"Teman ghase, teman senang senyum aje le ape hei (hal) pon. Teman yakin Allah susun cantik dah untuk teman. Kurangkan keluh kesah, kurangkan kontroversi. tingkatkan prestasssii~! Eh?" Gini le gayenye bunyi oghang Peghok pior belah Kuale atau Paghit berkate-kate. Aduh, sudah tergeliat lidah.
Alhamdulillah, memang sekarang tempoh fasa yang kritikal untuk membina dan menjaga hati. Moga ada bonus point untuk mendidik keimanan, kesabaran dan lapang dada. (Ok, abaikan jika tak faham, memang tak boleh nak faham kot) ;)
Alhamdulillah, bersama berbulatan gembira brainstorm tentang biah atau dalam erti kata lain environment yang soleh wa solehah. Kata kawan teman, biah soleh wa solehah ni ada bila ada kawan alim berjanggut sejemput atau bertudung litup sampai ke peha hidup di sisi kita 24 jam. Waduh, kok ada ya gitu?
Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah itu biah itu perlu dibina dan dicari. Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah itu bila sentiasa aman damai saja suasananya. Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah itu terlalu nilai tingginya, anugerah Ilahi. Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah ini pabila ada yang sentiasa mengingatkan tentang amalan wajib dan kecintaan kepadaNya serta menggalakkan perkembangan graf amalan-amalan sunat dalam memperbesarkan hati Inshaallah.
Secara ekstrem, kawan teman mengangkat tangan lalu bertanya, " Udoh tu, kok enggak adanya biah soleh wa solehah itu, apa nasibnya kita? Kita enggak dapat yang dikata anugerah Ilahi ya?"
Diam.
Kawan teman menambah, "Udoh tu, guane gayanya? Mung rasa guane?"
Muka berfikiran secara kritikal, "Maknanya di sini, ya biah soleh wa solehah itu perlu diusahakan, dibina tetapi apa yang lebih penting adalah kita! Kerana kita lah yang menghidupkan biah soleh wa solehah itu. Kerana kita lah yang perlu survive walau dalam biah yang macam mana sekali pon Allah campakkan."
Muka teruja pula menyambung, " Betui! Ibunda teman selalu kata, pi la tang mana pon, orang lagu mana pon, yang penting kena ada jati diri. Yang tu yang kena kuat."
Semua yang dalam berbulatan gembira mengangguk-anggukkan kepala bersetuju.
Kemudian teman berwajah tenang menambah, "Jadi, nampak tak sekarang bahawasanya kita memang perlu cari biah itu tapi diri sendiri kena sustain, maintain dan develop iman masing-masing dengan biah soleh wa solehah yang menyokong tumbesaran kita. Hatta sekali pon dalam memilih pasangan, semua pon nak pasangan yang soleh wa solehah, tapi cukup ke sampai situ saja? Sekalipon kita berpasangan dengan pak ustaz atau ustazah, jika tak dijaga biahnya, jika tak diindahkan biahnya dengan sifat mahmudah dan semangat kecintaan kepadaNya, tak berjalan juga. Boleh merudum juga.
Perlu juga ingat, tumbesaran kita dalam biah itu untuk apa? Apa matlamat kebersamaan dalam biah soleh wa solehah itu? Mahu mengejar mardhatillah atau kecintaanNya bukan? Maka, apa saja kita buat bukanlah hanya semata untuk menyenangkan orang-orang di dalam biah itu, tetapi untuk menyenangkan dan mencariNya.
Secara tuntasnya, Alhamdulillah bila mana kita sudah ada dalam biah yang Inshaallah memelihara kita daripada segala anasir-anasir kuman dan virus yang tidak menyihatkan. Tingkatkan dan permolekkan tazkiyatun nafs masing-masing. Moga dengannya Allah redha. Peliharalah ukhuwah yang terjalin dalam kebersamaan merebut kasihNya.
Arakian yang terakhirnya, teman berwajah tersenyum terkebil-kebil mata langsung berkongsi sebahagian nukilan Fatimah Syarha yang menusuk ke jantung hati limpa dan hempedu semua roh yang ada dalam berbulatan gembira pada hari itu. Dengarkan ya anak-anak sekalian.
Ya Allah
Kuatkan kami bermujahadah
Mendamba cintaMu yang terindah
Cinta manusia hanyalah wasilah
Menagih rahmat dan maghfirah
Ya Allah
Jangan biarkan ikatan kami dicemari
Dengan maksiat nan keji
Permudahkanlah urusan kami.
Bulatan gembira diakhiri dengan Doa Rabitah Hati.
Ameen.
Sekian nukilan untuk kali ini. Moga ada isinya di mana-mana. Mohon maaf sempena Bulan Bahasa ni, saya mengeksperimen segala macam loghat bahasa. Sambil mencari momentum menulis *dalam tercari-cari panjang pula berkongsinya*
Siap untuk ke HALAL Fest di PWTC. Jom kawan-kawan!