assalamualaikum..dan salam sejahtera..
bertemu lagi kita untuk coretan idea yg seterusnya..hehe..tajuk kali ni mcm berat kan?jgn riso..aku bukan nak bg khutbah pnjg2 ttg idea kali ni..just nak bg perkongsian beberapa perkara je.
bercakap ttg amanah..sesetengah orang mungkin memandangnya sambil enteng atau lewa..tapi ada juga sesetangah yg laen..sangat mengambil berat akan perlaksanaan amanah yg telah di pertanggungjawabkan kepada dia..kire nye aku rase msg2 punya persepsi yg tersendiri..
kali ni aku nak berkongsi satu kisah tauladan..yg disampaikan kepada aku oleh seorang insan yg sgt aku kagumi dan hormati kerana ketinggian ilmunya daripada aku dan sangat aku sayangi..kisah yg berkaitan ngan isu kita..amanah..
suatu ketika aku jadi gusar..utk memikul amanah baru yg dipertanggungjawabkan kepada aku..tapi insan ni hadir memberikan kata2 semangat dan mengingatkan aku dgn janji2 ALLAH..
kisah ni aku tulis guna ayat aku sendiri..harap mesej nye sampai ye..insyaALLAH
ceritanya berbunyi…suatu hari di dalam kelas Imam Al-Ghazali..murid2 beliau bertanya, “Apakah benda yg paling berat di dalam dunia ini?”..maka Imam Al-Ghazali memberikan peluang kepada anak2 murid beliau untuk memikirkan dan cuba memberi jawapan kepada persoalan yg mereka sendiri utarakan itu..mcm2 jawapan yg kuar..mcm2 ada..batu..pokok..dan mcm2 lg..setelah agak lama dan tiada siapa yg dapat menjawab dgn betol..akhirnya Imam Al-Ghazali memberitahu…”bahawa sesungguhnya yang paling berat di atas muka bumi ini adalah AMANAH..”
Nah!!nampak kan?..amanah itu sungguh berat untuk dipikul oleh setiap individu..x kesah la apa jua bentuk amanah itu..hatta amanah terhadap diri sendiri..e2 pon kite kena pikul baek2..kite pon da blaja masa form5 dulu..jgn sesekali menzalimi diri sendiri..kira ni pon amanah yg ALLAH bg pd kita supaya menjaga tubuh badan dgn baik..n jaga nikmat iman dan islam..
ahaa…nikmat iman dan islam..beruntungkan kita dilahirkan sbgai individu muslim?terbentang di hadapan mata..x payah dicari..maksudnya..itu da anugerah yg terbesar buat kita..cuma nya skrg ni kita kena cari,dalami,hayati dan amalkan nilai2 yg..insyaALLAH..dapat menggilap dan meningkatkan lagi potensi iman dalam diri kita..aku mengaku..kita insan2 yg lemah..kadang2 pasti akan terpukul dgn badai2 yg menggoncang iman..tapi di sinilah peranan kita..mengemudi semula bahtera iman ke arah jalan yg diredhaiNYA…ini pon dikira sbg satu amanah kan?…aku pernah terbaca..jgn kita jadikan agama islam yg kita anuti sekarang hanya sekadar agama warisan!.. (aku x nak hurai panjang..mungkin ada yg lebih arif blh memahaminya)..
sekarang ni amanah yg paling jelas dan dekat untuk diutarakan..adalah amanah sebagai seorang pelajar..(walaupun ramai antara kawan2 aku yg da nak praktikal..abes blaja..huhu..aku je yg blom..tp ingat proses pembelajaran itu adalah sepanjang hayat)…amanah sbgai pelajar mestilah belajar kan?tp jgn lah jadi mcm kerbau yg dicucuk hidungnya..apa disuruh blaja..diblaja..pastu muntah je masa exam..langsung x dapat nak dimanfaatkan untuk pembangunan masyrakat lepas da abes xm…aku percaya dgn kata2 seseorang (x ingat sape)…semakin tinggi kita belajar,seharusnya semakin kita dekat kepadaNYA dan semakin luas lagi kita dapat melihat kebesaranNYA yg terbentang kat depan mata..bukan lagi tinggi blajar lagi angkuh kita dengan PENCIPTA…jangan jadi org yg cemerlang akademik nye,tapi rendah kualiti akhlaknya..juga goyah rohaniah nya..masyaALLAH..(aku percaya bukan semua mcm ni..tp sebagai peringatan shj..juga peringat untuk aku yg akan pergi jauh selepas ni)…jadi..belajarlah dengan mata hati..bukannya menyeksa diri..
aku nak share kate2 dari Imam Al-Ghazali…
Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)
selain tu satu perkara lagi yg aku belajar ttg amanah adalah..bilamana kita diberikan sesuatu amanah..usah lah dijanji bermacam2 bagai nak rak kepada org lain..berjanjilah pada diri sendiri dan berjanjilah pada ALLAH untuk melaksanakan amanah itu dgn sebaeknya..berikan sepenuh pengharapan kepadaNYA..insyaALLAH jalan yg akan kita telusuri menjadi lebih mudah..mudah2an..
sekalipon ada badai yg datang..itu adalah ujian untuk mendewasakan dan mematangkan kita dalam kehidupan ni..percayalah..ALLAH itu Maha Penyayang..bilamana kita rasa tersungkur dan x mampu berdiri pabila menjalankan amanahNYA..sebagai muslim misalannya..ALLAH sentiasa memberi peluang dan rahmat kepada kita untuk melangkah..selagi mana hati2 kita yakin dan mahu mencari ‘jalan pelita’ kehidupan di akhirat sana..insyaALLAH..
aku rase ni je la dulu yg aku nak coretkan ttg topik kali ni..kalau ikotkan banyak lagi..tp hari pon da lewat malam ni..cume di kesempatan ni..aku nak minta maaf (walaupun mungkin bukan semua yg baca blog aku ni…hehe) kepada sesiapa shj..sepanjang aku mengenali secara langsung atau x..kalo ade ape2 kesilapan yg aku lalui spanjang aku memegang apa2 tanggungjawab..aku minta maaf sekali lg..aku bukan manusia sempurna..bukan juga malaikat..pasti ada melakukan kesilapan yg mungkin menyinggung hati mana2 pihak..sedar atau pun x..hatta sekali pon aku sbgai kawan..dan teman..aku minta maaf juga..
buat insan yg aku hormati kerana ketinggian ilmunya daripada aku dan aku sayangi..terima kasih kerana mengingatkan aku dan memberikan semangat tatkala hati ku goyah suatu ketika dulu..kau adalah hadiah dr ALLAH yg terlalu istimewa..datangmu memberi seribu erti..pergi mu berjihad x aku kesali..moga ALLAH sentiasa melindungi kau walau tiada disisi..
buat teman2..sisters..sokongan kalian waktu aku pening2 lalat atau tiga suku..huhu..aku sangat hargai..terima kasih kerana memahami..(walaupun mungkin ada yg x dapat nak paham..aku taw..hehe)..ukhuwah ini sungguh indah..
No comments:
Post a Comment