Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu, bersatu dalam rangka menyeru dakwah di jalan Mu, dan berjanji setia untuk membela syariatMu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya, dan penuhilah dengan cahayaMu yang tidak pernah akan redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, hidupkanlah dengan marifahMu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik penolong. Amin.
Dan semoga selawat serta salam selalu tercurahkan kepada Muhammad, kepada keluarganya dankepada semua sahabatnya.
No comments:
Post a Comment