Friday, October 30, 2009

BILA

bila orang tak nampak kewujudan kita
bila orang tak tahu menghargai diri kita
bila orang buta melihat kasih sayang kita

ingatlah
bahawa ALLAH itu lebih segala-galanya

sentiasa menyayangi kita 24 jam
tak pernah meninggalkan kita
tak pernah tidak sayang pada kita

sentiasa merahmati kehidupan kita
dengan segala nikmat alam

buat sahabat teristimewa
bertabah selalu menyelusuri jalan keredhaanNYA
kerana saya sangat sayang pada anda

Monday, October 26, 2009

QUICK UPDATE

if you are looking for the guilt, you need only to look at the mirror.. life is not as hard as you think, but its you that make it harder.. sedar la.. back to basic (ilham, 2009)

this was taken from a friend of mine. somehow or rather, i agreed. kadang-kadang saya, dan mungkin kita terlalu fikir secara complicated sampai cari ke luar apa punca masalah, sedangkan punca tu ada tertanam dalam diri sendiri sahaja. dan ianya boleh diselesaikan dalam satu petikan jari [read between the lines]

alhamdulillah. :)

one thing for sure, bila seorang sahabat ada masalah, the very least thing you can do is to listen. and definitely the person will appreciate it very much. dan satu lagi, bila kawan kita mencari-cari punca masalah, jangan direndah-rendahkan atau diperlekeh-lekehkan dia kerana mungkin dia benar buntu mencari jalan keluar. doakan lah yang terbaik untuk dia.

mungkin nanti anda di tempat dia, dan dia sentiasa setia membantu dan mendengar kata-kata anda. ALLAH itu Maha Adil bukan.

insyaallah. :)

Sunday, October 25, 2009

JANGAN PEDULI

ok..sila jangan peduli entry kali ni. ni memang betul2 nak luahan hati ni. haha. tak tahu la nape saya da tak leh nak focus wat incik eseimen. owh, kesian incik eseimen saya, jangan merajok ye? huhu. da tak boleh focus sangat dengan life dekat sini skrg. nape ye?

dalam kepala ni macam2 duk fikir. dalam hati ni macam2 yang dirasa. owh, 1001 rasa ayamas. haha.

cepat lah hari itu..tolong lah cepat. eh, tak baek kan macam ni. YA ALLAH moga KAU kuatkan hati ku ini. tabahkan diri ku dan kuatkan semangat ku. moga aku redha mengharungi aturan perjalananMU. insyaallah. ameen. :)

"bersangka baik itu perlu, tapi jangan sampai kamu diperkotak katik kan individu lain ya."

Friday, October 23, 2009

MOTORCYCLE

huhu..ntah idea angin mana tibe2 dtg pg ni. lepas suboh duduk2 depan laptop. tibe2 teringat kat motor. eh? haa..da pelik da. hehe. tu la, saya lg pelik. pastu terus browse incik google cari gambar2 ni sume. hehe.
kacak kan motor ni? ade kenangan ngan moto ni. ok, not exactly this one la ye. hee. sebenarnye nak cari gambar motor yang macam ala2 erra fazira bawa dalam filem tu. tapi tak jumpe. huhu. kenangan saya dengan motor mcm ni adalah apabila dulu ketika saya ambil lesen, ada pakcik ni offer nak ajar saya bawa motor ni. ape pakcik? motor biase pon tak lepas lg pakcik da offer motor besar? [masa tu la] hehe. tapi motor ni mcm cool juga kan? :P [tapi pakcik, sampai ke orang tinggi mcm saya naek motor ni? huhu]
motor ni pon makin lagi kacak dan bergaya. hehe. sebenarnya bila tengok motor ni, teringat dekat umi dan abuya. umi cerita, dulu2 masa awal2 mendirikan rumah tangga, motor yang lebih kurang macam ni la yang jadi penghubung mereka. masa tu abuya mana beli kereta lagi. tapi akhirnya bila umi mengandungkan saya, mana boleh naek motor ni da. nak kena bising dengan nenek ke? hehe. tak berapa lama abuya da jual pon motor ni. sweet je rase bile ingat umi dan abuya dulu sama2 hidup susah dan senang sampai sekarang. alhamdulillah YA ALLAH, KAU berikan kekuatan dan ketabahan buat umi dan abuya ku melayari bahtera rumahtangga mereka. moga bahagia menjadi milik mereka sampai syurga. sayangi lah mereka lebih dari mereka menyayangi ku YA ALLAH. ameen. :)
motor ni plak macam klasik gitu2. dulu abuya ada motor klasik masa saya kecil. tapi da name pon klasik kan. kadang2 dia meragam juga. tapi dengan motor klasik tu la abuya pergi berulang-alik ke tempat kerja mencari nafkah buat sesuap nasi untuk kami sekeluarga. alhamdulillah. :) tapi motor ni da gone. saya tak taw dan tak la pula tanya abuya ke mana pergi nye. hehe.
tengok motor ni pon macam berkacak dan bergaya juga. hehe. saya suke tengok motor ni yang version lasak punye. ntah ape name motor ni. lupe da pula. huhu. bila ada race kat mane2 memang saya duduk la mengadap tv tengok. suka tengok macam mana diorang handle motor dengan cekap dalam keadaan lasak. saya memang suka lasak. huu. yang pasti, saya tak akan naik la motor ni. nak kena rotan ngan umi?hehe. :P kalo tak tengok race motor lasak, saya tengok race motor on track pula. best juga. ish3..hehe. tapi ni dulu2 la. sekarang ni da tak de da peluang ni.
taraaaa..hehe. dan akhirnye ni je la motor yang saya pernah bawa. da motor ni je yang ada dekat rumah. hehe. ok la kan. tu pon bukan selalu saya bawa. bawa pon bila emergency. jangan suruh saya bawa scooter. sebab saya tak taw bawa scooter! ok, sila lah ketawa. dulu pernah saya cube bawa scooter kawan, tapi haiisshhh susah nak cakap. huhu. saya pon tak confident bawa scooter. 'motor rempit' je yang saya taw bawa. saya bila bawa motor tak sedar laju berapa, memang laju la. sebab bawa sorang2. tapi kalo bawa kereta, semut lintas depan pon saya berenti. hehe. exaggerate! [sebabnye umi atau abuya ada kat sebelah..huhu] rindunya nak balik bawa kereta dan motor.

sebenarnya motif nak share ni nak relate juga dengan satu hadis. tapi maaf saya tak hafal pula. antara isi kandungan hadis tersebut, sabda Nabi SAW, maka ajarlah anak mu 3 perkara, yang pertama menunggang kuda, kedua, memanah dan ketiga berenang. siapa2 ada hadis riwayat ni boleh la share2 ye. :) huraian seorang sahabat saya, menunggang kuda tu samalah tarafnya sekarang dengan belajar memandu kenderaan manakala memanah ni pula seumpama belajar ilmu mempertahankan diri (alhamdulillah da selesai, abuya bagi belajar silat. tapi tak abes lg. huhu) dan yang ketiga tu mmg berenang. tak ade nak sama2 mana2. huhu. hebat kan? pesanan ni disampaikan beribu tahun dulu, tapi setiap satunya pastikan punya relevance. subhanaallah. wallahualam :)

NEW BOOK

hoyee..hoyeee!
alhamdulillah.
harini dapat buku baru yang dicari selama ni. tak plan pon dalam bajet masa kluar tadi. tup2..tibe2 dekat rak buku tu ada satu je lagi yang tinggal. apa lagi terus capai, pegi check harga. fikir2 jap. terus beli. hehe. insyaallah. muga pelaburan yang mengutungkan.

saya belum boleh kata apa yang istimewa tentang buku ni. tapi bila tahu je cerita ni berkisahkan masyarakat muslim terus rasa jatuh hati. hehe. tak nak la sembang panjang2. sape2 yang rasa2 ada curious juga macam saya, jom pakat ramai2 kita baca buku ni. :)

yang pasti bukan sekarang saya baca. sebab nak kata selesaikan banyak lagi urusan. insyaallah buku ni bakal jadi peneman dalam perjalanan selama 8 jam nanti. mudah-mudahan. kalo tak tido. :P

Thursday, October 22, 2009

MUKHSIN CLAYMATION



ini incik eseimen yang bernama digital media in education. :P walau pon projek ni nampak..ye nampak ye..macam simple..tapi pembikinannya melibatkan 1001 kerja rumit dan memerlukan ketelitian dan kesabaran yang maksima. alhamdulillah team members sangat supportive and cooperative. beban kerja pon tak terasa sangat. thank you ALLAH. :)

Wednesday, October 21, 2009

DONE


[kenangan di st adrian girls school]


alhamdulillah..finally.

arini bersamaan 21 october 2009 maka selesailah sudah sesi pembelajaran semester sy di bumi kangaroo ini. :) rasa ringan beban di bahu. habes da clash dengan incik2 eseimen sume. haha. arini juga dapat beberapa markah eseimen sebelum ni. alhamdulillah. gembira dengan result yg dapat dan rasa bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan. :) tinggal satu je lagi incik eseimen yg tengah waiting on the list nak gi dating. lepas tu merdeka! :P

arini bersamaan 21 october 2009, saya telah selesai menghantar dua incik eseimen yg gopoh ajak dating serentak. cess.! terpaksa lah saya merancang strategi yang bagai supaya tiada mana2 incik eseimen yang berkecil hati pula. haha. :P semalam ade storytelling presentation dekat st. adrian girl school, 3 zones from brisbane city. pergi sana dengan train. the environment lebih kurang mcm dengan kat skola menengah dl. maybe sebab all girls school kot. huu. above all bersyukur sbb dapat present sedaya mampu walau saya tak expect audience akan menjadi sebegitu sopan. haha. thank you ALLAH for giving me those opportunities. :)

balik2 terus pergi siapkan projek digital media in education. play part as the narrator. mmg mencabar sungguh. salah satu ulang. salah dua ulang. salah ribu2 pon ulang. huhu. alhamdulillah teammates sangat2 supportive dan beban kerja tu langsung tak terasa. heart all of them. petang tadi da present dekat class. and our lecturer like it! huhu. thank you again ALLAH.

jadi sekarang ada beberapa lagi urusan yang perlu diselesaikan dalam seminima masa yang saya ada. doakan saya kuat dan tabah dengan urusan dan ujian ini ya. insyaallah. ameen. :)

dalam masa beberapa hari ni, ada beberapa perkara yang bila saya reflect buat saya tenang dan diam.

1. ALLAH itu mendatangkan ujian kepada hambaNYA mengikut kemampuan kita. mintalah pada ALLAH agar hati dan semangat kita dikuatkan dan diteguhkan iman kita. bersabarlah menghadapi ujian itu. dan teruskanlah tersenyum. insyaallah hati kan rasa sedikit lapang. :)
2. tidak semua benda yang kita harapkan dan rancangkan akan terlaksana. semuanya terletak mutlak dalam kuasa ILAHI. namun bukanlah satu kemestiaan untuk kita mengatakan bahawa semudah itu sahaja kita pasrah dan berserah tanpa berusaha. tidak sama sekali ya!
3. kawan itu adalah cerminan peribadi kawannya yang lain di atas dunia ini. :)

ni je la dulu yang nak tulis. nnt smbg lain. da nak dekat suboh ni. huhu. video claymation yang dijanjikan tu, nnt br saya upload ye sebab nak jimat kredit tenet. nanti saya ke lab di university br saya uploadkan insyaallah. :) jom perkasakan hati dan iman.

Wednesday, October 14, 2009

BUNGA

bunga itu pasti kan layu
saat ajal dibawa pupuk bayu

namun selagi masih bernyawa ia
siramilah ia dengan air taqwa
taburilah keimanan sebagai bajanya
supaya iakan terus mekar warnanya
menghiasi dan mengharumi syurga dunia
sang pria
buat tambatan ke jambatan sana
dunia yang selamanya

dalam keredhaan Sang Pencipta
jua
akhirnya
...........

CLAYMATION

haa..saya br blk dari kelas digital media kejap tadi. terus rasa semangat nak share sesuatu yang jadi semasa kelas. sebenarnya sekarang ni saya dan group members sedang dalam usaha menyiapkan projek kelas kami. projek tersebut haruslah sesuatu yang bermanfaat as a teaching and learning resource utk future classroom kami nanti. dalam projek ni akan ada digunakan pelbagai teknik animation. dan salah satu teknik yang digunakan adalah claymation.

claymation is referred to as a form of stop animation using clay. so what we did just now was to produce the clay itself. buat orang [characters in our story], the bedroom, the ball and etc..etc..using the different colours of plasticine. mmg menarik lah. hingga secara tiba2, salah seorang kami mengeluh.."hisshh, susahnya nak buat orang pakai plasticine ni, leceh..tapi senang je kan ALLAH buat kita manusia ni."

terpana saya seketika dengan lontaran kata2 sahabat sebentar tadi. lalu menyambung, "ye lah, ALLAH pakai tanah je. senang je ALLAH buat, dan tiada satu yang mustahil pon bagi ALLAH SWT kan." MAHA HEBAT KUASA SUCI ALLAH SWT..subhanaallah..


diam saya berfikir sebentar, semudah itu ALLAH menjadikan manusia.


................................................................................. subhanallah.



note: insyaallah nnt saya upload kan projek kumpulan saya sebelum ni. insyaallah. mmg menarik untuk diaplikasikan dalam kontek pembelajaran di Malaysia nanti. tapi ada lagi beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan..contoh:time constraint.

22102009 : updated! ni la video group kami masa waktu workshop. tapi yang ni sangat simple dan tak smooth mcm projek yg kat entry atas tu. enjoy! :P

Tuesday, October 13, 2009

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah that now everything is over
i am looking for a new bright sunshine
a new me
and the old me
in my life

may the new start will always be blessed and showered
with YOUR endless guidance, love and care

thank you ALLAH for the wonderful feelings that YOU makes me feel
and thank you ALLAH for YOUR kindness and mercy
above all thank you ALLAH for YOUR endless love
alhamdulillah

thank you to all those who give me support
all through this while
only ALLAH can repay your kindness
and always know that
I LOVE YOU ALL
in my very own special way
i am sorry if i am not a good friend
because i am not a perfect person
and will always not
but i know, i will try my best
insyaallah

special thanks to farah, aisyah, ain, and more friends
the biggest special thanks goes to my beloved umi
for your endless support and prayers

thank you
your generosity and understanding
have always brighten my days
though we are far apart from the distance
yet we are so close in our hearts and prayers
may ALLAH bless all of us
ameen

SI CELIK BUTA


kadang-kadang saya celik
tapi rupanya saya buta

kadang-kadang saya buta
rupanya saya masih celik

anda bagaimana?

Sunday, October 11, 2009

UJIAN

salam alaik,

da lama rasa seperti tiada mood mahu menulis. da beberapa hari pandang je blog ni. rasa macam nak share sesuatu. tapi tiada kekuatan nak tules. hehe.

rasanya da selalu juga cakap, sesungguhnya tidak akan datang ujian kepada hambaNYA melainkan atas kemampuan hamba itu [al-baqarah]..dan barangkali kamu suka kan sesuatu tetapi ia bukan lah yg terbaik untukmu, dan juga barangkali kamu tidak sukakan sesuatu tetapi itulah yg terbaik untuk mu, sesungguhnya ALLAH itu lebih Mengetahui [al-baqarah]

perjalanan hidup saya dalam beberapa hari ni, terumbang ambing. lost. tragic. tetapi saya sangat bahagia. benar..bila saya memujuk hati supaya bersabar, mendengar ayat2 di atas ini. hati saya jadi tenang dan saya boleh kembali tersenyum. mungkin ke satu peringkat saya belum boleh berkata2 dengan apa yang terjadi kerana terlalu banyak yang perlu saya fikirkan dan selesaikan sekarang. tetapi satu yg saya pasti saya masih mampu tersenyum, tidak seperti sebelum ini. alhamdulillah. :)

adakalanya benarlah kita rasa seperti tiada satu pon yg kena dalam hidup bila ditimpa apa jua musibah. sering kali timbul perasaan rendah diri dan bingung dengan apa yang terjadi. kita rasa semua yg berlaku salah kita. dan kenapa kita yang kena ujian ini. saya berfikir mcm ni apabila hati begitu lemah rapuh menerima ujian MU ya ALLAH. astaghfirullahhalazim..

to the extent, saya berjalan seorang diri dalam kepekatan malam, mencari sesuatu yang hilang. tapi saya tak tahu apakah itu. mencari dan mencari. gilakan saya berjalan tengah2 malam seorang diri. tetapi saya wajib jika tidak saya tak tahu apa yang bakal saya lakukan dalam keadaan ini. sehingga akhirnya datang seorang sahabat mententeramkan jiwa dan membuka mata saya dengan setiap musibah yang menimpa. mengingatkan saya kembali dengan ayat favourite saya seperti di atas. sungguh, ayat ALLAH itu pengubat hati yang kesakitan.

saya tidak menyalahkan sesiapa dengan setiap apa yang terjadi. setiap manusia pastikan punya kelemahan masing2. dan saya akui saya juga punya kelemahan dan kelemahan2 ini lah yang perlu diperbaiki bukan hanya untuk memuaskan hati manusia semata tetapi yang paling hak adalah mencari keredhaan ILAHI. mungkin jua, ujian ini adalah wake up call untuk saya. mungkin saya sudah hampir di 'tebing', lalu ALLAH menyelamatkan saya. salah saya sendiri kerana tidak berjalan mencari cahaya dengan betul. salah saya sendiri kerana salah tafsiran. salah saya sendiri kerana hidup dalam bayangan.


hidup dalam bayangan selama 9 tahun..dan akhirnya ia hancur berkecai..berderai.sakit.pedih.


tapi saya bahagia, rupanya derita saya selama ini terperangkap dalam badan ini. dan mungkin ini lah jalannya yang ALLAH mahukan saya untuk membuangkan derita 9 tahun itu. terima kasih sahabat kerana menyedarkan saya. mungkin saya langsung tiada nilai dalam hidup anda, tetapi anda berharga dalam hidup saya sejak kali pertama kita berkenalan. jangan dipujuk hati ini kerana kata2 sahabat yang tulus walau pedih membawa saya kepada erti kebenaran dalam kehidupan. alhamdulillah.

insyaallah ini semua akan berakhir tidak lama lagi. dan saya berharap semoga ianya mempunyai penyudahan yang terbaik. dalam rahmat kasih ILAHI. moga tiada lagi derai air mata. dan semoga insyaallah ia bakal menjadi permulaan yang baru buat saya.ameeen..dalam memacu perjalanan dunia yang mungkin kan tamat bila2.wallahualam.doakan saya. :)

kepada anda dan anda2 [anda tahu siapa anda]..terima kasih. i love you. i am so lucky to have you in my life dear. :) tq MM. :) alhamdulillah YA ALLAH utk wake up call ini.

Tuesday, October 6, 2009

GETARAN HATI

saya terkenangkan getaran itu..
saya rindukan getaran itu..
saya mencari getaran itu..
saya masih merasa getaran itu..
tapi lemah.

"ya ALLAH peganglah hatiku di jalanMU"
"peganglah jua hati dirinya di jalanMU"
"peganglah hati kami di jalanMU"
ameen

Monday, October 5, 2009

BERCUTI

salam alaik,

yeahh..finally.hee.blom finally pon sbnrnya.alhamdulillah.ada gap 15 days before submitting another 3 more assignments.hoho.mmg restless siket sem kali ni.incik assignments bertimpa2 ajak g dating.haisshh. :P ape pon alhamdulillah that ALLAH gives me the strength to put it through. pejam celik pejam celik da nak dekat abes sem ni da.only few more days to go utk mnyempurnakan semester ni. :) can't wait till that moment. banyak lagi plan yang saya da fikirkan utk selepas ni. huu. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya. ameen.

semalam, dengan gaya 'tak ada kerja' konon2 nya, saya pergi berjalan keluar malam. tak jauh pon. dekat luar apartment ni je. tengok langit, tengok bintang, tengok pokok..tengok keindahan alam. subhanaallah. betapa rasa dekat bila nampak keindahan ciptaanNYA. masa ni la nak layan2 feeling, baru nak fikirkan ttg keluarga, masa depan n blablabla.haha. semalam call a friend of mine dekat sydney. we had a good chat after so long tak update any news. hee. sonoknya alhamdulillah. syukur masih ada masa utk saya berfikir selaen dari akademik. :D [apa boleh percaya cakap mcm ni?..hehe]

bangun2 pagi ni, buka facebook, woahhh...kawan TITANS saya sudah hendak menikah hari jumaat ini. tahniah widatul nadiah. gelak ketawa mu kan tetap daku kenang walau selepas ini kamu telah menjadi milik orang. kerana TITANS semua ada di hati saya. kepada kawan2 TITANS sila la upload pictures manyak2 ye. lepas tu tag la kami2 yg tak dapat hadir. ala2 salam perantauan je. huu. kepada widat, semoga hadirmu menjadi pembakar semangat kepada bakal suami mu dan semoga keredhaan ALLAH sentiasa bertakhta dalam rumahtangga yang bakal dibina kelak. ameen. :) [abg baz, sila jaga wid2 kami baek2. i had met u, and i believe and trust that u will be a good husband abg baz. slamat berbahagia to abg baz and wid2.]

jadi sekarang, saya pon memulakan percutian yg ala2 konon2nya bercuti selama 15 hari. huhu. kepala rasa ringan sedikit. lepas ni da mula nak kena fikirkan utk rancangan2 yg seterusnya. nanti baru saya nak cerita ttg pngalaman raya di sini. insyaallah. sementara masih mood ala2 syawal ni kan. :P

last but not least nak share something meaningful utk saya. "every cloud has a silver lining" insyaallah.

will write more later. tengah dalam mood kerinduan yang amat~~~~lalalalalaa..owh ya,line celcom skrg tak ok ke ye?sbb saya tak dapat contact parents dan family sy.uhuu.. T-T