Monday, September 28, 2009

APABILA MATA

bila saya memandang ke hadapan
saya rasakan saya sudah nampak jalan itu
tetapi rupanya
ada lagi kekaburan
ada lagi kesamaran
ada lagi kesakitan yang bakal ditempuhi

terasa hati mahu
memandang semula ke belakang
mencari sesuatu yang dulu
tetapi saya tahu
itu sudah pasti tak mungkin akan berlaku
kerana saya benci dengan pandangan dulu
namun alhamdulillah
kebenciaan itu mengajar saya kehidupan

terus saya bernafas dan mengucap syukur
pandangan mata di hadapan
walau kabur dan samar
walau sakit bakal hinggap
saya akan rempuhi jua
ini keputusan saya
ini ketentuan Yang Esa
berlapang dada

moga ALLAH mudahkan perjalanan saya
bersama insan-insan tersayang di sekeliling
insyaallah
ameen
^.^

No comments: