Friday, April 29, 2011

YOU AND ME


It's just you and me tonight,
The room is silent, not so bright,
I've waited since the first light,
I'm glad there's nobody in sight,
No witnesses but the moonlight,
All my problems are set aside,
I know that I will be all right,
Because you're here by my side.

O Allah, it's you and me tonight.

----------

"Our Lord (glorified and exalted be He) descends each night to the earth's sky when there remains the final third of the night, and He says,'Who is saying a prayer to Me that I may answer it? Who is asking something of Me that I may give it to him? Who is asking forgiveness of Me that I may forgive him?'" [Sahih Bukhari]


love how this poem has touched my soul.
thank you Allah.
=)

source HERE

Thursday, April 28, 2011

AL-FATIHAH

sejenak cuma pagi tadi
saya postkan entry kegembiraan

sekarang ini pula pada petang hari
saya postkan entry yang penuh rasa kesedihan
saat ajal itu datang merisik dan menyapa
tidak lagi dapat ditangguh atau diawal walau sesaat
oleh sesiapa jua

Al-Fatihah
atas pemergian Allahyarhamah Teacher Musleha
guru Bahasa Inggeris sewaktu sekolah rendah
di Sekolah Kebangsaan Seri Selamat

minggu lepas lagi saya dah dimaklumkan
bahawa arwah dah ditahan di ICU kerana
tak sedarkan diri selama lebih dari 10 hari
oleh sahabat istimewa dunia akhirat saya

reaksi saya masa tu memanglah sangat terkejut
namun jarak dan komitmen yang ada pada saat itu
memisahkan niat saya untuk segera pergi menziarah arwah di hospital

sejak beberapah hari yang lepas
sahabat-sahabat lama di sekolah rendah
menziarah arwah di hospital dan update perkembangan
arwah pada kami setiap masa hinggalah
pada waktu asar tadi
perkhabaran daripada seorang sahabat
bahawa tiada lagi harapan dan
suami arwah hanya mampu mengajarkan kalimah syahadah padanya

saya menerima perkhabaran usai menunaikan solat Asar
terduduk dan tergamam membaca sms dari sahabat istimewa dunia akhirat
ada rasa terkilan di lubuk hati kerana tak sempat nak menziarahi

namun lekas-lekas dipujuk hati
memang sudah sampai masanya untuk arwah teacher pergi
meninggalkan sekalian isi bumi dan keluarga yang dicintai
didoakan moga arwah teacher ditempatkan di kalangan orang beriman
ameen

sejujurnya arwah teacher
merupakan antara individu yang banyak memberi pengaruh kepada
siapa saya sekarang.

masih lagi terbayang di mata

saat arwah teacher mencubit pusat di perut pabila saya menjadi nakal
saat arwah teacher tersengih cover-cover bila anak murid buat lawak
saat arwah teacher mengorbankan masa rehatnya kerana anak muridnya macam saya yang perlukan extra guidance untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris ketika itu
saat arwah teacher membawa saya pulang ke rumah pada waktu Maghrib dan memberi saya makan malam kerana umi abuya saat tiada di rumah
saat arwah teacher melonjak sama gembira pabila anak muridnya skor A dalam bahasa inggeris ketika UPSR dan apatah lagi bagi yang skor 5A
saat arwah teacher tanpa jemu-jemu memberi nasihat dan melayan kerenah kami saat kami bertandang ke rumah teacher meski pada waktu itu masing-masing sudah membawa haluan sendiri ke sekolah menengah dan seterusnya universiti yang berbeza..

terlalu banyak rasanya nak diceritakan
jika mahu disingkap satu demi satu kenangan bersama arwah cikgu
mungkin saya perlu berhenti di sini saja dulu
cuma satu yang terakhir

"Teacher Mus, inshaallah semangat juang dan dedikasi teacher dalam memastikan
anak murid teacher mahu dan semangat belajar bahasa inggeris
akan saya semadikan di hati ini, kerana
saya juga mahu jadi English language teacher seperti teacher."
may you rest in peace

love you teacher

Wednesday, April 27, 2011

BLINK BLINK =)

two words:
HAPPY
ALHAMDULILLAH!

(.^______________^.)

antara yang berjaya disambar di PWTC semalam
(dah lama aim nak menyambar ni)
dalam tempoh lebih kurang 2 jam
dek kejar masa kena balik IPBA

dapat penuhkan rak kedua
hati berbunga-bunga

sabar ye cik rabiatul adawiyah
habiskan dulu final exam awak
inshaallah tak lari mana buku-buku ni
tapi ada satu buku da lama aim
sekali cash habis, waduh sabar kok.

=)

ok ok. sambung kerja dan revision.
sambil bersiap sedia untuk
membakarkan lagi kulit di bawah sinaran matahari esok.

Tuesday, April 26, 2011

AS A REMINDER

27/04 - Book Fair PWTC
28/04 - Sports Day
01/05 - OGA meeting*
01/05 - Walimatul urus Mohd Fadhli & Nor Hanisah
02/05 - LTP submission
03/05 - FINAL AIS!
05/05 - FINAL CS!
( 09/05 - 20/05 ) - courses!

14/05 - Walimatul urus Intan & Norman
( 14 & 15/05 ) - PALESTINE talk!
27/05 - semester breaks! =)
28/05 - Walimatul urus Maimunah & Mahizal
29/05 - Walimatul urus Mardhiah & Imran
02/06 - Walimatul urus Ummu & Harmizzi
03/06 - END OF 2 MONTHS!*
05/06 - Walimatul urus Azah & Rahman
18/06 - Walimatul urus sahabat qiamullail =)


woah~! breath in breath out.

1 OGA meeting in Seremban.
1 final assignment to be submitted.
2 final examinations! =) =) =)
1 important Palestine talk to be arranged and organised!
1 final important date!
10 courses to be attended.
7 walimatul urus yang dijemput. mashaAllah sempat ke.

to dearest friends yang sudi menjemput, here is a prayer for all of you :

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

-mari menyambung kerja dan revision.-

Saturday, April 23, 2011

NYAWA TIKA GENTING

alhamdulillah.. ku panjatkan syukur yang tak terhingga hingga saat ini masih punya ruang, detik nadi dan detak jantung serta masa untuk aku kembali bertaubat dan bertaubat daripada segala kekhilafan yang ada dalam diri hamba hina ini. alhamdulillah.

sejujurnya memang saya tak menyangka masih punya masa untuk saya menaip entry pada malam ini. dikelilingi ahli keluarga di Perak. dapat menunaikan solat fardhu lagi di atas muka bumi ini.

tertanya tanya kenapa?

kerana sebentar tadi, saya merasakan seakan sudah tibanya ajal saya. detik jam 645pm. di sebuah simpang memasuki ke kawasan rumah saya.

benar.

al-kisahnya, ketika sedang drive sewaktu dalam perjalanan pulang ke PB, kira-kira di jalan selepas Kulim. di hadapan saya sebuah lori, di belakang saya sebuah kereta MPV. saya memandu dengan kelajuan 70-80km/j memandangkan jalan yang agak berbengkok dan hujan serta keadaan trafik yang agak padat (tak reti nak ulas macam mana).

secara tiba-tiba melintas seekor anak kera dari kawasan hutan di sebelah kiri. hampir saja saya tekan brek kecemasan dan terlencong stereng ke tebing jalan. alhamdulillah. tindakan memperlahankan kereta serta merta dengan izin Allah sempat lah anak kera terbabit melintas. sakit jantung saya dibuatnya!

perjalanan diteruskan dengan hati tak putus-putus beristighfar. memang terkejut.

ok lah itu cerita nyawa genting bagi seekor anak kera. kita sambung cerita seterusnya.

selepas peristiwa di atas, perjalanan diteruskan lagi dengan lebih berhati-hati. sebaik tiba di PB, saya pon melencong bersama umi ke rumah pakngah berdekatan dengan rumah kami untuk solat asar dan menziarah.

selepas beberapa minit kami pon meminta izin untuk pulang ke rumah saya. jam pada ketika itu lebih kurang 640pm. saat saya membelok ke kiri jalan sebelum memberi signal ke kanan untuk masuk simpang, itulah detik yang sangat genting buat saya.

sambil menunggu giliran untuk membelok kereta di simpang tiga ke arah rumah saya, dengan signal ke kanan masih berkedip-kedip. secara tiba-tiba dalam jarak tidak sampai 80meter di hadapan saya, sebuah kereta nissan warna hitam memotong dari arah belakang dengan kelajuan yang saya kira hampir saja mencecah 140km/j.

saya terpana. saat itu ada lebih kurang 5 buah kereta di yang perlu kereta hitam tersebut pintas sedangkan kereta-kereta sangat rapat.

tindakan saya?

tangan kanan - antara memastikan signal saya masih bernyala dan bersedia menaikkan lampu tinggi.
tangan kiri - bersedia memusingkan stereng ke kiri jalan dan membunyikan hon sekuat hati sambil mata memerhati ke belakang sama ada kereta atau tidak.
mata saya tidak mampu untuk berkedip walau sesaat. jantung saya berdenyut kaku. mulut menuturkan lafaz kalimah syahadah. memang genting!

umi di sebelah sudah tertinggi suaranya. adik di belakang menerpa ke hadapan. saya tidak mampu mengalihkan kenderaan ke mana-mana arah. kiri kanan penuh kereta. tangan hampir membunyikan hon.

dalam hati saya mohon benar pertolongan Allah.

entah macam mana boleh terjadi. jarak antara kereta yang terlalu rapat dan keadaan kereta nissan hitam yang begitu laju, Allah izin kereta itu tetap lepas. kereta yang di sebelah kanan saya juga hampir saja babas ke dalam parit sebelah sana. sungguh genting!

dalam sekelip mata 5 saat, jalan kosong dan terus saya pusingkan stereng masuk ke simpang rumah di sebelah kanan.

Allahu Allah!

hingga saat azan maghrib berkumandang sampai sekarang. jantung ini masih lagi tidak habis rentak detak nya.

terasa benarlah pinjaman nyawa yang Allah berikan untuk dimanfaatkan di atas muka bumi ini. alhamdulillah. semoga nyawa ini dimanfaatkan sebenar-benarnya. inshaAllah. bila-bila masa saja malaikat Izrail akan datang mengambil nyawa kita tanpa terlambat atau terlewat biar sesaat pon. hatta diri saya yang seorang manusia ini. sedangkan haiwan juga akan mati.

note : semoga pemandu kereta nissan hitam itu insaf dengan tindakan nya yang memandu terlalu laju sehingga membahayakan nyawa orang lain. saya cuba bersangka baik mungkin dia tidak nampak simbol simpang tiga sebelum mengambil tindakan memotong. tapi saya juga berterima kasih kepada dia yang mengajarkan saya tentang nyawa dengan izin Allah pada hari ini. alhamdulillah.

Thursday, April 21, 2011

INDIRECTNESS

atau bahasa mudahnya cakap berlapik
dan dalam context kali ni adalah
bercakap dengan hikmah.

bukan senang tu
buat manusia yang jenis cakap direct
dan jenis yang susah nak faham indirectness ni

pusing pusing bunga bunga
akhirnya isi utama nak cakap tak sampai mana

haish

tapi dalam menarik jiwa jiwa bersamaNya
saya rasa wajar
untuk insan punya seni atau skill indirectness
kerana dengannya bisa menyentuh hati manusia
kembali pada cintaNya.

benda manis nak dikejar
kena lalu onak duri dulu
baru ada rasa puas
dan syukur!

atas izin dan pilihan yang diberikan alhamdulillah.

Tuesday, April 19, 2011

AFTER A WHILE

alhamdulillah after a while
now I can breath normally and should I say calmly?

=)

owh life was pretty hectic recently!
but alhamdulillah
I could strongly feel that
He is giving me supports endlessly
to go through this journey
however
I must say that never expect a smooth sailing journey
but YES please note that
He is always there with you 24/7 without fails!
and that really makes you strong, feel motivated
and wanting to strive for the best insyaAllah.

because you know
that you want to please Him
and only Him
that you want His love badly

having said so
you need to also realize
how much efforts have you put in
to get the best out of the best?

=) (switch)

alhamdulillah today merupakan my second last assignment submission. tinggal satu saja lagi untuk di submit next week. moga Allah permudahkan. dan focus untuk dua final exam. hoho.

alhamdulillah tadi juga dah dapat result microteaching. Alhamdulillah praise be to Allah. =) haapy and unexpected.

alhamdulillah that today am still alive, still given a chance untuk bertaubat dan pusing kembali hati ini pada jalanNya.

susah kan? perit kan? dan mencabar kan?

pabila kita benar benar mahu di atas jalan ini. sebab itu earlier saya katakan never expect a smooth sailing journey untuk kita benar benar merasai suatu kejayaan dunia dan akhirat tu. teringat pula firman Allah SWT dalam al-Quran, "tidak kamu katakan kamu orang beriman melainkan setelah kamu diuji." kan?

once upon a time, saya pernah fikir, ujian ni datang kerana Allah ingin menghukum saya atas dosa-dosa saya yang lampau. astaghfirullahala'zim.. zalim nya diri ini kerana berburuk sangka dengan Allah. =(

tidak sama sekali ujian itu Allah turunkan melainkan untuk menjadikan saya lebih baik hari ini berbanding semalam. semua perjalanan dan ujian yang kita tempuhi tu kerana Allah itu Maha Baik, Allah Maha Penyayang. see? kita buat pahala, hatta baru nak berniat pon dah dapat pahala, bila buat dosa, sedangkan niat belum lagi dapat dosa, dah action baru counted. now can you see how Allah itu Maha Pemurah dan Maha Baik?

kata sahabat saya : Islam itu untuk menyedarkan mu, bukan menghukum mu!

tersangatlah menyentuh hati dan perasaan saya.. seriously.

of what are happening around me recently macam yang saya ulang cakap sebelum ni.. dapat saya rasakan terlalu banyak sangat nikmat Allah pada saya sebagai hambaNya atas muka bumi ni. kadang terfikir apa value kita di mataNya sementelah segala macam angkara dan dusta dilakukan?

astaghfirullahala'zim.. =(

dan hari ini saya merasakan betapa bersyukur yang teramatnya diri ini untuk menyedari bahawa ada satu nikmat yang cukup besar dalam diri saya sekarang ini dan juga anda.

nikmat ISLAM dan IMAN!
Segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan Maha Baik kerana memilih kita untuk menikmati nikmat yang tak ternilai ini. alhamdulillah.

bersyukur lah kita dilahirkan sebagai individu muslim.

a gentle reminder to all:

jadilah muslim yang mengamalkan islam anda (verb) dalam hidup seharian
bukan hanya muslim yang hanya islam (noun) pada diri anda..

rugilah kita jika kesempatan yang sebentar cuma ada di atas muka bumi ini tidak dapat kita manfaatkan bersama. (lihatlah dunia dari jendela akhirat kerana pasti kamu kan mengerti hakikat kehidupan dunia yang sementara dan pinjaman ini)

sememangnya saya tak pandai nak menulis. saya hanya meluah saja apa yang saya rasa. tapi seandainya boleh, saya nak sangat semua orang tahu betapa Islam ini cukup indah! (nokhtah)

p/s : looking forward to this friday, pulang menemui ayah bonda. =)
p/s/s: panjang juga rupanya entry, angkara berhenti bertemu mr. A. ;)

Friday, April 15, 2011

AKU dan ManU

she thinks
this is so inspiring,
and sweet.
alhamdulillah.

credit to the writer.

AKU DAN ManU

hampir setiap game Manu xleh miss,rasa rugi sangat kalau miss,rasa xtenang,xtenteram,xsenang duduk...ikhlas nak bagitahu nie..


mesti nak tahu sape score,sape yang main especially kalau lawan rival or big match,

mesti pakai jersey kalau p tgk bola kat kedai mamak,nak2 yang original perggh rase cam naik sheikh satu badan ni nak tgk Manu belasah orang.. Pelita,Subaidah mmg port kiteorang tgk ramai2,yang xtahan tue kalau Champion league kol 2 or 3 pagi rela bangkit start motor p layan kat kedai mamak,siap ajak kawan tue,kata org putih,the more the merrier…siap bergerak dalam jemaah tue,yang xtahan tue siap leh hafal lagi lagu2 Manu,download burn dalam CD pasang atas kete dengar masa otw nak g tgk bola,perrghh mmg kaw2 la,bersemangat abes…


Manu merchandise rasenyer berlambak-lambak kot,ada yang mahal,ada yang murah,beli kat oversea pun ade kirim kat kawan,baru ‘rare’ katekan…

Hari-hari duk sembang pasal manu jer,puji gol rooney yang cantik,pastue download wat collection,wallpaper mesti la Manu,screensaver, eh senang cite semuala la nak Manu..

Yang xtahan tue,rase macam tenang n senang hati bila tgk n sembang n ape2la yang berkenaan dengan Manu..


ingat lagi bila Manu datang Malaysia,tiket beratus pun sanggup beli weh,datang travel dari jauh,duit minyak,makan minum,tol dan macam2 lagi usah dikenang la..

xpe asalkan dapat tgk rooney,nani,scholes n semua players live…bukan senang weh..


hari2 bukak website manu,baca utk tambah knowledge,

kata orang minat English football ni kene ada knowledge,history dia,sape legend players dia,memorable moments n byk lagi la…


yang paling xtahan bila Manu kalah,rase cam lagi parah dari kehilangan isteri,lagi sakit dari kene rotan n emosi mesti terganggu,kalau dalam kelas tue mesti moody,nak escape je rasenyer,berdesing telinga usah dikate la cuz fan Liverpool,arsenal n Chelsea mesti bidas kaw2 punyer...pernah la rasenyer marahkan seorang muslimah ni pasal dia doakan Manu kalah dan masin mulutnya Manu kalah champion league tahun lepas,rase cam angin je satu badan nie nak cilikan mulut dia n pastue cucuk ngn jarum hati dia biar dia tahu betapa pedih dan kecewa,sakit ati dan down sampai xtahu la nak cakap ape bila Manu kalah,sampaila wajib tidur awal hukumnya bila hari Manu kalah aritue…xmau sembang byk,xmau study,xmau kuar…


eh banyak lagi la pasal Manu ni,

tgk betapa parahnya penangan cinta pada Manu…

betapa manisnya saat bersama Manu,

siap bercita-cita dari kecik tue nak jadi pemain Man…

seperti merasakan beginilah hakikatnya apabila dilamun cinta..

bukan cinta palsu,tapi sahih,

bukan main2 tapi benar,tiada yang benar melainkan benar belaka…


tapi sayangnya cintakan Manu seperti bertepuk sebelah tangan,

bila mula tersedar,

kerna Manu tidak dapat bagi manfaat utk akhiratku,

kerna Manu tidak dapat bagi syafaat utk d dunia sana nnt,

kerna cinta Manu tidak kekal,

kerna aku salah bercinta,

dan ingin mencari CINTA baru,


maafkan aku Manu,tiada cinta utkmu lagi,minat mungkin…

aku ingin maju dalam fikir risau dan dakwah sebagaimana aku maju bersama Manu…

seperti begitulah pedih,sakit,gembira dan tenteramnya aku utk bersama dakwah ini..

doakan semoga istiqomah dan mati dalam kerja dan dakwah ini…

lagi dan lagi,lagi dan lagi sehingga aku tiada lagi…

insyallah amen…


"Truly in the body there is a morsel of flesh which if it be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it is diseased.Truly it is the HEART"

(Narrated by Bukhari and Muslims)



:stay istiqomah ameen:



Thursday, April 14, 2011

MUJAHADAH

semalam sesi curahat dengan teman istimewa, dunia akhirat. Alhamdulillah tenang terasa hati. malu pada Allah, malu pada diri pabila banyak lagi langkahan diri yang cacat dan tidak sempurna.

benarlah pada setiap nikmat yang Allah kurniakan itu, mahu dilihat sama ada kita ini akan ingat padaNya atau tidak. mahu rasa bersyukur atau terus hanyut.

sangat banyak untuk diperhitung setiap satu nikmat yang dikurniakan Nya.

"fa bi ayyi aalaa irabbikumaa tukadziban"
maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi engkau dustakan?


Allahu Allah.. derapan langkah ku masih kecil. moga hati kuat dan redha menyelusuri laluan ini. yang pasti tidak senang. namun aku yakin pada penghujung manisnya seperti yang dijanjikan. moga punya redhaNya.

kuatlah hati-hati sekalian berperang bermujahadah hati!

teringat pula takat-takat jihad, sungguh jihad hati hawa nafsu ni, masih lagi di takatan bawah.. yang tertinggi jihad perang.. mengimpikan syahid!

Allahu Allah jauhnya kita! =(

mujahadah, perangi, dan kuatlah! pengharapan dan pergantungan hanya padaMu.

: fasa yang banyak menguji :

Wednesday, April 13, 2011

SCHEDULE

18/04/2011 = microteaching observation & assembly ceremony
19/04/2011 = PD submission
22/04/2011 = home sweet home! =)
24/04/2011 = LTP submission
28/04/2011 = Sports Day.
03/05/2011 = FINAL - AIS
05/05/2011 = FINAL - CS
09 - 20/05 = courses!

yosh berusaha! stay strong heart! insyaAllah =)

Sunday, April 10, 2011

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah
pada Yang Maha Baik
Allah Maha Baik
Allah Maha Pemurah
Allah Maha Penyayang

satu persatu mula tersingkap
segalanya tersusun secara hikmah
pada menjadikan semuanya indah
pabila segalanya aku serahkan hanya pada yang Hak

pintaku jauhkan diri ini dari kufur pada nikmat Mu ya Allah
jadikan kebergantungan dan pengharapan ini hanya pada Mu

Saturday, April 2, 2011

DENYUT KASIH MEDIK

mantop!

that's the first impression usai saya selesai membacanya.

teringat perasaan yang sama ketika habis menelaah "Mawar Berduri" nukilan zaujah pengarang Denyut Kasih Medik, Fatimah Syarha, novelis islami yang cukup saya kagumi.

Sekali lagi, cerita ini punya 'roh' nya yang tersendiri dalam mentafsirkan perjalanan seorang doktor Muslim, Dr. Muslih, meniti hari-harinya bersama persekitarannya yang tenat.

Terkesan dan mengagumkan. Isu-isu yang dibangkitkan relevant, fresh dan approach yang digunakan dalam menangani setiap isu saya fikir rasional dan matang inshaallah. Bahasa yang santai dan jitu tidak membebankan pembaca untuk mentafsirkan isu-isu yang diketengahkan alhamdulillah.

Buku yang sarat dengan fiqh perubatan turut diadun dengan fiqh wanita yang mana saya teliti banyak yang tidak diketahui sebelum ini, juga dimasukkan fiqh cinta.

All in all, tempoh 5 jam focus untuk saya habiskan membaca buku ini dengan sangat bertekun dirasakan tersangat berbaloi. dengan izinNYA jua. highly recommended to others!

escapism yang sangat menenangkan jiwa kala hidup diasak dengan seribu satu virus kehidupan yang menjengkilkan dan menyesakkan urat jiwa nadi hati dan limpa.

berbaloi berbaloi tak rugi baca.

hari Sabtu yang terisi dengan segala macam fakta. moga Allah berkati hidup Dr. Farhan Hadi dan zaujah, Fatimah Syarha atas perkongsian bermanfaat kepada masyarakat. alhamdulillah. (^_*)

BUKAN DAYA DIRI INI


Wamakaru Wamakarallah
Wallahu Khairul Makiriin

Sunnguh tiada daya diri kerdil ini
Meski aku merancang
Allah jua lah Perancang terbaik dalam hidup ini

Tabah dan kuatlah duhai hati