Thursday, March 17, 2011

JAULAH PERLIS BEST! =)

alhamdulillah terasanya tak dapat nak diungkap betapa banyak nya syukur pada Mu ya Allah pada setiap nikmat yang telah Kau berikan.

last friday, bertolak lah rombongan cikgu cikgi IPBA ke Perlis demi nak attend akad dan walimah sahabat nan tercinta : Maryam Fatin Hanisah bersama zaujnya, 'Ali Irfan. pengalaman pertama kali naik bus dua tingkat selama hampir 9 jam ditambah dengan kesesakan trafik dan hujan lebat sepanjang perjalanan memanglah menguji kesabaran. tapi, bonus point adalah dapat duduk lama dengan kawan-kawan. dan dapat mengenali kawan yang kadang-kadang susah nak jumpa dek sibuknya belajar tu.

sebenarnya cerita kali ni macam banyak. banyak juga melibatkan perasaan. pertama kali juga melihat majlis walimah yang sebegitu rupa. tersangatlah humble dan segalanya terpelihara. (note: moga dapat dicontohi inshaallah). mengenali pengantin perempuan hampir 5 tahun, banyak yang saya pelajari daripadanya. terlalu. melihatkan persediaan nya sebelum dan semasa perjalanan majlis membuatkan kekaguman dan kehormatan saya terhadapnya dan keluarga semakin tinggi. (ok, noted. compliment tak boleh tinggi sangat, if you are reading this ya friend!)

nak tahu apa ada dekat majlis tu?

1. khemah tetamu diasingkan lelaki/perempuan. meski memang ada saja orang laen yang buat, tapi kadang ada juga jadi tercampurnya. memang kadang-kadang perkara macam ni tak dapat nak elak. tapi macam mana ye awak dan keluarga boleh buat dengan jayanya? saya kagum dan bersyukur Allah bagi saya lihat.

2. segalanya tentang majlis ini semuanya sederhana. tak pernah saya lihat sebelum ini. dari bunganya, makanannya yang sedap, khemahnya, pakaian pengantinnya, layanan tuan rumahnya, hinggakan ke kerusi pengantin pun saya tengok. dalam kesederhanaan itu, dapat saya rasakan betapa banyak nya limpahan nikmat dan kasih sayang yang melata dari setiap individu di dalam majlis tersebut. susah ye nak faham? apa kata kita pergi cari pengantin. hehe.

3. pergi pula saya ke rumah mempelai. aduh! terkejut lagi. MasyaAllah. rumah nya di mana-mana sahaja, di dinding, di pintu, di tingkap.. ada sahaja peringatan kepada Allah. seronok sangat. (note: kata nya, tak mustahil saya/kita untuk ada bila punya rumah sendiri kelak kan?)
tengok pula di satu sudut rumah, 4 dindingnya dipenuhi rak buku tinggi rapat ke siling rumah. penuh dengan koleksi buku dari pelbagai genre yang disimpan sejak kecil hingga sekarang.

ok lah, habis cerita walimah. ni nak cerita kawan-kawan saya pula. aduh, betapa hebat nya layanan kalian dan keluarga di bumi Perlis sana. layanan kepada para tetamunya memang tip top. tak teragak-agak rasanya jika nak datang ke Perlis lagi. hehe. inshaallah jika punya kelapangan. rasa macam sekejap sangat duduk 4 hari di Perlis tu. andai ada rezeki boleh lah belajar makan pulut dengan harum manis pula ye. hee.

ada lagi benda berlegar nak ditype, tapi masa begitu mencemburui. mungkin next time. hurm, pulang dari Perlis, ada dua perkara yang terjadi yang tak disangka. mohon Allah izin untuk tunjuki daku jalan keluar. dan alhamdulillah untuk segala nya. =)

take care iman dan diri.

No comments: