semalam sesi curahat dengan teman istimewa, dunia akhirat. Alhamdulillah tenang terasa hati. malu pada Allah, malu pada diri pabila banyak lagi langkahan diri yang cacat dan tidak sempurna.
benarlah pada setiap nikmat yang Allah kurniakan itu, mahu dilihat sama ada kita ini akan ingat padaNya atau tidak. mahu rasa bersyukur atau terus hanyut.
sangat banyak untuk diperhitung setiap satu nikmat yang dikurniakan Nya.
"fa bi ayyi aalaa irabbikumaa tukadziban"
maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi engkau dustakan?
Allahu Allah.. derapan langkah ku masih kecil. moga hati kuat dan redha menyelusuri laluan ini. yang pasti tidak senang. namun aku yakin pada penghujung manisnya seperti yang dijanjikan. moga punya redhaNya.
kuatlah hati-hati sekalian berperang bermujahadah hati!
teringat pula takat-takat jihad, sungguh jihad hati hawa nafsu ni, masih lagi di takatan bawah.. yang tertinggi jihad perang.. mengimpikan syahid!
Allahu Allah jauhnya kita! =(
mujahadah, perangi, dan kuatlah! pengharapan dan pergantungan hanya padaMu.
: fasa yang banyak menguji :
No comments:
Post a Comment