Monday, September 7, 2009

BERKONGSI

harapnya ringkas nak menules, sebab masih ada incik eseimen yg menuntut ajak pergi bertemu janji selepas ini. haha.

cuma nak cerita tentang berkongsi. macam2 yg boleh dikongsikan. tapi ni nak cerita tentang berkongsi rahsia. kamu rasa kamu boleh simpan rahsia atau tidak? jika ya angguk kepala, jika tidak sila geleng kepala.

saya secara peribadi, sudi mendengar luahan hati insan2 yang saya kenali dengan harapan dapat meringan kan bebanan yg ditanggung dan memungkinkan senyuman kembali terukir di wajah nya yg berseri2 itu. insyaallah selalunya saya lupa da apa yang didengari melaenkan selepas itu isu sama dibangkitkan oleh empunya diri. [sindrom manusia pelupa..haha] tapi bila ditanya sudikah saya berkongsi rahsia hati? jawapan nya tidak. banyak kisah lampau yang saya 'kebumikan' dalam hati ini. namun bukanlah kerana ego puncanya. cuma susah untuk diungkapkan. mungkin ada beberapa yang saya kongsikan, hanya dengan beberapa orang sahabat dan insan-insan tersayang. nak buat macam mana, bila sentuh bab nak meluahkan mmg saya lah pemilik nombor tercorot sekali. susah dan liat. tidak percaya? tanya lah pada dia macam mana susah nya nak korek rahsia diri ini. [sesetengah shj la dan bergantung pada situasi] hehe.

jadi konklusi penceritaan pada hari ini, jadilah manusia yang bertanggungjawab menjaga amanah yang diberi oleh orang lain dalam menyimpan rahsia. saya dah belajar banyak daripada pengalaman macam mana kesilapan kecil dalam menjaga rahsia boleh memusnahkan persahabatan. sudah banyak yang saya perhatikan. nauzubillah. sekali lagi, saya juga bukan lah manusia yang sempurna, andai ada terlanjur perbuatan dan terkasar bicara, mohon maafi kerdilnya diri ini. tambah lagi bulan puasa ni kan. mesti dapat bonus nnt bila kita selalu maafkan orang. alhamdulillah. hee..ini sahaja lah. sekian~~~~

"incik eseimen da panggil ni!"

No comments: