Punting ni macam ala-ala naik atas sampan panjang, kemudian ada orang dayungkan di sepanjang sungai tu. Selalu kita tengok dalam gambar-gambar pelancong yang mengunjungi Venice. Macam tu lah. Jenuh sudah saya berjalan sekitar sungai, tapi tak berketemu. Mungkin bukan izinNYA. Tak apa lah. Kurang-kurang dah tengok cantiknya bandar tu. Alhamdulillah.
Selesai berjalan ke serata pelosok bandar Christchurch, kami pulang ke rumah Azzah. Dan kala jam 3 pagi, kami dah pon berada di airport untuk berlepas pulang ke bandar Brisbane. Perasaan masa ni sedih juga, rasa macam tak percaya saja dah nak tinggalkan New Zealand. Rasa tak puas lagi berjalan. Apa pun, telah ALLAH suratkan perjalanan saya sampai sini. Matlamat saya untuk berkelana mengembara telah DIA makbulkan, ucapan syukur saja bisa saya panjatkan ke hadratNYA. Alhamdulillah.
Dan seterusnya, kami tiba di Brisbane city kembali. Berehat untuk dua malam sebelum saya meneruskan lagi kembara seterusnya ke MELBOURNE pula.
p/s: sorry yang ni pon wat hal juga. tak dapat nak upload elok-elok. huu

No comments:
Post a Comment