Saturday, April 23, 2011

NYAWA TIKA GENTING

alhamdulillah.. ku panjatkan syukur yang tak terhingga hingga saat ini masih punya ruang, detik nadi dan detak jantung serta masa untuk aku kembali bertaubat dan bertaubat daripada segala kekhilafan yang ada dalam diri hamba hina ini. alhamdulillah.

sejujurnya memang saya tak menyangka masih punya masa untuk saya menaip entry pada malam ini. dikelilingi ahli keluarga di Perak. dapat menunaikan solat fardhu lagi di atas muka bumi ini.

tertanya tanya kenapa?

kerana sebentar tadi, saya merasakan seakan sudah tibanya ajal saya. detik jam 645pm. di sebuah simpang memasuki ke kawasan rumah saya.

benar.

al-kisahnya, ketika sedang drive sewaktu dalam perjalanan pulang ke PB, kira-kira di jalan selepas Kulim. di hadapan saya sebuah lori, di belakang saya sebuah kereta MPV. saya memandu dengan kelajuan 70-80km/j memandangkan jalan yang agak berbengkok dan hujan serta keadaan trafik yang agak padat (tak reti nak ulas macam mana).

secara tiba-tiba melintas seekor anak kera dari kawasan hutan di sebelah kiri. hampir saja saya tekan brek kecemasan dan terlencong stereng ke tebing jalan. alhamdulillah. tindakan memperlahankan kereta serta merta dengan izin Allah sempat lah anak kera terbabit melintas. sakit jantung saya dibuatnya!

perjalanan diteruskan dengan hati tak putus-putus beristighfar. memang terkejut.

ok lah itu cerita nyawa genting bagi seekor anak kera. kita sambung cerita seterusnya.

selepas peristiwa di atas, perjalanan diteruskan lagi dengan lebih berhati-hati. sebaik tiba di PB, saya pon melencong bersama umi ke rumah pakngah berdekatan dengan rumah kami untuk solat asar dan menziarah.

selepas beberapa minit kami pon meminta izin untuk pulang ke rumah saya. jam pada ketika itu lebih kurang 640pm. saat saya membelok ke kiri jalan sebelum memberi signal ke kanan untuk masuk simpang, itulah detik yang sangat genting buat saya.

sambil menunggu giliran untuk membelok kereta di simpang tiga ke arah rumah saya, dengan signal ke kanan masih berkedip-kedip. secara tiba-tiba dalam jarak tidak sampai 80meter di hadapan saya, sebuah kereta nissan warna hitam memotong dari arah belakang dengan kelajuan yang saya kira hampir saja mencecah 140km/j.

saya terpana. saat itu ada lebih kurang 5 buah kereta di yang perlu kereta hitam tersebut pintas sedangkan kereta-kereta sangat rapat.

tindakan saya?

tangan kanan - antara memastikan signal saya masih bernyala dan bersedia menaikkan lampu tinggi.
tangan kiri - bersedia memusingkan stereng ke kiri jalan dan membunyikan hon sekuat hati sambil mata memerhati ke belakang sama ada kereta atau tidak.
mata saya tidak mampu untuk berkedip walau sesaat. jantung saya berdenyut kaku. mulut menuturkan lafaz kalimah syahadah. memang genting!

umi di sebelah sudah tertinggi suaranya. adik di belakang menerpa ke hadapan. saya tidak mampu mengalihkan kenderaan ke mana-mana arah. kiri kanan penuh kereta. tangan hampir membunyikan hon.

dalam hati saya mohon benar pertolongan Allah.

entah macam mana boleh terjadi. jarak antara kereta yang terlalu rapat dan keadaan kereta nissan hitam yang begitu laju, Allah izin kereta itu tetap lepas. kereta yang di sebelah kanan saya juga hampir saja babas ke dalam parit sebelah sana. sungguh genting!

dalam sekelip mata 5 saat, jalan kosong dan terus saya pusingkan stereng masuk ke simpang rumah di sebelah kanan.

Allahu Allah!

hingga saat azan maghrib berkumandang sampai sekarang. jantung ini masih lagi tidak habis rentak detak nya.

terasa benarlah pinjaman nyawa yang Allah berikan untuk dimanfaatkan di atas muka bumi ini. alhamdulillah. semoga nyawa ini dimanfaatkan sebenar-benarnya. inshaAllah. bila-bila masa saja malaikat Izrail akan datang mengambil nyawa kita tanpa terlambat atau terlewat biar sesaat pon. hatta diri saya yang seorang manusia ini. sedangkan haiwan juga akan mati.

note : semoga pemandu kereta nissan hitam itu insaf dengan tindakan nya yang memandu terlalu laju sehingga membahayakan nyawa orang lain. saya cuba bersangka baik mungkin dia tidak nampak simbol simpang tiga sebelum mengambil tindakan memotong. tapi saya juga berterima kasih kepada dia yang mengajarkan saya tentang nyawa dengan izin Allah pada hari ini. alhamdulillah.

No comments: