Saturday, April 17, 2010

DRAMA AIRPORT

kala-kala offtask dengan Mr. Assignment ni. laju je pula idea, terimbau kenangan dulu-dulu. [^^,]

tajuk entry ni dah clear kan?

ini pengalaman sebenar saya..

waktu : 13 februari 2010 [8.00 pagi, sebelum boarding pulang ke Australia]
tempat: KLIA

menunggu sehingga final call daripada pramugari kerana menantikan seseorang, yang sebenarnya mahu buat surprise tapi tersalah timing pula..hehe, berlari-lari anak berkejaran ke balai berlepas kerana khuatir terlepas penerbangan. berlepas daripada lapangan terbang KLIA, dengan senyuman dalam tangisan. sayu rasa hati.

[dapat bayang tak macam ala-ala drama korea? tak pandai saya nak elaborate panjang..hee]

ya.. ini kenangan manis saya. alhamdulillah.


realiti yang saya fikirkan
***********************

kala malaikat maut, izrail datang tanpa saya undang,
tepat masanya,
saya tak boleh request final call,
dah tak sempat nak pergi minta maaf dengan umi abuya,
dengan adik-adik,
segalanya akan jadi pantas,
segalanya pasti akan jadi,
kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati!

kesudahan saya,
kepergian saya,
belum tahu lagi samada akan tersenyum atau bagaimana..
doa saya muga rahmat husnul khotimah.
itu lah impian saya.

***********************************
Ya ALLAH, aku berdoa memohon perlindungan padaMU. lindungilah setiap insan yang hadir dalam hidup ku, yang aku sayangi. Kasihani lah mereka lebih daripada aku mengasihi mereka ya Allah. Aku menyerahkan perlindungan harta ku ini buat MU di kala musafir ku. ameen.

No comments: