nampak gayanya ada lagi aura duduk menjawab kertas soalan peperiksaan sampai kali ni pon nak menulis tentang apabila menjawab soalan. kan? ;)
semestinya bila kita menjawab sesuatu soalan tu kenalah tepat, jitu dan padat kan? jika tak, tidak la kita dapat markah penuh kan?
sebenarnya lately ni saya encounter beberapa hal di kalangang sahabat taulan yang saya fikirkan dan perhatikan betapa wujudnya peri penting dalam menjawab pertanyaan daripada orang lain.
kerana apa?
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa memotivasi
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa meranapkan semangat
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa membaiki seseorang
atau
kerana bisa saja jawapan yang diberi itu bisa menjatuhkan nilai manusia
tambah lagi bila adanya persoalan-persoalan yang terkait rapat dengan pergantungan kepada Allah.. atau bahasa mudah saya, soalan-soalan yang membawa kita kepada memikirkan dan mengagumi kebesaran Ilahi dan penciptaanNya.
adakalanya soalan-soalan ni mungkin nampak remeh sangat di mata orang lain tetapi di pundak orang yang bertanya itu sangat berat ertinya jika dia bisa saja mendapat tahu apakah relevan jawapan yang diharapkan.
orang tidak bertanya untuk yang sia-siakan?
dan seperkara lagi yang saya pelajari, buat yang menjawab soalan, itulah tugas kita dalam memilih bait kata jawapan yang terbaik dengan izin Allah. usah kita menjadi penghalang kepada sinar Ilahi yang diharapkan oleh orang lain! bisa saja orang yang bertanya itu tadi memang sangat-sangat ingin tahu tentang Islam, hukum Islam, akidah dan sebagainya. hakikatnya itu semua tidak remeh di mata mereka. bersalah lah kita seandainya kita bersikap endah tidak endah dengan perkara sedemikian. dan percayalah semuanya yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. seandainya kita rasa jawapan yang diberi tidak fokus atau tidak membantu, mintalah pertolongan pada Allah untuk mengilhamkan jawapan terbaik buat orang yang bertanya.
perlu juga untuk sentiasa aware bahawa jawapan yang diberi bukan sebab kita pandai (riak tu namanya) tetapi kerana keizinan Allah.
-----------------------------------------------------
hakikatnya di Padang Masyar, saat neraca amalan dipersembahkan di hadapan Allah, mulut kita sudah tidak mampu menjawab apa pekerjaan kita di dunia. sebaliknya segala tiap anggota kita lah yang akan menyediakan jawapan setiap satunya tanpa gagal dan tanpa dapat kita berahsia lagi.
bersediakah kita? jom sedia sediakan diri inshaallah. (memperingati diri sendiri)
bersyukur dikurniakan roommates dan sahabat yang bersabar
melayan pertanyaan dan menjadi kamus arab saya. =)
saya belajar untuk tahu bertanya apa dan bila, itu juga penting ya!
No comments:
Post a Comment