sejenak cuma pagi tadi
saya postkan entry kegembiraan
sekarang ini pula pada petang hari
saya postkan entry yang penuh rasa kesedihan
saat ajal itu datang merisik dan menyapa
tidak lagi dapat ditangguh atau diawal walau sesaat
oleh sesiapa jua
Al-Fatihah
atas pemergian Allahyarhamah Teacher Musleha
guru Bahasa Inggeris sewaktu sekolah rendah
di Sekolah Kebangsaan Seri Selamat
minggu lepas lagi saya dah dimaklumkan
bahawa arwah dah ditahan di ICU kerana
tak sedarkan diri selama lebih dari 10 hari
oleh sahabat istimewa dunia akhirat saya
reaksi saya masa tu memanglah sangat terkejut
namun jarak dan komitmen yang ada pada saat itu
memisahkan niat saya untuk segera pergi menziarah arwah di hospital
sejak beberapah hari yang lepas
sahabat-sahabat lama di sekolah rendah
menziarah arwah di hospital dan update perkembangan
arwah pada kami setiap masa hinggalah
pada waktu asar tadi
perkhabaran daripada seorang sahabat
bahawa tiada lagi harapan dan
suami arwah hanya mampu mengajarkan kalimah syahadah padanya
saya menerima perkhabaran usai menunaikan solat Asar
terduduk dan tergamam membaca sms dari sahabat istimewa dunia akhirat
ada rasa terkilan di lubuk hati kerana tak sempat nak menziarahi
namun lekas-lekas dipujuk hati
memang sudah sampai masanya untuk arwah teacher pergi
meninggalkan sekalian isi bumi dan keluarga yang dicintai
didoakan moga arwah teacher ditempatkan di kalangan orang beriman
ameen
sejujurnya arwah teacher
merupakan antara individu yang banyak memberi pengaruh kepada
siapa saya sekarang.
masih lagi terbayang di mata
saat arwah teacher mencubit pusat di perut pabila saya menjadi nakal
saat arwah teacher tersengih cover-cover bila anak murid buat lawak
saat arwah teacher mengorbankan masa rehatnya kerana anak muridnya macam saya yang perlukan extra guidance untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris ketika itu
saat arwah teacher membawa saya pulang ke rumah pada waktu Maghrib dan memberi saya makan malam kerana umi abuya saat tiada di rumah
saat arwah teacher melonjak sama gembira pabila anak muridnya skor A dalam bahasa inggeris ketika UPSR dan apatah lagi bagi yang skor 5A
saat arwah teacher tanpa jemu-jemu memberi nasihat dan melayan kerenah kami saat kami bertandang ke rumah teacher meski pada waktu itu masing-masing sudah membawa haluan sendiri ke sekolah menengah dan seterusnya universiti yang berbeza..
terlalu banyak rasanya nak diceritakan
jika mahu disingkap satu demi satu kenangan bersama arwah cikgu
mungkin saya perlu berhenti di sini saja dulu
cuma satu yang terakhir
"Teacher Mus, inshaallah semangat juang dan dedikasi teacher dalam memastikan
anak murid teacher mahu dan semangat belajar bahasa inggeris
akan saya semadikan di hati ini, kerana
saya juga mahu jadi English language teacher seperti teacher."
may you rest in peace
love you teacher
No comments:
Post a Comment