Wednesday, April 7, 2010

ADELAIDE

salam alaik and greetings to all..

finally, alhamdulillah kembara ilmu saya dan rakan-rakan ke adelaide selama hampir 6 hari berhasil mudahan insyaallah. saya bersiaran langsung dari rumah di Brisbane. haha.. [ayat berita]

comment pantas yang dapat saya berikan untuk program ke adelaide kali ni, superb! amazed! tak sia-sia! grateful! dan segala positive words.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. setinggi kesyukuran saya panjatkan padaNYA, masih menyentuh hati-hati ini, masih memberi jawapan pada kehidupan ini..

daripada sudut cuaca, memang lah adelaide berbeza banyak nya dari bumi brisbane ni. malam pertama kami tiba di sana, terhoyong hayang saya di buatnya dek angin yang bertiup-tiup 'sepoi'.. suhu pada malam itu pon boleh lah dikatakan rendah.. kata orang adelaide itu suhu aircond aje! [tak mampu saya nak berenggang dari jaket saya.. huhu] bagi saya itu dah suhu yang agak sejuk dan mampu buat saya mengigil kesejukan. namun, hebatnya kuasa ALLAH, cuaca yang sebegitu sejuk dalam sekelip mata saja boleh terus bertukar menjadi cuaca yang panas, terik sang matahari memancarkan cahayanya.. subhanaallah.. hebatkan?

daripada sudut alam sekitar atau sekeliling, boleh saya katakan adelaide adalah bumi yang sangat cantik, tatkala musim autumn ini menjengah. dapat dilihat di kiri kanan jalan, pokok-pokok autumn keorenan mewarnai pemandangan, ladang-ladang ternakan bersama kambing biri-biri, rekaan rumah-rumah bricks yang sangat comel [yang ni buat saya asyik sepanjang perjalanan.. huhu], kampung german yang sangat sangat sangat cantik, city adelaide yang sangat best! dan pantainya yang sangat indah! subhanaallah.. sampai sekarang terbayang-bayang lagi memori sepanjang di adelaide. :)

daripada sudut pengisian program, alhamdulillah.. pengisian mantap! apa yang sudah tahu, difahamkan lagi dan insyaallah moga lebih terkesan.. tentang diri kita sebagai manusia, sejarah kita dan peranan kita di bumi ini. istighfar berulang kali ketika pengisian, betapa banyak terkebelakangnya usaha saya, masih lemah dan kerdil. Allahuakbar! thumbs up kepada penceramah dan penganjur, serta penggerak AJK program semuanya. moga barakahNYA bersama kalian. alhamdulillah untuk kesempatan perkongsian program ini. :)

daripada sudut makanan, owh alhamdulillah yang ni best juga nak cerita. ketua chef sangat pandai masak. rasa macam memang sedang ada di Malaysia saja. lauk kari, daging kicap dan banyak lagi. dan berpeluang juga untuk menikmati BBQ dan aqiqah seorang baby ni. aqiqah makan lamb. alhamdulillah lagi. :) sempat bertaaruf dengan ketua chef dan family nya. banyak sangat pengalaman yang dapat saya kutip daripada ketua chef ni, @ kak wani. pelajar pHD sirah. subhanaallah. alhamdulillah ya ALLAH mempertemukan kami di sini.

daripada sudut anak-anak kecil, yang ni mesti saya nak cerita juga sebab saya sangat suka pada kanak-kanak. rasa bahagia dapat jaga anak-anak kecil. masa ni segala teori pendidikan saya try and error, nak tengok kesan aplikasinya pada mereka.. huhu. dah mula rindu ni pada kanak-kanak kecil [jijah, dijah, hajar, maryam, ibrahim, abdullah dan wafi!] asyik ulang kali tengok gambar adik cilik ni saja, rindu sangat da. insyaallah jumpa lagi di Melbourne winter ni ya! terutamanya maryam dan ibrahim [anak kak wani] :)

dan paling akhir, UKHUWAH..! yang ni memang saya sengaja reserve kan untuk last sekali. rasa indahnya bila ukhuwah yang dijalin keranaNYA, bertemu dan berpisah kita hanya keranaNYA.. [owh, hati dah sebak ni mengenangkan sisters yang saya jumpa sambil kedengaran lagu Jalinan dari UNIC dekat laptop ni.. ] program kali ni dapat jumpa dengan ramai sisters yang best, sangat caring dan banyak sangat perkongsian pengalaman yang dapat dicedok. daripada tak pernah kenal langsung, apabila bertemu di program kali ni, boleh menjadi sangat rapat seperti dah berkenalan lebih 10 tahun rasanya. bila nak berpisah di airport rasa sebak sangat. huhu. juga tabik spring tengok kakak-kakak pHD, dengan anak-anak kecil lagi, ilmu mantap, sahsiah terpuji, keluarga bahagia! mereka inspirasi saya.

paling terkesan dengan jawapan seorang akak pHD, " akak datang sini bukan nak ambil pHD yang utama.. " buat saya terfikir, akak dan suaminya datang ke sini dengan matlamat yang jitu. mahu bersama mengembeleng tenaga menyediakan generasi umat untuk agama kita! kagum sangat.. sangat sangat.. amazed dengan semangat akak!

juga pengalaman-pengalaman daripada kakak-kakak ni tentang baitul muslim mereka. dan ada sesuatu yang akan saya sematkan dalam diri saya buat selamanya, pesanan daripada seorang kakak pHD ni. alhamdulillah. [selingan : boleh bayang tak, suami bercakap kelantan, isteri bercakap utara.. tapi komunikasi mereka mantap dan saling melengkapi dek kuatnya keyakinan mereka pada ketetapan ILAHI] :)

terlalu banyak yang saya nak cerita.. tapi mr. Assignment da ajak dating. saya kena seimbangkan antara dua ni, supaya jalan yang dituju itu lebih jelas. finally, alhamdulillah untuk jelajah, jaulah ke adelaide kali ni. terlalu banyak yang dapat dipelajari.

buat adik-adik yang bersama, ini langkah tercipta untuk kalian, bersepadulah tenaga kalian dan semarakkan ia di Brisbane pula! insyaallah..

p/s: gambar nanti upload ye insyaallah. semua nya belum ditransferkan lagi. huhu

4 comments:

Fir Firdausi (Bro Fir) said...

salam.

aura adelaide sgt kuat.dah rindu dgn abang ajil.sekejap sgt rasa.

jom gerakkan lgkah syabab brisbane pula.

:)

run^nia in wonderland said...

dear...sori sgt bz lately nie...
ur no dekat aussie pun dah terhilang kan...

nnt msg ain eh...
+919901728798...
ni no dekat india...
ain x o9 tau...huhuhu...
dats y la jarang nampak dekat fb
gurt luck dear...
miss u alot~!!!

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

fir : alhamdulillah. istiqomah. ayoh!

:)

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

noen : huu. miss you too. much2. tak pe, kita tahu kita masing-masing ada utk each other kan? stay strong there and take care. :)