Wednesday, September 30, 2009

HANIF

haa..siapa pula hanif ni?permata hati saya kah.huhu.pertemuan kami bermula sejak beberapa minggu yang lepas.penampilan nya berjaya menarik hati ku.raut wajah nya menusuk hati sanubari seorang insan seperti saya yang bernama wanita.hingga saat ini, saya tak dapat melupakan dia.lantas saya coretkan kisah tentang seseorang yg saya kenali bernama hanif di sini. :)

minggu pertama
hanis datang mencari memberitahu saya bahawa ada seorang malaysian boy baru arrived dekat pre year class. and he hardly speak to anyone. even to communicate dengan bahasa malaysia. he gave no response to anyone. jadi hanis minta saya berbicara dengan hanif. lalu pergilah saya berjumpa hanif. saya tidak membahasakan diri saya 'cikgu'.saya gelarkan diri saya 'akak'..akak gittuu. :P supaya hanif tak rasa takot dengan saya. saya 'rasuah' dia coklat dan biskut. tapi...sungguh jual mahal ini adek.huhu.tapi saya gembira kerana dia memberi respon terhadap setiap pertanyaan saya. sebelum pulang dia memandang saya dari ekor mata dan kemudian saya hulur tangan untuk bersalam dengan dia.

minggu kedua
saya pergi ke kelas dia sebelum saya pulang dari sekolah. alhamdulillah sempat jumpa. tapi tak sempat nak bersembang. cuma riak wajah dia macam blush2 gitu. apa la adek ni. huhu. tapi still susah nak dengar dia berkata2. sebelum balik, dia cium tangan saya.

minggu ketiga
saya mencari dia di kelas semasa waktu rehat. eh..tak ada la pula. ke mana hilang nya hanif ni? puas saya mencari-cari, melilau-lilau mata saya ke padang permainan, ke dalam kelas, merata-rata..hampa saya tak ketemu permata hati seorang ni. saya pujuk hati, tak mengapa lah masih ada satu minggu lagi pada minggu hadapan. dan owh ya, baru saya tahu, hanif adalah adek kepada aidil, pelajar saya dalam ESL classroom.huhu.senang la siket kan. :P

minggu keempat
kelas hari ini saya datang lewat kerana observation saya telah pun tamat. sekadar datang untuk berjumpa dengan Ms. Brown memberi tanda penghargaan kepada dia selama school visit kami. tak lupa juga saya mencari-cari hanif. dan haaa..itu dia hanif. dengan topi sekolah nya sedang menikmati recess time dia.huhu.comel nye adek ni.naseb baek status saya adalah cikgu. kalau tak da dipeluk-peluk ini adek.huu.masa saya sampai depan kelas dia, dia sedang khusyuk makan. saya pun lantas menyapa dia. dia sekadar bermain bahasa dengan saya. lantas saya jenguk ke dalam bekas makanan dia. owh..menarik la adek. adek makan kueh semperit [eja mcm ni ke?] dan kuih almond london. siap pilih2 ceri dan badam kacang lagi. adek tak nak offer siket dekat akak ke? huhu.macam biasa, saya teman dia berehat. saya bercakap2 dengan dia. dan sebelum pulang pada hari itu, saya coretkan di atas sekeping kertas macam ni:-

to: hanif

selamat hari raya aidilfitri
senyum selalu
^.^

{ada gambar kartun}

from: teacher adawiyah, queensland uni of tech, 2009

saya lipat empat kertas tersebut. dan serahkan pada dia. dia ambil dan hanya letak atas peha shj.ish..betul-betul tinggi la saham adek ni.huu.tapi, sebelum saya beredar dari situ, dia membuka lipatan kertas yang saya berikan, dan senyuman terus terukir di atas wajahnya..saya?owh..perasaan yang tak terhingga. rasa berbunga-bunga macam saya yang dapat bunga dari kekasih hati.huhu.rasa terlalu bahagia dapat melihat hanif tersenyum. sampai telinga. gembira nya hati saya. dia kemudian melipat kertas itu dan menyimpan dalam beg sebelum menyalami tangan saya dan beredar masuk ke dalam kelas. yang pasti, saya tak tahu bila lagi akan saya ketemu hanif, kerana school visit saya di ironside state school telah pun berlalu. jadi saya coretkan di sini utk kenangan nanti. :)

hati saya amat kasihkan hanif. kasihan anak kecil yang baru berusia 5 tahun tercampak di bumi asing. dengan kawan-kawan baru. tapi dia tak tahu berbahasa inggeris seperti mereka yang laen.pasti 'affective filter' dia tinggi dan ada jurang utk berkomunikasi dengan kanak2 laen sebaya nya di situ.suasana yang baru dengan anak2 mat saleh semua.kasihan hanif, permata hati saya yang seorang ni.kepada hanif, akak doakan adek akan berjaya di bumi kangaroo ini dan mudahan ALLAH permudahkan jalan adek. teruskan tersenyum kerana akak bahagia sangat melihat hanif tersenyum. :) moga ada lagi jodoh kita adek.
adek hanif bersama kueh semperit dan almond london nye.
adek tak nak bagi akak siket? :P
belajar rajin2 ye adek.
adek juga mampu berjaya.
ameen.

MAAF SAYA POHON

assalamualaikum wbkth..

perkara pertama yang ingin saya laku kan, andai dalam kemampuan saya, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya atau yang saya kenali. maaf, saya bukan lah seorang manusia yang sempurna, yang bisa memuaskan hati semua insan di sekeliling saya, maaf, saya bukan lah manusia yang maksum, yang tidak terlepas dari salah tingkah laku dan bicara, maaf juga kiranya saya membawa kesulitan kepada sesiapa.

sedaya mampu saya, saya tak ingin mencari masalah dengan sesiapa. saya tak ingin menyusahkan sesiapa. saya hanya mahu menjadi diri sendiri. menjadi diri yang dapat bersama dengan rakan-rakan sentiasa. dan insan-insan tersayang.

saya tak mampu mencari setiap seorang yang hadir dalam hidup saya. selagi hayat masih dikandung badan, saya mohon maafkan salah silap saya dan doakan saya sebelum hayat ini pergi. sesungguhnya jauh dalam lubuk hati saya, telah saya memaafkan kesalahan kalian juga. insyaallah.

salam sayang dari yang tak sempurna.

Monday, September 28, 2009

APABILA MATA

bila saya memandang ke hadapan
saya rasakan saya sudah nampak jalan itu
tetapi rupanya
ada lagi kekaburan
ada lagi kesamaran
ada lagi kesakitan yang bakal ditempuhi

terasa hati mahu
memandang semula ke belakang
mencari sesuatu yang dulu
tetapi saya tahu
itu sudah pasti tak mungkin akan berlaku
kerana saya benci dengan pandangan dulu
namun alhamdulillah
kebenciaan itu mengajar saya kehidupan

terus saya bernafas dan mengucap syukur
pandangan mata di hadapan
walau kabur dan samar
walau sakit bakal hinggap
saya akan rempuhi jua
ini keputusan saya
ini ketentuan Yang Esa
berlapang dada

moga ALLAH mudahkan perjalanan saya
bersama insan-insan tersayang di sekeliling
insyaallah
ameen
^.^

Saturday, September 26, 2009

HARAPAN INI

1.dapat siapkan focus paper dengan cepat dan tepat
2.dapat siapkan segala incik eseimen yg bagai
3.dapat jumpa pencarian rumah
4.dapat bergembira selalu dan menggembirakan insan2 tersayang
5.dapat berada di Malaysia
6.dapat bersama di suatu tempat dalam sebuah majlis konvokesyen bulan hadapan
7.dapat mendengar suara orang2 tersayang sehingga detik akhir hayat saya
8.dapat fokus mencari bekalan buat tambatan merentas jambatan itu
9.dapat memperkemas kini diri
10. dapat mengakhiri penantian ini


insyaallah
ameen
~sekian~
^,^

Thursday, September 24, 2009

LELAKI SEJATI??

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.


  • some points are taken
    but
    it is too subjective
    can we really define 'lelaki sejati' in life?
    me thinks not so
    agreed?
    :)

    Friday, September 18, 2009

    KAD RAYA

    [ucapan raya berjela ade dekat belakang kad hitam ni]

    hoyeee..!!
    alhamdulillah
    hasrat hati termakbul juga
    nak hantar kad raya dekat keluarga
    dan orang tu
    saya da pos da
    owh incik posmen
    semoga pakcik baik hati dapat sampaikan cepat

    tapi
    kad raya ni
    umi abuya dan keluarga
    tak dapat baca
    masa hari raya pertama
    sebab
    mereka semua tak ada dekat kampung
    surprise saya tak menjadi
    huhu
    redha je lah duhai hati
    :)

    p/s:hari ni saya berjaya bersama rakan2 memotong daging ayam seberat 20 kg.wow. :P semoga selamat sampai duhai hati.. :)

    Monday, September 14, 2009

    NIKMAT

    bersyukurlah hati apabila diuji
    nikmat sihat yang pergi
    daripada melingkari diri
    atas kasihnya ILAHI
    mahukan diri lebih teliti
    dalam amal perbuatan setiap hari

    "semoga sembuh molek wahai diri"
    ^.^

    IRONSIDE STATE SCHOOL

    sekolah pertama yg dilawati
    di Australia
    selaku memikul amanah
    sebagai bakal guru
    huhu
    nanti baru nak tules
    insyaallah
    pengalaman-pengalaman ni
    terlalu banyak
    ^.^

    "falling in love once again.adorable kids"

    Saturday, September 12, 2009

    TUJUAN RINGKAS

    saya ingin menules sesuatu yang ringkas. usai perbualan bersama teman bergelar DR (bakal) :) ameen,insyaallah..saya mencari tujuan saya menulis. tujuan saya bermain facebook. makanya semuanya saya 'kafankan' buat sementara. saya telah deactivatekan facebook saya. dan blog ini juga telah diprivatekan. huhu. tuntutan tugasan yang menyesak bertubi-tubi membataskan saya untuk berfikir banyak. jadi, ini lah dia ringkasan persoalan rakan2, ke mana saya menghilang sejak dua menjak ni? :) nanti saya akan sambung kembali berfikir. [wah, fikir pon boleh ada hold dulu kan? haha. dunia sekarang!] PRIORITISE YOUR LIFE. insyaallah.

    p/s: facebook telah kembali di reactivate.

    Wednesday, September 9, 2009

    SEPATU BARU

    sepatu putih baru
    menitipkan senyuman baru
    dalam meniti hari baru
    dengan semangat baru
    moga menjadi diri yang baru

    kenangan 090909

    ^.^

    HARGAILAH

    semalam, hati rasa mahu berbicara dengan umi. lalu pantas tangan mendail nombor telefon umi di malaysia sana. tidak lama bunyi ringtone, panggilan saya dijawab. terkedu dan tergamam sebentar. suara yang sudah hampir 5 bulan tidak saya dengari semenjak kaki menjejak ke bumi australia. suara yang saya rindui. suara abuya. terkesima saya. terus mengalir air mata dengan derasnya. [susah untuk menghubungi abuya disebabkan tugasan kerjanya sekarang menjaga sempadan malaysia-thailand, membataskan komunikasi kami]

    tapi semalam, hati saya rasa lega. teramat lega dan bersyukur. semalam abuya tidak bekerja barangkali. tidak sempat menjawab suara abuya, talian terputus. saya cuba lagi menghubungi umi dan abuya untuk kali ke 2, 3 dan yang ke 4 barulah kedengaran suara umi daripada sana. sayang seribu kali sayang, line telefon terputus2 dan umi tidak dapat dengar suara saya. lalu, saya kirimkan sms kepada umi dan terus serta merta umi menelefoni kembali. kami berbual lama, bertanyakan khabar dan bercerita sekitar persiapan raya.

    kata umi, "umi tak kirim akak baju raya ye. umi da tempahkan baju raya. dari indonesia. nanti akak pulang kita pakai sama2. umi tak buat kuih raya tahun ni, akak tak ada. tak ada semangat nak buat."..owhh~~~saya menahan sebak dan getar suara. sungguh saya simpati dengan umi. menjadi seorang anak perempuan tunggal, saya sangat memahami perasaan umi. malah kata umi, tahun ni tak meriah, tak ada geng nak cari baju raya sama2 dan tak ada anaknya yang selalu kritik2 pilihan umi nya yang selalu up-to-date..betul.umi bila berfashion kalah anak dara.

    dalam 15 minit bersembang, lalu perbualan ditamatkan. kaku saya memandang skrin telefon dan taufan emosi pon melanda. betapa umi dan abuya selalu mengingatkan anak nya yang jauh ini. raya tahun ini pasti tidak akan sama dengan yang sebelum ini. tapi saya pasti, akan ada kenangan manis beraya di perantaun bersama rakan2. insyaallah. tahun ni nak kena masak rendang dan lauk2 serta kuih2 raya sendiri. pasti seronok. pujuk hati. insyaallah.

    jadi, konklusi penulisan utk entry ini, hargailah orang tua anda selagi masih ada hayatnya. berbaktilah sebaik mungkin dan gembirakanlah hati mereka dengan segenggam kejayaan yang bermakna..dunia akhirat. tidak akan kita tahu sampai bila kita berpeluang untuk membalas jasa mereka.

    akhir kata, selamat hari raya everyone. maaf zahir batin. dan marilah kita mengejar keberkatan 10 malam terakhir ramadhan tahun ini. moga bermanfaat. insyaallah. ameen. ~~~

    p/s: thank you MM meredakan resah di hati. :)

    Tuesday, September 8, 2009

    SETUJU KATANYA

    terpandang pada blog seseorang
    ucapan seseorang
    luahan hati seseorang
    usai suatu petang

    betapa manusia ini
    tidak akan penat lelah
    berkata dan menunding jari
    kepada orang lain
    sehingga terlupa
    menilai dan mengenali
    diri sendiri

    saya suka dan setuju dengan entry dia

    mulut orang memang tidak boleh ditutup
    bijaklah akal dan hati menilai diri sendiri
    duhai diri
    dan teman


    Monday, September 7, 2009

    BERKONGSI

    harapnya ringkas nak menules, sebab masih ada incik eseimen yg menuntut ajak pergi bertemu janji selepas ini. haha.

    cuma nak cerita tentang berkongsi. macam2 yg boleh dikongsikan. tapi ni nak cerita tentang berkongsi rahsia. kamu rasa kamu boleh simpan rahsia atau tidak? jika ya angguk kepala, jika tidak sila geleng kepala.

    saya secara peribadi, sudi mendengar luahan hati insan2 yang saya kenali dengan harapan dapat meringan kan bebanan yg ditanggung dan memungkinkan senyuman kembali terukir di wajah nya yg berseri2 itu. insyaallah selalunya saya lupa da apa yang didengari melaenkan selepas itu isu sama dibangkitkan oleh empunya diri. [sindrom manusia pelupa..haha] tapi bila ditanya sudikah saya berkongsi rahsia hati? jawapan nya tidak. banyak kisah lampau yang saya 'kebumikan' dalam hati ini. namun bukanlah kerana ego puncanya. cuma susah untuk diungkapkan. mungkin ada beberapa yang saya kongsikan, hanya dengan beberapa orang sahabat dan insan-insan tersayang. nak buat macam mana, bila sentuh bab nak meluahkan mmg saya lah pemilik nombor tercorot sekali. susah dan liat. tidak percaya? tanya lah pada dia macam mana susah nya nak korek rahsia diri ini. [sesetengah shj la dan bergantung pada situasi] hehe.

    jadi konklusi penceritaan pada hari ini, jadilah manusia yang bertanggungjawab menjaga amanah yang diberi oleh orang lain dalam menyimpan rahsia. saya dah belajar banyak daripada pengalaman macam mana kesilapan kecil dalam menjaga rahsia boleh memusnahkan persahabatan. sudah banyak yang saya perhatikan. nauzubillah. sekali lagi, saya juga bukan lah manusia yang sempurna, andai ada terlanjur perbuatan dan terkasar bicara, mohon maafi kerdilnya diri ini. tambah lagi bulan puasa ni kan. mesti dapat bonus nnt bila kita selalu maafkan orang. alhamdulillah. hee..ini sahaja lah. sekian~~~~

    "incik eseimen da panggil ni!"

    CARI JALAN

    pernah tidak kamu rasa hilang arah?
    pernah tidak kamu rasa hilang punca?
    pernah tidak kamu rasa hilang matlamat hidup?
    pernah tidak kamu rasa hilang segalanya?

    apa yang kamu lakukan?
    apa yang kamu fikirkan kemudian?
    apa yang terjadi kesan nya?

    saat kegembiraan mengisi ruang hati
    dengan tidak berbelah bahagi
    saat hati berbunga2 disinari kuntuman cerianya pagi
    daripada insan2 tersayang setiap hari
    tetap
    kamu rasa ada yg terpinggiri
    ada yang hilang dalam kelam pagi
    pergi jauh meninggalkan ruang sepi
    dalam hati

    saat itu kamu sedari
    jauh sudah hubungan dengan Yang Hakiki
    renggang sudah tautan pada Yang Abadi

    kini
    kamu sedari
    perlunya sentiasa kamu mensyukuri
    nikmat rezeki kebahagiaan daripada ILAHI
    perlunya kamu menyeimbangi
    tautan hati
    jalinan kasih abadi
    dengan manusia dan duniawi
    bersama Pencipta Alam Yang Memiliki
    hati-hati ini

    habluminnaallah
    habluminannas'
    carilah jalan mu
    kembali

    Saturday, September 5, 2009

    HANYA BAWAH 18

    ..huhu..
    warning utk semua
    ini adalah percubaan pertama
    entry saya berunsur
    kanak2 tadika riang ria ribena
    haha

    teruja sangat tgk icon gerak2 ni
    da lama da
    tptidak pernah fikir nak cari
    atau tanya siapa2 pon
    smpai akher nye cik naqiah
    letak kat blog
    lalu dengan excitednye saya bertanya
    hehe

    dan
    taarrraaa
    ini la hasilnya
    syok kan tengok gerak2
    saya la syok ni
    syok sendiri sorang2
    haha

    tak ape la
    hanya utk hari ini
    nak gembirakan hati ini
    huhu

    lepas ni kena siapkan incik eseimen
    nnt majok plak die
    hehe
    dengar tu rabiatul adawiyah!

    iye baek cikgu
    ^.^

    meceh cik naqiah ajar kan saya
    ni br first stage
    lepas ni nak explore icon2 laen pula
    hee

    KENA FIKIR

    assalamualaikum wbkth..

    hari ini saya pergi iftar [buka puasa] jemputan sister hasina, isteri ustaz yg mengajar kuliah fiqh saya setiap jumaat. bessttttt sgt. dpt jumpe ramai sisters drpd pelbagai background. kami bercakap guna english language tp dengan different slang. kadang2 terkemut2 mata ni tengok mulut diorang bila berbicara. ada yang dr somalia, dubai, palestin, china, australia, france n etc. mmg best la. ade yg single lg [cantik diorang ni], ade yg da mak2 orang pon ade. bestt la senang cite. sempat juga saya buat kawan beberapa orang, ade dr somalia, thailand..bersembang2 tanya nama, asal dan kerja apa. seronok dpt buat ramai kawan. tp dlm kepelbagaian kami masa iftar ni, ada satu perkara yg menyatukan kami. iaitu AQIDAH.

    semua yg ada islam, punya kepercayaan bahawa ALLAH itu Esa dan Muhammad adalah pesuruhNYA.

    bila kami solat jemaah magrib, isya dan kemudian terawih dan akhernya witir, mcm2 gaya ada. sbb nya kami semua pegang pada mazhab yang berbeza2. dulu2, masa saya kat malaysia, bila solat di surau atau masjid dan ada orang arab, mesti saya tercengang sorang2 tengok kenapa la arab ni solat nye laen ye. sampai la ade sorang sahabat explain pada saya. dan kite jangan pelik bila berdepan ngan situasi mcm tu. ade sorang lagi sahabat ni plak, die penah berpengalaman kene tegor dengan makcik arab [kot, x ingat negara mana] sbb sujudnya x kepak tangan. [kite wanita sujudkan kepit]..jadi die pon mengiyakan makcik ni. sbb menghormati makcik yg lebih tua dan bersangka baik mungkin makcik ni x faham. alhamdulillah, dpt lg satu ilmu. :)

    masa makan kan..haa..yg ni pon best juga nak dengar kan. hehe..ingat tidak saya pernah masak puding karamel hari tu? nak jadikan cerita masa berbuka td, depan mata da ade puding karamel. mata pon aim baik je. bila orang hulur, dengan muka segan2 nye amek la siket kan. hehe. :P bila dah masok mulut rupe2nye laen rase puding tu. lebih pekat, pahit dan padat. huhu. saya tidak ingat siapa yg masak. tp yg pasti dlm halaqah iftar saya tadi, ada mcm2 negara. dan syok juga td, tgk omputeh ni [islam] makan kueh karipap kite. hehe. die kate sedap. mule2 anak die makan seketul. lepas tu die pon amek seketul juga. lepas tu orang sblh die amek lg seketul. hehe. tu la, mcm2 jenis masakan ade. makan nasi daging [mknn tradisi orang arab], mee, bihun, kek brownies, puding n etc..bnyk sgt nak list kan. masa makan ni rase2 je serba satu tu siket2. taw2 da kenyang da.huhu..alhamdulillah. kata ecah ni la barakah ramadhan. :)

    sbnrnya masa iftar td pon, ada sesuatu jadi. satu persoalan yg tercetus secara tibe2 akibat provocation drpd kawan2. huhu. tp saya tidak punya satu pon jawapan utk setiap soalan mereka. [mungkin ada, tapi saya tidak pasti utk bagi jawapan 100% tepat] huhu. maaf ye kawan2. tp dlm hati saya meng ameen kan, moga2 ia nya makbul kata2 kamu kawan. :) bila saya baca doa buka pose, smpt saya terlintas dalam hati, dan saya berdoa sesuatu yang saya fikir kan ini. perjalanan hidup saya hari ini. ameen. :) alhamdulillah. sekian~~~~

    Thursday, September 3, 2009

    .:.THANK YOU.:.

    as a reward
    !!!taaarrrraaa!!
    i am smiling
    i am happy
    i am so grateful
    of what i have now
    alhamdulillah
    thank you ALLAH
    ^.^

    p/s: cantek x hasil usaha tangan x kreatif ku
    kala2 off task buat eseimen.haha. :P

    Wednesday, September 2, 2009

    ...............

    TURN OVER A NEW LEAF

    duhai hati
    duhai akal
    duhai jasad
    dengar lah
    sesungguhnya aku punya kisah silam
    yg mahu ku padam
    kelam dlm ingatan
    berikan aku peluang
    mencorak perjuangan
    demi masa hadapan
    dan melupakan kisah silam

    ya ALLAH
    pemilik hati2 ini
    maka peganglah hati ku
    dan hati nya
    ke jalan MU

    maafkan aku kisah silam
    x lg mahu ku dera diri ini
    x lg mahu ku menyeksa
    dan mezalimi
    diri sendiri


    p/s: thank you MM
    ^.^