Sunday, October 11, 2009

UJIAN

salam alaik,

da lama rasa seperti tiada mood mahu menulis. da beberapa hari pandang je blog ni. rasa macam nak share sesuatu. tapi tiada kekuatan nak tules. hehe.

rasanya da selalu juga cakap, sesungguhnya tidak akan datang ujian kepada hambaNYA melainkan atas kemampuan hamba itu [al-baqarah]..dan barangkali kamu suka kan sesuatu tetapi ia bukan lah yg terbaik untukmu, dan juga barangkali kamu tidak sukakan sesuatu tetapi itulah yg terbaik untuk mu, sesungguhnya ALLAH itu lebih Mengetahui [al-baqarah]

perjalanan hidup saya dalam beberapa hari ni, terumbang ambing. lost. tragic. tetapi saya sangat bahagia. benar..bila saya memujuk hati supaya bersabar, mendengar ayat2 di atas ini. hati saya jadi tenang dan saya boleh kembali tersenyum. mungkin ke satu peringkat saya belum boleh berkata2 dengan apa yang terjadi kerana terlalu banyak yang perlu saya fikirkan dan selesaikan sekarang. tetapi satu yg saya pasti saya masih mampu tersenyum, tidak seperti sebelum ini. alhamdulillah. :)

adakalanya benarlah kita rasa seperti tiada satu pon yg kena dalam hidup bila ditimpa apa jua musibah. sering kali timbul perasaan rendah diri dan bingung dengan apa yang terjadi. kita rasa semua yg berlaku salah kita. dan kenapa kita yang kena ujian ini. saya berfikir mcm ni apabila hati begitu lemah rapuh menerima ujian MU ya ALLAH. astaghfirullahhalazim..

to the extent, saya berjalan seorang diri dalam kepekatan malam, mencari sesuatu yang hilang. tapi saya tak tahu apakah itu. mencari dan mencari. gilakan saya berjalan tengah2 malam seorang diri. tetapi saya wajib jika tidak saya tak tahu apa yang bakal saya lakukan dalam keadaan ini. sehingga akhirnya datang seorang sahabat mententeramkan jiwa dan membuka mata saya dengan setiap musibah yang menimpa. mengingatkan saya kembali dengan ayat favourite saya seperti di atas. sungguh, ayat ALLAH itu pengubat hati yang kesakitan.

saya tidak menyalahkan sesiapa dengan setiap apa yang terjadi. setiap manusia pastikan punya kelemahan masing2. dan saya akui saya juga punya kelemahan dan kelemahan2 ini lah yang perlu diperbaiki bukan hanya untuk memuaskan hati manusia semata tetapi yang paling hak adalah mencari keredhaan ILAHI. mungkin jua, ujian ini adalah wake up call untuk saya. mungkin saya sudah hampir di 'tebing', lalu ALLAH menyelamatkan saya. salah saya sendiri kerana tidak berjalan mencari cahaya dengan betul. salah saya sendiri kerana salah tafsiran. salah saya sendiri kerana hidup dalam bayangan.


hidup dalam bayangan selama 9 tahun..dan akhirnya ia hancur berkecai..berderai.sakit.pedih.


tapi saya bahagia, rupanya derita saya selama ini terperangkap dalam badan ini. dan mungkin ini lah jalannya yang ALLAH mahukan saya untuk membuangkan derita 9 tahun itu. terima kasih sahabat kerana menyedarkan saya. mungkin saya langsung tiada nilai dalam hidup anda, tetapi anda berharga dalam hidup saya sejak kali pertama kita berkenalan. jangan dipujuk hati ini kerana kata2 sahabat yang tulus walau pedih membawa saya kepada erti kebenaran dalam kehidupan. alhamdulillah.

insyaallah ini semua akan berakhir tidak lama lagi. dan saya berharap semoga ianya mempunyai penyudahan yang terbaik. dalam rahmat kasih ILAHI. moga tiada lagi derai air mata. dan semoga insyaallah ia bakal menjadi permulaan yang baru buat saya.ameeen..dalam memacu perjalanan dunia yang mungkin kan tamat bila2.wallahualam.doakan saya. :)

kepada anda dan anda2 [anda tahu siapa anda]..terima kasih. i love you. i am so lucky to have you in my life dear. :) tq MM. :) alhamdulillah YA ALLAH utk wake up call ini.

4 comments:

fhmn111 said...

chaiyok biat..no matter what happens, we have HIM k..keep going doa n doa...senjata mukmin itu..biat, ingat sentiasa...yg aku sentiasa berada di sisi ko..tak kire susah or senang...tak kire jauh or dekat..nak gelak2 carila aku..nak sedey2 pun carila aku..dan yg paling penting...Allah itu Maha Mendengar...

Miss F said...

love you toooo...
even kamu bz sentiasa.. =p

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

farah..thank you so much.no word can express how grateful i am to have a wonderful fren like u.may ALLAH bless u olwiz.love u. :)

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

hehe..cik akak yong fairuz.saya sayang awak jg. :P maafin skrg bz.nnt kite jumpe ye?insyaallah ujung thn ni ke. :D