Saturday, August 29, 2009

SPONGEBOB

bila tengok spongebob ni
teringat abuya kat sblh sama2 menonton bila pulang kerja petang2
kami berlawan ketawa dengan aksi spongebob
walau aku dan abuya jarang berbicara
spongebob membuatkan kami bersama

bila tengok spongebob ni
teringat umi pon same turut menontonnya
sambil melipat kain baju jemuran dari ampaian
dan sambil menonton spongebob
membuat kami saling berbicara dan berlawan kata

bila tengok spongebob ni
teringat dekat adek2
sambil makan keropok leko
bersama dengan teh o
kami berkumpul sekeluarga
sebelum datang nya senja

bila tengok spongebob ni
teringat pada dua ekor kucing
anak angkat kesayangan abuya tu
toy dan atan nama diberi
sama2 menyibuk nak tengok spongebob

bila tengok spongebob ni
aku teringat
keluarga di malaysia
dan aku rindukan keluarga
juga rindukan seseorang
yang selalu turut sama ada
mengisi masa petang ku bersama spongebob
huhu

tenanglah hati
kan kita berjumpa lagi
insyaallah
^.^
senyum spongebob

PUASA di AUSTRALIA

pengalaman berpuasa pada tahun hijriah kali ini cukup berbeza..terlalu amat berbeza..walau pon aku sebenarnya sudah biasa berjauhan dari keluarga sejak berusia 12 tahun, pengalaman berpuasa di negara orang mencipta 1001 kenangan. sudah tiada lagi panggilan telefon setiap pagi atau petang daripada umi bertanyakan sudah bersahur atau sudah berbuka..tiada lagi tanya menu apa makan nya hari ini. sudah tiada lagi berduyun2 ke bazar ramadhan. berjalan2 beramai2 bersama kawan2 dengan telekong ke surau. masing2 dengan urusan masing2 di bumi asing ini. seolah mencipta satu suasana yang.....tidak bisa utk aku ungkap.

bangun bersahur pon sudah tidak seperti dl.. apa tah lagi pabila berbuka puasa. huhu..mungkin kerana aku terlalu ingatkan keluarga di kampung agak nya. perkara baru bila berpuasa di sini. bila mengidam atau teringin nak makan ape2, terpaksa la usaha sendiri masak. jikalau di malaysia dulu, kalo rasa x mahu masak sekalipon, ada lagi kedai2 makanan..mudah, senang dan cepat. haha..spanjang tempoh 7 hari ramadhan ini, paling aku ingat bila teringin sangat nak makan puding gula hangus..atau bahasa bandar nya puding karamel. huhu..dulu2 masa kat malaysia, abuya lah orang nya yang akan beli kat aku bila ke bazar ramadhan masa kecik2. bila beli puding karamel, abuya beli juga murtabak. :D jadi bila umi tahu suami nya dan anak suka puding gula hangus, umi sendiri buat kan di rumah, lebih jimat. ye la..kalo dekat bazar ramadhan sepotong 1/8 puding tu pon da berharga RM1.50..kalo satu loyang?..tapi kalo buat sendiri kurang daripada RM5 pon da boleh dapat 2 loyang..huuu..makanya,berbalik kepada cerita aku tadi, bila da teringin sangat tu, aku pon call la umi tanya. aku ingat nak buat tapi ingat2 lupa..hehe. jadi bila buat tu rasa excited sgt, walaopon buat sorang2, tapi sebenarnya jauh dalam hati sebak. haha..bila puding da siap masak senyum memanjang je. ok, kalo tengok kan presentation rupa mmg x sama macam yang umi buat, tapi kurang2 rasa nya tetap sama dan sedap. hee. :D





puding gula hangus aku yang warna x hangus dan bersarang semut pula. mungkin aku patot tukar nama puding sarang semut. haha. tok kata aku kena masak lagi gula sampai hangus. x cukup hangus lagi ni mcm ni. haa..dengar tu ye. :P

selesai satu bab makan. bila berbuka tu plak. kadang2 ada masa tu berbuka atau bersahur sorang2. yang laen ada urusan masing2. ada yang ada kelas la dan macam2. masa ni mmg btoi2 sedih la. bagi sesetengah orang mungkin x apa. tp bagi aku, rasanya agak canggung sedikit. i am a family person. x taw la. susah nak describe ape yg aku rasa. huhu. mungkin lama2 aku akan biasa buka atau sahur sorang. hehe. pernah satu ketika ni, aku rasa kesian kat diri sendiri sbb kan sifat prihatin ni. mungkin ia TIDAK perlu lagi nnt pada masa akan dtg. huhu..i am sorry if i care..because i do really care. "tidak sempurna iman seorang muslim itu hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri " - HADIS. berpusing2 kan aku cakap ni? haha..abaikan je. point nya adalah suasana yang berbeza. mungkin lepas ni aku patot pergi cari suasana tu. kan? mcm nasihat sorang senior ni, berpuasa di perantauan, kita lah kena sendiri mencipta suasana tu, bukan tunggu suasana tu tercipta utk kita. insyaallah. akan ku keluar daripada kepompong sedih2 ni. x rock la kan. haha. terima kasih kpd ahli 808 sbb mcm2 aku belajar , resipi, fashion etc n hopefully akan blajar bnyk g benda baru. insyaallah. :)

lauk favourite yang aku masak sendiri untuk berbuka dan sahur..ayam paprik. dulu kat malaysia x pernah buat sendiri. selalu makan je kat kedai kalo menu ayam paprik. sekarang da boleh wat sendiri. huhu. ni la penangan nya jauh dari keluarga.

selesai kisah suasana makan..suasana berterawih pula. kat sini sama ada kami berterawih sesama kami atau berterawih dekat universiti. bila berterawih dekat universiti tu, imam nya pak arab. lafaz solatnya dibaca dengan penuh penghayatan. sampai ada yang menangis bila baca surah tertentu atau bila berdoa. tu la kelebihan pada mereka yang faham isi kalam ALLAH kan? x ke rugi kita ni jika x dpt faham bahasa arab, paling kurang sedikit2 jika x semua dan sempurna kan? huuu..aku nak cerita banyak2 tentang terawih dekat uni, sekali je aku pernah tgk suasana tu, sebab selalu aku berada kalangan terawih sesama kami shj. :) ow ya, lagi satu, kat sini bila imam nye arab, mereka x baca zikir slps setiap 4 rakaat masa kita terawih tu. mereka terus je habis sampai 8 rakaat dan sambung dengan solat witir.

dekat sini kan, bangun bersahur nya awal, sebelum jam 5 pagi da sudah sahur. dan alhamdulillah kali ni ramadhan jatuh pada musim winter. dan waktu siang nya lebih pendek daripada waktu malam. jam 5.30 petang kami da berbuka puasa. sekejap je kan? hehe. bunyi mcm seronok. tapi ALLAH hadiahkan kami dugaan yang berbeza pula dari di malaysia. bila pergi shj universiti, kiri kanan depan belakang, ade je aksi2 meminum air atau makan burger dan banyak shj bau2an makanan yang harum. huhu. kalo kat malaysia x dapat kan. sebab masyrakatnya menghormati kedatangan ramadhan kerana itu agama rasmi kita. dekat sini, mana la mereka faham kan. huhu. tapi aku bersyukur sebab kebanyakan lecturer aku kat sini faham tentang puasa. jadi bila dalam kelas, x la terlalu membebankan sangat pelajaran tu. dan bila da nak dekat buka puasa mereka akan lepaskan kami awal. alhamdulillah. :)

apa lagi ye nak cerita..rasanya mungkin sampai sini dulu kot. nanti ada cerita baru aku tulis lagi. insyaallah. cerita2 ni aku nak simpan buat tatapan bila da balik malaysia nanti dan bila da beranak cucu cicit. hehe..jauh kan angan2. :P terima kasih pada MM sebab selalu teman aku berpuasa di australia. dan nasihatnya bahawa ALLAH itu pasti akan sentiasa ada bersama aku dalam suka dan duka salam perantauan ni, akan ku semat sampai nanti. akhir kata doakan kami berjaya menjalani ibadah puasa di perantauan ini. insyaallah. ameen. :)

Thursday, August 27, 2009

MASA ITU


masa itu
aku berfikir - fikir
aku berenung -renung

betapa ALLAH sayangkan hambaNYA
terlalu sayang

dlm setiap ribut dikurniakan hujan
hujan rahmat bertimpa2 ke bumi
memberi rezeki kpd manusia
hasil bercucuk tanam berganda - ganda

namun masih
manusia itu buta
dikeluh kesah kan
antara rahmat dan ujian ILAHI

masa itu
aku tersentap
aku terkedu
aku terkesima
apakah aku manusia itu?
yg buta pada penilaian dan perancangan ILAHI
masyaallah
semoga aku dan kita
menjadi manusia yang lebih bersyukur


*dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang*
bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
dan kami telah pun menurunkan bebanmu darimu
yang memberatkan punggungmu
dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu

maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yg lain)
dan hanya Tuhanmulah yang engkau berharap.

(al-insyirah, 94: 1-8)


alhamdulillah syukur ya ALLAH dlm setiap ujian MU
KAU hadiahkan jua senyuman utk ku sentiasa
bersama rahmat kasih MU
^.^

Tuesday, August 25, 2009

MICRO TEACHING


alhamdulillah..after few seconds,minutes,hours,days and weeks..we were struggling with our scripted lesson plan for the micro teaching assessment, doing rehearsal, preparing all the teaching aids (which was not an easy task), and lots more. finally, it has come to an END today. syukur..yang x terhingga. terlalu sangat bersyukur. :)

the next task will be writing a reflection from the micro teaching session as well as identifying and justifying my teaching methodology..which again..will NOT be an easy task too.huhu..that is normal, isn't it? as students, we need and have to face a lot of obstacles, therefore we can experience our learning meaningfully. of course along the way, you will struggle and find yourself at the end of the road, but wait, hey come on..there are always more doors to explore..and you should not let yourself down. trust and have faith..and trust ALLAH...for HE will definitely help you in any situation (when you seek for it).

that is it. for now. will write more when i want to. haha..for now, just would like to express PERASAAN YG BERSYUKUR TIDAK TERHINGGA PADA ALLAH DAN KEGEMBIRAAN MELAMPAU..only for today! later, will need to work on my story telling collections assessment pula. huhu..cayok2..you can, i can! :D have a good day friends.

special thanks to all friends. utk segala support n semangat serta betapa cooperative nye kalian dlm kelas. huu.. may ALLAH bless u olwiz. :)

Monday, August 24, 2009

SHISHA

By Perminder Khatkar
BBC Asian Network


Smoking a shisha pipe is as bad for people as smoking tobacco, the Department of Health and the Centre for Tobacco Control Research has found.

People who smoke shisha, or herbal tobacco, can suffer from high carbon monoxide levels, its research revealed.

It found one session of smoking shisha resulted in carbon monoxide levels at least four to five times higher than the amount produced by a cigarette.

High levels of carbon monoxide can lead to brain damage and unconsciousness.

Shisha is an Arabic water-pipe in which fruit-scented tobacco is burnt using coal, passed through an ornate water vessel and inhaled through a hose.

Dr Hilary Wareing, director of the Centre for Tobacco Control Research, told the BBC's Asian Network she was shocked by the results of the research.

"Our mouths opened at the level of harm - none of the tests we did showed anything other than shisha is hazardous to health."

Paul Hooper, regional manager at the Department of Health, said the findings made the dangers of shisha a "major issue".

He said many people regard shisha "as not even smoking".

Misconception

Shisha bars, which are typically decked out with low stools and soft cushions to create an inviting atmosphere, have become popular in cities across the UK, particularly London, Manchester and Birmingham.

An activity largely associated with Middle Eastern customers and a young crowd, there is a growing trend of themed shisha parties.

Many people who go to "shisha evenings" think it is a safer alternative to smoking cigarettes.

"You never see it in the news - 'that is terrible, don't do it' - there's no shock tactics like (there is with) cigarettes," said one young woman.

"If my mum sees me smoking shisha, she isn't going to take it as seriously as if I was smoking cigarettes," said a British Pakistani man.

It was this misconception - and finding dangerous levels of carbon monoxide in a pregnant woman who had stopped smoking tobacco, but continued to smoke shisha - which prompted the research.

"We found one session of smoking shisha - that's 10 milligrams for 30 minutes - gave carbon monoxide levels that were at the lowest four and five times as high as having a cigarette," said Dr Wareing.

"But at the worst, shisha was 400 to 450 times more dangerous than having a cigarette," she added.

Informed choice

Shisha smokers in a cafe in Edgware Road, London, said the findings would make them think twice about smoking.

"You know you can die from cigarettes, but you don't know you can die from shisha," said one.

"I'm now going home to research it," said another.

But not everyone is convinced.

Akram, a 27-year-old who runs a restaurant and shisha bar in Birmingham, has his own views.

"There is a health risk but it's all down to consumption and all the evidence I've seen is that smoking shisha is nothing like smoking even one cigarette," he said.

He said he did not actually inhale shisha smoke.

It is not just the level of carbon monoxide that is causing concern.

Qasim Choudhory, a youth worker at the NHS Stop Smoking Service in Leicester, said sharing a shisha pipe could pass around infections.

"There's a heightened risk of getting TB, herpes and infections like that," she said.

"Now you know swine flu is on the top of the agenda right now - there's no kind of direct correlation, but at time when we're up on our hygiene, it's not the best type of activity to be taking part in."

Dr Wareing said more research on exactly how dangerous shisha was needed to be conducted to enable people to make an informed choice.

Paul Hooper said the department was working hard at "how best to get the message - that it is dangerous - across to the consumer".

"But how do you label the tobacco and the shisha pipe? It's not as simple as labelling a packet of cigarettes," he added.

The Trouble with Hubble-Bubble will be broadcast on the BBC's Asian Network at 1800 BST on Monday 24 August 2009.

'USAHLAH DIZALIMI DIRI SENDIRI'

Sunday, August 23, 2009

RINDU KEMBALI

genap sudah setahun masihi dan hijrahi pemergian arwah tokwan yang ku sayangi dan hormati
tiada lafaz yang mampu ku ungkap menggambarkan rasa hati
cuma rindu
hanya rindu
terlalu rindu
sangat sangat rindu
apa khabar tokwan?
dahulu,tokwan pergi sebelom smpt ramadhan menjengah
kali ni keluarga kita puasa lagi tanpa tokwan di sisi
senyuman tokwan
kata-kata tokwan
kami rindukan tokwan
KAKAK rindukan tokwan
semoganya tokwan terima doa2 kami saban hari

tokwan, nantikan kakak di awanan sana ya.
sayang tokwan selalu

al-fatihah

Saturday, August 22, 2009

LASKAR PELANGI

semalam usai shj solat teraweh, aku pon melangkah pulang ke bilik. berkira2 utk beradu sudah..tibe2 hati dan tangan ni teros tergerak menekan tetikus, membuka folder kisah laskar pelangi, yg baru shj ku dapati dr seorang teman, ecah. ade 11 part. lps tgk 1st part, teros bersambung ke part yg laen pula..dan akhernye tamat sudah kisah nya.

kisah laskar pelangi..aku kira, sebuah filem wajib tontoni buat semua. semangat juang dalam diri setiap seorang karakter nya benar2 membuat aku kagum dan terharu. dan jujur aku kata kan, ada dlm beberapa babak, penghayatan karakter dan jalan cerita yg begitu memberangsangkan berjaya membuat kan aku menangis keterharuan..owhh..syahdu nya.. ~~~

alaf baru ini, ku fikir2 dan renung2 kan, apa mungkin masih ada kanak2 yg sepuluh orang seperti dlm laskar pelangi ini? apa mungkin punya guru yg sanggup bergadai masa dan wang rupiah hanya utk mengajar kanak2 yg miskin, yg belom tentu punya masa hadapan dalam sebuah sekolah papan yang hanya menanti masa rebah ke lantai bumi? apa mungkin? tapi itu semuanya mungkin dalam kisah laskar pelangi..garapan sinopsis kisah yg cukup istimewa buat diri ku yg bakal bergelar seorang pendidik tidak lama lagi. insyaallah. moga dapat ku pinjam dan ku semai semangat cikgu muslimah dlm mendidik anak murid nnt. ameen. :)

suatu yg ku kira istimewa, penekanan pembelajaran kepada 10 orang anak laskar pelangi..bukan semata mengejar keputusan lulus dalam peperiksaan awam..tetapi sebaliknya ditekan kan kekuatan iman dan jiwa agar kecerdasan minda terbina dalam diri mereka dan barulah dikatakan terhasilnya didikan anak2 dan insan2 yg berjaya dunia dan akhiratnya..mudah2an..insyaallah.10 orang anak laskar pelangi yg punya multiple intelligences, datang dari latar belakang yg susah,miskin,punya tanggungjawab terhadap keluarga..tapi jiwa mereka cukup kental memburu ilmu dan percaya bahawa mereka juga berhak mempunyai cita2 utk masa hadapan. atas smangat juang ini, akhernya mereka berjaya. kecerdasan minda dan kemantapan budi pekerti dan hati 10 anak laskar pelangi adalah satu bonus anugerah tuhan yang bila direnung, setiap kita pon boleh memilikinya. insyaallah. :)

final word, this movie is higly recommended to others utk ditontoni. mmg berbaloi. usah dilihat dengan renungan mata tajam, tapi lihatlah dengan renungan mata hati. agar intipati pengajaran nya dapat disari. mudah2an.

kata pakcik ustaz dlm filem ini, berilah sebanyak2 nya, dan jgn lah kamu menerima sebanyak2nya..renung2kan. :)

"aku jatuh cinta lebih sama lintang dan ikal"
^.^

nota kaki: entry ini terpengaruh dengan gaya bahasa indonesia..huhu..x sabar menanti kesudahan kisah nur kasih yang nmpk nya makin hangat plot penceritaan minggu ini. :P

Wednesday, August 19, 2009

AHLAN WAHSALAN YA RAMADHAN

Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan (
No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :


- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan
yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn
!!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan
yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan
yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan
yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan
yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan
yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan
yang dok cucuk!!

Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....
Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....



Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

Peringatan ini adalah buat diri saya, keluarga saya dan rakan2 akrab saya.


"Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya."
Al-Maidah, 5 : ayat 48


~~~only ALLAH knows the BEST~~~
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

(sekadar perkongsian bersama dr seorang teman melalui emel buat sambutan ramadhan ini)
.:.moga bermanfaat.:.
AHLAN WASALAN YA RAMADHAN
^.^

Monday, August 17, 2009

TEATER MERDEKA

"kekasih semalam"
pementasan teater oleh para pelajar queensland bersempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 52.
bertempat di labotte roundhouse teather.
akhernye berakhir sudah satu kesibukan yg menghambat masa ku dlm beberapa minggu ini.
(sangkakan pementasan teater rumah kedai jalan seladang 2003 adalah yg terakhir dlm hidup, namun rupanya ada jua lagi..huhu..adat bila sudah ku terjun ke bidang ini)

.:.let pics talk.:.
*cupcakes celebration..nyummy2*
*entry ticket*
*tag crew*
*cik puan director + incik bos prop*
*housemates*
*acara makan nasi kerabu di australia*
^.^

dalam menyambut sambutan kemerdekaan
dengan semangat patriotik
gagah laksana pahlawan hang tuah
dan pejuang kemerdekaan
terdetik persoalan di benak
"apa kita ini benar2 sudah merdeka?"
"MERDEKA KITA DARIPADA JAJAHAN PENJAJAH"
"tapi"
"apa kita merdeka jiwa, hati dan minda dalam alaf baru ini?"

.:.renungan buat diri sendiri.:.

Sunday, August 16, 2009

HARI LAHIR

14 ogos.lahirnya jasad seorang bayi perempuan iaitu aku.ke atas dunia ni.
[ape daaa ayt punye la bunge..hehe]

ok.x ade ape sgt pon nk tules.cume nak share pics ms smbot bufday aku aritu.buat ahli 808,thank you utk surprise bufday cake yg hmpr2 kantoi..tp comey n cute gitu..i like. :)

buat ahli 803 pula, terima kasih kerana mengetok pintu dan memaksa aku kluar strosnye melagukan kugiran hari jadi kala tgh2 malam begitu.terharu jua..siap ade VIP hasani yg lagak mcm menteri besar lagi tu..terkejot nak.hehe..

buat kawan2 cohort 4 and cohort 5 yg wish, semuanye terima kasih.yg ade ms same2 maen percussion waktu rehearsal juga terima kasih.kpd pelakon2 kekasih smlm yg ada jg waktu tu.terima kasih.

kepada kawan2 yg laen juga..yg dr india, malaysia, australia, new zealand, united kingdom n mane2 country ats dunia ni (x dpt nak list kan name2 kat sini)..yg wish thru facebook n msg.terima kasih kalian..mana2 yg terlepas pandang x reply.maaf.aku da cube reply mane yg mmp dlm kengkangan masa yg singkat ini.huhu..

dan special thanks to umi dan abuya..manusia yg bertanggungjawab membawa aku ke atas dunia..terima kasih yang x terhingga kepada umi yang bergadai nyawa melahirkan aku atas muka bumi ini. :)

dalam keterujaan aku hidup menjangkau 22 tahun ini..datangnya satu demi satu persoalan dalam benak ini.
apa berkat kah usia ku selama ini?
apa bermanfaat dan diterima kah ibadah ku selama ini?
apa bakal ku hadapi lagi hari kelahiran ku tahun hadapan?
semoga ALLAH merahmati kehidupan ku.
moga anugerah UMUR ini akan diisi dan lipat ganda dengan amal ibadah dalam membina diri sbg muslimah acuan MU.
ameen.
^.^



















Wednesday, August 12, 2009

KALA HUJAN TURUN

kala hujan turun di tanah lapang
hati juga rasa tenang
memikir yg telah terkebelakang
dan apa yg ada di hadapan jauh dari pandangan
semuanya mengukir senyuman pandang
dari hati ke wajah.

You're happiest while you're making the greatest contribution.
Robert F. Kennedy

Hidup pada erti memberi.
Ustaz Saifulislam

In the hopes of reaching the moon men fail to see the flowers that blossom at their feet.
Albert Schweitzer

Don't waste your life in doubts and fears: spend yourself on the work before you, well assured that the right performance of this hour's duties will be the best preparation for the hours or ages that follow it.
Ralph Waldo Emerson


"akhirnya bumi brisbane disimbahi hujan kembali"

^.^

Tuesday, August 11, 2009

KEJAR MENGEJAR

13082009 = digital media wiki
15082009 = teater malam kemerdekaan
17082009 = digital media wiki
19082009 = school visit
26082009 = microteaching presentation
04092009 = storytelling collections submission
09092009 = microteaching report and reflective
09092009 = school visit
21092009 = three m3 lesson plans
23092009 = school visit
25092009 = TESOL methodology focus paper
20102009 = storytelling presentation
30102009 = m3 portfolio
huhu..ni official list yg aku ade utk submission sgala incik eseimen yg bagai tu..blom yg x official nye lg..hehe..harus lbh bnyk berusaha utk semester ini. kerana sy mahu hati sy gumbira n mngumbirakan hati org2 tersayang spt sblomnya. insyaallah. ^.^
"sesungguhnya kekuatan ini adalah nikmat anugerah MU, maka ya tuhan aku mohon KAU terus kuatkan aku dlm senang dan susah ku. kerana ku percaya pada jalan aturan ku yg telah KAU tetapkan..ameen" insyaallah. :)

Monday, August 10, 2009

HARI YANG SIBUK

..hari yang sibuk..

...sibuk sungguh hari ini...

eh?apakah?

.:.hehe.:.

aku pon da pening disebabkan hari yg sibuk hari ni. dr pagi x berhenti2 smpai ke petang n saat ini msh lg otak ni berligat2 berputar2 fikirkan mcm2 perkara..huhu..nak duduk berehat pon x sempat lagi. semue ni gara2 incik eseimen yg bertimbun dan kene cepat siapkan sblm sampai due date nye. "ya ALLAH smuga dpt aku slesaikan semua nya dlm perancangan masa ini. ameen."

1. pagi td pegi kelas excursions in mathematical reasoning. arini x mcm minggu lepas. hands-on xtvty nye ade 2 je. yg laen sume nye otak punye kije yg mcm kene perah2 nk digest stiap satu ilmu tu..huhu..tp aku suke. mncabar pemikiran ini. kerot kat muke ni x usah ckp la. berkeriut2 mencongak mencari formula dan menerima pelajaran. satu yg aku blajar baru arini, adalah perfect number..haa..mcm x pnh dgr kan. hehe..tp ni la yg aku blaja. nak kata nye pening x pening nak kire perfect number ni, sampaikan ats slides td, x leh nak muatkan number tu. dan fakta ttg perfect number ni adalah number yg plng panjang yg dijumpai di atas dunia ini adalah 25, 956, 377 jumlah angka panjang nya..haaa..tu jumlah angka je taw, bukan number asal nye..huhu..pening kan?..perfect number ni digunakan dlm security system yg ade kat dunia ni. mcm mane ia operate?haa..yg ni la yg kite nak kene pikirkan ye. :)

2. balik je dr kelas td aku teros pegi valley ngan syapa,ecah dan hani..pegi beli ayam ngan barang2 dapor..(kat sini, ade satu je kedai ayam halal)..alhamdulillah, ade juga, drpd haru kalo x de kan. huhu..nak dijadikan cerita nya. aku x withdraw money lg td. so sblm turun kat city aku pon ckp la nak kuar duet kat kwn2. bile smpai city, masa nak lintas jalan tu, aku nmpk bus 199 da ade. aku pon ape lg, sbb x nk kene tinggal dan x nak nyusahkan kawan2..teros pecut lari 100m kat atm depan tu. terus je cucuk kad atm..skali x boleh. da terkebil2 kat situ sorang2..ish, ape kene plak ni?..da la nak cepat ni.huhu..rupe2 nye aku salah cucuk kad. yg aku cucuk tu debit card. card bank atm aku yg satu lg..hehe..ni la penangan da lame x withdraw duet. slalu tu maen lerek je kad bile pegi beli brng..huhu..ok la.slesai satu cerite. bile aku da kelam2 kabut pusing blakang tu, tgk2 kawan aku yg bertiga tu duk bersenang lenang kat tepi traffic light. eh, kenapa plak diorang ni?..kan bus da sampai. kenapa x kejar bus?..huhu..aku pon pergi la kat diorang..rupe2nye bus yg nak kene naek ke valley tu seberang jalan yg satu lagi. bus laen, bukan bus 199..hehe..aduhai2..ape la kesah nye kepala aku hari ini. da semua jd bahan pulak kat kawan2..huhu.

3. balik je dr valley beli2 barang2, susun2 dan kemas2 brng kat dapor. aku pegi library plak. smalam da wat readings utk incin eseimen yg bnyk nak bagai tu..huhu..jd, arini kene pegi cr bahan rujukan la. hehe..kaki masa ni da rase lembik2 da. tp ku kuatkan juga semangat dan gagahkan juga badan ni walaopon cognitive da overload sbnrnye. library yg hmpr 5 tngkt tu aku tawaf berulang2 smata2 nak cari buku rujukan..br utk satu subject..alhamdulillah dapat la 5 buah aku pnjam. tu pon, dlm2 duk cari tu, smpt juga aku melunjur kaki antara rak buku, sbb da rs lenguh sgt. hehe..padahal da buka da opac smalam. tp biase la tu, bile da duk dpn rak buku, pgng yg ni, rase nk pnjm yg laen sbb kan kandungan nya. rambang mata jadinya mcm tgh shopping plak. hehehe.

4. blk2 library plak, terus tolong kawan umah masak2 kat dapor. arini menu nya nasi ayam. huuu..bdn da lembik semacam..jd ku buat la kije smbl duduk depan meja tu. potong2 sayor.. akhernye pndk cerite, siap la nasi ayam dan skrg da slmt ade dlm perot ni.hehe..

skrg ni aku ngah berehat2 dpn laptop memikirkan kerja aku satu hari ini. kejap lagi da nak mule wat eseimen..huhu..smuge msh ada kekuatan..cayok!..semester ni life aku agak hectic sket..bnyk yg nak kene due nye.huhu..smuge berjaya buat aku dan kamu juga...mohon kekuatan sentiasa daripadaNYA..ameen. :)

Wednesday, August 5, 2009

RINDU TANGISAN KU

[full stop]
ya ALLAH, muga dikuatkan hati dan semangat ini melalui segala ujian Mu
dan aku kan terus tersenyum dengan segala nikmat kurnia Mu
dan akan ku redha dgn perjalanan hidup yg KAU rancangkan

.:.bertabahlah hati.:.
*yang jauh di perantauan*
.ameen.
"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis"

(an-najm:43)

Tuesday, August 4, 2009

FAMILIA

kije di kala penat ber barn buddy
^.^

..heart both of you..


Sunday, August 2, 2009

HAPPY FRIENDSHIP DAY

..happy friendship day..
kpd sume kawan2 yg mngenali dan ku kenali
samada secara siaran langsong atau x langsong
hehe

bile ckp ttg kawan ni kan
bukan ari ni je kite nak celebrate kawan2 kite ye x
tiap2 ari pon kite ngan kawan2
jd, tiap2 hari la kite smbt hari kawan
hehe

.....bile tenung2.....
....bile renung2....
...bile fikir2...
hidup dan usia aku bnyk abes dgn kawan2

umor 4 thn je
umi da anta masok tadika
da mule belajar berkawan
bile sekola rendah
umor da 7 thn
sibuk ke hulu ke hilir
aktiviti kokurikulum
dan pertandingan2
atau seminar2 dan perkhemahan
masuk sekola menengah
nun jauh aku tercampak jauh dr keluarga
selama 5 tahun
usia remaja aku abeskan dengan kawan2
dan kehidopan aku slps tu
teros lg bnyk diluang kan dgn kawan2
smpai la aku ke bumi australia ni
kawan2 juga yg mnjadi agenda hidup aku

bangun pagi
gosok gigi
makan sarapan pagi
pergi kelas
semua dgn kawan2

jadi
selamat hari kawan lah
kepada semua kawan2
yg telah menghiasi hidup aku
selama kurang drpd 22 tahun ini
(nape kurang?..sbb aku blom tahu berkawan lg hingga umor 2 thn..
n my 1st friend is my brother)


konklusi perbicaraan hari ini,
HAPPY FRIENDSHIP DAY
^.^

p/s:tetap family first in my life ye kawan2. :)